B.I.T.C.H (Beautiful, Intelli...

Por queafzan

25.4K 990 329

B Beautiful. Apa yang beautiful sangat? Life, God's creation and love. Sejak bilalah love tu beautiful? Li... Mais

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 8
Chapter 9

CHAPTER 7

495 33 13
Por queafzan


27 October 2013
Oxford. London

"Happy birthday kak yang.... We all love u. Kehadapan kak Yang yang dirindui dan disayangi. Adalah dengan berbesar hati ingin adik maklumkan yang bulan 12 ni ada kenduri kawen. So, tolonglah balik sebab time tu adik tau kak yang cuti Xmas 2 minggu.

Adik xdak pengapit kalau kak yang xbalik. Hehehe... yes adik nak kawen. Bakal adik ipaq Kak Yang org Kola Kedah. Kad semua dah distribute, hantaran dah settle, semua dah settle, baju kak yang pun adik dah tempah dekat kakak buat baju kat Bukit Jambul. So balik ye... Flight ticket abg Zoul dah bayaq. Dia kata lepas adik hantaq email br dia email kat kak yang tiket.

Please jangan marah, adik dah habih pikiaq. I want to be happily married like u. Sebab takot kena marahlah adik email.

I lebiu very2 much. Balik nnt kita p mkn nasi kandaq, adik belanja.

Muah..
Adikmu yg sewel.

Kayla tergamam selepas membaca email dari adik kesayangan -Ashraaf. Dia tidak pasti sama ada adiknya yang sedia maklum sewel itu bergurau atau serious. Banyak perkara yang sedang berputar ligat di dalam kepala Kayla. Namun perkara yang paling mengganggu jiwa Kayla sekarang adalah seorang lelaki yang bernama Zoul. Mampukah dia berhadapan dengan lelaki itu setelah sekian lama berkonfrontasi. Kali terakhir dia bersemuka dengan manusia bermasalah itu adalah pada bulan 12 tahun lepas. Dan kini dia akan bersemuka semula setelah hampir 1 tahun. Gila!

'Kawin? Adik aku nak kawin! Serious ahhh. Ke dia bagi pregnant anak dara orang?? Tapi Kalau sungguhlah dia buat macam tu. Abah dah sembelih  dia hidup-hidup. Gila dah kot budak ni. Baru 26! Saving pun tak tau banyak mana, rumah sendiri tak ada, kerja pun baru start. Financial pun tak stabil ada hati nak jaga anak dara orang! Muda-muda nak kahwin. Esok-esok jangan pulak nanti dah kahwin, dah ada anak baru teringat nak enjoy nak cucuk langit semua. Memang aku penerajang kalau dia buat naya anak orang. Aduhhhh.....adik satu hal.... Ni ada lagi satu hal... Mamat tu mesti ada. Ye lah kan dah dia 'laki' aku kan. Babun sungguh lah. Huaaaaaa..... Why lah..... Mcm mana nak elak dr jumpa dia? Impossible!! Macam mana nak hadap? Mampukah nak hadap? Kalau aku ter meletup masa kenduri macam mana? Lama dah ni simpan! Damn it! I refuse to be like how i was 6 month ago. That was brutal. Aku tak dak reason pun untuk tak balik. Kalau bagitau mama abah aku ni tengah recovering from clinical depression, under high dose of medication, ada anxiety, senang triggered, boleh relapse... Tobat lahum abah sendiri mai sini bawak aku balik sebab risau. Silap-silap kalau aku ketegaq, ada harapan dia bungkuih aku then bawak balik ikut cargo. Itu abah, Mama punya risau bukan main-main. Imagination dia sangat melampau... And dia akan sakit if risau. So how??? No... No no no no. Tak tergamak aku nak biaq mama risau sampai sakit. So what choice do i have? Balik? Hadap? Act as if aku ni happily married sangat-sangat? Sangat-sangat?? Wait.... Why act? May be i should just tell them the truth. Can i? Hari adik kawen aku nak buat hal? Sanggup? Fuck! Shit!!!'

Kayla mundar mandir di ruang tamu. Jenuh dia memikirkan strategi terbaik  untuk berhadapan dengan family sendiri. Dia cukup sedar yang dia harus merancang segala benda dengan teliti, Kayla mengharapkan agar rancangannya tidak lah jatuh menjunam ke laut dalam.

Tiba-tiba sahaja Kayla terdengar deruan kereta Glen di luar. Dia tepuk dahi, lupa yang dalam hidupnya sekarang ada Glen dan lelaki ini pastinya tidak akan bersetuju sama sekali untuk melepaskan dia balik ke Malaysia December nanti.

'Ni lagi satu bala pulak baru sampai. Allah..... Jenuh lah macam ni.'

Sebaik sahaja pulang dari Ireland, status Glen berubah daripada teman serumah kepada teman tapi mesra. Seluruh Fakulti Humanities telah pun mengiktiraf yang Kayla dan Glen adalah pasangan kekasih. Baik Jannah Dato' Omar atau Prof. Eddie, akan memperakui bahawa kedua-dua manusia ini adalah pasangan kekasih. Mana tidaknya, kemesraan mereka berdua sentiasa dipamerkan untuk tayangan umum.

Baik Kayla mahupun Glen sudah beberapa kali terserempak dengan jurugambar tabloid yang mengekori mereka. Semenjak TMZ membongkarkan kecurangan Zoul, entah bagaimana mereka-mereka ini memperoleh maklumat tentang keberadaan Kayla di Oxford. Dan adat sebuah akhbar tabloid adalah dengan men-sensasi kan sesebuah cerita walaupun pada hakikatnya cerita berkenaan tidak tepat. Maka untuk memenuhi impian semua akhbar tabloid dan juga media lain. Kayla meminta pertolongan Glen untuk merelisasikan impian mereka. Lakonan demi lakonan dipertontonkan kepada mereka, hingga sampai ke satu tahap, Kayla sendiri sudah tidak pasti sama ada kemesraan yang dilakonkan adalah palsu semata- mata.

Kayla dan Glen, mengelak untuk berbincang tentang 'lakonan' mereka. Jannah selaku teman sekelas Kayla sering bertanyakan tentang tahap keseriusan hubungan mereka. Apabila diajukan soalan tersebut, Kayla hanya tersenyum.

Sebaik sahaja Glen menutup pintu rumah, dia sudah dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan Kayla. Glen dengan segera menanggalkan jacket dan beg sandang, dan membiarkan barang-barangnya terjelepok di lantai. Dia terus merapati Kayla yang masih mundar mandir dari tadi. Glen khuatir seandainya Kayla dibiarkan begitu, Kayla akan melalui serangan panik. Dan adalah tidak sama sekali Glen akan membiarkan perkara itu berlaku. Cukuplah empat kali. Sakit otak dan seksa jiwa dia melihat Kayla begitu.

"Kayla..... Breath... Relax... Just focus on breathing for a few minutes.. " lafaz Glen tenang sambil merangkul pinggang Kayla dari belakang. Belakang kepala Kayla juga dikucup lembut.

"Breath ok. Don't speak. Don't think. Just breath." Glen memberikan arahan.

Semenjak Ireland, Kayla terpaksa menghadiri sesi kaunseling 2 minggu sekali, dan Glen setia menemaninya di setiap sesi. Malahan Glen juga disaran untuk menjadi rakan penyokong emosi Kayla. Glen sudah terlalu serik untuk menyaksikan Kayla bergelumang dalam emosi yang tidak menentu. Kayla berubah sepenuhnya selepas balik dari Ireland. Sesi menangis hiba dan serangan panik berterusan hingga menjejaskan pelajaran dan juga membahayakan kesihatan. Manakan tidak bahaya jika berat badan Kayla susut mendadak kerana lebih banyak tidur daripada berjaga. Pada satu ketika Kayla hanya makan 2 keping roti sehari dan menelan anti depresant yang di bekalkan. Sementara menunggu ubat tersebut memberikan kesan, dia melayan perasaan. Di saat itulah acapkali dia tewas dalam perang emosi. Hampir sahaja Kayla di tahan wad psychiatry dek kerana terlalu kerap mencederakan diri sendiri. Berhempas pulas Glen cuba untuk memulihkan Kayla. Setelah hampir sebulan setengah barulah usahanya membuahkan hasil. Perlahan-lahan Kayla bangkit dari perang emosi yang sangat mengerikan. Dia mula menghadiri kelas dan menyertai forum pemerdagangan manusia anjuran University. Terukir jugalah akhirnya senyuman manis Kayla yang mampu membuatkan Glen cair serta merta setelah hampir dua bulan menunggu. Glen sanggup melakukan apa sahaja asalkan Kayla bahagia. Belum pernah lagi Glen menyintai sesiapa sebegitu rupa.

Hubungan mereka hari ni telah melepasi kriteria seorang kawan rapat. Malahan Glen sendiri gagal memberi nama kepada hubungan mereka. Kayla mengajak dia berlakon untuk paparazi yang muncul entah darimana... Namun sangat kerap lakonan mereka terbawa-bawa hinggalah ke rumah. Agak payah untuk dia membezakan yang mana satu lakonan dan yang mana satu bukan. Sampaikan adakala Glen hampir hilang kawalan. Mahu sahaja diratahnya Kayla right there and then. Dia sangat bersyukur dia masih boleh mengawal nafsu ketika 'berlakon' dengan Kayla. Dia tahu yang Kayla masih belum bersedia untuk ke fasa seterusnya. Dia mahu Kayla menyerahkan diri dengan rela dan bukan kerana terpaksa.

Setelah 15 minit, Kayla berjaya bertenang dengan bantuan Glen. Dipusingkan badan dan dibalas pelukan Glen sambil merebahkan kepala di dada lelaki itu.

"Thank you. Love you...." lafaz Kayla sambil mengucup lembut dada sebelah kiri. Simbolik kepada mencium hati Glen, yang baik, yang ikhlas, yang sedia membantu tanpa perlu disuruh.

Setiap kali Kayla berbuat demikian, Glen hanya mampu keras berdiri dan membiarkan sahaja. Dia tidak mampu membalas kata-kata Kayla, dikhuatiri jika dia membalas lain jadinya.

