The Night Knight Princesses ✔

By i_am_kacang

220K 13.6K 2.4K

PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang... More

TNKP | PROLOG
TNKP | GALLERY
TNKP | GALLERY ii
TNKP | 1
TNKP | 2
TNKP | 3
TNKP | 4
TNKP | 5
TNKP | 6
TNKP | 7
TNKP | 8
TNKP | 9
TNKP | 10
TNKP | 11
TKNP | 12
TKNP | 13
TKNP | 14
TNKP | 15
TNKP | GALLERY iii
TNKP | 16
TNKP | 17
TNKP | 18
TNKP | 19
TNKP | 20
TNKP | 21
TNKP | 22
TNKP | 23
TNKP | 24
TNKP | 25
TNKP | 26
TNKP | 27
TNKP | 28
TNKP | 29
TNKP | 30
TNKP | 31
TNKP | 32
TNKP | 33
TNKP | 34
TNKP | 35
TNKP | 36
TNKP | 37
TNKP | 38
TNKP | 39
TNKP | 40
TNKP | 41
TNKP | SPECIAL CHAPTER [RAYA]
TNKP | 42
TNKP | 43
TNKP | 44
TNKP | 45
TNKP | 46
TNKP | 47
TNKP | 48
TNKP | 49
TNKP | 50
TNKP | 51
TNKP | 52
TNKP | 53
TNKP | 54
TNKP | 55
TNKP | 56
TNKP | 57
TNKP | 58
TNKP | 59
TNKP | 60
TNKP | 61
TNKP | 62
TNKP | 63
TNKP | 64
TNKP | 65
TNKP | 66
TNKP | 67
TNKP | 68
TNKP | 69
TNKP | 71
TNKP | 72
TNKP | 73
TNKP | EPILOG
TNKP | TENSION
TNKP | FUNFACTS?
TNKP | ELEMENTAL KINGDOM

TNKP | 70

1.9K 126 70
By i_am_kacang

  Kuasa cahaya dan kegelapan bertembung. Mereka merenung sesama sendiri.

  Rayyan mula mengangkat tangannya. Tangannya laju menampar pipi Kayla.

  Semua yang ada di sekelilingnya ternganga. Pihak bersekutu Kerajaan Demon tersenyum-senyum sebelum ketawa besar. Tentera syaitan pula menahan gelak. Mustahillah mahu ketawa, habis dihukum pancung nanti.

  Kayla pula terkebil-kebil. Dia ingat si putera itu mahu menggunakan kuasa apinya. Rupanya…

  Syakila di sebelah sudah ketawa tidak ingat dunia. Rayyan dan L tersenyum puas.

  “Sedap?” ejek Rayyan. “Kayla sayang… Itu baru sikit kalau nak dibandingkan dengan apa yang kau dengan kembar setan kau pernah buat dulu.” Rayyan menyilang tangan ke dada. Sayap naganya berkibar megah.

  “Kurang ajar kau!” Kayla mengetap gigi, geram.

  “Ajarlah aku, Kayla sayang…” Rayyan menyentuh dagu Kayla.

  Gadis itu menepis. Dia melayangkan penumbuknya. Rayyan pantas mengelak malangnya dia tidak sedar akan angin kuat yang meluru ke arahnya. Jejaka itu melayang jauh.

  Rayyan pantas mengimbangkan diri. Dia mendengus kasar.

  Pap!

  Rayyan menepis lembing yang dituju lima ekor syaitan. Dia terpaksa berlawan dengan syaitan yang gagah itu. Satu melayang, dua kembali. L pula terpaksa menguruskan dua puteri di hadapannya.

  Baru sahaja mahu menyerang, dia terperasan sesuatu. L menghela nafas. Dia dikelilingi ramai syaitan. Dia menoleh kembali. Malangnya dua puteri itu sudah terbang ke tempat lain.

  “Ergh! Memang cari nahas!” L menutup matanya. Saat matanya terbuka, syaitan yang mengelilinginya terpana. Sebelah matanya berwarna keemasan dan sebelah pula berwarna merah.

  Aura yang L lepaskan membuatkan mereka berasa gerun. Sayapnya putih bak salju dan ada sedikit pelepah berwarna merah. Rambutnya juga ada sedikit garisan merah. Tangan kanannya seperti ada tatu bersayap merah.

