✔ Tom And Jerry

By reenshi

254K 39K 10.4K

▪︎Nampak mereka bergaduh? Tegurlah kalau berani.▪︎ ▪▪▪ Anda bosan dengan heroin perwatakan lemah lembut? Ken... More

▪Introduction▪
1: Lambat
2: Keputusan
3: Tackle
4: Paip
5: Terasa
6: A's
7: Tumbuk
8: Fikir
9: Kawan
10 : Kad Khawin
11 : Tolong
12: Balik
13 : Majlis Kahwin
14 : Date
15 : Coklat
16 : Udang
17: Pesan
18: Belasah
19: Buku
20: Basics
21: Headache
22: Berebut
Thank you!
23: Risau
24: Hafal
25: Kertas
26: Meniru
27: Faham
28: Tampar
29: Terjun
30: Sambut
32: Overprotective
33: Bertahan
34: Segi Tiga
35: Crush
36: Ketuk
37: Manis
38: Geli
39: Drama
Kejap
40: Ending
▪︎Epilogue▪︎
🌹Special chapter 1🌹
🌹Special chapter 2🌹
Nak lepaskan rindu?

31: Nickname

4.8K 828 142
By reenshi

200 votes + 60 comments

Jaehee memandang kearah ibunya yang sedang mengunyah sarapan itu.

Kenapa hari ini ibunya kelihatan aneh?

Biasanya ibunya tidak mengejutkan dia, pembantu rumah yang akan kejutkan dia untuk ke sekolah.

Biasanya, ibunya tidak bersarapan dengannya tapi hari ni, ibunya duduk makan dengannya.

"Jaehee nak tambah lagi ke?" soal ibunya.

Lantas gadis itu menggeleng.

"Tak apalah omma, Jaehee dah kenyang" balas Jaehee.

Bagi Jaehee, hari ni, ibunya sangat menyeramkan. Tiba-tiba sahaja perangai ibunya berubah 100%

Apa yang dah berlaku semalam?

☆☆☆☆

"Jaehee!" panggil Sooyoung sambil berlari kearah gadis itu.

Mereka berdua sedang berjalan dari pintu pagar sekolah menuju masuk ke kawasan sekolah.

"Sooyoung-ah!" balas gadis itu.

"Haesoo-ah!" teriak Jaehee lagi apabila turut melihat kelibat kawannya yang sorang lagi.

Mereka bertiga berjalan bersama sambil berpimpin tangan. Tidak hilang senyuman dibibir mereka.

"Mana Jungkook?" Jaehee menyoal kepada Sooyoung.

"Oh, dia dah datang sekolah awal dulu. Sebab hari ni dia bertugas bersihkan kelas" balas Sooyoung.

Jaehee hanya mengangguk tanda memahami. Sejujurnya, dia amat bersyukur kerana rakannya tidak bercakap tentang kejadian semalam. Tentang terjun bangunan itu.

"Terima kasih, kerana menghormati perasaan aku" bisik hati Jaehee.

"Oh ya, Sooyoung, mak aku kata hari ni, aku boleh join study group dengan kau" kata Jaehee kepada Sooyoung.

"Baguslah tu" balas Sooyoung.

"Tapi.. ada berita tak bagus" sambung Jaehee.

Membuatkan kepala Sooyoung dan Haesoo berpaling kearah Jaehee.

"Yeondo, join sekali, sebab dia pasangan aku.. jadi, aku tak boleh tinggalkan dia... kau tahulah syaratnya, kalau markah pasangan teruk, ia akan menjejaskan markah aku" kata Jaehee dengan berleret-leret.

Takut Sooyoung menyampah pula dengan kehadiran Yeondo.

"Tak apalah kalau macam tu, biar je dia join, aku dah malas nak gaduh" ujar Sooyoung.

"Weh, apa yang kau cakap dekat mak aku semalam? tiba-tiba lain betul perangai mak aku tu" soal Jaehee kepada Sooyoung.

"ehehehe, adalah sikit perkara yang kami bincangkan semalam" balas Sooyoung dengan jawapan yang samar-samar. Dia tidak mahu memberitahu Jaehee, kalau boleh.

"Siapa lagi ada nanti?" soal Jaehee.

"Aku, kau, Haesoo, Jungkook, The stupid boy Park Jimin dan Yeondo" kata Sooyoung.

Jaehee tergelak besar apabila Sooyoung menyebut nama Jimin dan gelarannya.

☆☆☆☆

Sooyoung saling berpandangan dengan Jungkook sementara menunggu cikgu masuk ke kelas.

Lama mereka merenung antara satu sama lain. Bukan renungan kasih sayang. Tapi renungan maut.

Macam dah nak tembus kepingan plumbum.

Tiba-tiba mata Sooyoung berkedip-kedip akibat lama sangat tidak menutup mata.

"Yes! aku menang!" Jungkook bersorak gembira apabila dia memenangi starring contest itu.

"Weh! lagi sekali!" pinta Sooyoung kerana tidak berpuas hati dengan kemenangan Jungkook itu.

