RoyalNerd

By afiqahsyazwanii

98.5K 6.1K 344

Highest rank[#no.1 prince ranking] (3 April 2020), [#no.1 schoollife] (24 Mei 2020) and [#no.61 school rankin... More

RoyalNerd 01
RoyalNerd 02
RoyalNerd 03
RoyalNerd 04
RoyalNerd 05
RoyalNerd 06
RoyalNerd 07
RoyalNerd 08
RoyalNerd 10
RoyalNerd 11
RoyalNerd 12
RoyalNerd 13
RoyalNerd 14
RoyalNerd 15
RoyalNerd 16
RoyalNerd 17
RoyalNerd 18
RoyalNerd 19
RoyalNerd 20
RoyalNerd 21
RoyalNerd 22
RoyalNerd 23
RoyalNerd 24
RoyalNerd 25
RoyalNerd 26
RoyalNerd 27
RoyalNerd 28
RoyalNerd 29
RoyalNerd 30
RoyalNerd 31
RoyalNerd 32
RoyalNerd 33
RoyalNerd 34

RoyalNerd 09

2.8K 188 15
By afiqahsyazwanii

  "Kau dengar cerita tak kenapa kita semua ada perhimpunan mengejut macam ni," ujar Nik sambil menggamit perhatian Putera Zaquan yang mengelamun sejak tadi.

   "Tak," balas Putera Zaquan sepatah sambil matanya kembali fokus ke arah pentas sekolah.

  "Sebab hari ni ada putera raja yang nak masuk sekolah kita," ucap Nik sambil berjalan pergi meninggalkan Putera Zaquan di barisan pelajar.

  "Nik!" baru sahaja dia ingin berjalan mengekori langkah Nik, dia ditahan oleh Putera Anas yang juga pengawas sekolah.

  "Lepas perhimpunan ni lah sembang ye putera," ucap Putera Anas sambil menundingkan jarinya ke arah pentas dimana pengetua sedang berdiri untuk memberikan ucapan.

Putera Zaquan hanya menuruti dengan kembali ke barisannya. Putera Anas pula kembali ke belakang barisan di mana semua pengawas ting. 6 atas berada.

  "Hari ini..kita diberi kepercayaan oleh raja kita sendiri iaitu Raja Ridzuan Shah Ibni al-marhum Sultan Badlishah Alaudin untuk menjaga putera bongsunya sepanjang beliau bersekolah di sini..oleh itu, dijemput Putera Adli Darwisy untuk berada di atas pentas," jemput pengetua sekolah sambil memberikan laluan kepada Putera yang diraikan ketika itu.

Jatuh segala tulang dan rahang yang ada pada Putera Zaquan. Habislah plan aku kalau budak ni buat hal..

  "Kau oky tak ni?" soal Ikhwan risau kerana tiba2 sahaja rakan baharunya itu melutut di dalam barisan. Dah la beratur sebelah2 ngan budak ni..semua pakat tengok.

  "Ahh..aku oky. Tak sedar pulak bila masa aq termelutut kat sini," ujar Putera Zaquan sambil berdiri dan dibantu oleh Ikhwan untuk berdiri. Tepat itu matanya bertembung dengan anak mata milik Adi yang sedang merenung ke arahnya. Lantas satu senyuman diberikan oleh Adi kepadanya. Entah apa niatnya buang tabiat pagi2 buta p senyum dekat aku..kat istana bukan main beku muka.

(づ。◕‿‿◕。)づ

  "So..apa khabar Zaquan?" soal Adi apabila tiba giliran Putera Zaquan untuk bersalaman dengannya. Euww..ingat aq nak sangat ke bersalaman dgn budak pendek ni. Disebabkan pengetua suruh semua pelajar beratur dan bersalaman dengan dia ni lah..aq pun terjebak sekali dgn agenda pengetua yang nampak sangat nk ambik hati raja tu. Beri penghormatan la sangat.

  "Eh, macam mna putera tahu nama budak nerd ni?" soal Farid yang diberi keistimewaan untuk berada di sisi Adi ketika itu. Bukan sekadar bertanya, malahan ditonjol-tonjol kepala milik Putera Zaquan yang ketika itu sedang berjabat tangan dengan Adi.