  Satu syaitan dengan laju maju berhadapan L. Dia bertentang mata dengan putera itu. Tangannya terus naik menumbuk pipi si putera.

  L tidak mengelak, malah tangannya terus menangkap tumbukan itu. Syaitan itu berasa aneh kerana tubuhnya dipenuhi racun. Mustahil lelaki itu mampu hidup sedangkan racunnya mampu membunuh dengan satu sentuhan.

  L tidak berkata apa. Anak matanya yang berwarna merah bersinar. Syaitan itu bagai dipukau. Tangannya jatuh apabila L melepaskan tangannya.

  Anak mata L tajam menikam anak mata syaitan itu. Tiba-tiba darah hitam dimuntahkan oleh syaitan itu. L diam lagi.

  Semakin galak matanya bersinar. Bukanlah mata keemasannya, sebaliknya mata merahnya. Dengan sekali jelingan, syaitan itu jatuh dari udara. Dia terhempas dan tubuhnya berkecai.

  Syaitan lain maju ke hadapan. Bagi mereka, kematian itu berbaloi sekiranya mereka dapat menawan dunia yang selama ini keturunan mereka nantikan. Alam Syaitan akan berkembang luas. Selepas dunia ini, Dunia Elemen pula menjadi sasaran.

  Namun malang… Apabila meluru ke hadapan, L mengangkat tangannya. Mereka semua dikurung dalam sebuah kubah berwarna merah. Tanpa amaran, mereka jatuh rebah dengan mata berwarna hitam pekat.

  Mati di udara, hancur di tanah.

  “Serang!!”

  L langsung tidak kisah. Dia terbang di udara tanpa bergerak langsung dari tempatnya. Wajahnya beku.

  Rayyan yang terlihat sahabatnya itu terus menggunakan kuasa apinya dan mencampak ke arah syaitan di hadapannya. Rayyan mengasak mereka dengan kuasa apinya sehingga syaitan itu terpaksa berundur dan tanpa sengaja termasuk ke dalam kubah kematian.

  Banyak jasad syaitan di atas tanah. Semakin lama semakin bertimbun. Mereka yang melihat menjauhi tempat itu. Peperangan tetap diteruskan. Rayyan menjeling mereka sekilas. Dia terbang ke arah puteri syaitan yang seolah-olah menyasarkan sesuatu.

  Tangan Rayyan laju sahaja melempar bebola api hitam ke arah dua gadis itu. Apinya menyambar Syakila dan Kayla. Kayla sempat mengelak, tetapi malang buat Kayla.

  Rayyan memerangkap Syakila dalam bebola api bersaiz besar. Meraung gadis itu kerana panas dan lemah dek racun yang kuat. Rayyan menggenggam tangan dengan kuat. Api itu semakin membara.

  Kayla terkejut. Dia tidak tahu mahu membuat apa. Kuasanya berunsurkan angin dan magnet. Dia tidak mahu menyemarakkan lagi api itu. Hanya Syakila sahaja yang mampu melepaskan diri.

  Untuk menggunakan kuasa syaitan, itu bukan masa yang sesuai. Tiba-tiba ada sesuatu merempuh bebola api itu. Api besar itu menyambar kelibat itu manakala Syakila sudah tercampak keluar.

  Gadis itu melecur teruk. Kecederaannya parah sekali. Tidak tahu mahu membuat apa, sudahnya Kayla terpaksa menggunakan sesuatu. Sebiji bola kristal berwarna hitam dikeluarkan dan dihala ke arah Syakila yang kini dipegang dengan kuasa anginnya.

  Bebola kristal itu bercahaya dan meresap ke dalam tubuh Syakila. Perlahan-lahan kecederaan yang dialaminya menyembuh. Dahi Syakila berkerut-kerut. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Gadis itu bangun dan membuka sayap.

  “Kenapa kau guna kristal tu?” marah Syakila. Dia tidak menghiraukan Rayyan yang berpeluk tubuh di sisi mereka dan L yang baru tiba.

  “Kau nak aku tengok kau macam tu je? Aku sayang kau!” bentak Kayla. Dia tidak faham, Syakila mahu mengorbankan nyawanya demi Dunia Fantasi? Syakila dan Kayla dua beradik sahaja. Raja dan Permaisuri Syaitan sudah mati.

