Chapter 3

3.4K 147 41
                                    

Lebuh raya Sg. Besi.
15 Ramadhan 2014, Kuala Lumpur.

Jari jemari halus runcing mengetuk lembut stereng kereta Honda CRV mengikut irama lagu yang keluar dari corong radio. Jari-jari tersebut hanya berhenti apabila iklan Yusuf Taiyoob bersiaran sebagai selingan. Mengharungi kesesakkan lalu lintas pada bulan mulia ini memang mencabar jiwa raga. Bersusun kereta dihadapannya, sayup mata memandang. Kenderaan yang bersusun ini hanya bergerak beberapa inci sahaja dalam masa lima minit. Entah jam berapa dia akan sampai ke destinasinya. Penat merenung bontot kereta lain di hadapan, mata dialihkan pada cermin pandang belakang. Sekujur tubuh kecil tidur lena di tempat duduk belakang. Terasa damai melihat khalifah kecil ini tidur, hilang segala penat serta lelahnya. Setelah puas merenung insan kecil tadi, pandangannya dileretkan ke kiri. Tempat duduk penumpang di sebelahnya penuh dengan beg-beg kertas dari pelbagai jenama. Bagaikan apa yang berada di sebelahnya tidak cukup, di ruangan bagasi di belakang juga di penuhi dengan beg plastic dan juga beg kertas, hasil tangkapannya sebentar tadi setelah hampir seharian mengukur KLCC, Pavillion, Masjid India dan Jalan T.A.R.

Pemanduan di teruskan dengan hati yang tenang. Ada ketika, terukir senyuman kecil di bibirnya apabila lagu yang keluar dari corong radio menggamit memori indah antara dia Dan Zoul. Bibir nipisnya juga terkumat-kamit menyanyikan bait-bait lagu, seolah-olah mengetuk jari di stereng kereta sahaja belum cukup untuk membuktikan betapa gembiranya dia. Masakan dia tidak gembira, tahun ini dia dapat melaksanakan tanggungjawapnya sebagai seorang ibu tunggal dengan jayanya. Tidak seperti tahun-tahun sebelum, dimana dia sibuk ke hulu ke hilir untuk memastikan perniagaan yang baru diceburi mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Usai sudah tanggungjawapnya membeli segala keperluan untuk menyambut hari lebaran untuk diri sendiri, khalifah kecil yang sedang nyenyak tidur dibelakang, mak, abah, serta sahabat handai yang ada. Jangan di tanya berapa riban yang keluar, dia gembira melakukannya demi yang tersayang.

Tidak dinafikan memang penat jika bershopping dengan seorang insan yang berumur empat tahun. Lebih kepada penat mengawal khalifah kecil itu daripada penat memilih baju. Tumitnya sengal, lututnya juga agak lenguh...kesesakkan jalan tidak membantu. Namun dia puas...sangat puas kerana dia dapat membuktikan pada semua yang dia tidak pernah mengharapkan duit nafkah pemberian bekas suaminya dan mampu berjaya di atas usahanya sendiri. Rumah banglo dua tingkat miliknya di ubah suai supaya dia dapat menyimpan segala produk. Tidak cukup dengan itu, dia juga turut menyewa sebuah premis kecil untuk dijadikan butik bagi memasarkan produk. 

Hari ini jenama Kireina, yang bermaksud cantik dalam bahasa Jepun sudah mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama besar yang lain seperti Neolofa, Fareeda, Adijuma, Sugar Scarf dan banyak lagi. Bukan sekadar shawl, malahan jenama Kireina juga menawarkan jubah, blouse, seluar dan juga aksesori wanita berhijab. Cumanya, semasa pelancaran reka bentuk intant shawl yang baru, tidak ada peminat yang tidur di kaki lima dek kerana mahu menunggu premisnya dibuka, mereka boleh menempah design yang bakal dilancarkan didalam talian. 

Selepas menyambut hari lebaran, perniagaannya akan dikembangkan lagi apabila usahasama jenama Kireina dengan Zalora dan Lazada dimeterai. Dia juga sedang berusaha untuk mendapatkan sutera dari Thai dan Kemboja untuk reka bentuk shawl yang akan datang.
Agak pelik bunyinya, namun dia bahagia walaupun memegang gelaran janda. Apa yang pasti, focus hidupnya sekarang adalah untuk berjaya dan memastikan masa depan anak tunggalnya terjamin. Segala kisah pahit yang terpalit masih segar di ingatan namun dia tekad untuk menjadikan memori itu sebagai pembakar semangat untuk dia berjaya. Dia sudah lama memaafkan Zoul, namun dia masih belum mampu untuk melupakannya.

Sedar tidak sedar masa sudah pun melewati jam 6.30 petang dan dia masih terkandas di Jalan Sungai Besi. Hampir kesemua kenderaan yang berada di hadapannya bagaikan mogok untuk bergerak. Pasti Mak Nab sudah sedia menunggunya di depan pintu. Tidak tega dia untuk membiarkan orang tua itu ternanti-nanti. Ya, memang dia hanya tetamu mereka dan tidak mempunyai ikatan darah. Namun tali persaudaraan yang terbina sejak dia berkahwin dengan Zoul duhulu masih erat, masih utuh dan dia ingin mengekalkan keadaan itu walaupun pada hari ini dia hanya bekas menantu. Keluarga Mak Nab sudah dianggap bagaikan keluarga sendiri, anak terunanya juga memanggil Mak Nab dengan gelaran Tok Mak. Mana mungkin dia mahu membuang mereka dari hidupnya begitu sahaja.

B.I.T.C.H (Beautiful, Intelligent, Talented, Complicated and Hot)Book 2Where stories live. Discover now