The Night Knight Princesses ✔

By i_am_kacang

220K 13.6K 2.4K

PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang... More

TNKP | PROLOG
TNKP | GALLERY
TNKP | GALLERY ii
TNKP | 1
TNKP | 2
TNKP | 3
TNKP | 4
TNKP | 5
TNKP | 6
TNKP | 7
TNKP | 8
TNKP | 9
TNKP | 10
TNKP | 11
TKNP | 12
TKNP | 13
TKNP | 14
TNKP | 15
TNKP | GALLERY iii
TNKP | 16
TNKP | 17
TNKP | 18
TNKP | 19
TNKP | 20
TNKP | 21
TNKP | 22
TNKP | 23
TNKP | 24
TNKP | 25
TNKP | 26
TNKP | 27
TNKP | 28
TNKP | 29
TNKP | 30
TNKP | 31
TNKP | 32
TNKP | 33
TNKP | 34
TNKP | 35
TNKP | 36
TNKP | 37
TNKP | 38
TNKP | 39
TNKP | 40
TNKP | 41
TNKP | SPECIAL CHAPTER [RAYA]
TNKP | 42
TNKP | 43
TNKP | 44
TNKP | 45
TNKP | 46
TNKP | 47
TNKP | 48
TNKP | 49
TNKP | 50
TNKP | 51
TNKP | 52
TNKP | 53
TNKP | 54
TNKP | 55
TNKP | 56
TNKP | 57
TNKP | 58
TNKP | 59
TNKP | 60
TNKP | 61
TNKP | 62
TNKP | 63
TNKP | 64
TNKP | 65
TNKP | 66
TNKP | 67
TNKP | 68
TNKP | 69
TNKP | 70
TNKP | 71
TNKP | 72
TNKP | 73
TNKP | TENSION
TNKP | FUNFACTS?
TNKP | ELEMENTAL KINGDOM

TNKP | EPILOG

2.6K 124 62
By i_am_kacang

  Violet duduk termenung di balkoni biliknya di istana Kerajaan Diamond. Ya, seperti yang kalian tahu, peperangan sudah tamat. Syaitan-syaitan itu mati dengan cara yang sama persis tuan puteri mereka.

  Racun.

  Semua angkaranya.

  Sebenarnya, ketika dia sudah membunuh Syakila, tenteranya juga hampir tumpas kepada syaitan. White Warrior, Kai, Ryssa, Light Knight, Ryn dan Delisya juga sudah lemah kerana terlebih menggunakan kuasa.

  Harapan untuk memusnahkan syaitan bergantung kepadanya.

  Hyn, Wyn, Zyn dan Qinny kepenatan. Mereka terduduk bersama guardian yang lain. Guardian Crya yang juga serigala, hampir mati. Mujur Crya, Rise dan Leo ada.

  Flashback

  Riane berasa cemas. Dia meluru laju ke arah Violet yang masih termenung memandang langit.

  “Jangan termenung, Violet! Kita di ambang kekalahan! Kami, para dewa tidak mati tetapi kalian yang kami risaukan!” sergahnya. Dia menghasilkan lebih banyak raksasa pokok dan menyembuhkan tentera yang dia temui.

  “Apa? Mereka tidak mati?” tanya Violet dengan terkejut. Dia ingatkan selepas Syakila dan Kayla mati, syaitan yang lain turut mati.

  “Ah, itu drama lainlah. Sekarang, ikut aku! Rez, Ray dan Crya pun dah penat sangat!” Riane menarik tangan gadis itu. Mereka menuju ke arah Crya yang kini terbaring. Darah berlumuran pada sekitar tubuhnya. Perutnya juga ditikam.

  Riane mencabut pisau pada perut Crya. “Pisau silver?” Terbuntang matanya. Tangan ditekap ke atas perut gadis itu dan dia menyembuhkan Crya. Crya muntah darah.

  “Kau rehatlah.” Riane bangun dan memandang sekelilingnya. Hanya tinggal sebahagian tentera demon, angel dan naga yang tinggal. Guardian juga ada sekelompok kecil sahaja. Yang lain duduk bersama Leo dan Rise.

  Pari-pari sudah tumpas. Duyung di laut mati, bergelimpangan di atas pantai. Semuanya mati. Mujur Raja Duyung dan permaisurinya serta rakyat duyung masih ada. Kalau tidak, pupuslah mereka dari Dunia Fantasi.

  “GROAHHH!!” Kedengaran suara naga. Apabila memandang ke langit, kelihatan seekor naga menyembur api hitam kepada syaitan. Hangus terbakar.

