✔ Tom And Jerry

Da reenshi

254K 39K 10.4K

▪︎Nampak mereka bergaduh? Tegurlah kalau berani.▪︎ ▪▪▪ Anda bosan dengan heroin perwatakan lemah lembut? Ken... Altro

▪Introduction▪
1: Lambat
2: Keputusan
3: Tackle
4: Paip
5: Terasa
6: A's
7: Tumbuk
8: Fikir
9: Kawan
10 : Kad Khawin
11 : Tolong
12: Balik
13 : Majlis Kahwin
14 : Date
15 : Coklat
16 : Udang
17: Pesan
18: Belasah
19: Buku
20: Basics
21: Headache
22: Berebut
Thank you!
23: Risau
24: Hafal
25: Kertas
26: Meniru
27: Faham
28: Tampar
29: Terjun
30: Sambut
31: Nickname
32: Overprotective
33: Bertahan
34: Segi Tiga
35: Crush
36: Ketuk
37: Manis
38: Geli
39: Drama
Kejap
▪︎Epilogue▪︎
🌹Special chapter 1🌹
🌹Special chapter 2🌹
Nak lepaskan rindu?

40: Ending

5.5K 893 344
Da reenshi

Promote ❤
▪︎kimrubyss▪︎

❤❤❤

"Cium?" Sooyoung mengulang ayat Jungkook tadi. Jeon Jungkook mengangguk perlahan sambil pipinya bertukar merah akibat malu.

Kang Sooyoung tersenyum kecil lalu dia mencium telapak tangannya sendiri dan dia merapatkan telapak tangannya pada pipi kanan milik Jungkook.

"Dah" kata Sooyoung lalu dia tergelak akibat rasa yang perkara itu kelakar.

Jungkook memberikan pandangan menyampah kepada Sooyoung. Bukan ciuman daripada tapak tangan Sooyoung yang dia mahukan.

Tapi ciuman bibir. Bibir! bibir!

"Kau ni, bencilah!" kata Jungkook lalu dia berpeluk tubuh menandakan yang dia sedang merajuk.

"Ahahaha, weh! relax lah. Kita masih bawah umur. Nanti bila dah besar boleh lah" kata Sooyoung.

Mata mereka berdua beralih kearah langit apabila bunyi tembakkan bunga api dilepaskan ke udara.

Sooyoung mencapai lengan Jungkook lalu dia mengusapnya lembut.

"Janganlah marah, weh" Sooyoung memujuk Jungkook.

Tiba sahaja Jungkook mengucup lembut pipi milik Sooyoung sehingga membuatkan Kang Sooyoung menampar peha milik Jungkook akibat terkejut dengan tindakkan lelaki itu.

"Dah masuk tahun baru. Umur kita dah bukan bawahan" ujar Jungkook sambil tersenyum kemenangan.

Sooyoung menggulingkan bebola biji matanya keatas. Sekurang-kurangnya Jeon Jungkook masih menghormatinya dengan tidak menciumnya dibibir.

☆☆☆☆

Jungkook dan Sooyoung berjalan menuju kearah rumah mereka sambil berpegangan tangan.

"Bila kita nak bagitahu pasal hubungan ni dekat parents kita?" soal Sooyoung sambil memandang sekilas kearah Jungkook yang lebih tinggi darinya.

"Aku pun tak tahu.." balas Jungkook.

Bukan senang nak bagitahu ibu bapa tentang hubungan percintaan semasa masih sedang belajar ni. Kebanyakkan ibu bapa tidak akan membenarkan anak mereka bercinta agar dapat memberi tumpuan dalam pelajaran.

"Apa-apa pun tahun depan kita pergi tengok bunga api tahun baru lagi tau" ujar Jungkook dengan nada ceria supaya dapat keluar dari topik tadi.

"kalau masa tu kita sedang sibuk?" Sooyoung menyoal.

"Kita datanglah lepas kahwin" balas Jungkook dengan nada bersahaja menyebabkan tawa Sooyoung meletus.

"Kau pasti yang kita akan berkahwin?" soal Sooyoung.

"Kenapa? kau tak nak kahwin dengan aku?" soal Jungkook. Risau benar jika gadis kesayangannya itu tidak mencintainya lagi.

"Aahahah! kau ni kelakar lah" balas Sooyoung sambil tertawa. Tangannya menampar perlahan bahu milik teman lelakinya itu.

"Eish, kau ni. Aku tengah serious boleh pula kau main-main" balas Jungkook dengan nada yang tidak berpuas hati.

"weh, aku rindu nak buat sesuatu" kata Sooyoung sekaligus menukar topik perbualan.

