RoyalNerd

By afiqahsyazwanii

99K 6.1K 344

Highest rank[#no.1 prince ranking] (3 April 2020), [#no.1 schoollife] (24 Mei 2020) and [#no.61 school rankin... More

RoyalNerd 01
RoyalNerd 02
RoyalNerd 03
RoyalNerd 05
RoyalNerd 06
RoyalNerd 07
RoyalNerd 08
RoyalNerd 09
RoyalNerd 10
RoyalNerd 11
RoyalNerd 12
RoyalNerd 13
RoyalNerd 14
RoyalNerd 15
RoyalNerd 16
RoyalNerd 17
RoyalNerd 18
RoyalNerd 19
RoyalNerd 20
RoyalNerd 21
RoyalNerd 22
RoyalNerd 23
RoyalNerd 24
RoyalNerd 25
RoyalNerd 26
RoyalNerd 27
RoyalNerd 28
RoyalNerd 29
RoyalNerd 30
RoyalNerd 31
RoyalNerd 32
RoyalNerd 33
RoyalNerd 34

RoyalNerd 04

3.6K 208 10
By afiqahsyazwanii

Nah..roti untuk kau," ujar Putera Zack sambil mencampakkan sebungkus roti kepada Nik.

  "Untuk apa pulak ni?" soal Nik hairan sambil melihat ke arah roti tersebut dan kemudian ke arah Putera Zack semula berulang-kali. "Kau sihat tak Zack?" soal Nik sekali lagi. Risau dibuatnya..Zack yang payah gila nak belanja orang ni tiba2 belanja aku! Demam ke apa budak sorang ni?

  "Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi ni?" soal Nik lagi apabila tidak mendapat apa2 balasan daripada Putera Zack. Malahan dia boleh dok senyum sorang2 sambil termenung. Macam tengah angau je aku tengok dia ni.

  "Sekurang-kurangnya duduk lah dulu kalau iya nak berangan sekali pun," ujar Nik segan apabila dia merasakan seisi kelas sedang memandang ke arah mereka. Lantas tangannya menggapai Zack yang masih lagi berdiri di tepi meja mereka sejak tadi.

  "Err..abang Anas ada buat apa2 ke kat kau?" soal Nik setelah sekian lama mereka menyepikan diri tanpa sebarang perbualan. Baru 5 minit senyap dah rasa macam seharian tak bersembang. Gila tak risau.. Putera Zack lah manusia yang tak reti nak duduk senyap, ada saja benda yang hendak dia lakukan. Tapi kali ni..rasa macam duduk dekat sebelah orang lain!

  "Dia rehat dengan aku tadi. Dia kata dia malas nak jalan jauh2 alang2 dah sampai kantin tadi," ujar Fathia mendatar. Aishh lahh..seram pulak sembang dengan puteri beku tu. Bila difikirkan semula untuk ke kelas tingkatan 6 atas mereka perlu melalui kantin terlebih dahulu baru sampai kelas mereka.

  "Ouh.. patutlah dia jadi macam ni," ujar Nik perlahan.

  "Suka hati kau lah," ucap Fathia seakan tidak mengendahkan apa yang dibicarakan oleh Nik.

Fathia tidak menunggu lama lalu terus beredar ke tempat duduknya iaitu di belakang Nik dan Zack. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap.

Tiada siapa yang tahu kenapa Fathia yang dulunya periang dan seorang yang ceria menjadi pendiam. Setiap apa yang berlaku seakan-akan tidak berlaku dihadapannya. Mukanya sentiasa tidak bereaksi apa2. Sejak 3 tahun lepas. Semuanya misteri..tiada siapa yang tahu akan masalahnya kerana dia lebih suka memendam apa yang terbuku di hatinya. Padan lah sekarang dia langsung tiada kawan untuk dia meluah rasa.

'Kadang aku kesian dekat si Fathia ni, tapi apa kan daya..dia ni terlalu dingin dan menyeramkan. Tambah2 lagi kalau dia renung tak lepas. Uishhh..seram!' monolog Nik sambil membayangkan cara Fathia merenung orang macam tak makan sebulan.

