Whatever it takes (BoiMato)

By Phoenix0067

34.8K 2.6K 888

Boboiboy kini dalam bahaya. Amato tidak mempunyai pilihan lain lalu bertukar menjadi remaja seumur boboiboy... More

Spoiler alert
BAB 1: MUSUH MISTERI
BAB 2: RASA TIDAK SEDAP HATI BOBOIBOY
BAB 3: PELAJAR BAHARU?
BAB 4: RANCANGAN AMATO
BAB 5: SEBAB SEBENAR
BAB 6: RINDU SEORANG ANAK
BAB 7:MISTERI BAHARU
BAB 9: MARKAH UJIAN
BAB 10: DIARI BOBOIBOY
BAB 11: KEBENARAN YANG NYATA
BAB 12: SERANGAN MASKIREN
BAB 13: KEMARAHAN DAN DENDAM
Boboiboy Pulsar
BAB 14: KASIH AYAH
BAB 15: BOBOIBOY GALAXY
BAB 16: HUKUMAN SETIMPAL
Buku baru?
Whatever it takes 2 is out!

BAB 8: BOBOIBOY ECLIPSE

1.6K 135 31
By Phoenix0067

Pulau Rintis, 3:00 a.m

Amato terjaga dari tidurnya. Mungkin kerana haus. Alangkah terkejutnya apabila Boboiboy tidak berada disebelahnya.

"Ai, mana pergi budak ni? Lampu bilik air tak buka, kat katil takde, tingkap terbuka luas--- eh?!TINGKAP TERBUKA?!"

Berlari Amato ketingkap. Ya. Ada kesan tapak kasut Boboiboy.

"Aduhai.. rajin pula budak ni ambil kasut kat bawah lepas itu naik atas semata-mata nak terjun dari tingkap. Belajar taknak rajin! Ish! Baik aku ikut dia!" Bebel Amato sendiri.

************************************
Termengah-mengah Amato mencari. Batang hidung Boboiboy pun tak kelihatan!

"Mana budak ni pergi? BOBOIBOY!MANA KAU!"

Tiba-tiba dia terdengar seseorang menangis. Meremang bulu romanya.

"Siapa pula yang menangis pukul 3:30 pagi ni oi? "

Terus dicarinya punca tangisan itu. Kelihatan seorang remaja lelaki yang memakai topi. Nampak macam... boboiboy! Tapi.. kenapa macam lain je rupa dia?

"Err... Boboiboy? Kau ke tu?"

Boboiboy memandang kearah Amato. Seram matanya. Warna ungu.

"Kenapa rupa kau lain Boboiboy?"

Boboiboy kembali menunduk. Tidak menjawab.

"Haish.. budak ni."

Amato duduk disebelah Boboiboy. Amato ternampak sekeping gambar ditangannya. Ya. Gambar yang sama yang ditunjukkan kepadanya waktu pagi tadi.

"Kau..."

"Nama aku, Boboiboy Eclipse. "

"Eh?"

"Baru hari ni aku capai tahap kedua.. aku sendiri tak tahu kenapa." Jawab Boboiboy Eclipse.  Tenang.

Aduhai. Janggalnya.

"Tapi, kau tahu tak kenapa kau muncul?"

"Aku... tak berapa pasti. Tapi, aku rasa, sejak kebelakangan ni, aku memang kerap nangis. Mungkin sebab emosi sedih aku yang buat aku muncul."

Suasana kembali senyap.

"Kau masih rindu mak ayah kau ke?"

Boboiboy Eclipse hanya sekadar mengangguk.

"Yela... siapa je yang tak rindu mak ayah dia kan?" Sengaja Amato berseloroh.

Eclipse hanya ketawa kecil. Kemudian  dia memandang Amato, sekali lagi.

"Kau.. tak takut dengan aku ke?"

"Eh?"

"Hurmm, selama ni.. semua orang takut dengan aku. Diorang selalu fikir aku ni jahat. Jadi, aku selalu menyendiri."

"Siapa je yang tak takut dengan budak yang menangis pagi-pagi buta ni..." jawab Amato, terlalu jujur.

Eclipse menunduk. Malu.

"Tapi kenapa pula aku nak takut dengan kau? Kau kan kawan dan keluarga aku?"

Eclipse memandang Amato. Terkejut. Seperti ini kali pertama seseorang berkata seperti itu kepadanya.

"Hmm.. terima kasih Amato. Sebab terima aku seadanya."

Amato tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk belakang Eclipse.

"Dahlah! Jangan sedih-sedih lagi. Jom balik!"

"Jom"







Continue Reading

You'll Also Like

78.6K 401 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
1.3K 111 22
Boboiboy sering mendapat sebuah mimpi yang samar-samar di mana dia sering berjumpa dengan seorang kanak-kanak lelaki misteri tetapi mimpi tersebut te...
104K 7.3K 50
Disebabkan Boboiboy sudah menyertai M.A.T.A, TAPOPS semakin susah untuk mengalahkan penjahat kerana ketiadaan Boboiboy. Mereka kena cari jalan untuk...
18.1K 520 16
"we meet again my love" -Tengku Adrian Arasyah Seorang jejaka Yang merupakan musuhnya ketika waktu kecil muncul kembali Dalam hidup Mikayla. Dipaks...