Glen menghela nafas perlahan lahan dan bertanya Kayla apa yang sebenarnya terjadi hinggakan dia hampir terkena serangan panik.

"Believe me you wanna sit down..." Mendengar Kayla berkata demikian, Glen sudah tidak sedap hati, tertanya-tanya apakah berita yang ingin disampaikan.

" I have to go back to Malaysia this December, my idiotic brother is getting married....." Merah padam  muka Glen mendengar penerangan Kayla. Dia langsung tidak bersetuju untuk membiarkan Kayla pulang seorang diri. Dia sangat yakin yang keadaan Kayla akan bertambah teruk selepas dia kembali dari Malaysia. Glen dan Kayla bergaduh besar petang itu. Seboleh bolehnya Glen mahu ikut Kayla pulang ke Malaysia. Berilah alasan apa sekalipun kepada semua yang ada disana tentang dia. Dia tidak kisah jika Kayla mengatakan dia hanya kawan sekelas yang ingin merasai pengalaman dengan menghadiri perkahwinan mengikut tradisi Melayu atau Kayla boleh katakan yang dia adalah mat salleh sesat yang baru dikenali airport yang memaksa Kayla untuk turut menghadiri kenduri Ashraaf....apa sahaja alasan yang akan Kayla guna pakai dia langsung tidak peduli. Yang penting dia ada bersama Kayla semasa Kayla berada di bumi Malaysia.

Mana mungkin Kayla mahu tembelangnya pecah. Andai kata Glen ada di depan mata sudah pasti dia takkan dapat membohongi mamanya. Pasti terlepas juga cerita yang mereka berdua teman serumah adakalanya sebilik. Andai kata perkara tersebut terlepas.... Tak dapat nak dibayangkan apa yang bakal terjadi pada dirinya selepas itu. Ngeri!

Ngeri apabila dia membayangkan Zoul dan Glen bertumbuk atau dia ditazkirah oleh puaka tebing biru dihadapan sanak saudara yang ada. Lebih ngeri jika mama bersedih atau berkecil hati atas perbuatannya. 'Eeeeee serem'.

Meremang bulu roma apabila membayangkan situasi yang bakal terjadi seandainya dia tidak berjaya memujuk Glen supaya memberikan kepercayaan pada dirinya, yang dia mampu pergi dan balik dari  Malaysia dengan selamat.

Kayla nekad, dia harus balik ke Malaysia sendirian. Dia harus berdepan dengan masalah, bukannya terus- terusan lari dan mengharapkan masalah tersebut selesai dengan sendiri. Sudah cukup lama dan sudah cukup puas Kayla mengelak... Its time to move forward!! Kononnya.

"Emy will be with me, I'll make sure of it. I promise to text or call you every single day. I'll even update you with a photo of my pills everyday. So you know whether i take them or not and if i did take them, I will definitely let you know." Dosage pengambil ubat Kayla jauh berkurangan dari empat bulan yang lepas. Jika dahulu dia perlu mengambil beberapa biji pil setiap 24 jam. Sekarang dia hanya perlu memakan pil-pil tertentu bila perlu sahaja. Glen membatukan diri di sofa. Sepatah perkataan pun tidak terkeluar dari mulutnya. Ikutkan hati mahu saja dia mengurung Kayla sampai tahun depan di dalam rumah ini. Biarlah Kayla terlepas sekalipun perkahwinan adiknya.. Dia masih boleh berjumpa dengan keluarganya apabila dia benar-benar stabil. Glen bingkas bangun, meninggalkan Kayla yang dilanda perasaan serba salah sendirian.

'Lahhhhh mamat ni pun, sentap plak! Dia ingat kita saja-saja nak balik gamaknya. Balik ni memang aku settle terus semua..... Yang nak menggelabah macam aku nak balik terus dah kenapa?? Risau? Rindu? Make sense...Ishhh....but why nak sentap?? Lantaklah nak sentap pun. Nanti-nanti lah aku pujuk.' Kayla mendengus rimas.

'But this is the right to do... Kan?? ' soalan ini lah yang membuatkan Kayla kembali duduk di sofa setelah beberapa kali cuba bangun untuk meneruskan aktiviti hariannya.

23 December 2013
Penang International Airport.

Meremang bulu roma Kayla apabila memijak tanah Pulau Pinang. Hampir setahun dia berada di UK. Selama itu juga dia berusaha merawat luka yang tidak ada ciri-ciri untuk sembuh. Zoul bagaikan tidak pernah putus asa untuk terus-terusan melukakan hatinya. Ireland adalah titik perubahan Kayla. Dia sudah terlalu penat dan tidak sanggup lagi untuk berperang dengan emosi sendiri. Kerana terlalu kerap mencederakan diri sendiri Kayla pernah dilabel sebagai 'suicidal'. 

Tidak ada manusia waras yang mahu membunuh diri...mengugut untuk melakukan, mungkin...tapi untuk betul-betul melakukannya memerlukan jiwa yang benar-benar patah, kecewa dan putus harapan. Kayla tidak pernah terlintas untuk menamatkan nyawanya sendiri, cuma luka di hati terlalu perit untuk ditanggung, maka dia mencari jalan pintas untuk mengurangkan keperitan tersebut, iaitu dengan mencederakan diri sendiri.

Lebih kurang 45 hari Glen bertungkus lumus cuba untuk menenangkan Kayla. Sepanjang tempoh itu juga, Kayla melawat wad kecemasan sebanyak 3 kali. Entah azimat apa yang Glen baca, perlahan-lahan Kayla mulai sedar dari mimpi ngeri dan mulai bangkit dari terus bergelumang dengan emosi yang tidak menentu. Hari ini, dia berada di bumi Malaysia. Hatinya penuh dengan parut dan sisa-sisa luka. Kayla nekad, biar apa pun terjadi, dia tidak akan tunduk dengan kekalutan emosi. Never again!

Sudah setengah jam Kayla melepak di Coffee Bean seorang diri menunggu adik kesayangan menjemputnya. Seandainya makian boleh di zahirkan, di tengah-tengah coffee bean ini akan ada dua kontena 10 kaki yang sangat penuh dengan makian terhadap Ashraaf yang berjanji akan menunggu dia di airport. Bukan sebaliknya.

'Lagi 15 minit aku tak nampak muka, memang aku balik naik Uber. Ni nama dia Haram J.... Janji macam pelaq. Dah nak masuk 24 jam dah ni punya melangut. Ni nak suh langut lagi! Memang babun lah.'

Kayla mencapai gelas latte kedua yang suam-suam kuku itu lalu diteguknya sampai habis. Badannya dah mula terasa lenguh. 21 jam setengah dalam flight... Tak termasuk masa menunggu untuk check - in, boarding dan transit lagi.... Kayla sudah muak menunggu... Dikemaskan meja yang dipenuhi oleh tisu yang dicarik- carik halus... Dan mengangkat gelas untuk di kembalikan pada petugas cafe. Sebaik sahaja dia berpusing untuk kembali ke meja untuk mengangkat beg dan beredar. Ashraaf sudah sedia berdiri di sebelah beg Deuter 75 liter nya yang boleh tahan berat itu.

"Sorry adik lambat.... Sangkut jem kat Sungai Dua. Kan Pesta..." Cubaan Ashraaf menjernihkan suasana selepas melihat wajah Kayla mencuka.

"Ikut Masjid Negeri buat apa, ikut Highway Jelutonglah... Kan senang... Direct ja...."Terdiam Ashraaf dibuatnya. Bukan dia yang memandu, sebaliknya ada insan lain yang turut serta dengannya.

"Mai adik angkat beg.." pelawaan Ashraaf dibalas dengan nada Huh saja. Meluat maksima kerana dia dipaksa menunggu selama 30 minit.

"Pergghhhhh...... Kak Yaaannnnngggg bawak balik batu Windsor Castle ka apa ni. Berat nak mampuih!!" berkerut kening Ashraaf setelah menggalas beg kakaknya. Terbit senyuman kecil dari bibir Kayla melihat gelagat adiknya.

"Bukulah..."

"Hehe... Kak Yang senyum so boleh dah nak salam. Seriau nak salam masa kak yang marah. Takut kena himbau...sebab abang kata Kak Yang ambik Krav Maga kat sana." terbantut aktiviti salam menyalam adik sendiri selepas mendengar kenyataan Ashraaf.

Berkerut kening Kayla memikirkan bagaimana 'mamat' tersebut tahu tentang aktivitinya disana. Kemudian dia teringat, mungkin ada paparazi yang pernah mengekorinya hingga ke studio latihan dan melaporkan perkara tersebut.

Tangan Ashraaf disambut lembut. Marahlah macam mana sekali pun... Ashraaf tetap adiknya.. Satu-satunya yang dia ada.

Usai salam... Ashraaf memeluk Kayla. Sesuatu yang jarang dibuat oleh lelaki sewel ni. Sekali lagi Kayla tergamam.

"Adik rindu...." Bisikan Ashraaf yang cukup meruntun jiwa Kayla. Bukanlah dia tak rindukan keluarga, namun dia perlu merawat luka... Bergenang air mata Kayla semasa mambalas pelukkan Ashraaf.

Mereka berjalan beriringan menuju ke pintu keluar lapangan terbang. Tak berhenti Ashraaf menceritakan tentang bakal isterinya pada Kayla. Berseri-seri dan jelas nampak keterujaan di wajahnya. Suka pula Kayla melihat Ashraaf begitu.

Sebaik sahaja keluar dari pintu terminal, Ashraaf berjalan kearah BMW X5 hitam bercermin gelap yang sudah sedia menunggu. Kayla yang membontoti dia dari belakang tidak perasan langsung dengan kehadiran SUV berkenaan. Sangkaan Kayla, Ashraaf datang menjemput dengan kereta Hyundai miliknya berseorangan.

Apabila Ashraaf membuka pintu dan meletakkan beg di tempat duduk belakang... Kayla yang berdiri agak jauh dari kereta tersebut, sedikit terkejut kerana dia tidak mengenali atau mengetahui siapa pemilik SUV berkenaan. Mustahil lah adiknya yang baru bekerja itu mampu membeli SUV mewah sehebat BMW X5.