                              (づ。◕‿‿◕。)づ

  "Kau baliklah dulu Nik. Cakap dekat bonda yang aku ada perjumpaan kelab petang ni," ujar Putera Zack sambil memasukkan buku-bukunya ke dalam beg dalam keadaan tergesa-gesa.

  "Ehh..bila masa pulak kau ada kelab ni?" soal Nik hairan. Setahunya ini adalah hari pertama Putera Zack memasuki sekolah. Bagaimana dia boleh tiba2 ada perjumpaan kelab pulak ni?

  "Alahh.. Fathia yang tolong daftarkan aku time rehat tadi," ujar Putera Zack lagi sambil terus mengangkat begnya tanpa menunggu lagi jawapan daripada Nik.

  "Ouhh..abis tu ak- Weii!" Aku tak habis cakap lagi dah cabut. Monolog Nik sambil memuncungkan sedikit mulutnya tanda tidak berpuas hati. Kawan sapa lah tu?

  "Ni lah dia Putera Zaquan Ieqram tu?" soal senior dihadapannya selaku pengerusi kelab bola sepak sekolah.

  "Ya.."

  "Kau kena tahu kami tak akan sesuka hati je mengambil ahli baru yang tak tahu apa2 pasal skill bola tapi sekadar nak masuk kelab ni sebab nak nampak macho," ucap Abang Syafik senada sambil matanya melihat ke arah Putera Zaquan serius.

  "Saya faham," balas Putera Zaquan sambil membetulkan kedudukan cermin mata besarnya.

  "Kalau kau faham jom kita start game," ucap Abang Syafik sambil memanggil kesemua ahli kelab yang lain bagi mengagihkan pasukan.

  "Saya tak nak sepasukan dengan nerd tu!" bentak Ikhwan apabila dirinya dipilih untuk sepasukan dengan Putera Zaquan. "Jatuh air muka saya nanti kalau kalah!" sambung Ikhwan lagi.

  "Apa salahnya kalau kau sepasukan dengan aku? Ni pun bukannya game betul2. Just game untuk kelayakkan menjadi ahli je," ujar Putera Zaquan sambil mendekatkan dirinya dengan Ikhwan. Mamat yang dia pijak pagi tadi rupanya! Pffttt..tiba2 sahaja wajah Ikhwan yang berkerut-kerut menahan sakit pagi tadi menjengah fikirannya.

  "Apa yang kau gelakkan haa?!" marah Ikhwan apabila dia sedar Putera Zaquan sedang menggelakkan dirinya.

  "Ha? Maaf2, aku tak perasan pulak yang kau ada dekat sini," ucap Putera Zaquan lagi dan mengundang tawa kecil daripada rakan-rakannya yang lain.

  "Kau ni!!" marah Ikhwan sambil tangannya digenggam membentuk penumbuk. Sepantas kilat Putera Zaquan sudah berada di belakang Abang Syafik yang dari tadinya hanya memerhati adegan tersebut.

  "Apa kata Ikhwan team lain, Putera team lain. Kita lawan tengok siapa yang lagi terer," ucap seseorang yang baru sahaja menapak ke arah mereka di tengah2 padang.

  "Ehh, bukan kau kata malas ke nak datang kelab tadi?" soal Syafik kepada Anas yang tiba2 memunculkan diri di situ.

  "Hahaha.. pergaduhan ni semua menarik perhatian aku. Lagipun aku kan naib pengerusi kelab ni. Kena lah tunjuk tauladan yang baik kepada anak2 buah," ujar Anas sambil berdiri di samping Putera Zaquan yang berada di tengah2 antara dirinya dan Syafik. Dia bukan apa..menyampah dengan perangai berlagak si Ikhwan. Mentang2 tak ada sapa2 yang boleh kalahkan dia setakat ni. Lagipun dia tahu skill Putera Zaquan juga bukan biasa2. Dia yakin Putera Zaquan mampu membuka mata Ikhwan yang dikaburi dengan kemegahan tu.

