ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

268K 14.3K 1.7K

NOT EDITED ‼️ π‘­π’Šπ’“π’”π’• π’”π’•π’π’“π’š, π’‡π’Šπ’“π’”π’• 𝒍𝒐𝒗𝒆 κ¨„οΈŽ -✿- π‘»π’†π’π’ˆπ’Œπ’– π‘­π’‚π’‰π’“π’Šπ’†π’ π‘«π’‚π’π’Šπ’”π’‰ - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 27

5.2K 254 66
By WafaAriffin


MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

AAIRA memandang wajah suaminya tajam. Kecik besar kecik besar saja dia lihat lelaki itu. Selamba duduk bersantai di balkoni luar
bilik. Tengku Danish tayang wajah bersahaja. Langsung tak kisah dengan renungan tersebut.

Kopi panas dihirup perlahan. Kedua bebola matanya melilau ke tempat lain. Tak diendahkan kehadiran si isteri di situ.

Buat-buat tak nampak.

Aaira berdecit kuat. Kedua tangan yang elok bersilang memeluk tubuh tadi dijatuhkan ke sisi. Lantas dicuit bahu lelaki itu sedikit. Meminta perhatian daripada lelaki itu.

Tengku Danish kerling dengan hujung mata. Alis mata kiri dijongket tinggi.

"Siapa suruh awak duduk luar? Kenapa tak duduk dalam, rehat? Awak tak sihat lagi kan?" Aaira bertanya perlahan. Risau dengan keadaan suaminya itu.

Sekarang sudah malam, angin di luar sudah terasa sejuk. Suaminya boleh pula bersantai lepak dekat luar ni. Dengan tak berbajunya lagi. Orang suruh duduk rehat dekat dalam, degil juga nak bergerak ke sana kemari.

Suami siapa ni?

Eh suami aku lah.

"Bosan duduk dalam" balas lelaki itu ringkas. Kopi dihirup lagi. Minum air panas-panas time nak hujan ni, masyaAllah, nikmat betul.

"Saya suruh awak rehat kan? Kalau awak pening-pening lagi macam mana? Kan sejuk dekat luar ni. Jom lah masuk dalam, tidur" ajak Aaira dengan nada lembut. Cuba memujuk lelaki itu. Baju nipis yang tersidai di kerusi dicapai sebelum dihulur kepada suaminya.

Tengku Danish tayang muka bosan. Huluran gadis itu tak disambut. Malah dibiarkan saja. Tubuh diselesakan, cuba untuk duduk bersandar dengan mata tertutup rapat.

Mahu merasai dingin malam. Seharian dia dikurung di dalam bilik. Tak dibenarkan keluar langsung. Dilarang oleh Aaira sama sekali.

"Awakk.. jom lah masuk dalam" pujuk Aaira lagi. Dicuit-cuit bahu suaminya.

Tengku Danish hela nafas panjang. Dengan mata tertutup rapat, tangan kiri bergerak mencapai lengan halus Aaira. Lalu ditarik perlahan agar duduk disebelahnya.

Aaira tersentak sedikit ke depan. Terus punggungnya berlabuh di sebelah si suami.

"Awak.."

Tengku Danish hela nafas berat, lagi.  Membuatkan Aaira di sebelah berkerut dahi memandang suaminya. Melihat seraut wajah kosong itu sedikit menimbulkan tanda tanya. Suaminya nampak muram saja.

"Awak kenapa? Ada masalah ke?" Soal Aaira perlahan.

Tengku Danish toleh ke sebelah. Dia terkaku buat seketika tatkala anak matanya bertembung dengan sepasang mata bening itu. Wajah isterinya nampak berkerut risau memandangnya.

"Aku.."

Tengku Danish menjilat bibir yang terasa kering. Aaira hanya menunggu.

"Aku rindu ummi" ucapnya perlahan sebelum dia menunduk sedikit memandang ke riba. Layu saja matanya. Kening Aaira sudah melengkung ke bawah. Hilang sudah perasaan gelisahnya tadi, digantikan dengan perasaan lain.

Awww.. nyomelnya syuben Aairaaa!!

Tanpa sedar, kedua belah tangannya naik memegang kedua pipi si suami. Menarik wajahnya itu agar menghadap ke arahnya. Lelaki itu hanya menurut.

