Chapter 9

307 25 7
                                    

A/N: No more throwback after this. This chapter is the contiuation of chapter 6 (takut korang confuse, so consider this as a reminder. Enjoy reading folks.

"When you experience loss, people say you'll move through the 5 stages of grief....
Denial, Anger, Bargaining, Depression, Acceptance
..... What they don't tell you is that you'll cycle through them all every day. "-Ranata Suzuki

Cardiology Care Unit
4.30 petang, 17 Ramadhan 2014.
BMC, Kuala Lumpur

Innalillah hiwainna ilaihir rojiuun......

Mak Nab akhirnya menghembuskan nafas terakhir setelah dua hari bertarung nyawa.

Luluh hiba hati Zulaiqa apabila menerima panggilan daripada jururawat hospital yang menyatakan keadaan ibunya yang kritikal dan sesiapa sahaja ingin berjumpa dengan Mak Nab buat kali terakhir diminta datang ke hospital secepat mungkin. Hampir pengsan Eiqa dibuatnya sebaik sahaja sampai di pintu CCU, jururawat bertugas tidak membenarkan dia masuk kerana mereka sedang berusaha untuk menghidupkan semula (resuscitate) jantung Mak Nab yang berhenti dengan tiba-tiba. Setelah hampir 30 minit berusaha dan tidak berjaya, akhirnya masa kematian di umumkan.

"Time of death.... 18.34 pm...."

"Pia, tolong inform waris patients. She's behind the door..... I'll be with you in a second." arah Dr. Aina yang sibuk menulis sesuatu di dalam fail Mak Nab.

Meraung Eiqa sendirian di hadapan pintu CCU apabila di khabarkan tentang kematian Mak Nab. Dunia Eiqa gelap gelita..... Hendak mendail nombor abang-abang nya pun dirasakan tidak mampu.

Sudah tertulis yang Mak Nab akan di jemput pulang pada bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang penuh barokah.

Eiqa masih lagi terjelepuk dihadapan pintu CCU. Masih lagi gagal mengawal air mata, tangisan dan raungan Eiqa tidak bersuara. Dr. Aina hanya mampu bersimpati dengan nasib Eiqa. Andai kata ibunya sendiri di jemput Ilahi pasti dia akan menangis hiba seperti Eiqa.

Buat masa ini apa yang dia mampu lakukan adalah dengan membantu Eiqa bangun dan duduk di kerusi berhampiran dan membiarkan Eiqa menangis dibahunya.

Tiada kata dapat menggambarkan kesedihan Eiqa. Dunia Eiqa bukan hanya gelap tapi hancur...

Segala surat pelepasan, surat kematian hospital dan lain-lain lagi akan di uruskan oleh Zoul. Mahu atau tidak, Eiqa terpaksa menghubungi abang yang merangkap lelaki yang dianggapnya sebagai 'tak guna sesen pun'. Punca darah Mak Nab naik adalah disebabkan Zoul. Dan dia berani untuk mengatakan yang dia kehilangan ibu bukanlah sebab ajal tapi abangnya sendiri. Pada saat dan detik ini perasaan benci mula menyelinap masuk dalam hatinya. Bukan sahaja Zoul dibenci malahan Kayla juga.

'Payah sangatkah akak nak maafkan abang dan akhiri segala cara baik? Macam manusia normal! Tak bolehkah mereka berdua, berbincang seperti dua orang dewasa yang matang dan waras? Perlukah mereka berdua berdrama di depan semua orang, hinggakan kesemua sanak saudara, di kedua belah, pihak sakit kepala memikirkan masalah manusia berdua ni!?.' Rungut hati Eiqa.

Eiqa dijemput pulang oleh Khalid yang datang bersama Zoul. Sebaik sahaja dia ternampak batang tubuh Zoul, perasaan meluat, menyampah, sakit hati mula menguasai diri. Dek kerana mahu menjaga air muka Zoul di hospital miliknya, Eiqa membiarkan Zoul menguruskan surat pelepasan hospital sendirian. Lagi lama dia berada dekat dengan lelaki tersebut, makin hebat perasaan meluat.

Akhirnya, jenazah Mak Nab selamat sampai di Kuchai Lama selepas waktu Isyak. Mak Nab akan di kebumikan esok selepas solat Asar. Ramai yang tidak faham kenapa di lewatkan sangat waktu kebumi. Mak Nab tidak ada saudara di luar negara. Bukankah lebih afdal jika di cepatkan pengebumiannya?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 01, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

B.I.T.C.H (Beautiful, Intelligent, Talented, Complicated and Hot)Book 2Where stories live. Discover now