ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

268K 14.3K 1.7K

NOT EDITED ‼️ π‘­π’Šπ’“π’”π’• π’”π’•π’π’“π’š, π’‡π’Šπ’“π’”π’• 𝒍𝒐𝒗𝒆 κ¨„οΈŽ -✿- π‘»π’†π’π’ˆπ’Œπ’– π‘­π’‚π’‰π’“π’Šπ’†π’ π‘«π’‚π’π’Šπ’”π’‰ - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 20

5.4K 280 43
By WafaAriffin

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

TELEFON bimbit yang bergetar di atas meja diambil. Lupa pula dia silent phone tadi, mujur dia on vibrate phone. Nama yang terpapar pada skrin telefonnya ditenung lama sebelum jarinya menyentuh skrin tersebut. Menjawab panggilan itu.

Telefon itu dilekapkan pada telinga.

"Assalamualaikum" Salam diberi.

"Waalaikumsalam.. kenapa lambat sangat nak angkat call?" soal Tengku Danish agak dingin. Penat dia ketuk-ketuk jari dekat atas meja menunggu panggilannya diangkat.

Aaira tersengih kecil.

"Saya terkejut je awak tiba-tiba call. Selalu awak mesej je. Kenapa awak call saya?" Tanya Aaira terus. Ada hal yang tak selesai lagi ke?

Tengku Danish berdehem sedikit.

"Kau dah kemas baju ke? Pukul 9 nanti aku dah gerak nak ambik kau dengan Syira" ujarnya senada. Aaira kerling ke arah jam yang tergantung pada dinding bilik. Pukul 8.15..

"Baju saja dah siap kemas dah. Tapi Syira tak tau dah siap ke belum. Saya tengok tadi dia masih mengemas lagi" balas Aaira perlahan.

"Ouh.."

"..."

Krik krik

Itu je dia balas?

"Awak dekat rumah ye?" Soalnya seraya melabuhkan duduk di birai katil. Penat berdiri dari tadi.

"Tak lah, aku dekat warung area rumah sewa kau" Aaira mengerutkan dahinya. Buat apa dekat warung?

Ngeteh?

"Awak baru nak sarapan ke?" Tanya Aaira. Tiber duduk warung pula. Takkan lepak pinjam wifi percuma pula. Ke ummi tak masak sarapan pagi? Eh tak mungkin lah.

Sementara di warung, sempat Tengku Danish menghirup kopi panas sebelum membalas.

"Aku keluar awal tadi. Nak ke pejabat sekejap, tak sempat breakfast dekat rumah"

Aaira terangguk-angguk faham.

"Okeylah, aku nak makan kejap. Aku dah gerak nanti, aku mesej kau" Kata Tengku Danish selepas itu.

"Okey, saya tunggu" balas Aaira perlahan.

"Assalamualaikum, love you"

Deng!

Nak terlepas telefon dari pegangannya. Si tengku ni cakap apa tadi? Love you? Love you maksudnya love Aaira? Love love..

Tengku Danish cakap love you dekat dia.

"Awak–"

Tut..

Waalaikumsalam..

Ciss, dia dah tutup.

Tengku Danish meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Air kopinya dihirup lagi. Sengaja dia cakap begitu sebelum menutup talian. Nak test diri dia bila cakap macam tu dekat Aaira.

Tengku Danish senyap buat seketika. Dapat dia rasakan jantungnya kini sudah berdegup kencang. Telinganya seakan-akan dapat mendengar bunyi degupan itu. Mata dikelipkan sekali. Kenapa dia  berdebar ni?

Ya Allah, macam nak tersembul keluar jantung dia sekarang. Kuat betul degupan dia.

Haih..

Wajahnya diraup dengan tangan. Takpe Danish, banyak lagi masa. Takpe..

-✿-

TAK sampai beberapa minit, Aaira keluar dari rumah dengan beg bagasi kecil miliknya. Tengku Danish yang sedang bersandar pada kereta terus sahaja mengambil beg tersebut dan diletakkan di dalam bonet belakang.

Aaira masuk ke dalam semula. Nak ambil sling bag di dalam. Sempat dijenguk ke dalam bilik Syira. Tengah makeup rupanya. Sempat dia pesan suruh siap cepat, tak mahu Tengku Danish menunggu lama di luar. Syira membuat jari simbol okey tanpa berpusing ke belakang. Fokus dengan eyeliner dia.