  Semestinya Kayla tidak mahu kehilangan Syakila. Tidakkah Syakila merasakan apa yang dirasainya?

  “Tsk tsk tsk… Drama percuma…” L tergelak sinis.

  Syakila dan Kayla menoleh. Mereka tersentak.

  “Heh… Kau, Syakila. Dasar tak kenang budi. Tentera kau sanggup gadai nyawa untuk menggantikan tempat kau dalam bebola api aku…” Laju sahaja Rayyan menghina Syakila.

  “… Dan Kayla sanggup gunakan kristal penyembuh yang istimewa itu demi kau. Tapi kau sanggup marah dia? Dasar bodoh…” Satu suara menyampuk.

  Tidak menoleh, mereka kenal suara itu. Suara syaitan yang berpihak kepada mereka, Kai. Di sisinya ada satu lagi syaitan yang juga berpihak kepada Dunia Fantasi iaitu Ryssa.

  “Benda apa tu?” soal Rez yang juga ada di situ. Kini, Dark Knight dan Light Knight berkumpul di hadapan dua puteri syaitan. White Warrior dan yang lain sibuk menamatkan nyawa syaitan lain.

  “Itu adalah kristal penyembuh yang dimiliki setiap kerabat diraja. Kristal itu hanya satu setiap kerabat. Kuasa kristal itu sangat hebat hingga mampu menyembuhkan satu dunia tetapi tetap tidak mampu menghidupkan walau satu nyawa.

  Walaubagaimanapun, kristal itu dapat digunakan untuk perkara lain contohnya mengembalikan kuasa dan lain-lain. Sayangnya, satu kristal itu digunakan untuk syaitan yang tidak tahu bersyukur!” Ryssa menjeling tajam Syakila di hujung ayatnya.

  Syakila mendengus. Kayla menunduk sayu. Dia rindu kakak kembarnya yang sangat prihatin terhadapnya semasa kecil. Dia merasakan bahunya disentuh. Kayla berpaling menghadap Syakila.

  “Kita kena cari mereka dan bunuh mereka secepat yang mungkin. Dengan cara itu sahaja dunia ini akan terus melutut kepada kita,” bisik Syakila seperlahan yang mungkin.

  Atau patut digelar bodoh kerana Hanz, Hanza dan L mampu membaca mindanya. Namun mereka diam sahaja. Tahulah mereka untuk melindungi ‘mereka’ yang disebutkan itu.

  “Apa bisik-bisik tu hah?” gertak Ray.

  Terkejut beruk dua gadis itu. Habis mereka dibahan The Great Knights.

  “ELAKKKKK!!” Satu suara yang boleh dikatakan agak jauh dari mereka memberi amaran.

  Tindakan spontan, elak.

  BAM! BAM! BAM! SWOOOOSHHH!

Rys : Wth is that lol…

  “Argh!” Tubuh Kayla luka dek beberapa batu dan kristal yang sangat keras terkenanya. Mujur dia sempat menstabilkan diri atau dia akan terjatuh.

  Semua melihat ke bawah.

  Seseorang tersengih. Err…. Lebih tepat seekor serigala jadian.

  Ya…. Itu Crya Geoxans.

  “DASAR!!” Serentak The Great Knights menjerit kepada Crya yang entah berapa jauh di atas tanah itu.

  “MAAF! DAN…. ELAK LAGI!!!”

  Serangan mengejut dari tanah itu dielak sebaik mungkin. Rys patut cakap… Bukan Syakila dan Kayla sahaja yang mengelak… The Great Knight pun sama.

  Di kejauhan…

  “Apa mereka repekkan tu? Menari di tengah udara? Bangang apa?” Violet menggaru kepala. Dia tersedak apabila belakangnya ditepuk kuat oleh seseorang. “Rien!”

  Pantas Rien menekup mulut si kembar. “Kau nak mereka tahu kedudukan kita? Dahlah kita di antara syaitan, mahunya kita mati katak di sini,” marah Rien.

  Violet tergelak kecil. Kelakar mendengar amarah bekas sahabatnya. “Kau sama je macaam dekat bumi dulu. Suka membebel.”

  “Diamlah.” Rien menjeling bekas sahabatnya juga.

