The Night Knight Princesses ✔

Af i_am_kacang

220K 13.6K 2.4K

PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang... Mere

TNKP | PROLOG
TNKP | GALLERY
TNKP | GALLERY ii
TNKP | 1
TNKP | 2
TNKP | 3
TNKP | 4
TNKP | 5
TNKP | 6
TNKP | 7
TNKP | 8
TNKP | 9
TNKP | 10
TNKP | 11
TKNP | 12
TKNP | 13
TKNP | 14
TNKP | 15
TNKP | GALLERY iii
TNKP | 16
TNKP | 17
TNKP | 18
TNKP | 19
TNKP | 20
TNKP | 21
TNKP | 22
TNKP | 23
TNKP | 24
TNKP | 25
TNKP | 26
TNKP | 27
TNKP | 28
TNKP | 29
TNKP | 30
TNKP | 31
TNKP | 32
TNKP | 33
TNKP | 34
TNKP | 35
TNKP | 36
TNKP | 37
TNKP | 38
TNKP | 39
TNKP | 40
TNKP | 41
TNKP | SPECIAL CHAPTER [RAYA]
TNKP | 42
TNKP | 43
TNKP | 44
TNKP | 45
TNKP | 46
TNKP | 47
TNKP | 48
TNKP | 49
TNKP | 50
TNKP | 51
TNKP | 52
TNKP | 53
TNKP | 54
TNKP | 55
TNKP | 56
TNKP | 57
TNKP | 58
TNKP | 59
TNKP | 60
TNKP | 61
TNKP | 63
TNKP | 64
TNKP | 65
TNKP | 66
TNKP | 67
TNKP | 68
TNKP | 69
TNKP | 70
TNKP | 71
TNKP | 72
TNKP | 73
TNKP | EPILOG
TNKP | TENSION
TNKP | FUNFACTS?
TNKP | ELEMENTAL KINGDOM

TNKP | 62

1.7K 117 0
Af i_am_kacang

Hai guys. First, Rys nak pesan. Actually hydra is a beast with nine heads. And if satu kepala putus, dua akan tumbuh balik. (If I'm not wrong). Rys nak letak hydra as guardian Rien but hydra is too strong and I must think lot of names which is will be very merepek.

Soooo just anggap that Hyn, Zyn and Wyn are hydra but berkepala tiga and won't have the speciality as a real hydra kayh? Masheh sudi baca muah! //hit me lol//

••••

  Dia duduk termenung di birai katilnya. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya tika itu. Kali pertama bertemu dengan hydra bernama Hyn, Zyn dan Wyn, dia dapat merasakan sesuatu. Semasa bersatu dengan guardians miliknya, kuasanya menjadi semakin kuat.

  Dan kali pertama bersatu dengan semua guardiannya, dia mendapat satu ilusi. Atau lebih tepat, memori.

Flashback

  "Lari!"  Putera Zeilian Zendryes, pasangan Puteri Alexa terus-terusan menjerit perkataan itu.

  Dia membuka sebuah portal lalu wanita itu ditarik ke dalam. Mereka tiba di sebuah dunia, bumi.

  Di sana, mereka meneruskan larian walaupun tidak lagi dikejar makhluk yang menyerang kerajaan itu. Tiba di sebatang pokok yang sangat tinggi, Puteri Alexa berhenti. Dia berada mengah kerana baru sahaja melahirkan pewaris-pewaris kerajaannya.

  "Kita... Teruskan sahaja kehidupan di sini buat sementara waktu," kata Putera Zeilian yang kasihan melihat isterinya.

  Puteri Alexa mengangguk perlahan. Dia bersandar di pokok itu. Suaminya menggunakan kuasanya untuk membina sebuah rumah di bawah pokok yang berusia ratusan tahun itu.

  Mereka berada di dalam hutan dan itulah tempat paling selamat bagi mereka di dunia itu.

