Encik Artist Paling Annoying...

By IeqahKazumi

42.7K 4.9K 673

MEER NASH | LAURA Kisah mengenai Ameer Nashreeq atau dikenali dengan panggilan Meer Nash dalam bidang lakonan... More

Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36 ( Final )

Bab 1

3.7K 225 51
By IeqahKazumi

Tak semestinya menjadi pelakon itu adalah satu pilihan. Namun ada sesetengah pelakon yang memilih kerjaya lakonan itu hanya lah untuk satu tujuan.Tujuan di mana ingin mencipta nama supaya orang sekeliling mengetahui kewujudan dirinya. Dia juga ingin menunjukkan kepada orang sekelilingnya yang dia bukan orang yang mudah untuk dihina dan dipijak - pijak.

Itu lah prinsip hidup dan tujuan seorang Meer Nash dalam industri lakonannya.

" I takkan sesekali lepaskan you ! "ucap Meer Nash.

" Please lah...I dah tak nak ada apa - apa hubungan dengan you lagi...I dah tahu yang you tu playboy ! "balas perempuan di hadapan Meer Nash saat ini lalu menolak tubuh Meer Nash ke belakang.

Meer Nash terundur ke belakang namun dia bertindak meraih pantas tangan perempuan tersebut.

Pang !

Tamparan kuat dihadiahkan pada pipi Meer Nash.

Meer Nash tersentak hebat ! Dia agak terkesima menerima tamparan itu. Kuat betul !

" Okay cut ! Bagus scene ni...saya suka " kata pengarah.

Crew di situ semuanya bertepuk tangan tanda berpuas hati dengan lakonan Meer Nash. Meer Nash pula hanya tersenyum hambar.

" Meer sorry..I tertampar kuat tadi...i'm really sorry.."pinta pelakon perempuan baru yang dikenali sebagai Ruhainies.

" Ermm its okay....no hal...nama pun belakon kan ? "jawab Meer Nash sambil menghadiahkan senyuman manisnya , tambahan pula dia memang dilahirkan dengan memiliki dua lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.

Ruhainies hanya mengangguk dan tersenyum lega. Seketika dia meminta diri untuk berlalu sebentar. Belum beberapa saat, seorang lelaki tergopoh gapah mendekati Meer Nash bersama botol air mineral. Botol air tersebut dirampas kasar oleh Meer Nash.

" Aku nak kau saman pelakon tu ! "kata Meer Nash sambil mengenggam erat penumbuknya.

Hah sudah ! Itu lah perangai Meer Nash yang sebenarnya. Depan cakap lain belakang cakap lain. Azka a.k.a personal assistant Meer Nash sudah menggaru belakang kepala sendiri yang tidak terasa gatal pun. Haish ni dah kali ke berapa entah dia kena uruskan kes saman Meer Nash ? Asyik kerja nak saman orang aje dia ni.

" Tapi..sebab apa ? "soal Azka.

Meer Nash memandang tajam ke arah Azka.

" Dia tampar muka aku yang handsome ni kuat gila tadi. Arghh aku tak kira aku nak kau uruskan secepatnya juga! "kata Meer Nash lalu melemparkan botol mineral semula pada Azka.

Tergopoh gapah Azka menyambutnya. Meer Nash mula berlalu meninggalkan Azka.

Azka menghembus nafas berat. Kenapalah aku kena jadi PA di hah ? Haish nasib sepupu aje tau...Kalau tak dah lama aku blah ! Yelah siapa aje yang bertahan nak jadi PA dia kalau perangai annoying gila ?

***

Ferarri merah mula meluncur masuk ke dalam perkarangan salah satu rumah banglo di Damansara Heights. Berhenti saja di tempat letak kereta yang tersedia, Meer Nash terus meloloskan diri daripada Ferarri tersebut.

Moodnya barai gila hari ni.

Semua barang - barangnya dibiarkan Azka saja yang mengangkatnya nanti.

Kesian dho Azka ni. Dia lah PA paling teruk kena layan dengan artist.

Meer Nash mula melangkah masuk ke dalam rumah banglo yang dibeli sendiri beberapa tahun yang lalu. Rumah banglo 2 tingkat ni jelas sekali memang besar tapi yang duduknya hanya dia , Azka dengan pembantu rumah sorang aje.