"Awak baru call ummi siang tadi kan? Lama pula tu. Rindu lagi?" Tanya Aaira. Tengku Danish mengelipkan mata. Tak tahu mahu menjawab apa. Terpejam matanya sedikit tatkala merasa hangat usapan tangan lembut itu di pipinya.

Aaira tersenyum lembut sebelum dia bangun berdiri di hadapan suaminya yang masih duduk itu. Dengan perlahan dia menarik dan memeluk kepala Tengku Danish, membuatkan lelaki itu kaku diam tak bergerak.

Rambut Tengku Danish diusap lembut. Dia tahu apa petandanya apabila lelaki itu sudah mula rindukan Tengku Seri. Lagi-lagi tika lelaki itu sedang sakit.

Itulah waktu di mana suaminya mahukan perhatian. Mahu bermanja.

Sebelum ni mungkin ummi yang akan manjakan Tengku Danish. Tetapi sekarang dia ada sebagai isteri, jadi dia boleh manjakan lelaki itu seberapa lama sekalipun. Dia tak kisah langsung. Kerana itu tugasnya, melayan suami.

Tengku Danish memejamkan kedua matanya seraya tangan naik melingkari pinggang Aaira. Wajah tersembam penuh pada perut kecil itu.

Hangat.

Nyaman.

Dan wangi.

Aaira menepuk perlahan belakang suaminya bersama tangan kiri masih tak henti mengusap rambut lembut itu.

Atoto bucuk masyam ni. Ngengada je..

Lempang kang.

Eh..

"Jom masuk tidur nak? Aaira dodoikan" pelawa Aaira. Tengku Danish diam. Lama, sebelum lelaki itu menjatuhkan kepalanya sedikit sebagai balasan.

Aaira tersenyum senang. Terus ditarik tangan kasar itu supaya mengikutnya masuk ke dalam.

Tengku Danish akur merebahkan tubuh ke atas tilam. Dia melihat Aaira yang masih sibuk merapikan comforter.

Sedar akan pandangan si suami, Aaira menoleh ke wajah Tengku Danish. Kening terangkat tinggi.

Nak apa pandang-pandang?

Tengku Danish mengeluh kecil sebelum menggeleng kepala. Dia membetulkan posisi baringnya lalu kedua belah mata tertutup rapat.

Tidur.

Aaira tersenyum nipis. Kaki menapak ke tempat tidurnya pula. Di sebelah lelaki itu.

Belakang disandarkan pada kepala katil sebelum matanya terpaku pada Tengku Danish yang lurus merenung ke matanya.

Eh tak tidur lagi?

"Kenapa tak tidur lagi?" Soal Aaira perlahan. Tangan naik mengusap lembut rambut lelaki itu.

Berkerut halus dahi Aaira tatkala tangannya ditarik perlahan. Tengku Danish memeluk tangan isterinya sambil kembali menutup mata.

Aaira sudah terkelip-kelip sendirian.

Matanya menurun pada tangan yang dipeluk.

Ouhh...

Dia dah faham.

Lantas dengan gerakan perlahan, dia merapatkan tubuhnya dengan Tengku Danish. Dia menyelesakan sedikit posisi baringnya.

Tengku Danish berkerut sedikit apabila bahunya terasa dicuit. Kelopak mata dipaksa buka. Sudah layu.

Aaira tersengih panjang seraya mendepakan tangannya. Menggamit lelaki itu mendekat. Tengku Danish terdiam dengan mata yang bukat bercahaya.

Aaira ketawa kecil melihat pemandangan itu. Bukan nak kata apa lah, tapi comelnyaaa!!

Ummiii!!!! Tengok anak ummi nii!!

Tanpa sedar, Tengku Danish terus maju masuk ke dalam dakapan kecil si isteri. Disembamkan wajah pada leher Aaira bersama tangan yang melingkari pinggang kecil itu. Memeluk dengan erat.

Aaira tersenyum seraya membalas pelukan tersebut. Diusap dan ditepuk lembut belakang Tengku Danish. Dodoi syuben kitew..

Hangatnya..

Itu yang Tengku Danish rasa pada waktu itu. Lama kelamaan, matanya semakin layu menenggelamkan kesedarannya di dunia nyata ke alam mimpi.