Tepat pukul 9.30, barulah mereka bergerak. Suasana di dalam kereta hanya dipenuhi dengan celoteh DJ dari radio kereta.

Perjalanan dari rumah sewa ke rumah keluarga Tengku Danish hanya memakan masa lima belas minit sahaja. Tidak begitu jauh. Tersenyum lebar Tengku Seri mahu menyambut anak serta bakal menantunya. Aaira berjalan laju ke arah ummi. Sempat ditarik lengan Syira sekali. Lantas tangan lembut itu dicium sebelum tubuhnya dirangkul erat. Aaira membalas pelukan itu sebelum dia kenalkan kawannya kepada Tengku Seri. Syira tersenyum sebelum mengucup lembut tangan wanita itu. Tengku Seri hanya membalas senyuman itu. Dia sudah maklum dengan kehadiran kawan Aaira ini.

"Jom la masuk, panas kat luar ni" ajak Tengku Seri. Tangan Aaira dan Syira ditarik masuk ke dalam. Masuk sahaja dalam villa itu, telinga sudah diketuk dengan pelbagai bunyi dan jeritan budak-budak. Riuh betul.

"Abang longg!!" jerit Qayyum bila ternampak kelibat Tengku Danish yang baru masuk. Lelaki itu hanya tersenyum nipis sebelum pandangannya dialihkan kepada Aaira dan Syira yang masih tercegat di hadapan pintu utama bersama Tengku Seri.

"Ni kenapa tercegat dekat sini?" Tanya Tengku Danish.

"Along tolong suruh budak-budak ni main dekat tempat lain. Bahaya main dekat dengan tangga tu. Jatuh nanti" suruh Tengku Seri. Tengku Danish mengangguk akur. Sempat ditepuk lembut bahu Aaira sebelum beredar.

"Ehh.. Beg nak ambik bila?" Tanya Aaira. Syira dibelakangnya sudah melilaukan matanya ke seluruh pelosok rumah. Besar nak mampus. Berapa ketul je yang hidup dalam rumah ni?

"Nanti aku suruh pekerja ambikkan" balas lelaki itu sebelum meneruskan langkahnya.

"Jom ikut ummi" Lengan Aaira dan Syira ditarik lembut ke arah pintu kaca yang sudah terbuka luas, menghubungkan bahagian dalam rumah dengan halaman taman bunga milik Tengku Seri.

Bibir Aaira automatik membentuk senyuman lebar. Bersinar matanya melihat bunga-bunga yang cantik mekar itu. Ya Allah, best gila kalau ada taman sendiri macam ni. Boleh tanam bunga banyak-banyak. Dekat rumah sewa dia hanya dapat tanam sikit-sikit saja disebabkan kawasan hadapan rumah mereka yang agak sempit itu.

"Wah.. mana satu bakal isteri Danish ni?" soal Puan Sumiyati. Aaira dan Syira memandang ke arah suara itu.

"Takkan dua-dua kut" usiknya lagi. Disambut dengan gelak tawa kaum hawa yang turut ada di situ. Tengku Seri tersenyum lebar sebelum berpusing memandang kedua-dua gadis di belakangnya.

"Bakal isteri Danish yang ini, Aaira nama diberi. Yang sebelah dia ni, Syira. Kawan dia" balas Tengku Seri.

"Ouhh.. ingatkan Danish cekup dua ikan sekaligus. Dah dua-dua lawa" sakat yang duduk di sebelah wanita tadi pula. Tengku Seri tergelak kecil. Syira sudah kembang kempis hidungnya apabila mendapat pujian.

Saya memang lawa makcik. Tak boleh nak disangkalkan lagi benda itu.

"Maksudnya, yang kawan dia tu belum berpunya lah ye?"

"Ehh.. tak auntie. Saya dah berpunya, ada abe caramel yang saya nak halalkan nanti" Lekas-lekas Syira menjawab. Syira yang akad, halalkan lelaki tu. Terbalik dah ni.

Tergelak semua yang ada di situ mendengarnya. Syira tersengih malu di situ. Dia tersalah cakap eh? Aaira menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil. Apa-apa sajalah Syira wey. Asalkan kau bahagia.