"Rindu nak buat apa?" soal Jungkook sambil menjongketkan kening coklat kanannya.

Kang Sooyoung melepaskan tangan Jungkook lalu dia menjarakkan sedikit dirinya dari Jungkook. Tiba-tiba sahaja gadis itu menarik rambut milik Jungkook sehingga membuatkan lelaki itu hampir terjatuh.

Terus Kang Sooyoung berlari jauh meninggalkan Jungkook.

"Aku rindu nak bergaduh dengan kau!" teriak Sooyoung.

Jungkook memandang kearah Sooyoung yang sudah berlari memasuki kawasan rumahnya. Lelaki itu hanya mampu mengkirkan senyuman sambil tangan mengusap kepalanya. Rasa macam nak tercabut kulit kepalanya akibat ditarik.

"Aku pun rindu nak bergaduh dengan kau, Sooyoung" kata Jungkook perlahan.

☆☆☆☆

Hari ini merupakan hari yang paling menakutkan. Hari mengambil keputusan CSAT.

Park Jimin berlajan mendekati Haesoo dan Jaehee yang sedang berbual-bual itu.

"Eh! Jimin!" Haesoo mula menegur jejaka itu. Manakala Jaehee pula menghadiakan senyuman kepadanya.

Jimin mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Haesoo. Sempat dia berpaling kebelakang untuk melihat. Banyak lagi kerusi menunggu yang masih kosong.

"Kau datang sorang je ke?" Jaehee menyoal.

Park Jimin menggeleng lalu dia menghalakan jari telunjuknya kearah ayahnya yang sedang berdiri di belakang sana bersama ibu bapa murid lain.

"Sooyoung dan Jungkook tak datang lagi ke?" Jimin menyoal.

"Nanti sampailah tu" balas Haesoo.

Selang beberapa minit berlalu akhirnya Sooyoung tiba di dewan itu bersama ibunya.

"Mana Jungkook?" Jaehee menyoal sebaik sahaja Sooyoung mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Jaehee.

"oh, dia datang lambat sikit" balas Sooyoung dan mendapat anggukan tanda faham daripada mereka semua.

Semasa majlis baru mula berlangsung, ketika itulah Jeon Jungkook masuk ke dewan bersama ibu bapanya.

Jejaka itu berjalan kearah Sooyoung dan mengambil tempat duduk bersebelahan teman wanitanya.

Sempat jejaka itu memberikan senyuman sambil mengenyitkan mata kirinya.

Kang Sooyoung memberikan pandangan menyampah kepada teman lelakinya itu.

"Pandang depanlah" ujar Sooyoung kepada Jungkook.

"anything for you, Jerry" bisik Jungkook dengan suara menggoda lalu dia kembali memandang hadapan sambil mendengar ucapan pengetua.

Setelah beberapa belas minit berlalu, sekarang tiba masanya untuk mereka mengambil keputusan mereka.

"Tahun ini kita ada empat orang yang mendapat A+ untuk semua subjek. Ini satu pencapaian yang baik!" kata pengetua dan mendapat tepukkan gemuruh dari semua orang.

"Saya akan sebut nama dan nama yang disebut sila naik keatas pentas" Pengetua memberikan arahan.

"Kim Namjoon"

"Jeon Jungkook"

"Kang Sooyoung"

"Nam Jaehee"

Mereka mula berjalan kearah pentas. Tetapi tiba-tiba sahaja Nam Jaehee berlari kearah Sooyoung dan memeluknya dengan erat.

"S-sooyoung, a-aku berjaya" kata Jaehee sambil air matanya jatuh pada bahu Sooyoung.

Kang Sooyoung menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.

"Aku dah kata, usaha tak pernah khianat kita" balas Sooyoung lalu dia membalas pelukkan Jaehee.

"Dahlah, jangan menangis nanti rosak make-up kau. Nak ambil gambar nanti nampak macam badut" ujar Sooyoung lagi.

Jaehee tersenyum lalu menarik tangan Sooyoung agar berjalan menaiki tangga pentas.

"Ada dua orang pelajar yang dapat 12A+ dan 1A. Pencapaian ini juga turut membanggakan pihak sekolah" kata pengetua.

Park Jimin dan Song Haesoo masih lagi duduk di kerusi itu. Mereka hanya memandang kearah rakan-rakan mereka yang mendapat keputusan yang bagus itu.

"Song Haesoo dan Park Jimin, dijemput untuk naik ke pentas" kata pengetua.

Memang sukar untuk mereka berdua percaya. Apa?! 12A+? sebelum ni mana pernah mereka mendapat keputusan sebagus itu.

Kang Sooyoung mengangkat ibu jarinya kearah kedua rakan mereka tanda syabas.