Dengkuran halus keluar dari celah bibir, menandakan Tengku Danish sudah dijemput lena.

Tidur duluan..

-✿-

AAIRA mencelikkan kedua matanya. Terjaga. Berkerut keningnya tatkala sedar permukaan tilam di sebelahnya kosong tiada penghuni.

Jari runcingnya naik menenyeh mata. Kantuknya masih belum hilang. Perlahan-lahan penglihatan yang kabur beransur pulih seperti biasa. Menyepet matanya merenung ke arah jam dinding.

Pukul 2 pagi.

Awal lagi. Mana perginya Tengku Danish?

Tandas?

Pantas matanya beralih ke pintu tandas yang tertutup rapat. Mata dikelip layu. Perlahan-lahan dia turun dari birai katil. Menapak dengan langkah tertib menuju ke arah tandas.

Tiba saja di hadapan pintu, matanya terpaku pada suis lampu yang menunjukkan lampu bilik air itu tertutup tak bernyala.

Tetapi jarinya tetap menekan suis itu lalu ditolak lebar pintu dihadapannya perlahan. Keadaan bilik air yang terang benderang itu menyepetkan lagi mata Aaira. Tak biasa dengan cahaya lampu itu.

Berkerut dahinya melihat bilik air yang kosong itu. Tak ada suaminya di situ.

KTANG!!

Tertoleh laju kepalanya ke belakang.

Bunyi apa tu? Tengku Danish ada di bawah ke?

Dengan teragak-agak dia melangkah keluar dari bilik. Pintu ditutup terlebih dahulu sebelum bergerak ke arah lift. Hanya samar-samar saja pada penglihatannya.

Dahi berkerut halus tatkala melihat keadaan ruang tingkat bawah yang gelap gelita selepas pintu lif terbuka luas. Hanya lampu dari lif saja yang menyuluh ke ruangan bawah itu. Aaira mula risau. Sudahlah dia takut gelap.

Hairan, takkan suaminya turun gelap-gelap macam ni. Nak jalan pun tak nampak. Silap-silap boleh tergolek terlanggar dinding. Ish ish ish..

Laju dia menapak ke ruang tamu untuk membuka lampu. Suis lampu ditekan sebelum kawasan ruang bawah itu berubah terang benderang. Mata Aaira tertutup sedikit apabila cahaya menerpa masuk ke mata. Tak biasa.

Setelah penglihatannya kembali normal, dia terus melilau melihat ke sekeliling. Kosong saja. Mungkin suaminya ada di dapur. Aaira bergerak menuju ke lorong yang menghubungkan ruang tamu dengan ruang makan. Suis lampu ruangan itu ditekan.

Tiada.

Langkah diteruskan menembusi ke ruangan dapur pula. Namun batang hidung lelaki itu masih belum ditemui. Haihh.. manalah laki aku ni.

Lama dia berfikir di tengah dapur itu sebelum tekaknya tiba-tiba terasa kering. Laju tangannya bergerak mencari gelas untuk mengisi air. Belum sempat dia mahu tuang air suam, pergerakan tangannya terhenti apabila teringatkan kotak susu coklat kegemarannya di dalam peti ais. Tanpa berfikir panjang, dia terus meletak jug air tadi ke tempatnya semula sebelum dia bergerak menuju ke arah peti ais yang terletak berhadapan dengan pintu dapur.

Aaira membuka pintu ais tanpa ragu lalu mencapai susu kegemarannya keluar. Selepas itu, ditutup pintu peti ais dengan lututnya. Aaira berpusing menghadap ke belakang. Pada waktu itu juga tubuhnya kaku tak bergerak. Bersama mata yang tunak ke ruang makan.

Bunyi derap langkah seseorang menampar gegendang telinga. Laju Aaira meletak gelas dan kotak susu tadi di meja tengah dapur dan terus menyorok di balik dinding. Aaira meninjau sedikit ke ruang makan.

Tengku ke tu?

Takkan suaminya pakai kasut dalam rumah pulak. Pelik. Takkan pengawal yang berkawal dekat luar rumah tu?

Saliva ditelan payah. Nak try panggil ke tak eh? Tapi takutlah.