  "Deal! Kalau kau kalah. Kau kena jadi hamba aku selama setahun ni. Angkat beg aku..beli makanan untuk aku.. dan sebagainya," ucap Ikhwan teruja sambil membayangkan saat2 itu akan tiba.

  "Kalau macam tu..kau kena jadi kawan aku untuk setahun ni. Sepanjang aku masih lagi sekolah kat sini. Kalau aku menang," ucap Putera Zaquan pula walaupun yang lain mula memandang rendah akan dirinya.

(90 minit kemudian)

'Pritttt!!' bunyi wisel kedengaran menandakan telah habis satu permainan. Ikhwan hanya melutut memandang ke rumput. Dia malu kerana kalah dengan seorang nerd.

Siapa yang bakal tahu bahawa si nerd itu mempunyai skill bermain bola sepak yang mengagumkan. Gaya dia menggelecek bola sahaja seperti profesional. Ikhwan menggelengkan kepalanya berkali-kali dan mula menampar kepalanya kuat. Namun perbuatannya tidak lama kerana ditahan oleh tangan Putera Zaquan yang kini sedang mencangkung dihadapannya.

  "Blah la! Kau memang puas tengok aku macam ni kan?!" tengking Ikhwan sambil menolak Putera Zaquan kasar. Putera Zaquan terduduk akibat daripada tolakan tersebut. "Aku tak guna! Aku dah makin melemah! Aku pandang ringan terhadap musuh aku! Aku lalai!"

  "Kegagalan yang membuatkan kita semakin matang. Kalau asyik berada di atas dan tak pernah kalah..kita tak akan tahu di mana kelemahan kita. Selagi kita tak bersiap sedia untuk menghadapi lawan yang lebih kuat, selagi tu kita masih menggunakan taktik sama untuk mengalahkan lawan yang lemah. Kemungkinan kita hanya akan ternganga je nanti bila waktu tu sampai. Kita masih boleh bangkit kalau kita jatuh sekarang dan bukan pada masa akan datang. Time tu semuanya dah terlambat," ucap Putera Zaquan sambil melunjurkan tangannya ke belakang badan bagi menampung dirinya.

Ikhwan memandang ke arah Putera Zaquan setelah sekian lama dia berteleku memandang padang rumput. "Kenapa kau tak biarkan je aku sorang2 kat sini?" soal Ikhwan setelah dapat menenangkan dirinya dengan menghadam apa yang dikatakan oleh Putera Zaquan sebentar tadi.

  "Kau kan dah kalah..jadi mulai saat ni kau adalah kawan aku, dan aku adalah kawan kau. Takkan aku nak biarkan kawan aku ni dok melayan perasaan sorang2 kat sini," ujar Putera Zaquan sambil tersenyum ikhlas ke arah Ikhwan yang seakan terkedu dengan kata2nya.

Ikhwan hanya memerhati tindak tanduk Putera Zaquan yang menanggalkan cermin matanya yang berkuap kerana bahang bermain tadi. Ikhwan hanya tercengang kerana dia melihat Putera Zaquan tidak se'nerd' tadi. Seakan-akan bukan Zaquan si nerd yang berada dihadapannya kini. Rambutnya yang tidak lagi tersusun rapi dan tidak terbelah tengah menampakkan gaya rambut asli Putera Zaquan. Malahan mata Putera Zaquan yang ber'eyes contact' itu juga menarik perhatiannya.

  "Kau siapa sebenarnya?" soal Ikhwan secara tiba2.

Be continue...

                                   ~RoyalNerd👑~

Continue Reading

You'll Also Like

41K 4.1K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
76K 4.6K 67
Ayra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang l...
373K 14.7K 76
Satu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tida...
160K 5.4K 66
Ivy Adelia. Anak tunggal kepada Dato Aqhar Qayyed dan Datin Inara Alisa, hidupnya bagaikan tuan puteri semua apa yang dia mahu pasti ditunaikan. Ibu...