"Ah! mana boleh! aku menang!" balas Jungkook sambil menjelirkan lidah.

Sooyoung mula mencubit lengan milik Jungkook membuatkan lelaki itu mengaduh sakit.

Lantas Jungkook mencubit pipi Sooyoung sehingga membuatkan pipi Sooyoung bertukar merah akibat sakit.

"Korang ni macam Tom and Jerry lah! comel je!" tegur Jaehee yang duduk bersebelahan dengan Sooyoung. Sejak tadi dia memerhatikan gelagat dua orang itu.

Tak tipu! sumpah comel! main tenung-tenung sampai dahi berkerut-kerut sebab tahan mata dari tertutup. Comel betul!

"Haah, memang kitorang Tom and Jerry, aku Tom, dia Jerry" kata Jungkook sambil menghalakan jarinya kearah Sooyoung.

"Kenapa aku Jerry, pulak?" soal Sooyoung tanda tidak berpuas hati dengan keputusan Jungkook yang tiba-tiba memberinya gelaran Jerry. Jerry tu tikus, tahu? Tak sukalah jadi tikus!

"Aku nak nickname Tom. Kau ambillah nickname Jerry" balas Jungkook.

Mahu sahaja Sooyoung menyepak Jungkook sehingga terpelanting dari kelas. Tapi dia bersabar, nanti pengetua makin bengang dengan dia sebab buat masalah.

Semua murid-murid kembali ke tempat duduk mereka apabila Cikgu Soo Ahn mula melangkah masuk ke kelas.

☆☆☆☆

Bunyi loceng menandakan waktu rehat. Jeon Jungkook selaku ketua kelas berdiri dan menunduk hormat tanda berterima kasih pada cikgu untuk pelajaran hari ini.

Cikgu Soo Ahn mula melangkah keluar dari kelas.

Setelah itu, berpusu-pusu pelajar keluar dari kelas untuk menuju ke kantin.

Baru sahaja Sooyoung melangkah keluar dari pintu kelas, tiba sahaja namanya dipanggil.

"Kang Sooyoung!" panggil Namjoon.

adakah anda masih ingat Namjoon? dia sukakan Sooyoung.

Sooyoung berpaling kebelakang untuk memandang kearah Namjoon.

"Kau nak apa?" soal Sooyoung apabila Namjoon datang mendekatinya.

"B-betul ke yang ujian hari tu, awak meniru?" soal Namjoon.

Jaehee dan Haesoo yang berada bersebelahan dengan Sooyoung itu memandang kearah Namjoon dengan wajah apahal kau pergi ungkit benda tu?

"Terpulang kepada kaulah nak percaya atau tak" balas Sooyoung.

"Tapi saya tak percaya crush saya buat macam tu" kata Namjoon.

Kang Sooyoung memberikan riak wajah yang tidak percaya. Dia kata crush macam tu je? tak berlapik? oh wah, dari mana anda mendapatkan keyakinan yang sungguh tinggi ni?

Tiba-tiba lengan Namjoon ditarik oleh kawannya, Seokjin.

"Dahlah weh, tak payah suka dekat dia ni. Bukannya baik sangat. Meniru masa ujian pulak tu" kata Seokjin kepada Namjoon sambil menarik rakannya supaya menjauhi Sooyoung.

"Eih, jaga mulut kau--" kata-kata Haesoo terhenti apabila Jungkook datang mendekati mereka.

"Ha, kenapa ni?" soal Jungkook. Sengaja dia buat suara garang. Nak tunjuk kuasa ketua kelas walaupun dia tahu yang Namjoon tu bukan sekelas dengannya.

"Kau ni ada hubungan apa dengan Sooyoung?" soal Namjoon tanpa ragu-ragu.

Sooyoung mengerutkan dahinya, mana dia dapat keyakinan tinggi sampai macam tu? tanya direct dan straight forward sangat!

"Oh, kau tak tahu ya?" soal Jungkook kepada Namjoon.

Sekarang semua mata bertumpu pada Jeon Jungkook. Apa yang jejaka itu mahu katakan?

"Tahu apa?" soal Namjoon membuatkan Jungkook tersenyum sinis.

"Aku Tom dan Sooyoung ni, Jerry aku" kata Jungkook.

Sooyoung menepuk dahinya, ni sorang lagi, yakin teramat bila bercakap!

TBC

Baiklah, ini sudah nampak sweet sikit ke?

AHAHA cukuplah dengan drama, kita patut teruskan dengan moment indah. Setuju??

Continue Reading

You'll Also Like

36.7K 2.7K 154
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
337K 25.9K 82
ⓜⓨ ⓜⓐⓝⓐⓖⓔⓡ (1&2) Jadi manager bukan senang ya, tambah pula group tu berasal dari Korea. BTS? Siapa tak kenal group paling hot kat korea tu? Ya, Asya...
123K 20.8K 51
2020 [completed] + between friendship and love
370K 44.2K 61
"Saya dah cari kebahagiaan saya. Dan ternyata... bukan awak yang saya cari. Saya minta maaf, Jungra. Cukuplah sampai di sini je kita." Aku akur. "Ba...