Nak panggil ke.. tak? Panggil ke tak? Panggil?

Hishh!!

Malas mahu berfikir lama. Dia mengambil keputusan untuk melihat ke ruang makan. Mahu memastikan sendiri suaminya ada di situ ataupun tidak.

Terjengket-jengket Aaira menghampiri pintu ruang makan sebelum menyembunyikan diri di tepi dinding. Dia meninjau sedikit ke dalam satu stor kecil di tepi ruang makan itu. Mata Aaira membulat seraya sebelah tangan naik menutup mulut.

Terlihat dua orang lelaki sedang menggeledah isi dalam almari kecil. Aaira terkebil. Kau cari apa kat situ Raju? Kalau nak mencuri pun kenapa dekat ruang makan ni? Dalam stor tu cuma ada pinggan mangkuk je. Ish ish ish..

Kepala digeleng perlahan. Apoo lah..

Bila difikirkan semula, macam mana perompak tu boleh masuk ke dalam? Tak ada orang berjaga dekat luar ke?

Leka melihat perlakuan perompak itu, Aaira menegakkan sedikit tubuhnya yang sudah lenguh. Tangan mengurut bahagian belakang tubuhnya.

Adoiii sakit belakang. Tubuh digerakkan ke belakang sedikit.

Akibat kecuaiannya sendiri, siku Aaira tertolak pasu bunga kaca yang betul-betul berada di atas rak belakang Aaira. Membuatkan pasu tersebut bergerak menghasilkan bunyi panjang yang berkemungkinan mampu menyedarkan kedua perompak itu. Menggelabah Aaira menahan pasu itu daripada jatuh. Dada serupa nak pecah menahan detakan jantung yang kuat berdegup. Ya tuhan..

Kalau jatuh tadi, mampus dia kena bebel dengan Tengku Danish.

Itu yang dia risaukan. Padahal ada--

Tersekat nafas Aaira ketika itu. Waduh!

"Kau ada tertolak barang ke?"

Aaira tertelan liur mendengar satu suara garau itu.

"Kamu nanyak? Kamu bertanyak-tanyak?"

"Serious lah sikit setan!" Bisik suara itu keras.

"Mana ada lah!"

"Bunyi dia dekat luar sana"

Tangan Aaira menggigil hebat. Aduhh.. Nak call Tengku Danish tak boleh. Dia tak bawa telefon turun sekali tadi. Cuainya kau ni Aaira.

Perlahan-lahan Aaira menapak ke belakang. Nak lari ikut pintu belakang. Tapi.. mungkin nasib tak menyebelahi dia bila dua ekor penyamun tu sudah keluar dari stor dan terus nampak dia. Tengku!

"Woi pompuan!"

Aarghh! Mommehh!!

Tanpa bazir masa lagi, laju kaki Aaira berlari ke dapur. Jantung Aaira tak usah dikata. Macam nak terkeluar dah.

My hearteuu..

Mana Zayn dengan Waiz ni?!

Sibuk berperang dengan persoalan yang banyak timbul di fikiran. Rambutnya tiba-tiba ditarik kuat membuatkan Aaira tersentak ke belakang. Allah! Dia lupa yang dia tak pakai tudung.

Aaira berdesis kecil. Berair matanya menahan sakit. Botak lah kepala aku kejap lagi.

"Haih.. aku ingatkan takde orang dalam rumah ni. Rupanya adaa" ujar lelaki itu seraya mengeluarkan sesuatu dari belakangnya. Mata Aaira membulat besar. Pisau!

"Terpaksa la aku bunuh ka--"

"Ehh! Jangan bunuh dulu. Anak ikan ni woi. Rasa lah dulu" sampuk lelaki seorang lagi. Lelaki itu menjeling kawannya tajam.

"Kepala hotak ko! Kita ni perompak, bukan perogol! Dosa lah!"

Lah tahu dosa?!

Aaira sudah meraung dalam hati. Bergaduh pulak dah. Kut ye pun lepaskan lah rambut dia ni dulu. Sakit tahu tak?!

"Merompak pun berdosa lah buduh!" Kepala kawannya ditepuk kuat.

