Chapter 2

4.6K 164 29
                                    


15 May 2013, London.

Perbincangan Joanne dan rakan-rakannya tentang polisi kewangan Amerika Syarikat di hadapan bangunan fakulti, terhenti sebaik sahaja sebuah Mecedes AMG Hitam berhenti tidak jauh dari mereka. Joanne bingkas bangun dan mengucapkan selamat tinggal, lantas berjalan perlahan-lahan ke arah kereta yang sedang menunggunya. Sebelum melabuhkan badan ke dalam kereta, sempat lagi dia melambaikan tangan pada rakan-rakannya yang lain. Ini merupakan rutin buat Joanne, Kayla dan Glen. Joanne dijemput pulang dari kelas setiap hari Jumaat, kerana kedua rakannya itu tidak mempunyai kelas pada hari tersebut. Selepas menjemput Joanne, mereka akan makan malam bersama dan akhirnya ke kelab-kelab di sekitar London atau Oxford. Joanne yang sebelum ini masih suci kerana tidak mengenali dance floor ataupun podium, sudah mula berjinak-jinak dengan keduanya-duanya sekali, hasil daripada kegilaan Kayla dan Glen berparti tiap hujung minggu.

Aktiviti Kayla di kelab sentiasa di pantau oleh Joanne dan Glen. Joanne akan memastikan yang Kayla tidak minum terlampau banyak, walaupun sehingga hari ini, Kayla belum pernah mabuk. Joanne tidak mahu sejarah lama berulang. Manakala Glen pula akan memastikan yang Kayla tidak di ganggu oleh mana-mana lelaki. 

Baik Joanne mahupun Kayla sudah banyak berubah semenjak berada di England. Kayla tidak lagi memendam rasa seperti dahulu. Pengalamannya memendam rasa dengan Zoul dahulu telah banyak mengajarnya. Sekarang, dia akan berterus terang pada sesiapa sahaja right there and then. Kelancangan mulutnya di kelas atau semasa workshop-workshop yang di anjurkan oleh fakulti International Relation telah menaikkan namanya. Di tambah pula dengan kegilaan dia semasa berada di kelab, membuatkan namanya menjadi bualan ramai. Kegilaan Kayla di kelab adalah menari sehabis seksi dan sehabis daya sehingga ramai lelaki mata keranjang mahu rapat dengannya, namun langkah mereka terhenti apabila ternampak Glen.

Di mata mereka, Glen dan Kayla merupakan pasangan kekasih. Bukan mereka sahaja, Joanne juga mempunyai tanggapan yang sama. Masakan tidak, boleh dikatakan hampir setiap minggu Joanne menyaksikan kegilaan Glen dan Kayla menari bersama di dance floor. Tidak cukup dengan itu, dimana sahaja Kayla berada, pasti Glen akan ada bersamanya. Keakraban Kayla dan Glen adakalanya membuatkan Joanne cemburu. Jika dahulu Kayla akan berkepit dengannya, namun sekarang untuk dia berjumpa dengan Kayla sekali pun agak payah kerana jadualnya yang padat. Setakat ini hanya sekali dua sahaja nama Glen terpacul keluar daripada mulut Joanne apabila menyampaikan laporan pada Zoul. Joanne mahu menyimpan rahsia ini selagi dia belum mendapat kepastian yang Kayla dan Glen merupakan pasangan kekasih. Banyak gambar-gambar kemersaan mereka berdua berada di dalam simpanan Joanne. Namun ianya hanya gambar, bukan pengakuan telus daripada tuan punya badan.

Joanne kini tinggal bersama Glen dan Kayla di Oxford. Walaupun berkali-kali Kayla melarang kerana perjalanan dari Oxford ke London mengambil masa lebih daripada satu jam. Kayla tidak mahu Joanne kepenatan kerana terpaksa berulang alik dari London. Namun Joanne tetap dengan keputusannya untuk tinggal bersama mereka. Sebenarnya keputusan tersebut telah di putuskan oleh Zoul yang mahukan Joanne menjadi spy kepada semua aktiviti Kayla.

Zoul sudah tahu dimana Kayla berada dan siapa teman rapat Kayla. Dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk muncul kembali di dalam hidup Kayla. Zoul sedang merancang sesuatu agar dia dan Kayla dapat kembali bersama. Dia cukup sedar yang Kayla sepatutnya berada di sisinya bukannya Farrah. Namun dia juga tahu, untuk tiba-tiba hilang daripada Farrah Brenner adalah sesuatu yang agak mustahil buat masa sekarang. Dia tidak mahu kehilangannya dari Brenner Group membahayakan nyawa sesiapa. Dia cukup tahu apa yang Farrah mampu lakukan sekiranya dia tiba-tiba hilang. Pasti setiap anggota Bratva akan dikerah untuk mencarinya. Jika mereka tidak menjumpainya ataupun Kayla, pasti kelurga mereka berdua berada dalam bahaya. And that is something very unacceptable buat Zoul.

B.I.T.C.H (Beautiful, Intelligent, Talented, Complicated and Hot)Book 2Where stories live. Discover now