Sofa empuk menjadi pilihan Meer Nash melabuhkan punggungnya. Remote control air cond dicapainya kasar lalu ditekan ke angka 16 ! Panas dia panas. Perlukan kesejukan.

" Tuan nak minum air apa ? "soal pembantu rumahnya, Pak Din.

Ehh ? Pembantu rumah dia lelaki ? Serious ahh ? Haah. Bagi Meer Nash dia paling tak suka ada kaitan apa - apa dengan namanya perempuan. Sampaikan pembantu rumah pun dia cari lelaki. Kenapa ? Ingat tak ada lelaki yang boleh jadi pembantu rumah ke ? Buat kerja masak memasak semua tu ? Heh ! Ni Pak Din ada. Pembantu rumah paling top dalam banglo Meer Nash ni.

" Apa - apa aje lah Pak Din..."balas Meer Nash sambil matanya dipejamkan. Kepalanya juga sudah tersandar pada sofa. Hmm penat. Dengan cuaca panas hari ni pulak.

" Baik tuan.." sahut Pak Din seraya mula ke belakang.

Beberapa minit kemudian, Azka mula menapak masuk ke dalam rumah bersama barang - barang keperluan Meer Nash di set penggambaran tadi. Berpeluh - peluh Azka dibuatnya.

" Apa yang kau lama sangat dekat luar tu hah ? "bebel Meer Nash.

Azka mencebik. Gila kot mamat ni. Barang dia dah lah banyak nauzubillah. Aku sorang aje kot yang nak kena angkat.

" Aku tanya tak jawab pulak tu. Hish sakit hati aku betul lah hari ni..."bebel Meer Nash tak henti - henti.

" Hmmm kau ni kenapa bad mood sangat hari ni ? "soal Azka akhirnya.

Meer Nash menjeling Azka.

" Aku tak suka lah belakon cerita baru dengan si Ruhainies..lagi - lagi love story ? Aku tak ada feel nak berlakon love love story bagai ni..."luah Meer Nash.

Ya. Memang Meer Nash ni pelakon yang tengah meningkat popular tapi..satu aje kelemahan dia. Dia tak pandai bawa watak dalam love story ! Dia tak ada feel kasih sayang...tak ada feel macam mana rasanya orang bercinta . Yelah setakat dia jadi pelakon ni, sekali pun dia tak pernah bercinta atau dekat dengan mana - mana perempuan even pelakon perempuan sekali pun.

" Dah tu ? Nak buat macam mana ? Kau memang dilahirkan dengan wajah tampan dan kebanyakkan sesuai dengan love story aje...director pilih kau pun...sebab kau antara salah satu pelakon yang paling terbaik untuk tahun ni..."balas Azka. Bengang juga lah kadang - kadang dengan sepupunya ini. Nak belakon pun memilih ! Better tak payah jadi pelakon kalau macam tu.

Meer Nash terdiam jadinya.

" Hmmm kau belajar lah bercinta untuk drama ni...jangan disebabkan seorang perempuan dalam masa lalu hidup kau dulu tu...buat kau benci dengan semua perempuan dekat set penggambaran tu..."kata Azka lagi. Hah kan dah kena tazkirah dengan Ustaz Azka. Hahah ceh !

Meer Nash tersentak bila isu masa lalu diungkit oleh Azka. Dia memandang tajam Azka.

" Masa lalu aku kau jangan sebut - sebut..."kata Meer Nash senada seraya terus bangun dan berlalu naik ke atas.

Azka mencebik. Padan muka ! Dah tu aje yang boleh sedarkan diri kau..aku sebut lah. Hahaha berani betulkan Azka ni dengan boss dia ? Memang prinsip kerja Azka macam tu. Kalau dekat set penggambaran atau dekat luar memang dia pekerja Meer Nash. Namun bila dekat rumah dia akan tetap jadi PA Meer Nash a.k.a sepupu Meer Nash.

" Eh mana Tuan Meer ? Dia tak minum lagi ni.." datang Pak Din bersama secawan air fresh orange.