  “Dah. Mari selesaikan setan-setan ni.” Violet menarik topeng mulutnya. Dia memetik jari dan pakaiannya bertukar. Gaun paras lutut berubah kepada hoodie ungu. Seluar fit hitam dan kasut but hitam melengkapkan gayanya di tengah medan perang. Rambutnya diikat gaya ekor kuda.

  Rien turut melakukan benda yang sama dan gayanya juga sebijik dengan gaya Violet. Cuma hoodie miliknya berwarna kuning. Walaupun mudah dikesan nanti, apa dia kisah?

  Violet, silent killer dan Rien, sebaliknya. Rien melompat tinggi dan melibas pedangnya ikut suka hati. Ada kalanya dia menari dan memancung tanpa belas.

  Violet sibuk memanaskan dan menyejukkan syaitan. Untunglah kuasa saling melengkapi. Api dan ais katakan. Juga racun dan healer. Hmm cemburu pula!

  Tapak tangan kanannya bercahaya merah dan bersuhu tinggi. Tapak tangan kiri pula sebaliknya. Kebiruan dan bersuhu sangat rendah. Ada kalanya dia membakar, ada masanya dia membeku.

  “Hei! Apa ni pembakaran terbuka!” marah Rien sambil menetak syaitan bertubuh sasa di hadapannya. Dia melompat ke atas bahu syaitan yang hampir rebah dan menetak syaitan lain pula.

  “Kau nak aku bakar kau ke, bangang?” bidas Violet pula. Dia terus back flip apabila ada syaitan yang mahu menikamnya. “Eh, kitalah bangang. Apahal kita main perang-perang kat tengah-tengah setan ni semua? Memang nak mati katak?”

  Rien tersedar. Dia terus melompat mendekati Violet dan menarik tangan si kembar lalu teleport ke arah sekumpulan tentera yang berjaga di atas tanah. Iyalah, hari inikan perang udara…

  “Err… Tuanku okay?” tanya seekor pari-pari.

  “Erk?”

  “Logo pada hoodie tuanku…” jawab seekor lagi pari-pari serba merah seolah-olah faham apa yang bermain dalam fikiran puteri berdua itu.

  Soalannya berbunyi, “MACAM MANA DIORANG TAHU?”

  Tahu apa? Tahu yang mereka puteri.

  Violet menarik kakaknya dan dipusingkan. Belakang hoodie itu jelas kelihatan gambar sayap, ada mahkota dan permata. Juga ada pedang di situ. Jelaslah ianya menunjukkan siapa mereka. Kalau baju Rien macam tu, sahlah bajunya juga begitu.

  Violet menepuk dahi. Ini memang bangang sebangang-bangangnya. Eh?

All casts : Rys lah bangang!

Rys : Siapa bangang?

All casts : Err…. Kitorang kitorang…

Rys : //sengih// #kuasapenulis

  “Tuanku?” Si pari-pari terbang sambil melambai-lambai tangan kecilnya itu di hadapan wajah Violet.

  Rien sudah pelik. Apahal dengan adik dia? Mereng? Saat dia menoleh, dia membulatkan matanya. Tubuh Violet ditolak ke tepi.

  Darah tersembur ke merata-rata tempat.

  Violet tersedar. Dia terkejut. “RIEN!!!”

  Drama tamat. Cau.

••••

  Crya meluru dan menyambar sesiapa sahaja yang berada di jalannya. Dia terdengar suara jeritan Violet tadi. Dia risau, jadi dia terus ke sana. Tetapi, banyak syaitan yang menghalangnya.

  Malas mahu bergaduh, dia terkam dan serbu jelah. Mujurlah dia serigala. Deria yang dia ada sangat membantu. Suara Violet tadi boleh tahan jauh sebenarnya.

  “RIEN BANGUN!”

  Jeritan Violet. Lagi.

  Crya sempat memandang ke atas. The Great Knight langsung tidak perasan akan suara itu. Tiba-tiba Crya teringat akan White Warrior. Kelibat Star dan Aurora langsung tidak kelihatan. Tak mengapalah, Star pasti dapat merasakan sesuatu yang buruk.

  Crya link kepada Rise dan Leo. Mereka berdua juga pastinya dapat mendengar jeritan Violet kerana mereka harimau dan singa. Tidak kurang hebatnya persis serigala.