Belum sempat Kayla bertanya tentang kenderaan yang bakal membawanya pulang... Tuan punya kereta turun dari tempat duduk pemandu.

"Jom...."Ajak Zoul ringkas.

Andai kata jantung Kayla mampu keluar dari kerongkong dan menempah flight balik ke London, sudah pasti perkara tersebut dilakukan. Terdiam kaku Kayla disitu.... Hampir saja nafasnya terhenti. Kayla memejamkan mata... Di telannya sebak yang datang entah dari mana.

'For fuck sake... Why??? Agaknya macam ni lah rasa bila kita benci, sayang, rindu dan meluat dekat orang tu dalam masa yang sama. He look haggard. Rambut panjang, muka macam tak tidoq setahun, berjambang macam shaver tak wujud atas muka bumi ni! Tak boleh kah urus sendiri bagi elok sikit! Hishhhh.... Eh... Why do i even care? Nope. No. No. I don't  fucking care.!!'

Tanpa sepatah kata, Kayla terus membuka pintu belakang dan duduk disebelah beg Deuter nya. Kedua-dua lelaki yang sedang berdiri di sebelah SUV tersebut patut bersyukur kerana dia memilih untuk berdiam diri. Seandainya dia pilih untuk mengamuk....sesen pun tak ada guna.

Ashraaf dan Zoul berpandangan sesama sendiri. Ashraaf tidak faham kenapa Kayla tidak teruja sikit pun bila berjumpa dngan Zoul. Kalau dulu baru berpisah sehari dah seperti setahun...berkepit kesana sini. Sampai naik meluat Ashraaf dibuatnya. Ini tidak, kedua-duanya seolah-olah tidak ada perasaan. Zoul hanya mampu menelan liur apabila mata mereka bertentangan buat kali pertama setelah sekian lama. Walaupun mata mereka bertemu kurang dari sesaat, itu sudah cukup untuk Zoul tahu dan faham derita yang melanda isterinya. Perasaan bersalah makin menebal, dia tahu dia salah namun dia tidak punya banyak pilihan.

Destinasi pertama mereka adalah- rumah Pn. Kathy. Perjalanan dari airport ke rumah parents Kayla menjadi agak lama dek kerana kesesakkan lalu lintas di musim cuti sekolah di Pulau Pinang. Sepanjang perjalanan, Ashraaf yang tak tahu apa itu pun dapat merasai ketegangan yang wujud di antara Kayla dan Zoul. Melihat muka Zoul yang serius ketika memandu dan muka Kayla yang seolah-olah jijik untuk terus berada di dalam SUV ini, membuatkan Ashraaf membatalkan sahaja niatnya untuk bertanya.

'Diam lagi baik. Tak pasai sat gi depa dua gaduh dalam kereta kalau aku start tanya macam-macam' Getus hati kecil Ashraaf setelah berulang kali memandang Zoul dan juga Kayla secara bergilir.

Setelah hampir 1 jam, barulah SUV hitam tersebut menyusur masuk di hadapan rumah ibubapa Kayla. Rumah pusaka ini telah menyaksikan penyatuan banyak jiwa. Lafaz akad Zoul seolah-olah masih bergema. Hiruk pikuk serta gelak tawa tetamu dan saudara-mara di rumah pusaka ini menggamit beribu kenangan indah. Kayla berdiri kaku di depan pintu rumah yang terbuka luas. Mata nya liar memandang setiap alang dan tiang yang ada dihadapannya. Daun pintu dipegang kemas. Seolah-olah mahu memberitahu rumah tersebut yang dia sudah pulang dan dia tidak pernah pun lupa. Mata Kayla berkaca, sebak yang menggila di dalam hati tanpa dia sendiri tahu apa puncanya. Rindu? Pada rumah? Atau pada lelaki yang hanya mampu memerhati dia dari tempat duduk pemandu.

Kayla hilang dari pandangan mereka berdua, setelah berdiri dengan agak lama di hadapan pintu rumah Puan Khaty. Mendengar suasana dapur yang agak gamat, Ashraaf pasti ramai yang gembira kerana akhirnya mereka dapat berjumpa dengan Kayla. Mungkin selepas ini hilanglah kerut-kerut risau dan rindu di wajah mama.

Sebelum Ashraaf menyertai Kayla di dapur dia menoleh memandang Zoul yang bersandar di tempat duduk pemandu. Lama juga dia merenung abang iparnya itu, berkira-kira sama ada mahu ditanya atau tidak...

"Tak yah tanya lah adik..." pinta Zoul tanpa perlu menoleh, cukup tahu persoalan yang bermain di minda adik iparnya.

Sambil menggeleng kecil Ashraaf berlalu pergi, membiarkan Zoul sendirian dengan SUV barunya. Ashraaf dapat mengagak, ini bukan lagi gaduh-gaduh "manja" antara Kayla dan Zoul. Ini adalah deklarasi perang yang sangat hebat diantara kakaknya dan juga suami tercinta. Dia cukup kenal dengan silent treatment Kayla, kerana dia juga pernah berhadapan dengan situasi yang sama apabila dia menjahanamkan basikal kakaknya suatu masa dahulu. Padahal pada waktu itu Kayla sudah bertahun tidak menyentuh basikal berkenaan dan pada waktu itu juga basikal tersebut sudah layak dipanggil besi buruk. Namun disebabkan kebodohan diri sendiri yang ingin meniru aksi penunggang basikal BMX professional, rim aloi jenama Shimano pada basikal kayla patah. Dan disebabkan itu jugalah Kayla memberikan dia 'silent treatment' selama sebulan.

' Tu baru bagi patah rim basikal tua. Ni ntah apa bendalah yang Abang Zoul buat sampai Kak Yang tak mau langsung pandang muka..... Eeeeeee seram....'

Riuh rendah dapur Puan Khaty apabila Kayla melangkah masuk. Habis semua orang dipeluknya, termasuklah puaka tebing biru. Makin lebar senyuman Puan Khaty. Tak tergambar kegembiraan di hati apabila Kayla berada di depan mata. Terdapat sedikit kelainan pada Kayla, tapi Puan Khaty tidak dapat mengagak dengan tepat, apa sebenarnya.

Sudah hampir jam 1 pagi. Keriuhan di dapur Puan Khaty awal tadi mulai reda. Hampir kesemua jiran-jiran dan juga saudara terdekat yang hadir untuk membantu Puan Khaty menyediakan bunga rampai dan juga persiapan yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing. Yang masih setia berada di situ adalah Kayla, Ashraaf dan Puan Khaty sahaja.

"Ma... Kayla tidoq sini malam ni boleh...??? " pinta Kayla sambil menyimpan segala jenis pisau yang di keluarkan untuk mensiapkan bunga rampai. Ashraaf gelak besar mendengar permintaan kakaknya.

'Mereng dah kakak aku ni'

"Bilik lama Kak Yang dah jadi bilik pengantin. Bilik lain semua full. Adik pun tidoq kat hall ja." penjelasan Ashraaf mengecewakan Kayla, namun dia tidak cepat putus asa.

"Ma.... Kayla tidoq depan dengan adiklah.." berkerut kening Puan Kayla mendengar permintaan Kayla.

" Haih toksah dok merepet boleh? Dah jadi bini orang takkan nak tidoq kat tengah rumah. Balik sanalah... Esok mai." Kayla mencebik setelah terkena tembakkan Puaka Tebing Biru yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

" Ma boleh la.... Lama dah tak tidoq sini." rayu Kayla lagi.
Seboleh-bolehnya dia mahu mengelak dari berada di ruangan yang sama dengan Zoul.

" Lepas dah clear bilik tu mai la tidoq sini. For now balik sana dulu. Tak eloklah kalau mama biaq Kayla ngan Zoul tidoq kat depan. Kalau muda remaja tak pa. Further more you letihkan,balik sana at least boleh proper rest" pening kepala Pn. Khaty dengan anak  sulungnya ...malahan dia sendiri tidak faham kenapa Kayla beria mahu tidur disini sedangkan sebelum ini walaupun ada peluang, dia tidak akan berbuat demikian. Kayla mencebik tanda tidak setuju namun dia menurut sahaja. Seandainya dia berkeras untuk tidak bermalam di rumah sendiri, ada harapan yang seluruh ahli keluarganya akan tahu masalah dia dan Zoul. Dan hari bahagia adiknya akan tercemar.

"Adik! Kejut abang sat... Kak Yang nak mandi...lepas mandi terus gerak." perintah Kayla. Ashraaf hanya mampu memandang kakaknya tanpa reaksi.

Memang dasyatlah pergaduhan mereka kali ini. Semenjak kakaknya berkahwin, belum pernah lagi aktiviti mandi dilakukan berseorangan seperti sekarang. Elak lah macam mana sekalipun Zoul akan tetap masuk dan mandi sekali dengan Kayla . Bagaikan tak wujud perasaan segan langsung, namun perkara yang sebaliknya berlaku sekarang.

Semasa Kayla berada di dalam bilik air, sempat juga Pn. Khaty bertanya kepada Ashraaf apa sebenarnya yang terjadi antara anak dan menantunya.

"Depa gaduh?" Separa berbisik Puan Khaty semasa bertanya.

Ashraaf hanya jongket bahu...

"Kot lah... Dari airport tak bercakap." Pn. Khaty hanya mampu menggeleng. Hati tuanya tertanya-tanya, adakah sebab itu, Kayla kelihatan lain benar kali ini. Walaupun mereka kerap berjumpa menerusi lawan sesawang Skype, namun apabila ada di depan mata, nampak sangat ada sesuatu yang tidak kena dengan Kayla.

24 December 2013
Miami Beach, Penang.

Perjalanan selama 30min dari rumah Puan Khaty ke rumahnya sendiri, merupakan 30 minit paling panjang dalam sejarah hidup Kayla. Berdua dengan Zoul dalam ruangan sempit - walaupun interior BMW X5 cukup luas bagi manusia biasa- adalah sangat-sangat tidak selesa bagi Kayla. Dia seboleh-bolehnya mahu mengelak terus dari berjumpa dengan Zoul   namun apakan daya, keadaan memaksa.
Ketegangan yang berlaku didalam kereta awal malam tadi bersambung.

