Chapter 5

2.9K 157 73
                                    


17 June 2013

7.35 pm, Heathrow Airport

Kopi. Hitam. Pekat. Panas.
Joanne mengacau perlahan-lahan kopi panasnya dengan stirrer. Satu masa dahulu, dia bukan penggemar kopi, malah dia sangat membenci minuman itu. Namun semenjak dia mengenali Kayla, persepsinya terhadap kopi berubah. Dahulu Joanne menyangka kopi itu pahit, tidak sedap dan tidak ada apa yang menarik tentang kopi. Teh atau pun Milo berjuta kali lebih sedap. Tetapi hari ini, dia sudah boleh mengishtiharkan bahawa minuman kegemarannya adalah kopi. Joanne tersenyum sendirian apabila memikirkan betapa besarnya pengaruh Kayla pada dirinya. Dalam banyak-banyak benda, perempuan gila itu berjaya membuatkan dia menggemari kopi. Siapa sangka.

Senyuman Joanne hilang serta merta apabila teringatkan keadaan Kayla tengahari tadi. Kayla pucat, murung, kusut. Renungan mata Kayla kosong sama seperti jiwanya. Kayla nampak cengkung walaupun hanya beberapa hari mereka tidak berjumpa. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya apabila menjumpai nota yang dilekatkan Glen pada pintu bilik. Perasaannya bertambah berkecamuk apabila dia melihat keadaan bilik Kayla yang tunggang langgang. Satu tompok darah yang agak besar masih jelas kelihatan di atas permaidani di bilik Kayla. Serpihan cermin serta cebisan gambar memenuhi ruang lantai dihadapan pintu biliknya. Amukkan Kayla kali ini lebih dasyat dari yang sebelumnya. Siapa pun yang berada di tempat Kayla pasti akan mengamuk. Joanne memejamkan mata , di tariknya nafas dalam-dalam, atas cubaan mengawal perasaan sebak yang bertandang. Dia telah kehilangan seorang kawan buat selamanya. Tak mungkin Kayla akan memaafkan dia.

Joanne akan berlepas ke Vegas untuk menemui Mark sebelum dia ke New York untuk menjalani latihan praktikal di JP Morgan-sebuah syarikat kewangan ternama dunia. Dia mahu mengadu pada Mark tentang apa yang telah terjadi pada dirinya. Hanya Mark sahaja yang memahami kenapa dia bertindak sedemikian rupa. Mark lebih tahu niatnya semasa Zoul menyerahkan NDA pada mereka berdua suatu masa duhulu.

Tanpa pengetahuan Kayla, Joanne dan Mark sentiasa berhubung. Joanne akan sentiasa memaklumkan Mark tentang keberadaannya. Cuma, malam dimana dia tidur dengan Park Ju-won sahaja tidak dikhabarkan pada Mark. Biarlah malam itu menjadi rahsia dalam hidupnya. Park Ju-won hanyalah satu ujikaji bagi Joanne. Dia mahu mengetahui bagaimana rasanya mengadakan hubungan sex... Ternyata tidaklah sehebat mana. Tidak seperti cerita-cerita Kayla tentang betapa hangatnya malam-malam dia bersama dengan Zoul. Atas dasar ingin tahu, dia yang memaksa Kayla bercerita padanya... dan atas dasar ingin tahu juga, Park Ju-won menjadi mangsa. Kini Joanne merasakan dirinya lebih berpengalaman dalam hal ini. Kegugupan Park Ju-won malam itu terserlah kerana dia yakin yang dia masih dara. Ini kerana kebanyakkan masa, lelaki Korea itu hanya akan bertindak mengikut arahan Joanne. Malam itu hanya Ju-won sahaja yang menikmati gelombang hikmat tanpa henti, sedangkan Joanne, berkerut kening kehairanan kerana dia tidak merasakan apa-apa. Zero....Nada..Kosong..

Lamunannya terhenti apabila kopi yang berada di dalam cawan kecil itu melocak kerana meja dilanggar oleh seseorang.

"Sorry..."

Joanne hanya mengjongket kening tanda dia menerima permohonan maaf lelaki tersebut. Kerana lelaki tersebut jugalah dia kini sedar yang dia sepatutnya masuk ke balai berlepas dan bukannya terus mengenang kembali apa yang terjadi antara dia dan Ju-won mahupun Kayla. Pantas Joanne mengambil bag pack yang berehat di sebelahnya dan berlalu pergi.

21 June 2013

9.06pm, Cranston Court, Oxford

"Glen...."

"Hmmmmm.....??"

"Can I join you at the gym after this?" Glen yang sedang khusyuk menyediakan itinerary mereka berdua ke Ireland mendiamkan diri. Skrin laptop itu terus direnung sambil tersenyum kecil.

B.I.T.C.H (Beautiful, Intelligent, Talented, Complicated and Hot)Book 2Where stories live. Discover now