  ‘Apa?’ Suara Leo.

  ‘Kau dengar?’ Crya menyoal .

  ‘Dengar. Kau pergi dulu. Aku dan Rise nak uruskan sesuatu.

  ‘Baik.'

  Leo terus tutup link. Dasar.

  BOOOMMM!!!

  Crya menoleh. Pertarungannya antara syaitan terhenti seketika kerana semua berpaling ke arah yang sama. Kelihatan sesuatu yang berwarna keemasan dan kebiruan di udara. Letupan itu membuatkan ada syaitan yang terjatuh dan mati. Tentera bersekutu mereka ada yang tercedera.

  SWOOOOSHH!

  Ribuan jarum emas meluru ke arah—. KE ARAHNYA?!

  'DASAR LEO TAK GUNA!’ Crya memecut selaju yang mungkin. Dia dapat merasakan bahawa dia cedera. Namun, tubuhnya cepat sahaja menyembuh. Mujur dia seekor serigala alpha.

  Serigala jadian ada kuasa healer. Kuasa ini tidak termasuk kuasa yang dimiliki. Cuma, kuasa healer bergantung kepada pangkat. Alpha, beta atau omega. Err... Sigma juga?

  ‘Violet!’ Mata Crya bersinar melihat kelibat gadis itu. Namun ianya hanya seketika. Tubuh Rien dipangku gadis itu.

  ‘Vio?' tegur Crya melalui minda. Dia terkejut melihat darah di merata-rata tempat.

  Violet tidak menjawab sebaliknya fokus menyembuhkan kembarnya. Dia dibantu pari-pari yang lain.

  “Tolong bawa Rien pulang ke istana,” pinta Violet. Dia mahu mencari siapa yang menyerang mereka.

  ‘Kalau kau nak cari, aku rasa dia dah mati...’ Crya pantas memberitahu apabila riak Violet berubah. Anak matanya seolah-olah membara dengan dendam.

  “Apa?” Gadis itu tersentak.

  'Leo serang tadi. Aku dalam perjalanan ke arah kau dan diserang Leo secara tiba-tiba. Dia tak perasan aku dalam kumpulan tu. Dan… semua mati. Aku sempat selamatkan diri...'

  Violet mengeluh. Mesti dia dah guna kuasa demon dia. Ups…. Ingat tak? Tak ingat sudah. Leo dan Rise ada kuasa demon. Entah kenapa dua mamat tu. Lantaklah.

  “Haih… Takpelah,. Apa-apa pun tolong bawa kembar aku ni balik istana. Esok kitorang nak uruskan semua ni dan tamatkan peperangan. Jadi.... Tolong ya?” Violet tersenyum kecil.

  ‘Kau pun perlukan rehat kalau macam tu…’ kata Crya dengan sayu.

  Crya masih dalam bentuk serigala. Disebabkan serigala tidak mampu bercakap, dia hanya mampu link sahajalah kepada Violet.

  “Takpe…”

  Crya akur. Tubuh Rien diletakkan di atasnya. Satu angin menyapa. Angin itu kuat sekali. Apabila Crya melihat ke atas, tubuh Violet yang sedang terbang dan membakar semua syaitan menyapa.

  Bulan kelihatan bulat sekali. Bulan penuh. Disebabkan tiada matahari, hanya ada bulan menemani di Kerajaan Demon. Crya memandang bulan penuh harapan dan melolong sayu.

  Lolongannya didengari tentera werewolf di kerajaannya. Mereka menyahut lolongan si puteri. Peperangan di Kerajaan Demon ditemani lolongan serigala. Sesekali cahaya yang berpunca daripada kuasa pari-pari dan angel menyilaukan mata.

••••

  Sayap Violet kelihatan cantik di bawah sinaran bulan. Api yang marak dihasilkan dan laju sahaja menyambar syaitan di sekelilingnya. Jika ada tentera bersekutu yang tidak bernasib baik dan turut dibakar apinya, maaflah. Siapa suruh duduk berdekatannya.

  Sekarang ini, boleh dikatakan Violet sangat menakutkan. Kuasa yang dia miliki saling melengkapi. Api dan ais. Racun dan healer.

  Violet tidak perasan, dia diperhatikan Aurora. Tangannya sibuk mengeluarkan api dan ais. Bosan bermain api dan ais, Violet mengeluarkan busur.