  "Nametag dia kan ada?" ujar Adi sambil tangannya pantas menepis tangan milik Farid yang dirasakan tidak layak untuk menyentuh kepala abangnya sesuka hati.
"Saya tak suka ada pembulian dan penindasan. Ingat tu," ujar Adi lagi tetapi dengan nada yang agak marah.

  "Ba-baikk.. maafkan saya Putera Adli," ujar Farid sambil membongkokkan sedikit badannya ke bawah kerana takut bertentangan dengan anak mata Putera Adli yang seperti ingin mengeluarkan laser kepadanya. Kalau betul keluar laser..aq lah org yang paling rentung aq rasa.

Putera Zaquan yang melihat situasi itu mula tersenyum sinis dan turut membongkokkan badannya dan dengan pantas menegak kembali. Perbuatannya dilakukan berulang kali. Dan...

  "Arghhh!!! Apa kau buat ni haa nerd??!!!" berang Farid apabila perbuatan Putera Zaquan itu menyebabkan dagunya berlaga dengan kepala milik Putera Zaquan dengan kuat. Batu ke apa kepala budak ni? Sakit gila!

  "Ahh..maaf2! sungguh aq tak sengaja," ujar Putera Zaquan dengan wajah yang tidak bersalah sambil tangannya diangkat paras dada.

  "Kau nak marah Zaquan ke Farid? kan dia kata dia tak sengaja tu," soal Adi sengaja ingin menambah api didalam bara walaupun dia tahu Farid sedang betul2 marah kerana berasa seperti dipermalukan di khalayak ramai. Urat2 di kepala dan tangannya juga timbul.

  "Ehh..tak putera..saya tak marah kan dia pun," ujar Farid sambil menayangkan senyumannya yang dibuat-buat.

Tak menarik langsung..

Lantas Adi mengorak langkah meninggalkan perhimpunan tersebut walaupun masih lagi ada pelajar yang belum beramah mesra dengannya.

(づ。◕‿‿◕。)づ

  "Kenapa Fathia datang sekolah hari ni?" soal Putera Zaquan apabila Fathia berada di dalam kelas sebaik sahaja Putera Zaquan meninggalkan perhimpunan.

  "Ayah aku suruh datang sekolah," jawab Fathia sambil melarikan pandangannya ke arah tingkap.

  " Kenapa pakai mask tiba2 ni..Fathia demam ke?" soal Putera Zaquan apabila dia berasa pelik dengan kesan2 biru yang kelihatan di celah-celah mask Fathia yang tidak dapat melindungi keseluruhan mukanya.

  "Haa..aku demam," jawab Fathia acuh tak acuh dan menyambung meletakkan kepalanya di atas meja.

Putera Zaquan terus mengatur langkah ke arah meja Fathia yang berada di belakangnya lalu perlahan-lahan mengangkat kepala milik Fathia dan matanya merenung tajam ke arah mata milik Fathia. Bebola matanya bergetar..sah dia menipu. Betullah orang cakap, mata tak boleh nak menipu.

  "Aku tak lalu nak tengok muka nerd kau lama2 la," ujar Fathia sebaik sahaja dia melarikan pandangannya.

  "Aku tak kisah pun kalau kau tak lalu nak tengok muka aku," ujar Putera Zaquan seakan-akan berjauh hati dengan kata2 Fathia.

  "Bu-bukan macam tu maksud aku," ujar Fathia kalut kerana sebaik sahaja Fathia berkata begitu..terus Putera Zaquan berjalan keluar daripada kelas. Haa..sudah..kena pergi pujuk ke?

Lantas Fathia mengekori langkah Putera Zaquan memandangkan pelajar lain masih lagi berada di perhimpunan. Baru sahaja Fathia melepasi kelas sebelah, dia sudah ternampak kelibat Putera Zaquan yang sedang berjalan menuju ke arah tangki air sekolah yang berada di atas bumbung.

'Tu kawasan larangan la..ishh, budak nerd ni,'

Fathia termengah sedikit kerana untuk ke tangki air itu mereka perlu untuk memanjat tangga yang menegak supaya sampai ke atas bumbung. Namun Fathia tidak ternampak langsung pun kelibat Putera Zaquan di atas bumbung tersebut.