  Melihatkan Pahlawan Naga kembali bangkit, semua naga juga kembali bersemangat dan menyerang dengan tenaga yang berbaki. Violet mendekati Aurora. Tangan dihulur kepada gadis itu.
 
  “Jom.” Violet tersenyum.

  Aurora memandangnya. Dia juga tersenyum dan menyambut huluran itu. Mereka bangun dan berdiri berhadapan. Tangan mereka diangkat separas dada, tetapi tidak bersentuhan. Cahaya ungu dan biru terhasil daripada tangan kedua-dua gadis itu.

  Lama kelamaan, cahaya itu semakin terang. Tubuh mereka terapung.

  Di saat itu, The Great Knights bangkit lalu menyerang lagi. Leo dan Rise juga bangun. Sisi dewa mereka akhirnya ditunjukkan. Dark Knight juga begitu. Kini, Dark Knight, Leo, Rise dan Riane bersatu dan berlawan dengan kuasa dewa.

  Serangan mereka yang mudah membunuh banyak syaitan.

  Tetapi, semakin banyak yang menghampiri ibarat satu terbunuh enam datang menyerang.

  Ada juga syaitan dan devil’s beasts mendekati Aurora dan Violet. Apabila mahu menetak mereka, satu kubah halimunan muncul, melindungi mereka. Kubah itu kukuh, seolah-olah tidak dapat ditembusi.

  Star si pari-pari mendekati hydra dan pegasus. Dia mengangkat tangannya dan pari-pari kecil muncul. Semakin lama semakin banyak.

  Hydra dan pegasus yang sudah menutup mata kini mencelikkan mata semula. Melihat Star, mereka bangun. Sama-sama mereka menyerang syaitan.

  Si kepala tiga menyembur air, api dan angin. Pegasus menghentak kaki dan ceracak tanah muncul. Sayap yang dikepak kuat menghasilkan belati angin yang sangat tajam. Star tidak menyerang. Hanya diam, menutup mata sambil menghasilkan lebih banyak pari-pari.

  Dark Knight mengamuk di udara. Ray menarik nyawa syaitan yang dia nampak. Itulah sebabnya syaitan tidak mendekatinya. Kai bermain dengan kuasa kegelapan, api, ilusi dan memanipulasi minda syaitan. Sementara itu, Rez menyerap tenaga syaitan dan devil’s beasts. Raksasa bayang dimunculkan. Naga bayang yang besar juga dihasilkan dan ia menyertai Rayyan.

  Delisya menyihir syaitan dan pada masa yang sama, melodi indah dimainkan. Melodi itu lebih kuat dan menyakitkan berbanding sebelum ini. Ryn dan Ryssa menghasilkan meteor dan bongkah ais dengan sangat banyak. Kecil, tetapi berbisa. Sumpahan yang mereka beri lebih kejam. Hujan halilintar diwujudkan, voltannya semakin tinggi. Raksasa dari neraka juga lebih banyak diseru Ryssa.

  Leo dan Rise bertukar menjadi singa dan harimau. Mereka mencakar dan menggigit. Apabila syaitan mahu mendekati, ada pelindung emas melindungi. Api biru dan jarum emas laju menyerang syaitan. Sakitnya usah dikata. Kuasa demon turut digunakan. Rise juga menggunakan kuasa kegelapannya.

  Riane pula membangkitkan raksasa tanah bersaiz titan. Akar-akar pokok melilit kaki syaitan dan dihempas ke tanah. Racunnya disebarkan sesuka hati. Dedaunan membalut bagaikan makanan.

  Rayyan mengamuk bersama naga bayang milik Rez. Api hitam beracun disembur dari mulutnya. Syaitan yang menyentuh kulit kerasnya mati terkena racun. L masih dengan dimensi kematian. Tak mahu dekat? L menghasilkan lebih banyak portal! Hanz dan Hanza menembak cahaya dengan mudah. Mati terbelah dan dipanah mereka. Letupan cahaya bersaiz besar menyebabkan sebahagian daripada syaitan mati.

  Di saat itu, cahaya ungu kebiruan semakin terang dan akhirnya gelombang cahaya itu tersebar ke seluruh dunia. Tenaga yang lemah kembali penuh bagaikan bateri telefon 100% heh. Tubuh yang luka kembali sembuh. Ya, kuasa healer mereka bersatu.

  Syaitan pula mengalami krisis kerana kuasa healer tadi mencederakan mereka. Bukan menyembuhkan mereka.

  Aurora melangkah keluar dari kubah itu. Dia mendekati si kakak sebelum jatuh terduduk. Darahnya dimuntahkan.

