Chapter 4

2.7K 154 61
                                    

(Throw Back - A Year Ago)

Summer Break, 11 June 2013, Rose Hill, Oxfordshire.

Memutuskan untuk bertemu muka dengan Zoul setelah hampir setengah tahun 'bersembunyi' bukannya satu perkara yang mudah buat Kayla. Berkali-kali dia menimbang keputusan tersebut. Dia mahu betul-betul bersedia.

Hari itu Kayla terjaga lebih awal dari biasa, teruja, kerana bakal berjumpa dengan Zoul dalam beberapa jam lagi. Sehelai kemeja satin tanpa lengan berwarna jingga digantung di depan pintu almari. Sekejap lagi dia hanya perlu menyarungkan jeans dan juga kasut sebelum menuju ke lokasi yang telah djanjikan.

Pagi yang hening itu dirasakan sangat tenang, meredakan gelodak resah di jiwa yang mengganggunya sejak beberapa hari lalu. Mana mungkin dia tidak resah, lebih enam bulan dia tidak bertemu muka dengan Zoul. Selama itu juga dia memendam rindu. Sengaja dipendamkan perasaan itu dek kerana melayan perasaan marah+ego+geram. Tidak ada siapa boleh menafikan, apa yang Zoul lakukan padanya merupakan kesalahan paling ekstreme dalam kehidupan berumah tangga. Ada orang ke tiga satu hal. Saksikan sendiri 'show' lagi satu hal. Siapa sanggup? Siapa tahan?

Selama enam bulan juga dia merawat luka sendiri. Sekarang lukanya hampir sembuh walaupun tidak sepenuhnya. Tidak mungkin ia akan sembuh sepenuhnya tetapi tidak salah sekiranya dia memberikan Zoul 'peluang kedua'. Lelaki itu tidak sempat memberikan apa-apa 'penjelasan' padanya selepas kejadian melenjan tempoh hari. Andai kata Zoul ingin menjelaskan sekali pun, belum tentu dia mahu mendengar. Dia mungkin akan memaafkan Zoul seandainya penjelasan suaminya itu logik untuk diterima akal. Sekiranya tidak logik....dia akan terus dengan rajuknya dan akan di biarkan Zoul memujuk rayu sehingga hatinya puas. Adil bukan? Disebabkan pujuk rayu, kata-kata cinta dan rindu yang bersepah di dalam emaillah yang membuatkan hatinya sedikit terusik. Dia amat mencintai lelaki itu, tiada yang lain, tiada yang kedua. Hanya Zoul di hatinya.

Kayla bangun duduk di atas katil, tersenyum keseorangan. Membayangkan apa yang bakal terjadi apabila mata mereka bertentang. Adakah dia akan terus berlari untuk berada di dalam pelukkan Zoul? Atau pun dia hanya akan berdiri kaku di situ? Mampukah dia untuk melafazkan rindu pada Zoul? Tidak ada siapa yang tahu. Kayla juga sempat menghafal beberapa set soalan untuk ditanyakan pada Zoul nanti. Mungkin pelik bunyinya, namun Kayla terpaksa menghafal supaya dia tidak lupa untuk bertanyakan pada Zoul nanti. Kayla kenal siapa dirinya, dan Kayla juga tahu apa kesan Zoulqarnain Ishaq padanya. Menghafal soalan merupakan satu jaminan yang kononnya dia tidak akan lupa untuk bertanya.

Kayla memanjangkan tangan mencapai telephone yang sedia menuggu di sebelah kiri katil. Aktiviti wajib Kayla dan juga berbillion manusia lain sebaik sahaja bangun dari tidur, membelek telefon. Terdapat beberapa notifikasi email, dan salah satu email tersebut datang dari tak lain tak bukan- Zoul.

Baby,

I am so sorry I have to cancel our meet today. Eric had a heart attack earlier, and now he is in critical condition in John Hopkins. I have to be there. I'm terribly sorry. I promise that we will meet soon enough. I miss you and I love you. More than you could ever imagine.

In dilemma,

Zoul.

Kayla membaca email itu untuk beberapa kali, memastikan yang dia tidak terlepas walau satu ayat sekali pun. Matanya tertumpu pada dua ayat terakhir. Di situ lah terletaknya kekuatan Kayla. Kata-kata cinta dari sang 'suami'. Ini merupakan salah satu daripada beratus bukti bagaimana Zoul mencairkan hati Kayla yang keras. Walaupun kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan Zoul, namun Kayla sangat faham kenapa Zoul membatalkan perjumpaan mereka. Zoul menganggap Erik persis bapanya sendiri, dan menerusi cerita-cerita Zoul dahulu, Erik banyak membantunya semasa dia berada di German. Seolah-olah bantuan di German tidak memadai, Erik mengambil Zoul untuk diserap masuk ke dalam syarikat miliknya. Terlalu banyak kebaikkan yang telah Erik taburkan pada Zoul. Tidak ada salahnya jika Zoul berada di sisi Erik di saat-saat dia diperlukan.

B.I.T.C.H (Beautiful, Intelligent, Talented, Complicated and Hot)Book 2Where stories live. Discover now