  Bukan mereka tidak sayang kepada kerajaan mereka, dunia asal mereka. Tetapi, sekiranya wanita itu terbunuh, sekaligus puteri-puteri mereka, maka tertawanlah dunia itu dengan kejahatan.

  Dan mereka mengambil keputusan untuk melarikan diri buat sementara. Satu hari nanti, mereka pasti kembali.

  Hari demi hari berlalu dengan indah. Putera Zeilian Zendryes membina hidup baru bersama Puteri Alexa dan anak-anaknya. Di dalam hutan itu, mereka hanya menggunakan kuasa.

  Agak sukar bagi mereka untuk ke luar dan mencari kerja kerana mereka bukanlah manusia. Aura mereka juga sangat berlainan. Pakaian, warna mata, warna rambut dan sebagainya sangat berbeza.

  Maka, Puteri Alexa membina kebun di belakang rumahnya manakala Putera Zeilian akan memburu dalam rimba.

  Disebabkan Puteri Alexa berdarah puteri pahlawan, luka dan cedera bukanlah satu masalah baginya.

  Kecuali, sebilah pisau perak. Pisau perak yang disumpah dari Alam Syaitan itu bertujuan untuk membunuh keturunannya dan keturunan guardiannya. Tiada sesiapa dibenarkan memiliki pisau itu di Dunia Fantasi.

  Walaupun pisau itu istimewa dan tidak sama seperti pisau perak yang lain, mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga.

  Suatu hari, satu malang menimpa. Kehidupan mereka yang dipenuhi kuasa diketahui manusia. Putera Zeilian terus membawa isteri dan anak-anaknya keluar dan mencari tempat persembunyian. Bayi mereka terpaksa ditinggalkan dan dipisahkan.

  Sementara Putera Zeilian masih bertarung dengan pemburu yang tidak sengaja terlihatnya menggunakan kuasa, Puteri Alexa menggunakan sepenuh tenaga bagi menghapuskan memori manusia tentang dirinya dan suaminya.

  Apabila keadaan menjadi selamat, mereka menghilang ke sebuah tempat lain. Tanpa permata mereka.

  Permata mereka dijaga oleh manusia. Mereka membesar sebagai sahabat, dan kini, menyedari hakikat sebagai kembar.

  Dan sekarang, mereka berusaha memenuhi tugas mereka.

  Sebagai puteri bergelar pahlawan di malam hari.

End of the flashback

  Tiba-tiba Rien tersedar sesuatu. Dia menghilang dari tempat itu.

  Klak...

  Violet menjenguk dari luar bilik kembarnya. Dia mengerutkan dahi. Dia mengangkat bahu dan terus meninggalkan bilik itu.

  'Aku akan cari kebenaran di sebalik penipuan ini,' tekad Rien.

••••

  Di dalam sebuah bilik, seorang putera sedang memicit dahinya yang sakit. Pening kepala. Dia mengangkat wajah dan menundukkan kembali kepalanya.

  "Kenapa semua orang berkumpul di sini..." Ray terus-terusan memicit dahinya.

  Yang lain berpandangan. Mereka terdengar keluhan berat Ray. Di dalam biliknya, terdapat ramai orang.

  Dirinya, Ray, Violet, Riane, Hanz, Hanza, Aurora, Star dan Crya. Okay, takdelah ramai sangat, Ray je yang melebih.

  "Mana yang lain?" soal Violet. Dia melihat wajah yang lain.

  "Delisya pergi tinjau kumpulan Magis Satu. Rez pula ikut Ryn mengetuai kumpulan Darat Tiga, kumpulan perisik." Star membalas bagi Ray.

  "Rise dan Leo entah ke mana. Rasanya di Guardian Kingdom," sambung Aurora.

  "Hmm... Rien pergi mana aku tak tahu." Violet menongkat dagu. "Mana Ryssa dan Kai?"

  "Kai sedang berehat. Dia cedera parah. Nanti kau pergilah sembuhkan dia.. Si budak seekor lagi tu sibuk buru Permaisuri Naga kalau tak silap aku. Hmm nasiblah.." Ray menyampuk. Dia sudah mula tenang.