Manakala Jungkook mengukirkan senyuman kepada Jimin dan Haesoo.

☆☆☆☆

Kang Sooyoung menarik beg rodanya memasuki lapangan terbang antarabangsa itu bersama ibunya.

"Jungkook, kau dekat mana?" soal Sooyoung sebaik sahaja panggilan telefon bersambung.

"Ada dekat tempat letak beg ni, cepatlah!" kata Jungkook.

Terus Sooyoung berlari kearah tempat yang Jungkook katakan, ibunya hanya berjalan dengan tenang sambil mengikut anaknya. Tak larat mahu berlari seperti Kang Sooyoung.

Gadis itu mengukirkan senyuman sebaik sahaja dia melihat kelibat teman lelakinya di situ lantas dia mempercepatkan langkahnya.

"Weh!" sergah Sooyoung sambil memeluk Jungkook dari arah belakang.

Jungkook tergelak kecil lalu dia menurukan Sooyoung. Terus jejaka kacak itu memeluk gadis kesayangannya itu.

"Lambatnya, ingatkan kau tak nak datang" kata Jungkook kepada Sooyoung.

"Maaflah, aku punya flight pukul 8 malam. Kau punya pukul 5 petang. Tu yang aku confuse sikit" kata Sooyoung.

Jungkook memandang kearah ibu dan ayahnya yang sedang memerhatikan mereka berdua.

"Ermm, Jungkook memang nak bagitahu eomma dengan appa, tentang kami. Tapi, Jungkook takut" kata Jungkook sambil mengusap belakang tengkuknya.

Ibu dan ayah Jungkook hanya mengukirkan senyuman begitu juga dengan ibu Sooyoung.

"Nanti kita upgrade hubungan lah kan? daripada berjiran jadi keluarga" kata ibu Sooyoung kepada ibu Jungkook dan mendapat persetujuan dari ayahnya.

"Iya? boleh ke kalau kami terus bercinta?" soal Sooyoung dengan nada terkejut.

Semua orang dewasa itu hanya memberikan anggukkan tanda setuju.

Bukannya mereka masih kecil. Dah besar dah pun.

Jungkook mengusap lembut rambut Sooyoung itu.

"Nanti kau jaga diri tau dekat Melbourne nanti. Jangan cari lelaki lain pula. Kau ada Tom ni. Jangan nak cari orang lain" pesan Jungkook dengan tegas.

"Kau pun sama, jaga diri baik-baik, jangan sibuk mengorat perempuan dekat Cambridge nanti. Jangan berani nak cari Jerry lain" pesan Sooyoung pula.

Itulah nasib mereka, berita baik mereka dapat menyambung pelajaran di luar negara. Berita buruknya mereka mendapat tawaran ke negara yang berlainan.

Jeon Jungkook dapat pergi ke unversiti Cambridge di England. Manakala, Kang Sooyoung mendapat tawaran ke universiti Melbourne di Australia.

Mereka berdua mengambil jurusan yang sama iaitu medical. Lagipun, kedua negara itu bukannya dekat. Dua-dua daripada benua yang berbeza.

"Aku nak kena naik flight dah ni. Jumpa dalam 8 tahun lagi, sayang. Simpankan first kiss kau untuk aku" kata Jungkook sambil mengusap pipi milik teman wanitanya itu.

"Jumpa lagi 8 tahun" balas Sooyoung lalu dia memeluk lelaki itu buat kali akhir.

Selepas ini, dia perlu menunggu lagi 8 tahun untuk mendapatkan pelukkan hangat Jeon Jungkook lagi.

"Selamat tinggal, Kang Sooyoung" kata Jungkook sambil melambai kearah gadis itu.

-The end-

Siapa yang tak puas hati dengan ending ni?

Kan dah kata cerita ni ending dia tergantung ehehe.

Baiklah, kalau nak epilogue sila capaikan mission ni!

Dapatkan 250 votes +100 comments  sebelum pukul 10 malam esok 6/1/2020.

Kalau tak sampai, kita biarkan cerita ni berakhir macam ni jelah 😂

Good luck, sayang❤







Continua a leggere

Ti piacerà anche

36.6K 2.7K 153
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
1.4K 134 37
Yoona dan Yunho merupakan teman sejak kecil dan tanpa diketahui mereka sendiri telah dijodohkan oleh ibu bapa mereka. Seiring usia mereka menginjak d...
370K 44.2K 61
"Saya dah cari kebahagiaan saya. Dan ternyata... bukan awak yang saya cari. Saya minta maaf, Jungra. Cukuplah sampai di sini je kita." Aku akur. "Ba...
3.4K 305 15
Dani Inayat X Fareehal Dahlia