Pemanduan Zoul tenang walaupun fikirannya berkecamuk. Berulang kali dia mengulangi skrip yang di rancang selama ini. Semenjak kematian Erik 6 bulan lepas, Kayla telah menghentikan segala jenis komunikasi dengan Zoul. Kesemua email Zoul masuk ke dalam folder spam, message dan panggilan telefon dari Zoul di blok terus. Disebabkan itulah Zoul harus mencuba sedaya upaya dan mencari peluang untuk bercakap dengan Kayla, terlalu banyak perkara yang perlu dijelaskan, dia mengharapkan dengan adanya penjelasan tersebut, Kayla sekurang-kurangnya faham kenapa segala perkara buruk ini berlaku.

Zoul tiba di Pulau Pinang dari New York 4 jam lebih awal dari Kayla. 26 jam di dalam flight termasuk transit. Dan sebaik sahaja sampai di KLIA, dia terus menyambung perjalanannya ke Pulau Pinang dengan kereta. Makin sakit badannya apabila Kayla tidak langsung mahu bercakap hatta memandang muka dia sekali pun. Zoul sedar yang dia sudah melakukan bukan satu, malahan mungkin berjuta kesalahan pada Kayla, namun Kayla juga tidak lari dari membuat salah.. Jika tidak, masakan gambar-gambar mesra Kayla dengan Glen boleh sampai ke tangannya. Ayat panas hati tidak cukup untuk menggambarkan betapa panasnya hati Zoul melihat gambar Kayla yang sangat selesa berada di dalam dakapan Glen. Mahu sahaja dia menyuruh Sergei membunuh dan kemudian membuang mayat Glen di mana-mana. Dia tidak bertindak demikian kerana dia tahu bagaimana Kayla bergantung pada Glen untuk pulih. Zoul nekad, biarlah apa pun terjadi, dia tidak akan meninggalkan Kayla...tidak sama sekali.

'Tak lenguh ke kepala dia asyik tengok luar tingkap sampai tak bergerak langsung?' Getus hati kecil Zoul.

'Marah sangat? Ye lah.... I tau i salah... I tau i kena explain macam-macam tapi macam mana i nak explain kalau you tengok muka i pun tak nak. Hisshhhh macam mana nak cakap ni.... Kayla i sebenarnya "tolong manage" biggest....eh... the biggest organized crime group in Russia and may be the 3rd largest in the world lepas the Italian Mafia and the chinese triads. Haish.... Takkan nak cakap camtu! Cam tak kena je.... Macam mana nak cakap ni hah??!! ' Bentak Zoul sindirian. Kepala yang tak gatal di garu.
Segala skrip yang di rancang selama ini bagaikan tidak kena. Padahal bukan sebulan dua dia merancang, namun apa bila Kayla ada di depan mata.... Mulutnya seakan akan di kunci, kotak suara mogok, otak berhenti berfungsi... Yang dia mampu lakukan hanyalah mengeluh.... Itu pun tidak lah sekuat mana... Dek kerana risau jika di dengari Kayla.

Menyusuri jalan Batu Feringghi yang bengkang bengkok, Zoul memikirkan strategi terbaik untuk cuba menerangkan segalanya pada Kayla. Namun dia gagal, dia tidak mampu....dan akhirnya Zoul dan Kayla selamat sampai di rumah mereka. Zoul mematikan enjin kereta dan terus turun dari kereta untuk mengambil beg Kayla.

" Ya rabbi... Dia bawak balik batu ke apa ni???" ayat yang sama keluar dari mulut Zoul apa bila menggalas beg Kayla.

"Macam mana dia boleh usung beg berat macam ni dari airport sampai sini?? Gila lah!!"

Di bawa beg tersebut ke bilik tidur mereka dan di letakkan di penjuru katil supaya mudah untuk Kayla untuk mengeluarkan segala 'batu' yang mungkin ada di dalam beg tersebut.

Zoul turun untuk mengunci pintu rumah. Niatnya terbantut apabila melihat Kayla yang masih membatu di tempat yang sama.

Zoul mula cuak....

"Uish... Malam dah ni... Takkan nak start drama memalam macam ni... Kot ye pun marah, sok lah nak sparring nak fight pun"

Dia beranikan diri untuk mendekati Kayla yang masih berada di dalam kereta... Berbekalkan cahaya lampu ruangan parkir kereta rumah mereka, dia akhirnya dapat melihat Kayla menerusi cermin kereta.

"Lah.... Lena.... Letih la ni. Hmmm" Dengan penuh cermat Zoul membuka pintu kereta...Merenung wanita yang di cintainya tidur adalah perkara yang sangat menenangkan jiwa.

Zoul masih berkira-kira sama ada mahu mengejutkan Kayla atau mahu mendukung Kayla keluar dari kereta. Selepas 5 minit berfikir, Zoul memilih untuk mengejutkan Kayla. Tak berani dia untuk mendukung Kayla... Risau kalau-kalau Kayla terkejut dan tak pasal-pasal mereka bersparring di luar rumah.

Dia meletakkan tangan dengan kemas di lutut Kayla dan mengoncang dengan perlahan sambil memanggil nama Kayla. Dalam masa yang sama Zoul juga memerhati tangan kiri Kayla. Bukannya apa... Seandainya Kayla terkejut, ada harapan tangan kiri Kayla akan hinggap di mukanya.

Seperti yang di sangkakan memang Kayla terkejut. Dia mengambil masa yang agak lama untuk sedar yang dia berada berada di pulau pinang. Tercangak-cangak Kayla sebaik sahaja membuka mata. Setelah otaknya berjaya meng register di mana dan kenapa dia berada di situ, mata nya tertumpu pada tangan Zoul yang masih berehat di atas lutunya. Dengan kadar segera Kayla menepis.

"Adeh...!" sambut Zoul sambil menggosok lengannya yang pedih akibat di tepis Kayla.

"Move!" kerah Kayla sambil menolak Zoul yang seakan akan menghalang dia turun dari kereta.

Kayla sudah hilang dari pandangan, Zoul masih lagi berdiri di tempat yang sama dan masih menggosok lengannya yang  merah.

"Dia amik Krav Maga ke ilmu sihir? Gila pedih... Dulu tak lah pedih sampai macam ni..."

Zoul mengambil keputusan untuk bersantai di gazebo kecil di laman tepi rumah setelah mendengar bunyi bising haiwan kesayangan Kayla di belakang. Sambil mengeluarkan kotak rokok Benson dia melabuhkan punggung di salah satu kerusi di situ. Kotak rokok dan lighter di campakkan di kerusi sebelah setelah menyalakan sebatang rokok. Di sedutnya rokok dalam-dalam dan dilepaskan asapnya perlahan-lahan. Zoul tersenyum melihat asap-asap yang berbentuk O naik tinggi dan akhirnya menghilang. Keadaan jalan yang sunyi membuatkan dia dapat mendengar hempasan ombak di pantai yang tidak lah jauh mana dari rumah mereka. Zoul melayan keheningan malam bertemankan sekotak rokok Benson & Hedges. Rokok yang di gelar sebagai rokok jamban oleh perokok tegar. Agak payah untuk mencari kedai yang menjual rokok tersebut. Mujurlah kedai Acheh di Kg. Baru masih menjual. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia menukar jenama rokok. Mungkin sebagai simbol  yang dia sedang berusaha untuk mengubah hidupnya.

Sudah berbatang-batang rokok di hisap Zoul, entah berapa lama dia berada di situ dia sendiri tidak pasti. Zoul mati akal memikirkan cara terbaik untuk bercakap dengan Kayla. Hanya untuk bercakap, bukan untuk menerangkan apa-apa, kerana dia cukup sedar yang Kayla pasti tidak mahu mendegar hatta berbincang sekalipun tentang masalah mereka.

"Balik semak, tak balik pun semak. Ada depan mata pun pening, tak ada pun pening. Hishhh....." keluh Zoul sambil memenyekkan kotak Benson yang kosong.

'Esok lah sambung fikir... Tidur pun bagus... Selagi tak tidur selagi tu lah otak berjalan... Benda ni bukan boleh boleh selesai esok pun!' percubaan Zoul untuk memujuk diri sendiri. Dia bangun dan beredar dari situ. Kotak rokok Benson yang penyet itu pun di tinggalkan di sana, seolah-olah kotak rokok berkenaan tidak ada jasa langsung buatnya.

Zoul menghampiri pintu bilik tidur mereka... Ikutkan hati, mahu saja masuk dan baring di sebelah Kayla. Namun itu hanyalah satu impian yang  tidak akan jadi nyata. Di buka pintu bilik itu dengan perlahan dan mengintai Kayla yang sedang nyenyak di ulit mimpi.

"Good night, sayang..." bisik Zoul dari kejauhan. Pintu bilik tersebut di tutup dengan cermat dan dia beransur ke bilik tetamu sambil mengusung briefcase dan beg baju. Sebaik sahaja membuka pintu bilik tersebut, entah mengapa otaknya mengharapkan yang Kayla ada di situ, walaupun dia cukup sedar dan tahu yang Kayla ada di bilik bertentangan. Terlepas sedikit keluhan hampa apabila matanya memandang katil queen size yang kosong. Zoul menoleh kebelakang, memandang pintu bilik tidur utama dan sekali lagi satu keluhan berat di lepaskan.
"Sendiri punya salah, sendiri tanggunglah" lafaz Zoul sambil meletakkan briefcase di tepi almari dan mencampakkan beg bajunya di atas katil.

Satu carton rokok Benson yang di belinya di kedai Acheh Kg. Baru dikeluarkan, dia mengeluarkan sekotak dan bakinya di campak ke penjuru katil. Di nyalakan sebatang, kemudian membuka butang bajunya satu persatu.... Tiba-tiba perut Zoul berkeroncong hebat. Baru dia teringat yang dia tidak menjamah apa-apa makanan langsung sejak tiba di KLIA. Sebelum turun ke dapur, Zoul melondehkan seluar dan menyangkutnya di belakang pintu. Dia mengambil sehelai tuala dan disangkutkan di bahu.