Setelah habis Aaira di soal dengan bermacam-macam soalan, barulah dia meminta diri untuk melihat bunga-bunga yang dijaga oleh Tengku Seri. Dia ada mengajak Syira untuk mengikutnya, tetapi gadis itu menolak. Syira bukannya peminat bunga macam Aaira.

Boleh tahan ramai juga keluarga besar Tengku Danish. Mujur sepupu perempuan tidak sombong melayannya. Boleh dikira dengan hari saja bilangan mereka. Lebih ramai sepupu lelaki daripada perempuan. Itu yang Aaira nampak.

"Hai kak Aaira" Satu suara lembut menerjah ke gegendang telinganya. Dia menoleh ke sebelah.

"I'm Mikayla, cousin Danish. Just call me Kayla" ujarnya sambil menghulur tangan. Aaira menyambut mesra.

"Hai Kayla! " balas Aaira mesra.

"Cantiknya kak Aaira. Patutlah abang Danish terpikat!" Puji Mikayla bersama senyuman manis.

" Terima kasih, Kayla pun cantik juga, tinggi lagi. Akak ni pendek je" gumam Aaira. Natasha tergelak kuat melihatnya. Comel je Aaira ni.

"Kayla dari mana? Tak ada pun tadi" tanya Aaira. Dia tak perasan pula gadis muda ini tadi.

"Kayla baru je sampai kak, itu yang terus tegur ni" balas gadis itu perlahan. Aaira mengangguk faham.

"Okey lah, Kayla nak masuk kejap. Nak makan " pamit Kayla sopan. Aaira menjatuhkan kepala. Sempat gadis itu menunduk sedikit merapat ke telinga Aaira  sebelum di bisik sesuatu. Selepas itu, laju Mikayla berlari masuk ke dalam. Dengan perlahan-lahan Aaira mengangkat wajahnya memandang ke atas.

Deng!

Jantungnya berdegup laju tatkala matanya bersabung dengan Tengku Danish di balkoni tingkat atas. Tak keruan dia bila lelaki itu merenungnya tajam. Sejak bila lelaki itu berdiri dekat situ? Sudah la dia buat perangai entah apa-apa tadi. Tanpa berfikir panjang, Aaira terus menggerakkan kakinya berlari masuk ke dalam rumah.

Takut!

-✿-

HARI ini merupakan hari kedua dia berada di rumah keluarga Tengku Danish. Seronoklah juga dapat berbual, bergosip dengan sepupu-sepupu perempuan lelaki itu. Tetapi pagi tadi, ada satu keluarga lagi yang baru tiba. Dia diberitahu itu adalah keluarga Pak Lang dan Mak Lang. Keduanya melayan dia dengan baik kecuali anak tunggal mereka. Sejak dari mata mereka bertentangan lagi, gadis itu tak habis-habis menjelingnya.

Ada masalah ke?

Tetapi selepas itu dia hanya mengabaikan saja. Husnuzon saja dia tu sakit mata. Hekk..

"Aaira"

Aaira mendongak bila namanya dipanggil seseorang. Cahaya matahari yang panas terik menghalang kelopak matanya terbuka dengan lebih luas menyebabkan mata bulatnya menjadi sepet.

Terkenyit-kenyit matanya. Ouh.. Tengku Danish rupanya. Sepupu perempuan yang lain turut memandang lelaki itu.

"Kau buat apa tu? " Soal lelaki itu apabila dia sudah berdiri di sebelah Aaira. Gadis itu hanya menayangkan giginya yang putih dan cantik tersusun.

"Aaira tanam benih je! Akak-akak ni mintak Aaira ajarkan diorang" balas Aaira perlahan. Sepupunya tersengih melihat Tengku Danish. Tangan mereka sudah kehitaman akibat bermain tanah untuk menanam biji benih. Tengku Danish tersenyum senget.

"Alah abang long ni. Kitorang nak belajar je macam mana nak menanam. Jakun sikit" ujar Suraya. Yang lain turut mengangguk menyokong kata-kata itu. Tengku Danish menggeleng perlahan.

"Kawan kau tu mana?"

"Ada dekat ruang tamu atas. Dia main game dengan sepupu lelaki awak" balas Aaira perlahan. Terjongket sebelah kening lelaki itu mendengarnya.