"Aduh! Sakit cibake"

"Woii!!! " Kedua perompak itu tersentak. Beberapa orang pengawal menerpa ke arah mereka. Kelam kabut lelaki itu melepaskan genggaman pada rambut Aaira membuatkan gadis terjatuh ke bawah. Tak sempat nak menahan diri.

Belum sempat perompak itu mahu melarikan diri, mereka sudah ditahan dari dua arah. Menyebabkan kedua-dua perompak itu dikepung.

Aaira mengengsot ke belakang sedikit apabila perompak itu mula bertindak agresif untuk melepaskan diri.

Tengku Danish laju menghampiri Aaira. Sempat dia memberi amaran kepada Zayn, Uwaiz dan pengawal lain untuk mengalihkan pandangan mereka ke tempat lain. Tak mahu lelaki lain melihat aurat isterinya.

Kepala Aaira ditutup dengan jaket miliknya sebelum kedua pipi yang basah dengan air mata itu dipegang dengan kedua belah tangan. Risau dia apabila telefon bimbit miliknya berbunyi tanda amaran. Apa yang dia fikirkan hanya satu.

Aaira!

"Aaira! Kau okey?" soal Tengku Danish cemas. Menyesal pulak buat meeting dengan semua pengawal pagi-pagi buta macam ni.

Tangan Aaira mencebik sedih. Kedua belah tangan naik memeluk tubuh Tengku Danish. Menggenggam erat t-shirt hitam lelaki itu

"Awak, sakit" Mendayu suara Aaira mengadu. Kepalanya mula pusing. Wajah Tengku Danish berubah tegang mendengarnya.

"Sakit? Diorang ada pukul kau ke?" Keras Tengku Danish bertanya seraya melepaskan pelukan mereka.

Jemari kasarnya menyeka air mata yang tak berhenti mengalir di pipi lembut itu. Sempat dibetulkan sedikit jaket yang mahu terlorot. Kusut rambut isterinya.

"Lelaki tu tarik rambut saya tadi. Kuat pulak tu. Sakittt" adu Aaira sedih. Mujur wajahnya terlindung daripada pandangan orang lain kecuali suaminya. Tak ada lah malu sangat.

Aaira mendongak sedikit memandang ke wajah suaminya. Terkemam bibirnya tatkala melihat wajah ketat suaminya itu. Nampak jelas lelaki itu mengetap rahangnya.

Wooo.. hottie hottie.

Tengku Danish memasukkan tangannya ke dalam jaket yang menutupi rambut Aaira. Digosok lembut kulit kepala isterinya itu.

"Naik atas tidur, aku ada hal nak buat" Aaira menggeleng laju. Matanya mengerling ke arah dua orang perompak yang sudah diikat. Tengku Danish turut memandang ke arah yang sama.

Aaira mengepit jaket di bawah dagunya. Lidah dijelir ke arah kedua perompak itu tatkala pandangan matanya bertembung dengan mata mereka.

"Kau--"

"Shut up"

Amaran. Mata Tengku Danish mencerun tajam sehingga membuatkan perompak itu tertunduk takut.

Aaira sudah terkekeh kecil. Lucu tengok muka cuak diorang. Tadi gangster sangat.

"Jom aku teman kau naik atas" Lengan Aaira ditarik perlahan. Aaira akur mengikut dari belakang sehingga lah masuk ke dalam bilik.

"Kau tidur dulu. Jangan tunggu aku" pesan Tengku Danish setelah memastikan isterinya berbaring dengan selesa. Aaira hanya mengangguk faham.

Matanya melekat pada belakang tubuh suaminya sehingga kelibat itu hilang dari pandangannya. Jaket di sisi kepalanya dicapai lalu dia bangkit pergi ke arah meja solek. Di sangkut jaket itu pada kerusi sebelum kembali berbaring di atas katil.

Nak tidur. Kepala dah macam roller coaster.

Goodnight everyone!

-✿-

MRS. DANISH
Wafa Ariffin
-✿-

ෆ Do vote and comment ෆ

Rindu saya ke rindu Tengku Danish?
Terima kasih buat yang sudah lama menunggu update OYMD. Luv korang sangat sangat.

Thanks for reading ♡

Continue Reading

You'll Also Like

297K 14K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
63.9K 3.7K 61
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
644K 24.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
97K 4.1K 57
[COMPLETE] ❗️Siapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love th...