  Anak panah yang bersalut racun itu terkena seekor pari-pari yang sudah semestinya salah seekor tentera bersekutu. Harap maaf. Violet malas nak kisah.

  “Violet berhenti!” Aurora memekik kuat. Violet sedang mengganas dan perlu dihentikan.

  Malang sekali, Violet mengabaikan Aurora. Dia dengan laju menyepak tubuh Aurora. Aurora terkejut.

  “Violet! Aku tak nak cederakan kau!” Aurora mengelak laju. Violet di hadapannya seolah-olah tidak lagi mengenali siapa kawan siapa lawan.

  “Kau yang tikam kembar aku kan?” Violet melenyapkan busurnya. Dia memunculkan empat batang anak panah. Satu bersalut ais, satu bersalut api, satu bersalut racun dan yang terakhir pula mempunyai kuasa healer.

  Violet cuba mencucuk anak panah berapi itu tetapi terkena syaitan di belakang Aurora pula. Rise yang berdiri di atas tanah sambil berpeluk tubuh itu tersengih. Bijak bijak….

  Violet semakin geram. Amarahnya berada di tahap yang sangat tinggi sehingga tidak mampu membezakan kawan dan lawan.

  Anak panah ais pula digunakan. Kali ini Aurora sempat mengelak lagi, dan anak panah yang laju itu terus membekukan sekumpulan besar syaitan.

  Aurora menepuk dahi. “Dia ni nak bunuh aku ke setan-setan tu semua?” bisiknya perlahan.

  “APA KAU CAKAP?” Violet mahu mengamuk. Dia terbang laju ke arah Aurora dan anak panah di tangannya mencucuk tubuh Aurora.

  Aurora yang ingatkan Violet mahu menyerangnya terus terbang ke tepi. Akibatnya, Violet terlepas Aurora dan anak panah itu terkena seseorang. Darah terkena dirinya. Violet terkejut dan tersedar. Dia teringat saat Rien ditikam syaitan tadi.

  “Urgh…”

  Violet memandang mangsa. Huh? Kayla?

  The Great Knights tersentak. Syakila terpana.

  “Violet!” Aurora terbang mendekati gadis itu. Violet kelihatan tergamam.

  Kayla mengerang kesakitan. Dia dapat merasakan sesuatu mengalir dalam tubuhnya.

  “Kau…. Racun? Atau….” Aurora tergagap-gagap.

  Violet memandang anak panah terakhir di tangannya kemudian memandang anak panah di bahu Kayla.

  “Racun…” Violet berkata perlahan.

  Kayla memandang semua di hadapannya. Kemudian dia memandang kakak kembarnya. Pandangannya gelap.

  “KAYLA!!”

  Tubuh itu berada di awang-awangan. Dia jatuh ke bawah, tidak sedarkan diri.

••••

  “Urgh….”

  ‘Rien?’ Crya link kepada gadis itu.

  “Huh…. Aku di mana?” Rien memegang kepalanya. Dia berasa seperti sedang bergerak, tapi masalahnya dia kaku. “Eh… Crya?”

  ‘Hai, Rien. Kau okay?

  Suara Crya bermain di mindanya. “Kenapa kau angkat aku ni, Crya?”

  ‘Kau tak ingat ke? Tadi kau diserang… Lepastu kau pengsan. Mujur Violet ada kuasa healer. Dia suruh aku bawa kau ke istana.’ Crya mengingatkan.

  “Ah, aku kena ke sana semula!” Rien terus menjerit. Dia tahu ada sesuatu yang buruk bakal berlaku kerana semasa di bumi, amarah Violet yang selama ini tertahan akhirnya tercetus dek kerana buku sekolah dibuang ke dalam tong sampah. Akhirnya Violet membelasah pembuli mereka hingga pembuli-pembuli itu terlantar di hospital.

  ‘Eh, tapi—‘ Crya terlambat, Rien sudah membuka sayap dan terbang meninggalkannya sambil mengucap kata maaf.

  Crya menggeleng sebelum turut memecut laju. Memang degil.

••••

  Syakila memandang adiknya yang jatuh ke bawah. Dia tersedar sebelum terbang menjunam ke bawah dan menangkap Kayla yang hanya tinggal 20cm sebelum terhempas.