  Star terkejut. Dia berlari mendekati Aurora. Tanpa dia sedari, ada syaitan yang sudah bersedia mahu memancungnya.

  “STAR!!”

  Star berpaling.

  Buk!

  Terkebil-kebil gadis itu melihat si syaitan rebah tiba-tiba. Syaitan lain juga begitu. Perlawanan terhenti. Semua terpinga-pinga. Syaitan bertukar menjadi abu.

  “TU!” Seorang tentera menunjuk ke arah seseorang.

  “Vio?” bisik Hanza perlahan. Semua ahli kerabat mendekati gadis itu.

  Tangan menyentuh bulatan sfera yang di dalamnya ada Violet. Cahaya bersinar.

  “Huh?” Hanz juga berbuat demikian. Cahaya terhasil.

  The Great Knights, White Warrior, Crya dan Riane juga menyentuh bebola itu. Cahaya semakin terang dan…

 





  Violet jatuh. Tubuhnya disambut Qinny. Qinny dan hydra menghilang bersama gadis itu.

End of The Flashback

  Dan kini… Di sinilah dia berada. Di istana Kerajaan Diamond. Dua guardian itu membawanya ke sini. Dengan rawatan Puteri Alexa, dia sembuh dan sedar selepas sebulan terbaring kaku. Dia membunuh semua syaitan itu dengan racun. Tiada sesiapa perasan bahawa ada satu lagi gelombang racun yang dia hasilkan khas buat para syaitan.

  Pap!

  “Tidur, Violet. Esok hari penting kamu.” Suara lembut menyapa.

  Violet tersedar. Dia memandang bondanya yang tersenyum. Ayahandanya masuk ke dalam kamarnya dan mengusap kepala gadis itu dengan perasaan kasih. Tangan Alexa dia genggam erat.

  “Jaga diri kamu. Esok, kamu akan dimiliki seorang lelaki yang akan menjadi pahlawan buat seorang puteri pahlawan,” kata Putera Zeilian.

  Ya.

  Esok, Violet bakal berkahwin.

  Dengan siapa?

  L.





















  Uh, maaf tipu je.

  Violet bakal berkahwin dengan pilihan hatinya, Yahiko Frenz. Seorang tentera demon yang menyelamatkannya tempoh hari. Kebaikan dan sikap rendah diri lelaki itu menawan hatinya. Siapa kisah dia seorang tentera? Ayahanda dan bondanya bersetuju sahaja.

  Lagipula, Yahiko turut menyukainya. Suka dahulu, lama-lama cinta ufufufu. Lelaki itu memiliki kuasa graviti dan mampu menganalisis data seseorang. Persis kaca mata yang dipakai Hanza.
 

Yahiko Frenz

  Dalam gembira ada sedihnya. Pada hari terakhir peperangan, ianya juga hari istimewa buatnya. Hari itu hari lahirnya.... Dan juga si kakak kembar, Rien. Malangnya, gadis itu entah ke mana. Mungkin betul… Dia sudah tiada.


  Pengorbanan gadis itu tidak akan dilupakan sama sekali. Hari lahirnya tidak akan dilupakan kerana itulah hari terakhir gadis itu.

  “Aku sayang kau… Rien.”

  Putera Zeilian dan Puteri Alexa memeluk gadis itu.

••••

  Istana Kerajaan Diamond riuh dengan suara keanak-anakan sahabat puteri mereka, Violet.

  Dalam diam, Puteri Alexa dan Putera Zeilian tersenyum. Walaupun anak mereka terkorban, mereka pasti Rien bangga kerana dia dapat memenuhi tugasnya.

  Agak sedih, tetapi tidak mengapa. Dunia sudah aman. Lagenda dunia mereka bakal melabuhkan tirai. Di saat itu, lagenda dunia lain pula bermula.

  Pasangan diraja itu mendekati kamar anak mereka. Pintu diketuk dan kaki melangkah ke dalam selepas mendengar sahutan si gadis.

  "Cantik anak bonda," puji Puteri Alexa. Rambut yang didandan cantik dibelai lembut. Dahi gadis itu dikucup.

  Tangannya diangkat. Sebutir permata terhasil.

  Violet mengerutkan dahi. "Apa tu?"

  "Hadiah kami buat kamu." Permata ungu itu terapung dan menuju ke arah Violet. Ia meresap ke dalam minda Violet. Perlahan-lahan, simbol permata muncul di dahinya.

  Violet yang melihat cermin tergamam. Putera Zeilian tersengih melihat reaksi anaknya. Violet terus menyentuh dahinya.

