Chapter 6

756 54 28
                                    

29 June 2013
Clontarf Castle, Dublin, Ireland

Sudah dua hari mereka berada di Ireland. Sudah banyak tempat yang mereka lawati. Namun Kayla masih tidak berubah. Sudah banyak kali Glen menyaksikan senyum paksa Kayla.

Kayla berada dalam dunia khalayan ciptaannya. Terpisah terus daripada dunia nyata. Dia sedang memikirkan apakah terdapat kemungkinan yang kejadian-kejadian hitam yang berlaku di antara dia dan Zoul dapat di elakkan. Naif sangat kah dia sehingga kan tidak pernah mencurigai dan tidak cuba untuk menyiasat latar belakang Zoul. Dia mempercayai lelaki itu bulat-bulat. Bodoh sangatkah dirinya sehingga membiarkan lelaki membohongi dirinya berkali-kali.

Glen tidak tega melihat Kayla termenung begitu. Bukan ini tujuan mereka datang ke Ireland. Atas persetujuan Kayla sendiri mereka ke sini untuk bertenang, berehat dan mengubat luka fizikal dan emosi. Glen penat, cukup penat untuk melihat Kayla berterusan memikirkan nasib dirinya dengan Zoul dan kemudian menangis. Dia mendekati Kayla dengan perlahan. Bahu wanita itu disentuh dan diramas lembut.

"Anything interesting down there?" Lembut sahaja bicara Glen.

Kayla diam membisu, masih membatukan diri di balkoni hotel. Hanya matanya saja yang galak memerhatikan orang ramai yang lalu lalang di bawah.

"Kayla....." Sapaan Glen tidak dibalas, Kayla masih membatukan diri. Bahu Kayla di ramas  dan digoncang perlahan. Tidak ada hatta sekelumit reaksi sekalipun dari Kayla. Dengan penuh berhati hati Glen memusingkan tubuh Kayla supaya bertentangan dengannya.

Mata Kayla basah....terdapat kesan air mata di pipi kayla.

Glen menarik nafas panjang. Dia sebenarnya sudah tenggelam punca bagaimana lagi harus dilakukan untuk menggembirakan Kayla.

"I....ermm.....sometimes i felt very useless. I miss him at the same time i hate him. I love him but i want a divorce but i know a divorce right now would make me completely crazy. I know and i dont know what i want from him Glen. And i feel so freaking useless for being this way. I'm a dissappointment not just to my self but to everybody arround me who expect me to be strong. And I HATE THIS!!!!!" Air mata Kayla yang tadinya sudah terhenti kini kembali mengalir laju bagaikan air terjun di Bukit Hijau.

Glen tenggelam punca, cakap salah,kalau dia tidak berkata apa skalipun pun salah juga. Dia tahu apa sahaja yang keluar dari mulutnya sekarang tak akan dapat membantu Kayla. Glen hanya mampu menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan dengan perlahan. Kedua belah tangan Glen masih memegang kemas bahu Kayla. Dengan cermat dia menarik Kayla supaya dekat dengannya, agar dia dapat memeluk wanita genit itu. Glen mengharapkan susuk tubuhnya yang ternyata lebih besar dari Kayla dapat membantu menyerap segala emosi negatif dan menyalurkan aura positif, walaupun secebis mana sekali pun untuk Kayla.

Kayla menangis semahunya di dada bidang Glen.

"You know, I've been hurt before but not like this...it's like this time my heart couldn't recover from it no matter how hard it tries. I've been with others...... it wasn't as bad as this.... I've always thought girls were bad... Never knew men would be even worse." Luah Kayla dalam sedu-sedan.

Berkerut kening Glen setelah mendengar ayat 'girls' tadi. Adakah dia silap dengar atau Kayla silap fakta? Nak ditanya, tak sampai hati. Tak ditanya.....dia juga yang tak boleh tidur nanti. Glen menahan hati dari bertanya, di biarkan dulu Kayla menangis semahunya. Kayla dipeluk kemas, ada ketika rambut ikal Kayla akan diusap perlahan. Itu sahajalah yang mampu dilakukan Glen untuk memujuk Kayla.

Tapi tanpa disedari, ayat 'girls' tadi terngiang ngiang di telinganya. Betulkah apa yang dia dengar?

Glen melepaskan Kayla dari pelukan dan mengajak Kayla duduk. Duduk lah dimana sahaja asalkan duduk, kerana lututnya lemah tiba tiba bila selepas mendengar ayat 'girls' tadi....

B.I.T.C.H (Beautiful, Intelligent, Talented, Complicated and Hot)Book 2Where stories live. Discover now