" Oh tak apa Pak Din...untuk saya aje...heee terima kasih..."kata Azka selamba menyambut air fresh orange tersebut lalu diminumnya.

Pak Din hanya menggeleng kecil. Pening kepalanya melihat telatah dua anak muda ni yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

***

Seorang anak gadis bernama Laura Medina , lingkungan 10 tahun mula menapak masuk bersama abangnya Dhamin Aryan sewaktu itu berusia 17 tahun ke dalam rumah mewah mereka. Mereka berdua baru saja habis kelas tambahan di luar pada malam itu.

" Mama , papa ! Kitaorang dah balik..."kata Laura teruja.Yelah mama dengan papanya baru saja balik dari outstation hari ni. Dah nak dekat seminggu diaorang tak berjumpa.

Dah tu diaorang pulak ada kelas tambahan tadi..tak sempat lah nak tunggu mama dengan papa diaorang balik.

Sunyi dan sepi tiada sahutan. Mereka memandang antara satu sama lain. Pelik ! Selalu mama dengan papa akan sahut tapi kenapa hari ni tidak ? Rumah diaorang agak sunyi dengan pembantu rumah balik kampung dan mungkin esok baru dia akan balik semula ke sini.

Prang !

Kedengaran sesuatu benda kaca jatuh di tingkat atas. Dhamin terus tergesa - gesa naik ke atas sambil diheret sekali adik perempuannya Laura.

Benda pertama yang dituju adalah bilik utama mama dengan papa.

Tanpa membuang masa Dhamin terus menolak kasar pintu bilik tersebut. Namun masuk - masuk saja ke dalam bilik tersebut dia tergamam.

Laura juga begitu. Hanya untuk beberapa saat saja dia terus menjerit.

" Mama ! Papa ! " teriak Laura.

Kelihatan papa mereka tergantung pada kipas angin , manakala mama mereka pulak terlantar di atas lantai bersama tikaman pisau diperutnya.

Dhamin dan Laura mula mendapatkan mama mereka.

" Mama ! Apa dah jadi ni ? "soal Dhamin bersama cucuran air mata.

Mama mereka masih bernyawa namun hanyalah nyawa - nyawa ikan.

"Dhamin...Laura...ni..semua....bu..bukan...salah...papa...ad..a..or..ang...sabotaj..."kata mama mereka tercungap cungap nazak.

" Maa...bertahan...kita pergi hospital..."kata Laura teresak - esak menangis.

" Jangan salah...kan..papa..."

Mama mereka akhirnya menghembuskan nafas terakhir waktu itu..

" Mama ! "

Laura Medina terjaga dari tidurnya. Dia mengusap lembut wajahnya. Ya Allah...kenapa aku masih mimpi benda tu ?

Laura mengerling ke arah jam loceng yang terletak elok di meja kecil sebelahnya. Membuntang matanya bila jam telah menunjukkan pukul 7.30 a.m. Alamak ! Aku dah lambat.

Pantas saja Laura bangun dari katilnya lalu mencapai tuala mandi. Dia dah lambat untuk pergi kerja. Haishh. Ni semua sebab mimpi buruk tu lah yang buat aku bangun lambat ! Hmm abang Dhamin pun pada - pada lah tak kejut aku. Hmm mak pun sama tak kejutkan aku ?

#Hi ! Amacam first chapter? Bad or best ? Keep comment pls ! Sis nak kan respon korang baru lah sis bersemangat lgi nk hasilkan chapter2 yg mkin gempak. Keep vote and comment ya ✨🙈



Continue Reading

You'll Also Like

15.1K 1.4K 14
Series 2 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. . 5 tahun berlalu dengan pantas. Setelah tumpas...
740K 30.3K 89
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
699K 31.5K 38
newbie , first ff saiia :) story dia macam nii . Tengku Ariesya Arieyanna bt Tengku Azimi Azmir yg terpaksa pindah atas urusan keluarga dia . Dengan...
9K 315 19
Dia Jejaka yang kusukai akan tetapi hanya tersimpan dihati dan tak mampu diluahi.Dia Jejaka yang hidup dalam kemewahan dan ada segala-segalanya yang...