✔ Tom And Jerry

reenshi

254K 39K 10.4K

▪︎Nampak mereka bergaduh? Tegurlah kalau berani.▪︎ ▪▪▪ Anda bosan dengan heroin perwatakan lemah lembut? Ken... Еще

▪Introduction▪
1: Lambat
2: Keputusan
3: Tackle
4: Paip
5: Terasa
6: A's
7: Tumbuk
8: Fikir
9: Kawan
10 : Kad Khawin
11 : Tolong
12: Balik
13 : Majlis Kahwin
14 : Date
15 : Coklat
16 : Udang
17: Pesan
18: Belasah
19: Buku
20: Basics
21: Headache
22: Berebut
Thank you!
23: Risau
24: Hafal
25: Kertas
26: Meniru
27: Faham
28: Tampar
29: Terjun
30: Sambut
31: Nickname
32: Overprotective
33: Bertahan
34: Segi Tiga
35: Crush
36: Ketuk
37: Manis
38: Geli
39: Drama
Kejap
40: Ending
▪︎Epilogue▪︎
🌹Special chapter 2🌹
Nak lepaskan rindu?

🌹Special chapter 1🌹

5K 673 150
reenshi

200 votes + 40 comments

"Doktor Jeon!" Jururawat itu memanggil Sooyoung yang sedang menghirup air kopi panas di atas kerusi.

Ya, dia bukan lagi Kang Sooyoung. Tetapi sudah bertukar kepada Jeon Sooyoung sejak berkahwin dengan Jungkook kira-kira dua bulan yang lalu.

"Ya, saya" balas Sooyoung.

"Ada wanita yang nak bersalin. Sepatutnya dia bersalin 4 bulan lagi" kata jururawat tersebut.

Sooyoung mengeluh kecil. Oh, tolonglah kenapa kes seperti ini yang dia perlu hadap pada pagi-pagi buta ni.

"Ini mesti kes kelahiran pra-matang" ujar Sooyoung dan mendapat anggukan daripada jururawat itu. Biasanya kes bayi pra-matang berpunca daripada kesalahan ibunya sendiri. Mungkin wanita itu seorang perokok atau kaki botol.

Tanpa membuang masa, Sooyoung terus berlari menuju ke bilik pembedahan. Dahlah sekarang ni pukul 3.45 pagi. Lagilah penat!

Itulah, Sooyoung. Yang sudah menjadi doktor pakar sakit puan.

☆☆☆☆

"Sayang, kau ok?" Jungkook menyoal kepada gadis kesayangannya yang sedang merebahkan kepalanya di atas peha milik Jeon Jungkook.

"Aku ngantuk" balas Sooyoung.

Jungkook tertawa kecil sebelum jari-jemarinya mengusap lembut rambut milik Sooyoung.

"Tulah, aku dah kata, jangan ambil shift malam. Tapi, kau degil" balas Jungkook lalu dia mencapai tin kopi untuk minum.

Sekarang sudah pukul 5.30 pagi dan mereka berdua masih bertugas di hospital Guk Han, di Seoul.

"Aku nak sesi sama dengan kau" balas Sooyoung sambil jarinya bermain dengan hujung kot doktor putih milik suaminya itu.

"Kenapa pula?" Jungkook menyoal.

"Nanti kita tak boleh jumpa selalu kalau kerja shift lain. Kalau aku ambil shift pagi, kau akan ada dekat rumah sebab kau shift malam nanti malam tu aku dekat rumah, kau pergi kerja. Bila kita nak jumpa kalau macam tu?" Terang Sooyoung.

"Habis tu, sekarang pun bukannya kita banyak habiskan masa bersama" balas Jungkook.

Balik rumah pukul 9 pagi. Sampai rumah terus terbongkang atas katil tidur sehingga petang sebab penat sangat. Malam tu datang kerja balik.

"Tak apalah, cukuplah yang aku sayangkan kau dan kau sayangkan aku" akhirnya Sooyoung mengalah.

Penat betul nak bertekak dengan doktor pakar bedah si Jeon Jungkook ni. Sampai esok tidak akan habis.

Tiba-tiba datang seorang jururawat mendekati mereka berdua yang berada di kerusi menunggu hospital itu.

"Ermm, maaf ganggu doktor dengan isteri doktor" ujar jururawat itu dengan penuh sopan.

Laju betul Sooyoung mengangkat kepalanya menjauhi peha Jungkook. Aduh, malu pula bila orang lihat yang dia sedang bermanja dengan Jungkook.

"Kenapa?" Jungkook menyoal.

"kita ada kes. Tadi ada kemalangan jalan raya, kaki pemandu tersepit dan hampir putus" balas jururawat itu.

Sooyoung menatap wajah kacak milik Jeon Jungkook. Rambut lelaki itu masih kemas dan rapi walaupun sudah pukul berapa pagi ni. Bau jejaka itu masih lagi kekal maskulin dan menggoda.

Bentuk badan Jungkook yang fit itu membuatkan semua orang ingin memeluknya. Itulah hasilnya kalau selalu pergi gim.

Tidak kiralah macam mana pun, Sooyoung tahu yang dia tidak akan dapat memeluk jejaka itu setiap masa.

"sayang, aku kena pergi dulu. Pukul 8 nanti kita jumpa dekat cafeteria" kata Jungkook kepada Sooyoung.

Sooyoung hanya mampu melambai kearah Jeon Jungkook kerana itu sahaja yang dia mampu buat.

☆☆☆☆

Jungkook membuka pintu rumahnya lalu melangkah masuk ke dalam bersama dengan Sooyoung.

Tanpa membuang masa, mereka berdua terus duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu.

Sooyoung menyandarkan kepalanya pada bahu milik Jungkook lalu jejaka itu mengucup lembut ubun rambut milik gadis itu.

"Sayang" Jungkook memanggil Sooyoung.

"Hurm" balas Sooyoung.

"Kita ni asyik sibuk je" kata Jungkook.

Keadaan senyap buat seketika.

"Bila kita nak ada anak ni? usaha nak buat pun belum ada lagi" ujar Jungkook sambil mencubit-cubit manja pipi milik Sooyoung.

TBC

Siapa masih simpan book ni dalam library?

Macam mana chapter bosan ni? ok tak? Hikss-

Продолжить чтение

Вам также понравится

My Manager [JJK] 지니냥이ㅡ✨

Любовные романы

337K 25.9K 82
ⓜⓨ ⓜⓐⓝⓐⓖⓔⓡ (1&2) Jadi manager bukan senang ya, tambah pula group tu berasal dari Korea. BTS? Siapa tak kenal group paling hot kat korea tu? Ya, Asya...
20K 2.3K 23
[complete story]✔️ Hanya disebabkan permainan jelangkung. Nyawa jadi pertaruhan. Hidup atau mati? Sila baca
1.4K 134 37
Yoona dan Yunho merupakan teman sejak kecil dan tanpa diketahui mereka sendiri telah dijodohkan oleh ibu bapa mereka. Seiring usia mereka menginjak d...