Rys : Takde pic la gais hahaha!

  "Permata itu akan menguatkan dan membantu kamu menggunakan kuasa dengan baik," jelas Puteri Alexa. Tangan Violet digenggam erat. "Jom."

  Hari ini bukan sahaja hari perkahwinan Violet, malah hari pertabalan gadis itu sebagai puteri dan pemerintah kerajaan ini.

••••

  Ufufu Rys skip jelah. Takde idea nak buat macam mana HAHAHA!

  Pagi tadi, Violet ditabalkan menjadi puteri Kerajaan Diamond. Ya, Rien sepatutnya ada. Tetapi gadis itu sudah tiada. Maka, mereka hanya memberi penghormatan buat gadis itu. Nama Puteri Qrienshes Relveyn diukir pada sebuah arca gergasi yang turut mempunyai nama puteri pahlawan malam yang sebelum ini.

  Nama Violet turut diukir. Nama Puteri Alexa dan kembarnya sudah lama terukir.

  Petang itu, majlis perkahwinan Puteri Violet Zeilian dan Yahiko Frenz berlangsung. Selepas majlis itu, mereka mengadakan majlis pertabalan Puteri Violet dan Yahiko sebagai pemerintah Kerajaan Diamond.

  Tiga majlis besar dalam sehari? Penat weh!

  Malam sudah menjelma. Majlis masih berterusan tetapi raja dan permaisuri sudah duduk bersama sahabat mereka. Eh eh?

Abaikan muka dia gais

P/s : Yahiko pakai tuxedo. Mesti korang tahu en mendalah tu so tak yah letak pic pun HAHAHAH

  Mereka bergelak ketawa bersama. Sambil berborak, mereka bersembang tentang masa hadapan.

  Leo dan Rise akan kembali ke Alam Syurga bersama pasangan mereka. Sesekali mereka akan menjenguk Secret Kingdom dan Guardian Kingdom. Secret Kingdom? Kerajaan itu masih rahsia. Tidak dapat dimasuki sesiapa kecuali Leo, Rise dan Violet.

  Berbalik kepada topik, Leo dan Rise perlu tinggal di sana kerana Dunia Fantasi bukan satu-satunya dunia yang memiliki guardian. Seperti yang dikatakan, mereka dewa. Mereka juga sibuk.

  Star dan Aurora bakal diletakkan di bawah Dewi Seul. Ketua dewi cahaya itu akan mengajar dua gadis itu untuk mempertingkatkan kuasa.

  Hanz dan Hanza? Mereka mengambil keputusan untuk berkhidmat sebagai pahlawan cahaya. Cuma... Hanz sudah bertemu pasangan hidupnya, Puteri Crya Geoxans. Sang serigala.

  Raja Geoxans agak pelik sebenarnya. Angel dan werewolf? Memanglah mereka boleh sahaja tinggal di Kerajaan Diamond... Tetapi macam aneh je werewolf bersama angel.

  Apa-apa jelah. Hanza pula masih single-mingle. Dia mahu berlatih menjadi pahlawan cahaya yang sangat hebat!

  Di saat itu, Kai dan Ryssa sudah bertunang. Tangan ke bahu mata ke atas. Bak kata Ryn, "Aku restu." Tapi tulah, bergaduh je kerja! Beberapa bulan akan datang, mereka nak kahwin. Macam ni ke cara pasangan nak berkahwin?

  "Kau diam, budak!"

  "Kaulah, diam, shyton!"

  "Dah tu kau apa?"

  "Aku demon baik!"

  "PERASAN!"

  Tengok?

  Rez dan Ryn pula sedang berkenalan. Bak kata Ryssa, "Teman tetapi mesra." Mesralah sangat! Rez kerjanya bersemut, Ryn pula jenis yang rimas semut-semut ni!

  "Bulan malam ni bersinar terang. Macam kau!"

  "Diamlah!'

  "Aaaa.... Kau cantik gila malam ni! Kalau aku tukar majlis sekarang jadi majlis kahwin kita, nak?"

  PRAK! DUSH DUSH!!

  Ambil kau, Rez. Sedap?

  Semua ketawa melihat 'pasangan' itu.

  Ray dan Delisya masih kekal sebagai putera dan puteri ehek! Seperti biasa, Delisya membantu Ray dalam apa-apa urusan. Tetapi mana tahu suatu hari nanti. Uhuk!

  Riane sudah kembali ke Alam Syurga. Dia perlu membantu Dewi Amiako di sana.