Minah tu main game?

"Dah nak tengah hari ni"

"Pergi masuk. Naik bilik, bersihkan diri" arah Tengku Danish mendatar sebelum masuk ke dalam.

Aaira menganggukkan kepalanya lalu berdiri diiikuti dengan yang lain. Dia mengutip peralatan yang dia gunakan tadi lalu menapak laju ke stor. Dia menyuruh mereka masuk terlebih dahulu. Mereka hanya akur apabila digesa Aaira. Setelah selesai menyimpan semua peralatan tersebut di tempat asal, Aaira terus keluar dari bilik stor itu. Dia menghampiri paip di penjuru taman untuk membersihkan tangannya yang kotor sebelum berlari anak masuk ke dalam.

Pintu bilik yang didiaminya dengan Syira ditolak perlahan. Aaira masuk ke dalam sebelum menutup pintu rapat lalu dikunci. Tuala dan baju bersih dicapai dan dibawa masuk ke bilik air. Kain batik turut ditarik keluar dari almari.

Aaira tak biasa mandi tanpa memakai kain basahan. Malu. Walaupun tiada orang yang melihat tetapi dia percaya masih ada makhluk Allah yang memerhati.

Tengku Danish di dalam bilik hanya duduk menghadap laptop. Sesekali Tengku Danish mengurut pelipis. Satu persatu email yang dihantar oleh pekerjanya dibuka. Pening dia melihat hasil kerja yang dia terima. Kopi panas yang sempat dia buat tadi di hirup perlahan. Matanya menangkap tubuh Aaira yang baru melintas di hadapan pintu biliknya yang tak bertutup. Dengan berpakaian serba bersih, tahulah dia bahawa gadis itu sudah membersihkan diri. Mug diletakkan di atas meja sebelum kembali menghadap paparan pada laptop.

Pekerja dia semua ni nak kena bantai nanti ni. Tunggu lah.

-✿-

AAIRA membelai kucing putih di atas ribanya. Dia tak sangka ummi penggemar kucing juga. Ingatkan penggemar bunga saja. Kata ummi, setiap petang dia akan lepaskan kucing itu bermain ni taman. Tetapi sewaktu dia mahu mengambil peralatan yang dia guna pagi tadi, dia terdengar bunyi nyaring di dalam stor. Dari belakang susunan papan besar.

Bila dia alihkan papan itu ke tepi, saat itu juga matanya membulat apabila melihat kucing putih yang keluar dari celahan papan itu.

Lahh buat apa main dalam stor, kan dah tersepit dekat situ. Dia terus menunduk sedikit mengambil kucing itu dan dibawa ke pelukan. Tanpa sedar, dia tersepak kotak yang terletak rapat dengan papan tadi.

Akibatnya papan-papan tersebut jatuh. Hampir mengenai tubuh kecil Aaira. Bunyi yang kuat itu menarik perhatian semua orang di dalam rumah. Sepupu perempuan yang sudah menunggu di taman juga terus berlari ke stor belakang.

"Aaira, kamu okey kan? " soal Tengku Seri risau.

"Aaira okey je ummi. Jangan risau lah" balas Aaira tersengih. Tengku Seri mengusap-usap dadanya. Risau bukan kepalang dia saat Tengku Danish memberitahu yang Aaira hampir-hampir saja dihimpap papan di bilik stor. Papan-papan itu bukannya ringan, berat dan besar lagi. Mana dia tak risau. Terus sahaja dia bergegas melihat keadaan Aaira.

"Lain kali jangan buat benda-benda tu lagi ye? Risau ummi dibuatnya. Lelaki ramai dalam rumah ni, minta je diorang tolong" pesan Tengku Seri perlahan. Aaira tersenyum nipis sambil mengangguk. Tengan wanita digapai sebelum digenggam erat.

Tengku Seri tersenyum. Dia mengusap bahu gadis itu lembut sebelum tangannya menjentik telinga kucing di atas riba Aaira itu.

Lasak sungguh! Kan dah menyusahkan orang.

-✿-
MRS. DANISH
Wafa Ariffin
-✿-

ෆ Do vote and comment ෆ

Thanks for reading♡

Continue Reading

You'll Also Like

850K 85.1K 72
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
55.4K 5.6K 28
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
564K 19.3K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
365K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...