Dia turun ke dapur dengan harapan Kak Sue tidak lupa akan pesannya untuk restock makanan supaya dia dan Kayla tidak kebuluran.

Zoul membuka peti sejuk... dan tergamam.

"Kak sue ni perli kah? Sampai penuh fridge..."

Walaupun penuh tapi tiada satu pun yang menarik minat Zoul....

"Dia ingat ni Europe ke apa?" getus Zoul sambil membelek Emmenthal cheese yang tersusun kemas di sebelah berbagai jenis cheese yang ada di dalam peti sejuk tersebut. Tak cukup dengan cheese, Kak Sue juga membeli baguette, ciabatta, roti putih, dua jenis juice, susu, salami, breakfast ham, beberapa jenis buah, peanut butter, Nutella dan butter.

"Belambak-lambak roti... Sapalah yang nak makan? Bertuahlah kalau Kayla nak makan... Dah ada sini mesti di bantainya nasik, char kuay teow, and semua benda yang tak ada kat sana..." Zoul masih belum jumpa makanan yang di cari.

"Okay telur ada, bagus! Orang tua ni beli dak Maggi? Jangan dia buat hal lupa sudah..." Soal Zoul sambil dia sibuk membuka satu persatu daun pintu kabinet dapur.

Dan akhirnya dia menjumpai beberapa peket Maggi Kari dan Asam Laksa. Tanpa membuang masa Zoul membuka dan memasak dua peket megi kari bersama telur. Usai masak, di bawanya mangkuk megi kari yang berasap tadi dengan cermat ke ruang tamu. Bau megi yang harum memenuhi segenap ruang rumah membuatkan perut Zoul berkeroncong dengan lebih hebat. Setelah meletakkan mangkuk berisi megi di atas coffee table, dia berlari ke dapur untuk mengambil gelas dan sebotol air sejuk. Setelah lengkap segalanya, Zoul duduk diatas karpet, diantara sofa dan meja, dan membaham megi sambil ditemani oleh suara TV yang agak perlahan.

Kurang dari 10 minit, selesai megi tersebut di baham Zoul. Dia tersandar kekenyangan di sofa sambil tersenyum puas. Lega kerana concert keroncong heavy metal di dalam perut akhirnya tamat. Dia tidak membawa mangkuk sisa megi ke dapur, sebaliknya dia mengambil keputusan untuk baring di sofa sambil menonton HBO.

Tanpa disedari dia terlelap di atas sofa pagi itu. TV dan decoder Astro terpadam sendiri selepas tiada aktiviti aktif daripada pengguna. Letih dan kenyang membuatkan Zoul terus lena di sofa tersebut hingga matahari terbit.

25 December 2013
Miami Beach, Batu Feringghi

Kayla terjaga dari tidur lebih lewat dari kebiasaan pagi itu. Badannya masih terasa sengal... Matanya seolah-olah di gam, masih tertutup rapat. Namun tangan Kayla merayap rayap di atas katil mencari telefon untuk mematikan bunyi alarm. Bersusah payah dia cuba untuk mematikan bunyi yang menyakitkan hati itu dengan mata yang separa terbuka dan pandangan yang kabur.

Tiba-tiba.... Kayla bingkas bangun.

"Ooooo Fuck, fuck, fuck!! Mampuih dah... Aku lupa message. Jenuh dia bising.... Alaaaa mampuih, mampuih!!"

Message >> Merry Xmas babe... So sorry. I fell asleep. Tired to the max. Safe at home. Enjoy the holidays with ur dad. Miss ya. XOXO.

Short. Sweet. Simple. Asalkan dia tau aku kat mana. Sat lagi tak bagi tau.... Mau tiga page panjang dia message.

Pukul brapa la ni??? Erk.... 10.30?? Lamaaaaa nya aku tidoq.

"Huarghhhhh" Kayla mengeliat dan kemudian mencampakkan phone di atas katil. Dia tidak terus turun dari katil, tapi termenung memikirkan segala benda yang perlu di lakukan hari ini sebelum majlis akad dua hari lagi.

Kayla mengemas tempat tidur dan kemudian mengeluarkan segala harta karun yang berada di dalam beg galasnya. Setelah segalanya selesai di susun di tempat sepatutnya Kayla mahu turun ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk diri sendiri.

Sebaik sahaja keluar dari bilik, langkah Kayla terhenti apabila daun pintu bilik yang bertentangan dengan biliknya terbuka luas. Agak lama Kayla berdiri di hadapan pintu biliknya.... Menunggu sama ada akan ada 'lembaga' keluar dari bilik tersebut atau tidak. Dia menarik nafas lega setelah beberapa minit menunggu, tidak ada lembaga atau pun bayang lembaga yang ber ura-ura untuk keluar dari belakang pintu.

"Dia tidoq lagi kah?? Atau dia tidoq kat bilik lain.... Hmmm may be dia tidoq kat bilik lain kot.. Ahhh biaq lah. Nak tidoq depan gate sekali pun lantaklah... I dont care!! Huh! Pi bancuh kopi pun ada kebaikkan dari pikiaq pasai dia."

Kayla bernyanyi-nyanyi kecil semasa menuruni tangga. Entah kenapa, walaupun dia tahu manusia yang melukakan hatinya berada di salah satu bilik di dalam rumah itu. Namun perasaan sakit hati, sedih, kecewa, makan hati dan apa-apa sahaja perasaan yang boleh dikaitkan dengan kecurangan seorang suami langsung tidak hadir dalam hatinya buat masa ini.

Sebaik sahaja berada di bawah, Kayla perasan yang air cond di ruang tamu terpasang. Namun dia tidak kuasa untuk menutup.

'Lantak. Nak pasang air cond satu rumah sekali pun. Bukan aku yang bayaq bil'

Sebaik sahaja di dapur, Kayla mencapai cerek elektrik dan mendekati sinki untuk mengisi air.

Sakit hatinya apabila di dalam sinki tersebut ada periuk yang tidak di cuci. Bersama - sama periuk itu terdapat 2 bungkus plastic megi dan juga kulit telur. Kayla mendengus. Di letakkan cerek elektrik ke tepi dan kemudian merenung segala sampah dan periuk di dalam sinki.

'Ni kalau aku campak depan muka dia pun bagus! Dah makan tak tau basuh periuk!! Tong sampah bukan ada kat Jordan pun, ada kat tepi ni saja, tu pun malas nak buang?? Ingat aku maid kah?? Suruh lah betina Russia itu ikut pungkoq dia.... Bongok punya manusia!! Makan-makan, tinggai! Makan-makan. Tinggai! Bodoh. Setupid..... '

Sambil menyumpah, Kayla mencuci periuk bekas megi. Dia juga lah yang mengutip segala sisa plastic dan kulit telur yang di tinggalkan Zoul di dalam sinki dan membuangnya di dalam tong sampah.

'Sumpah macam-macam tapi cuci jugak!! Awat tak buang ja depan muka dia??? Hahaha hahaha.'

'Ooooiiiii la alien celaka.... Jangan over. Selama ni hang diam, baru la ni hang nak banyak bunyi. Ada' dia' ja hang bunyi. Hang jangan banyak bunyi na... Jangan spoil mood aku yang tengah elok ni!! '

Air yang di jerang Kayla sudah mendidih. Dengan pantas dia menuang ke dalam jug yang berisi serbuk kopi dan di biarkan seketika. Sementara menunggu kopinya cukup pekat untuk di minum, Kayla mencapai kibbles untuk di berikan kepada haiwan belaannya yang agak bising di belakang rumah.

Segala peralatan dirumah tersebut masih berada di tempat yang sama walaupun sudah setahun dia meninggalkan rumah tersebut. Tidak ada apa yang berubah kecuali beberapa tempat yang agak berhabuk. Sebelum dia berangkat ke UK tahun lepas, dia telah pun berpesan pada kak sue dan juga Emy untuk tidak mengubah apa-apa supaya dia tidak kekok dan pening untuk mencari apabila dia pulang nanti.

Dek kerana bunyi bising haiwan belaan Kayla, Zoul terjaga. Dari ruang tamu, sayup-sayup kedengaran suara Kayla yang sedang membebel pada haiwan belaannya. Zoul tersenyum.... Tidak pernah dia menyangka yang dia di beri peluang untuk mendengar bebelan itu sekali lagi. Walaupun hanya bebelan yang tidak punya apa-apa makna, namun bagi Zoul ia sangat istimewa.

'Pejam kejap lah... Letih pun tak hilang lagi. Jap lagi dia naik mandi baru aku kemas semua and naik mandi. Relax dulu, jap lagi mesti banyak benda nak kena buat kan?? Hmmmmm. Dia buat breakfast ke dia bagi makan nyeow je? Aaarrrggghhhhh tak kisah lah... Asalkan ada depan mata pun dah cukup... Dapat tengok pun......

"Pang.... Ting.... Ting...."

Bunyi cawan kaca jatuh berderai yang dekat dengannya membuatkan Zoul bingkas bangun dari sofa.

Kayla berada tidak jauh sofa dengan riak muka terkejut dan dengan mata tidak berkelip merenungnya. Di hujung kaki Kayla terdapat sepihan cawan seramik serta kopi.

"Dont move! Bagi i sapu and mop dulu. Berdiri je kat situ." entah kenapa Kayla hanya mampu mengangguk mendengar arahan Zoul. Matanya masih tertumpu pada lelaki itu.

Zoul ke dapur, dengan sekelip mata sahaja dia kembali dengan penyapu, mop dan penyodok sampah. Dia menyapu dan juga membersihkan sisa-sisa kopi yang jatuh ke lantai. Tanpa di sedari, Kayla tidak sedetik pun mengalihkan pandangan darinya.