  Crya, masih puteri serigala. Bakal naik takhta tidak lama lagi. Dia juga mahu menjadi pahlawan serigala. Hubungannya dengan Hanz tidak menjejaskan langsung semangatnya untuk menjadi puteri pahlawan persis Violet. Dia sangat berterima kasih atas bantuan serigala agung tempoh hari.

  Rayyan dan L? Rayyan agak murung kerana gadis kesayangannya sudah pergi. Tetapi, dia tetap bersyukur kerana dunia sudah aman.

  L sahajalah yang broken teroks. Setelah Violet sedar, beberapa hari kemudian, dia melamar gadis itu. Sangkanya si gadis bakal menerimanya.

  Tetapi malang, dia ditolak. Mujurlah Violet menolak dengan baik. Kalau tolak mentah-mentah? Mahunya masuk kubur terus. HAHAHA!

  L dalam proses move-on. Ada juga si Hanz menyebut si adik kembarnya, Hanza. L hanya diam. Tidak membalas. Hatinya masih tertutup. Lagipun, Hanza kan mahu menjadi pahlawan cahaya? Dia malas mahu bercintan macam maggi cintan tu!

  Emm... Ada lagi ke yang tertinggal? Takde kut? Kan?

  Apa-apa pun, Dunia Fantasi sudah aman. Ancaman dari Alam Syaitan sudah tiada lagi. Ini bermakna, lagenda Dunia Fantasi sudah melabuhkan tirai.

  Dan kini, lagenda dunia lain bermula.

••••

  Di sebuah tempat yang sangat gelap...

  "Ergh..." Mata dicelikkan. Dia terkejut melihat dirinya yang diletakkan dalam bekas kaca.

  "Shhh... Selamat malam..." Kepala berkotak berwarna hijau itu meniup serbuk kepadanya. Sebelum pandangannya gelap, dia dapat melihat cahaya terang pada tubuhnya.
















⊰❀✿ t ค ๓ ค t ✿❀⊱

- 11.12.19 -










Hai semua! YEAYYY!! RYS BERJAYA TAMATKAN PADA TARIKH YANG RYS MAHUKAN!!

Jwhdjshdjsjsjajshja

Ehem! So....

Rys minta maaf kalau ada kekasaran dalam cerita ni. Ada carutan. Lepastu ada yang terasa hati ke. Ada TYPO.

TATABAHASA yang salah BERSEPAH.
TYPO yang BERSEPAH.
CARUTAN yang BERSEPAH.
ENGLISH yang BERSEPAH.

Ya banyak sangat, Rys tahu.

Ufufuf lepastu scene lawan TAK BEST.
Cerita yang MEREPEK.
PLOT yang BERTERABUR.
Banyak sangat KUASA.
Banyak sangat CAST.
Banyak sangat CHAPTER.
Banyak sangat MASA yang TERBUANG.
Banyak sangat chapter TAK PENTING.


SAMPAI RYS PENING WOI!

//nangis//

AAAAAA RYS TAKKAN BUAT BANYAK-BANYAK CAST DAH! INSAFFFFF!!

Okay, ada sambungan tak cerita ni?

Harap maaf, tiada. HAHAHAHAHHA.

Nak?

JANGAN HARAP HAHAHAHA!

SPECIAL CHAPTER?

NO WAY! HAHAHAHAHA!!

Apa-apa pun, TERIMA KASIH kepada korang yang sudi baca cerita merepek ni. Sudi tunggu, sudi komen, sudi vote. Eh?

TwT Rys sangat terharu.

Rys pernah terfikir nak delete je cerita ni. PERNAH terfikir nak DELETE masa chap 70.

Bangang kan heheh...

Whatever, THANKS GUYS, I APPRECIATE IT SOOOO MUCH.

♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥~♡~♥

Now, korang tunggulah Rise of The Elemental. Fanfiction Boboiboy yang juga fantasy!

TwT ready? Cau!

i_am_kacang

Continue Reading

You'll Also Like

353K 15.3K 41
Pertemuan kami bukan lah seperti drama -drama yang korang tengok di tv tapi aku bertemu dengan nya dalam keadaan menjijikkan. Beautiful cover by @aez...
139K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...
68.5K 3.6K 26
Seorang gadis yang baru menginjak remaja. Dia tidak pernah memiliki ibu atau bapa. Hanya seorang nenek tua yang menjadi penjaganya. Sehinggalah suatu...
31.6K 845 13
Zura dikejar makhluk ghaib dari asrama universitinya. Tiba-tiba, dia termasuk ke alam ghaib. Mampukah dia kembali ke alam nyata? Boleh atau tidak, h...