  "Apa?!" Hanz dan Hanza berdiri serentak. Mereka berpandangan.

  "Jangan halang budak tu. Permaisuri tu sepatutnya dihapuskan." Riane pula berkata.

  "Tapi—"

  "Duduk." Satu arahan daripada suara yang dingin itu, terus terduduk mereka.

  "Sekarang ni, apa kita nak buat?" soal Crya yang sudah lama berdiam diri.

  "Berapa ramai tentera dan rakyat kau yang terlibat dalam peperangan?" soal Ray.

  "Agak ramai tapi masih tiada pergerakan. Ayahanda menjadikan tentera serigala jadian sebagai tentera rahsia," jelas Crya. Dia juga sudah ditunjukkan memori tentang kebenaran puteri syaitan.

  "Aku nak kau bawa salah seorang daripada kami yang mampu sedarkan ayahanda kau, lepastu pastikan tentera serigala dibawa dan dikumpulkan di sini. Kalau boleh, sedarkan lebih ramai pemerintah," arah Ray, tegas.

  Crya mengangguk faham.

  "Kau pula, Riane. Kumpulkan tenaga dan kuasa kau. Kalau boleh pulang semula ke alam syurga dan tunggu bersama Dewi Amiako."

  Riane hanya akur. Dia akan berehat di istana milik Dewi Elemen di alam sana. Jadi, tenaganya akan lebih kuat.

  "Hanz dan Hanza, perhatikan gerak-geri Syakila dan Kayla. Jangan sampai mereka dapat hidu korang. Kalau boleh laporkan kepada kami setiap enam jam," arah Ray kepada kembar angel itu pula "Oh ya, jaga mamat nama L tu. Jangan biar dia buat sembarangan."

  "Pasal Alam Syaitan?" sampuk Violet.

  "Kita serahkan urusan itu kepada Kai dan Ryssa." Ray membalas tanpa memandangnya. Dia memerhati luar balkoni.

  "Bukankah Kai masih tidak sedarkan diri dan Ryssa pula sibuk memburu wanita itu?" soal si Riane.

  "Kai akan sedarkan diri tak lama lagi. Violet dan Aurora, tengokkan dia lepas ni. Si Ryssa tu akan kembali tak lama lagi. Lagipun, dia pasti akan beritahu kita tentang portal itu." Ray berkata yakin.

  "Macam mana dengan guardian aku dan Rien? Si Rien pun hilang? Leo dan Rise pun sama..." Violet memandang putera itu.

  "Guardian kau akan muncul tak lama lagi. Rien... Biarkan dia. Dia tahu apa dia buat.. Kau, tinggal di sini. Buat apa yang patut tapi jangan sampai terdedah dan terlampau memaksa. Leo dan Rise ada di Guardian Kingdom. Biarkan sahaja.." Ray bermain dengan bebola kuasa kegelapannya. Kuasa terbaru miliknya.

  Kesemua mereka akur dengan putera itu. Tiada siapa mampu menghalangnya. Lagipun, rancangannya lebih teliti berbanding mereka.

  "Rez dan Ryn. Kau tak risau?"

  "Aku tak risau. Mereka Dark Knight. Aku kenal siapa Dark Knight. Heh..." Lelaki itu tersenyum sinis. Dia bangun daripada duduknya dan melangkah ke balkoni. Tangan didepakan dan sayap hitamnya dibuka.

  Dia terbang ke langit dengan aura kegelapan mengelilinginya. Yang lain berpandangan.





To be continued

Rien cari apa?

Fortsæt med at læse

You'll Also Like

112K 781 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
479K 1.2K 17
Mula mula
489K 41.1K 93
Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik. Alat muzik? Semua orang boleh latih dir...
31.6K 845 13
Zura dikejar makhluk ghaib dari asrama universitinya. Tiba-tiba, dia termasuk ke alam ghaib. Mampukah dia kembali ke alam nyata? Boleh atau tidak, h...