Semasa membersihkan kesan kopi dan juga serpihan cawan, Zoul memberanikan diri untuk mengangkat muka dan memandang Kayla. Baru lah dia perasan yang Kayla masih merenung dirinya... Kayla hanya memakai tshirt putih yang sangat jarang tanpa bra dan tshirt tersebut hanya menutup sebahagian kecil daripada seluar dalam polkadot nya sahaja. Zoul merenung Kayla dari atas ke bawah... Di gengamnya batang mop berkenaan kemas-kemas, dalam usaha untuk dia mengawal diri sendiri daripada menerkam Kayla. Namun agak menghairankan, Kayla sedikit pun tidak goyah, malahan dia masih merenung di tempat yang sama. Zoul mula pelik...tercari-cari apa yang direnung Kayla hingga tak berkedip...

Zoul mula tercari-cari, barulah dia sedar yang dia hanya memakai boxer dan adalah normal untuk seorang lelaki yang sihat... "adik" akan menegang sewaktu baru bangun tidur.

Zoul memejamkan mata, menarik nafas dalam-dalam dan tersenyum kecil.

"Normal men problem...." terang Zoul bersahaja, padahal Tuhan saja yang tau bagaimana laju jantungnya berdegup menahan siksa.

Kata-kata tersebut membuatkan Kayla tersedar yang Zoul tahu apa yang sedang dia lakukan, dan dengan pantas Kayla mengalihkan pandangan.

Untuk meredakan situasi awkward dan menyembunyikan perasaan malu, Kayla mahu naik ke atas dan menghilangkan diri, namun entah apa yang tak kena, dia tersepak kaki sendiri, hilang keseimbangan dan secara automatik berpaut pada Zoul.

Panik. Tergamam. Kaku apabila dia mendapati yang dirinya berada di dalam pelukan Zoul.

'Shit! Shit! Shit! Shit!' itu sahaja ayat yang bergema dalam kepala Kayla.

Zoul, dengan muka yang penuh concern dan juga dengan renungan mata yang penuh dengan rindu yang tak terucap...

"You Ok? Nak duduk?"

Kayla menggeleng. Ikut kan hatinya yang gila.. Mahu saja dia membalas pelukan Zoul dan apa saja yang mungkin berlaku selepas itu dia redha. Zoul pula tidak ada ciri-ciri untuk melonggarkan pelukan.

Untuk seketika, mereka berdua berada di dalam posisi yang sama. Tangan kanan kayla memegang bahu Zoul, manakala tangan kiri Zoul memaut pinggang Kayla.

Zoul cukup sedar andai kata dia tidak melepaskan Kayla, ada kemungkinan benda lain akan terjadi. Dia dapat merasakan 'adik' nya makin menegang dan dia cukup sedar yang Kayla belum bersedia. Perlahan-lahan dia melepaskan Kayla.

"Ehem...." dan pelukan di leraikan.

Kayla bagaikan sedar dari di pukau, terus berjalan laju-laju dan mendaki tangga.  Dia berhenti seteketika separuh jalan dan berpaling ke arah Zoul, mulutnya bergerak-gerak seolah-olah ingin menyatakan sesuatu. Namun apa saja yang ingin Kayla katakan bagaikan tersekat di kerongkong, dan kemudian meneruskan perjalanan ke biliknya.

Sepanjang perjalanan Kayla memanjat tangga, Zoul tidak memandang ke arah lain. Segala perhatiannya di tumpukan pada Kayla sehinggalah Kayla hilang dari pandangan. Dia juga tertanya-tanya apa yang Kayla cuba sampaikan.

Kayla  menutup daun pintu cepat-cepat dan menekan punat yang berada di tombol pintu sebaik sahaja berada di biliknya. Dia duduk bersandar di daun pintu dan menarik nafas sedalam- dalamnya, kemudian melepaskan perlahan-perlahan beberapa kali. Teknik menenangkan diri sendiri supaya dia tidak di serang panik. Kayla menyangka yang dia akan diserang panic, kerana jantungnya berdegup laju, tangannya menggigil, mukanya panas, titisan peluh juga memenuhi dahi.

Agak lama juga Kayla duduk bersandar pintu. Agak lama juga barulah gigilnya hilang. Namun jantungnya masih agak laju. Mukanya masih terasa panas. Dia sangat hairan, kerana inilah kali pertama dia mengalami simtom tersebut.

'Panic attack memang rasa hot flashes kah? Tak pernah plak rasa sebelum ni. Tapi tak pikiaq apa pun... Eh dak... I was actually thinking about something, some one.... He is so damn hot bila nampak haggard macam tu... Eh??? Takkan lah kot sampai mengigil??? Hell no. No. No. No.... Takkan lah sampai macam tu sekali effect dia dekat aku??

Ooiii lah Kayla, hang lupakah dah setahun hang tak jumpa dia face to face? Dah setahun hang dengan dia tak ehem-ehem. Dulu pantang jumpa ja jadi. Masa honeymoon sampai house keeping ketuk pintu bilik. Masa pindah sampai Mike kena pakai earphone. Lagi mau bising pasai effect?? ... Podah!! 

Babun punya alien!! Hang cakap bahasa indah sikit tak boleh kah??
Tapi kalau betullah side effect dekat dengan dia macam ni... Macam mana nak survive sampai next Sunday? How??

Pakai cawat besi... Kih kih. Kih.

Hang kan alien macam barua siye tau dak!! Dari aku layan hang baik aku mandi...

Eleh... Dulu mandi pun jadi gak.. 

Diam lah babi!! '

Zoul masih berada di ruang tamu dengan mop. Mencari-cari kalau ada percikkan kopi Kayla yang tumpah tadi. Sambil mencari kesan kopi Zoul tersenyum sendiri.

'So.... I still makes you tremble... He he he. If that what it takes then I akan buat. Infact I akan buat sampai I dapat bercakap dengan you balik. Kalau i kena pakai boxer ketat yang tak selesa ni depan you hari-hari pun I sanggup. Asalkan I in the end, boleh atleast explain dekat you semua benda. Everything!! Game on Kayla Adzleen. Game on!! "

Berbekalkan semangat 'game on' itu lah, Zoul mencuci mop dan segera ke bilik tetamu untuk mandi. Dia tersenyum kerana tidak sia-sia dia membeli perfume Dunhill Desire Red di kedai bebas cukai di KLIA, walaupun pada awalnya dia menyumpah diri sendiri kerana tertinggal perfume tersebut di New York. Kayla sangat pantang dengan kombinasi Dunhill Desire Red+ Zoul.... Macam-macam mungkin akan terjadi.

Usai mandi, Zoul menyembur perfume dari hujung kaki sampailah ke hujung rambut. Biar Kayla tak senang duduk nanti di dalam kereta. Awalnya dia mahu bercukur, tapi entah kenapa gerak hatinya mengatakan yang perkara tersebut tidak perlu. Dalam banyak-banyak tshirt yang ada, Zoul memilih untuk sengaja memakai tshirt putih "I LOVE MY WIFE" . Tulisan tersebut terpampang di dada. Namun untuk tidak menakutkan Kayla, dia menyarung Jaket kulit usang nya dia atas tshirt tersebut. Zoul berdiri di hadapan cermin. Memastikan yang jacket itu mampu untuk menghalang Kayla daripada membaca tulisan itu sementara waktu. Sampai di rumah mak mertua, baru lah di tanggalkan jaket tersebut.

'Aku jahat?' tanya Zoul pada refleksi cermin. Lantas dia menggeleng.

'Buka jahat, tapi sayang bini' jawap Zoul pada diri sendiri sambil tersenyum.

Jam Tag Heuer yang sama reka bentuk seperti jam Kayla dipakai di tangan kiri. Cermin mata hitam Ray Ban  Aviator di sangkutkan di atas kepala. Malahan cincin perkahwinan mereka yang selama ini tersimpan kemas di dalam wallet nya juga di pakai. Zoul mula membuka cincin perkahwinannya apabila berita tentang dirinya dengan Natalia mula tersebar. Dia tidak mahu Kayla menjadi mangsa kebodohannya. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang Kayla, lebih-lebih lagi ketua-ketua Bratva, Cartel, Yakuza dan Triads. Cukuplah dengan apa yang sudah dia lakukan pada Kayla...

'OK dah kot. Jom tackle bini sampai dapat!' Zoul beransur turun ke bawah untuk menunggu Kayla di ruang tamu.

25 December 2013
BMW X5
Penang

Tak sampai lima minit berada di dalam kereta bersama Zoul, Kayla sudah tak senang duduk. Manakan tidak, bau perfume Zoul yang sangat kuat di tambah dengan bau air refresher kereta Zoul boleh mengundang sakit kepala.

'Deni tuang perfume ka semboq perfume? Punyalah kuat bau. Boleh sakit kepala macam ni....'

Sakit kepala? Panadol. Sakit lain? Cawat besi. Cawat besi. Kih,kih,kih.

Babi lah alien ni... Dok ratip cawat besi pulak.'

Kayla berdehem, percubaan untuk mendiamkan para alien. Sedaya upaya dia cuba menahan hidung daripada bau yang menyesakkan itu dan dalam masa yang sama juga dia berusaha untuk tidak bercakap dengan Zoul.

Ayat 'cawat besi' makin lama makin kuat bergema di dalam kepala.

'Selagi aku tak suruh dia bukak tingkap and off aircond selagi tu lah aku dok terbayang cawat besi. Before aku imagine benda yang lagi worse dari cawat besi or cawat besi terbukak ka baik aku suruh dia off aircond. Gila mamat ni... 40 botol apa dia tuang and mandi tadi'

Kayla menutup hidung... Tak tahan dengan bau tersebut.. Boleh jadi gila kalau dia berterusan mencium bau tersebut. Padahal dia sendiri pernah membelikan perfume yang sama pada Zoul kerana dia sangat menyukai bauan tersebut. Apatah lagi apabila Zoul yang memakainya. 'Tidak tahan' adalah istilah tepat apabila Zoul memakai perfume tersebut dulu.

"Tolong off aircond and bukak tingkap. Sakit kepala!" Hanya untuk menyatakan itu pun bagaikan mahu luruh jantung Kayla dibuatnya. Dia tidak dapat membayangkan apa yang bakal dirasai apabila terpaksa berlakon seolah-olah tidak apa yang terjadi diantara dia dan Zoul dihadapan mama dan abah nanti.