  "Fathia ikut Zaquan ke?" soal Putera Zaquan yang acah2 terkejut sedangkan dia memang tahu Fathia mengekorinya sejak awal lagi. Putera Zaquan sengaja mempamerkan riak wajah yang gembira dan melompat-lompat ke arah Fathia seperti kanak-kanak riang yang disuakan lolipop. Tujuannya hanyalah untuk merapatkan jarak antara mereka ketika itu. Lantas tangan milik Putera Zaquan berada di topeng muka yang dipakai Fathia secara pantas sehinggakan tidak disedari oleh Fathia yang topeng mukanya sudah ditanggalkan. Pantas dan lembut sahaja pergerakan Putera Zaquan kerana takut mencederakan gadis di hadapannya.

  "Kenapa muka Fathia lebam..." soal Putera Zaquan seperti kanak-kanak kecil yang ingin menangis kerana dia tahu.. tidak semua benda dia boleh selesaikan dengan kekasaran. Mungkin Fathia akan menceritakan kenapa mukanya turut sama lebam macam dirinya yang dibiarkan dibelasah oleh Farid and the geng. Takde maknanya lah kalau aku sengaja biar Farid belasah aku tetapi still Fathia akan cedera jugak.

Mungkin juga Fathia tercuit hati dengan perangai Putera Zaquan ketika itu lalu dia duduk bersila di atas bumbung sambil memujuk Putera Zaquan yang ketika itu kepalanya berada di ribaan Fathia.

  "Ayah Fathia..dia suka berjudi. Jadi dia memang ada banyak hutang. Kalau menang saja tak apa jugak..ni kalah je. Di situ lah ayah Fathia mula pinjam duit dengan lintah darat. Kehidupan kami jadi lagi kucar-kacir dan terpaksa hidup di dalam ketakutan. Suatu hari Dato' bandar datang untuk menghulurkan bantuan..dan ketika itu kami fikir nasib kmi akan berubah," Fathia mula tergelak kecil dan air matanya mula menitis deras. Walaupun diseka banyak kali oleh Fathia..tetap air mata itu sampai ke muka Putera Zaquan.

  "Rupa-rupanya..dia lah ketua lintah darat tu! Tapi Fathia tak boleh nak bagitahu dekat sesiapa! Fathia langsung tak ada tempat nak mengadu! Umi..umi Fathia sakit masa kami dikejar oleh mereka..umi Fathia meninggal sebab sakit dia dan juga di atas faktor tak dapat rehat yang mencukupi. Fathia pun bodoh sebab tak boleh berfikir dulu macam mana Dato' bandar boleh tahu tentang keadaan keluarga Fathia..dan sekarang..Farid menggunakan kesempatan yang ada dengan mengugut ayah Fathia sendiri! Tiap kali dia tak dapat apa yang dia nak..dia akan ugut ayah. Ayah pulak..akan turut je apa yang dimahukan oleh Farid. Banyak kali dah Fathia lari dari rumah sebab Farid selalu datang dekat rumah. Disebabkan Farid jugak ayah sanggup pukul Fathia sebab Fathia tak turuti apa yang Farid nak," ucap Fathia sambil menghembuskan nafas lega kerana akhirnya dia dapat meluahkan segala yang dipendam olehnya.

  "Erkk.. boleh pulak nerd ni tidur!" ujar Fathia geram tetapi dia tidak berniat pula untuk menggerakkan nerd itu bangun. 'Terima kasih Putera Zaquan Adha sebab sudi mendengar cerita aku walaupun kau tidur. Jadi, sebagai tanda terima kasih..aku akan temankan kau sepanjang kau tidur dekat atas ni'

Sambil2 itu Fathia juga menyanyi kecil dan mengusap kepala Putera Zaquan yang masih berada di ribaannya. Cermin mata Putera Zaquan pula ditanggalkan dan diletakkan di sisi. Persis ibu mendodoikan anak dah gaya Fathia dan Putera Zaquan ketika itu. Putera Zaquan yang berpura-pura tidur ketika itu pula tersenyum lebar sambil mengeratkan pelukan di kaki Fathia yang longgar ketika tadi.

  "Ni kerja abang ehh time dekat sekolah," ujar Putera Adli ataupun Adi yang sejak daripada tadi menyaksikan adegan tersebut disebalik tangki air. Lantas satu keping gambar polaroid di ambil olehnya daripada arah belakang.

Be continue..

                                ~RoyalNerd👑~

Continue Reading

You'll Also Like

116K 2.6K 35
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
62.4K 3.7K 60
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
55.3K 5.6K 28
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...