  “Racun yang Violet guna sangat kuat. Kalau tak guna kristal penyembuh kau tu, adik kau akan mati. Kau sanggup?” Kai tiba-tiba muncul dan mengejek.

  “Takkan. Kristal aku tu lagi penting,” jawab Syakila dengan kerutan di dahi. Nada suaranya sangat marah.

  Semua yang mengelilingi mereka tersentak. Tanpa mereka sedari, Kayla mendengar suara kakaknya. Kayla sudah pengsan, tetapi masih mendengar huhu. Berkecai hatinya mendengar kata-kata kakaknya.

  Kayla terus lenyap dari situ.

  Semua terkejut. Syakila tersentak. Dia terus terbang ke dalam portal syaitan. Tentera syaitan yang melihat laju sahaja mengekori puteri mereka, atau bakal ditinggalkan seperti tentera yang malang semalam… Eh semalam ke?

  The Great Knights dan White Warrior ternganga. Rien dan Violet juga begitu. Crya yang baru tiba menepuk dahi.

  “Takpelah. Esok aku dan Vio akan tamatkan perang ni.” Rien membuka mulut.

  “Kau dah okay, Rien?” Violet bertanya. Kali ini mereka pula lenyap.

  The Great Knights malas mahu bertanya dan kembali ke istana masing-masing. L sempat lagi menembak cahaya ke arah portal yang masih belum tertutup. Rayyan menghantar beberapa syaitan ke Alam Roh. Kesimpulannya, dah matilah. HAHAHAHA!

  Di sebuah kerajaan….

  “BONDA!”

  “Eh, anakanda?” Puteri Alexa menoleh. Dia tersenyum lembut melihat kedua permatanya, Rien dan Violet yang berlari ke arahnya. Dia dipeluk erat oleh dua gadis itu.

  “Bonda, nak tahu tak? Si Rien ni degil tau! Vio dah hantar dia balik istana tapi dia sibuk datang balik,” adu Violet, manja. Dia tersenyum apabila kepalanya diusap lembut oleh bondanya.

  “Alah…. Vio pun apa kurangnya. Panas baran! Sampai dah tak kenal guardian sendiri,” ejek Rien pula. Dia menjeling adiknya sekilas. Alah jelling-jeling manja je.

  “Rien ikut bonda, degil. Violet sebiji macam kembar bonda. Panas baran. Tapi tetap penyayang.” Puteri Alexa mengusap kepala anak-anaknya.

  “Bonda korang ni degil. Masa ayahanda mengurat bonda pun, jual mahal!” usik seseorang.

  Si kembar menoleh, wajah si bonda sudah memerah.

  “Ayahanda!” Mereka berlari memeluk si ayahanda pula.

  “Kami ada perang esok. Jadi harini kami nak luangkan masa dengan ayahanda dan bonda.” Violet dan Rien berkata serentak.

  Puteri Alexa dan Putera Zeilian tersenyum. Mereka berbual-bual persis keluarga bahagia yang langsung tiada masalah. Peperangan esok hari dilupakan. Kerisauan diabaikan.

••••

  Syakila memandang adiknya dengan pandangan kosong. Tubuh gadis itu muncul di kamarnya di Istana Syaitan setelah lenyap dari Dunia Fantasi.

  “Aku takkan bazirkan kristal yang berharga itu semata-mata untuk kau,” bisik Syakila perlahan. Dia melangkah keluar meninggalkan adik kembarnya. Perasaannya? Tiada. Dia hanya mahu menakluk Dunia Fantasi. Itu sahaja.

  Kayla membuka mata. Dia tersenyum kecil mendengar suara kakaknya tadi.

  “Aku tetap sayang kau, Syakila. Adik-beradik Dianz selamanya,” katanya lalu menutup mata.













To be continued

Sorry sambung next chap. Banyak sangat dots, rimas pulak nanti T-T

Continue Reading

You'll Also Like

138K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...
391K 14.1K 30
Mengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas i...
298K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
Humanoids ✔ By S. F. P

Science Fiction

28.3K 2.8K 45
"Buku ke-2 dalam TRIPLE H THE SERIES" Humanoids Adalah robot yang boleh bertindak atau berkelakuan sama seperti manusia. Bezanya... Ia hanya satu...