Zoul pantas menuruti arahan Kayla. Dia cukup tahu kelemahan Kayla, dan dia akan pastikan Kayla termakan umpan pancing nanti.

Sekali sekala, Kayla sempat menjeling ke arah Zoul tanpa di sedari oleh tuan empunya diri. Setiap kali itu juga lah Kayla akan nampak sesuatu yang berjaya mencairkan dan menyakitkan hatinya dalam masa yang sama.

Jelingan pertama, kayla ternampak cincin perkahwinan Zoul yang masih tersarung rapi di jari.

"Dia pakai lagi cincin kawen? But why??? Kan lagi senang kalau dia tak pakai? Whats the use pakai and lenjan perempuan lain? Or dia pakai sebab balik sini?? That is white gold, that is our symbol of love... You.. Love Me??? Really??? '

Jelingan kedua, jam Tag Heuer.

'Dia pakai jam aku?? Mana boleh?? Benda dah bagi lepas tu ambik balik! Buruk siku!!'

Untuk kali ketiga Kayla bukan sekadar menjeling, dia benar-benar memandang 'suami' nya yang sedang berjalan ke arah kaunter, dan kembali berjalan ke arah kereta untuk mengisi minyak. Dari gaya jalan sehingga cara Zoul menyeluk poket seluar belakang mengambil duit. Semuanya sudah ter pahat di dalam memori Kayla. Setiap langkah, setiap gerak geri Zoul mengamit memori indah dan lucu diantara mereka berdua.

'And why you have to hurt me like that???? I tak paham!!'

Usai isi minyak, Zoul kembali ke tempat duduknya. Enjin kereta dihidupkan, namun kenderaan masih tidak bergerak.

Tiba-tiba tangan Zoul membuka ruang simpanan di dashboard dan mengeluarkan satu kotak cincin dan di letakkan dihadapan Kayla.

"Cincin, pakai lah. Tak lah orang tanya nanti"

Kayla tergamam, diam membisu merenung sayu kotak cincin itu.

26 December 2013(Khamis)
Teratak Indah
Air itam, Penang.

"Ma!! Pengantin lama mai dah!" laung ashraaf yang sedang memasang bunga mangga di halaman rumah puan khaty apabila kereta Zoul menyusuri masuk.

Pn. Khaty mengintai dari tingkat atas. Perasaan ingin tahu membuak-buak, adakah anak dan menantu kesayangannya masih berperang atau sudah pun berdamai.

Belum sempat zoul mematikan enjin, kayla sudah pun turun dari kereta. Melihat riak muka kayla yang seolah-olah tiada perasaan, Pn. Khaty boleh mengagak, masih panjang rajuk Kayla.

Terkeluar keluhan kecil dari mulutnya.

"Sampai bila nak macam tu? Gaduh sebab apa lah sampai muka macam asam ko? Haish.... Heran..."

Kayla menonong masuk ke dalam rumah. Manakala Zoul pula menolong ashraaf memasang bunga mangga bersama-sama rakan ashraaf di halaman.

Pn. Khaty yang baru sahaja mahu kembali duduk dan menyambung kerjanya memasang hook langsir terkejut apabila mendengar sorakan rakan-rakan ashraaf dihalaman.

Dia menjengah ke tingkap. Ashraaf dan rakan-rakan nya  menepuk-nepuk bahu Zoul sambil ketawa.

"Boleh sakit jantung dengan budak-budak ni. Seronok terlebih!!"

Ashraaf ternampak kelibat Pn. Khaty di tingkap....

"Ma... Tengok ni? Pujuk kaw-kaw" laung ashraaf sambil ketawa.

Zoul dengan kurang perasaan malu, memusingkan badan untuk tunjukkan tshirt yang di pakainya hari ini sambil tersenyum bangga.

Pn. Khaty tergelak kecil. Hilang sedikit keresahan hati melihat usaha Zoul untuk memujuk Kayla. Namun dia cukup tahu betapa keras dan degilnya hati Kayla. Walaupun Kayla dari zahirnya nampak ganas dan kasar, namun hatinya sangat mudah tersentuh. Andai kata kena cara, cepat saja Kayla memaafkan cuma dia tidak akan melafazkan maaf. Sengaja di seksanya orang itu sehingga puas, agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Itu hanya lah andaian pn. Khaty yang menyangka kayla yang sekarang masih sama dengan Kayla yang memberikan silent treatment selama 3 bulan pada ashraaf kerana menjahanamkan basikalnya. Pn. Khaty tidak langsung mengetahui hati Kayla yang keras macam batu itu sekarang hanyalah serpihan-sepihan batu kecil yang menunggu masa untuk dibawa angin sahaja.

Kekecewaan dan kecurangan yang terpaksa dihadap  Kayla membuatkan hatinya bukan saja hancur malahan hampir mati.

Kayla didapur sibuk menjawap soalan interview oleh sedara mara serta jiran-jiran tentang hidupnya di UK tanpa Zoul. Terpaksa dia mengelak dan berbohong apabila mereka bertalu-talu bertanyakan tentang hidupnya disana.

'Sibuk la haih nak tau pasai life kita.... Biaq ja lah. Yang sibuk nak tau sangat tu awatnya??? Hish... Rimaih!!'

Kayla mulai panik apabila Mami Rokiah, jiran Pn.Khaty bertanyakan tentang jarak University Kayla dengan University anaknya..

"Kalau University hampa dekat, boleh anak mami dok dengan Kayla. Dia muda lagi, bukan buleh harap sangat. Mami kat sini risau la takut sat lagi mat saleh sana dok usung dia pulak...."

Kayla tenggelam punca, dia sendiri tidak tahu macam mana mahu menjawap soalan Mami Rokiah yang sangat power ini. Alasan apakah yang boleh di berikan pada mami rokiah agar anaknya tidak datang melawat dia di London.

" Buleh mami, cuma anak mami tu kena tipon Kayla dulu la. Pasai kalau semester break, kadang saya pi jumpa Kayla tak pun saya bawak dia mai duk ngan saya. Bukan apa mami, tak syiok lah kalau saya ada rumah masa anak mami nak tidoq sana. Sungguh pun bukan kat Malaysia, tapi tak mau lah. Tak elok kan. Orang sana memang tak kisah pun. Depa heran pun dak. Tapi saya tak mau kan. Tak elok. Kot mana pun kita orang Islam. "terangkat kening Kayla mendengar penjelasaan Zoul dalam dialek utara sempurna kepada soalan Mami Rokiah. Walaupun masih marah dan agak terkejut, terselit perasaan bangga apabila Zoul dapat menguasai dialek utara.

'Perghhhhh.....Dasat ahhhh.... Dengan sapa lah dia dok practice cakap?? Eh.... Ke situ plak aku pikiaq... Dak, dak... La ni kan... Bila masa dia ada dapoq? Bukan tadi dia dok ada kat depan??'

" Tapi mami jangan risau lah, kalau saya ada sana... Senang-senang, saya pi lah tengok dia dengan Kayla... Kan sayang??" hampir-hampir terhenti nafas kayla mendengar soalan Zoul. Ditambah pula apabila Zoul meletakkan tangan di atas bahu Kayla.

"Anak mami University mana?" ish mamat ni...pi tanya buat apa?? Saja nak bagi masalah!!

"University kat sheffield. Tak ingat nama University dia. Tapi kat sheffield lah"

"Oooo. Sheffield..... Tak la jauh sangat. Dalam 2 jam lebih cam tu ja lah. Kan sayang?" jadah tanya aku pulak! Angguk ja lah. Malas aku nak layan.

"Tu ka?? 2 jam kira jauh la. Tak pa la. Nanti bila hampa dua senang pi lah jengok-jengok dia. Mami bukan apa. Risau."

"Sayang, Ashraaf suruh kita pegi ambik baju. Boleh fitting sekali." sumpah aku geli bila dengar dia panggil aku sayang. Macam nak penampar bila ayat tu keluar dari mulut dia.

'Sayang konon! Boleh angkat and simpan dia punya sayang!!'

Tak semena-mena, Zoul menggenggam erat tangan Kayla. Habis kosong segala benda yang berada dalam fikiran Kayla sebaik sahaja tangan mereka bersentuh. Jenuh Kayla cuba untuk menelan sebak. Matanya berkaca apabila tangannya di tarik lembut oleh Zoul. Kayla hanya mampu mengikut. Dia sudah tidak berdaya untuk melawan. Sewaktu berjalan keluar dari dapur untuk ke kereta, Kayla menundukkan muka, dia tidak mahu bertentang mata dengan sesiapa pun. Dia tidak mahu rahsia yang di simpan sekian lama terlepas. Segala kesedihan, keperitan yang ditanggung memang jelas terpancar daripada matanya yang berkaca itu. Ada ketika gugur jua setitis dua air mata. Namun tidak ada siapa yang sedar.

27 December 2013
1 pagi. Miami Beach
Batu feringghi

Kayla menghenyakkan diri di atas sofa. Tak terucap penat dan letihnya hari ini. Kayla bukan sahaja letih fizikal namun mentalnya juga letih. Seolah-olah berada dalam gelanggang MMA selama 10 pusingan. Tanpa henti dia terasa bagaikan emosinya disepak terajang oleh Zoul. Penat dia cuba mengawal supaya tidak berperang dengan diri sendiri. Mahu saja dia menelan beberapa biji Prozac supaya mudah untuk dia melelapkan mata dan menghilangkan segala kesan 'dibelasah' Zoul hilang.

Secara tiba-tiba, Eiqa duduk disebelahnya.

"Akak.... Kopi...."

'Allah..... Apa pulak dah' keluh Kayla dalam hati.

Zulaiqa, Mak Nab, Khalid dan anak-anak di jemput oleh Puan Khaty untuk menghadiri majlis akad nikah Ashraaf. Satu-satunya benda yang puan khaty gagal untuk beritahu Kayla. Semenjak mereka sampai iaitu dari lepas Asar hingga sekarang.... Eiqa sentiasa mencari peluang untuk menginterview Kayla. Makin tak kena Kayla dibuatnya.

Pelawaan Eiqa tidak segera dijawab. Kayla masih membatu di sofa. Matanya sengaja di pejam, mungkin dia dapat berpura-pura yang dia sudah terlena. Kayla, sudah tidak punya kuasa tenaga untuk menjawap soalan Eiqa. Penat. Dia penat berlakon di hadapan mama + abah + ibu mertua yang kononnya dia dan suaminya itu bahagia. Tiada masalah. Tiada dugaan. Tiada penipuan.

"Eiqa tau akak buat-buat tidur. Tapi you have no choice but to tell me what happen." pertama kali kayla mendengar Eiqa berbahasa inggeris siap dengan slang America membuatkan matanya terbuka dek kerana terkejut.

"Wow.... Very American...." puji Kayla

"Penangan Ben10 dengan channel Nicklodean" kata Zulaiqa tersenyum.

"I don't know where to start...." sambung Kayla sambil mencapai cawan kopi.

"Eiqa tau Abang ada perempuan lain, Eiqa tau akak lari bawak diri, Eiqa jugak tau yang akak ada jantan lain" sangat bersahaja ayat penyata Zulaiqa  yang membuatkan Kayla hampir tersembur kopi yang baru dihirup.

"Jantan lain? Excuse me!" beberapa titisan kopi yang berada didagunya dikesat dengan lengan Tshirt. Cawan kopi diletakkan kembali di atas meja dan Kayla memusingkan badan menghadap Zulaiqa.

"Aqir pegi confrence kat London lepas raya and dia ambil gambar-gambar ni." sambil menyerahkan pada Kayla telefon miliknya.

Kayla mengambil telefon tersebut dan membelek satu persatu gambar-gambar yang diambil oleh Zaqir dan kemudia dia tersenyum kecil.

" Aqir bukan satu-satunya photographer yang ambil gambar ni Eiqa. Ada sebab kenapa akak buat macam ni. And he is not my boyfriend..... The guy is just a friend. A helpful friend." terang Kayla lagi.

Zulaiqa yang pada awalnya menyangka yang teorinya 100% betul mula curiga. Namun dia masih ada satu lagi muslihat yang pasti berjaya.
Tangan Kayla di pegang dengan kemas dan dengan pantas dia menyelak lengan baju tshirt Kayla.

" Ok..... Explain this." tegas Eiqa

Kayla sangat terkejut apabila Zulaiqa berbuat demikian. Bersusah payah dia memakai tshirt lengan panjang berhari-hari demi menyembunyikan segala parut yang ada. Biarlah derita jiwanya tidak dapat dihidu oleh sesiapa. Biar mereka terus menerus mengandaikan yang dia dan Zoul bahagia. Biar dia sahaja yang tahu betapa siksanya untuk meneruskan hubungan yang halal ini.

Cepat-cepat Kayla menarik lengan bajunya turun. Dia terus membatu sambil memeluk tubuh. Tidak ada ayat yang dapat di lafazkan untuk menyatakan pada Eiqa kenapa dia berbuat demikian.

"Akak...... Eiqa akan duduk tunggu sini sampai akak ceritakan kat Eiqa apa yang jadi. Eiqa bukan nak masuk campur sangat, apa Eiqa buat ni semua untuk mak. Senang Eiqa nak cover akak ngan abang kalau Eiqa tau. Eiqa tak nak mak risau. Dia dah la ada jantung+darah tinggi semua. Seboleh bolehnya Eiqa akan simpan semuanya sampailah benda ni dah tak boleh nak simpan lagi. Bila mak risau dia mulalah cakap bukan-bukan, hilang selera makan, darah naik, jantung lemah.... Macam-macam lah. Eiqa tak sedia lagi nak hidup tanpa mak. Dari kecik sampai besar.... Eiqa ada mak je. Mak lah yang buat semua. So please...... Tolong explain akak." menitis air mata Zulaiqa apabila mengenangkan pengorbanan Mak Nab membesarkan mereka berempat berseorangan. Maka dia sanggup buat apa sahaja demi kegembiraan Mak Nab.

Kayla mengangkat muka. Direnungnya muka Zulaiqa agak lama.... Dia mengharapkan apa yang bakal di ceritakan tidak akan mengubah persepsi Eiqa terhadap dirinya. Perlahan lahan Kayla mengangkat kedua belah lengan baju dan menayangkan segala parut yang ada di lengan dan juga tapak tangannya. Dengan penuh hati-hati, Zulaiqa melarikan jarinya pada parut parut Kayla. Dia sendiri tidak percaya apa yang dilihat. Tapak tangan Kayla penuh dengan garisan garisan parut jahitan. Manakala lengan kayla pula terdapat garisan garisan parut luka.

"Allahuakbarrrrr...... AKAK!!??" dek kerana terlalu terkejut Zulaiqa gagal mengawal suaranya.

Pantas Kayla mencekup mulut Zulaiqa. "Shuuuuuuuuuu" bisik Kayla.

"Akak tak mungkin boleh cerita apa yang abang buat. Tapi cukuplah kalau akak cakap yang akak sekarang tengah recover from severe depression + anxiety. Akak pernah di cop suicidal, nak cakap 100% ok pun tak jugak. Ade je Prozac ngan anti depressant lain dalam beg. Cuma dossage dah kurang. Ikutkan hati akak tak nak balik lagi, tapi disebabkan Ashraaf nak kawen, akak baliklah. Makin panjang cerita kalau akak tak balik." Eiqa bagaikan tidak percaya apa yang baru sahaja keluar dari mulut Kayla. Namun dia tidak menyampuk. Dibiarkan Kayla terus bercerita.

" Lelaki yang dalam gambar tu course mate akak, dia gay so....... " Kayla berhenti bercerita apabila mandengar derapan tapak kaki seseorang menuruni tangga.

"Awak..... Anak bangun ni cari awak." sapa Khalid sambil mendukung Zafran.

Khalid meletakkan Zafran di atas riba Zulaiqa dan dia terpandang mata Kayla yang berkaca. Khalid tergamam. Masih berdiri di tempat yang sama.

"Awak ni dah kenapa? Pegi naiklah. Hal perempuan tak yah campur. Biar je Zafran ngan saya. Nanti saya angkat dia naik sendiri." Khalid hanya mengangguk menurut. Walau macam mana sekalipun Zulaiqa akan tetap bercerita kepada dia tentang apa yang berlaku antara Kayla dan Zoul tanpa perlu dia bertanya.

" Eiqa naik lah sekali. Cawan kopi ni biar akak je yang settle. Esok kita sambung." berkecai harapan Zulaiqa untuk mengorek segala rahsia.

Kayla terus bangun bersama cawan kopi ke dapur. Di tinggalkan Zulaiqa sendirian di ruang tamu bersama Khalid.

" Awak ni potong stim lah..... "

" Lah..... Dah anak nangis merengek nak awak, saya nak buat camna." balas Khalid.

"Awak naik. Zafran tinggal je sini. Cepat!! Kang akak nampak awak lagi payah saya nak pujuk dia suh citer."

"Ye lah... Ye lah...." laju saja Khalid berlalu pergi dari situ. Sungguhpun dia bukanlah menantu kesayangan, namun dia juga tidak mahu melihat Mak Nab sakit dek kerana perbuatan Zoul dan Kayla. Kerana seandainya kesihatan mak nab terganggu, emosi Zulaiqa juga akan turut terganggu. Bukan senang untuk Khalid menyakinkan Zulaiqa supaya bernikah dengannya. Banyak gila syarat yang zulaiqa letak kerana dia mahu menjaga dan membalas budi mak nab. Jadi dia yakin, apa sahaja yang isterinya rancang saat ini, adalah untuk kebaikkan bersama.

"Akak, please.... Esok tak mungkin akak ada masa." rayu Zulaiqa bersungguh.

Niat Kayla untuk membiarkan Zulaiqa sendirian di ruang tamu terbantut. Langkahnya terhenti di tepi sofa.

"Seburuk buruk abang, dia masih lagi suami akak. Sebagai isteri, akak terpaksa simpan aib dia walaupun akak tak nak. Bab dia ada orang lain tu, Eiqa tanyalah dia sendiri. Bukan hak akak untuk jawap benda tu. Bukan semua parut yang Eiqa nampak tu baru. Ada yang dah lama, itu cara akak nak lepaskan rasa pedih and perasaan teramat sakit dalam hati. Sebelum ni, tu je cara yang berkesan. Lagi lama simpan lagi sakit. Sakit ni tak rasa kat badan tapi dalam hati. Sakit yang akak sendiri tak tau macam mana nak gambarkan. Walaupun sakit, pedih, akak takkan doakan musuh akak sekali pun rasa macam ni. Sebab sakit dia lain macam." tenang dan mendatar sahaja penjelasan Kayla tentang parut- parut luka yang berselirat di tangannya.

" Akak, as a wife and as a muslim, akak ada hak untuk bersuara kalau abang ada hubungan yang tak halal dengan perempuan lain. Bukannya Eiqa tak tau, bersepah dalam Google, Youtube semua. Eiqa hanya perlu search nama Farrah Natalia Brenner je." bulat mata Kayla merenung adik iparnya apabila mendengar nama Farrah.

Nama perempuan Russia itu membuatkan jantungnya berdegup laju.

" Kalau akak terus terang dengan Eiqa, cerita segalanya mungkin Eiqa dapat bantu. Mungkin jugak kita boleh sama-sama fikir jalan terbaik untuk selesaikan masalah ni. Tak lah akak terbeban sangat tanggung sorang-sorang." Kayla menelan liur menahan sebak. Bersusah payah dia mencuba untuk menahan air mata daripada gugur.

" I'm sorry, i can't...... "itu sahaja yang mampu diucapkan sebelum Kayla berjalan laju-laju menaiki tangga dan meninggalkan Eiqa sendirian.

Continuar a ler

Também vai Gostar

65.5K 2.4K 57
[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah bers...
179K 8.8K 64
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir telah pertemukan Syed dan Raisya...
55.4K 2.6K 26
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
52.8K 6.6K 13
"Airis merayu jangan ambil anak Airis. Jangan pisahkan kami." - TENGKU AIRIS KIRANA Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. B...