HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔

By Anati_Althafunnisa

788K 63K 8.6K

Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu t... More

🏮Prolog
🔮Bab 1
🔮Bab 2
🔮Bab 3
🔮 Bab 4
🔮Bab 5
🔮Bab 6
📌PILIHAN ANDA
🔮 Bab 7
📌WATAK UTAMA DAN LAGU TEMA?
🔮Bab 8
🔮Bab 9
🔮Bab 10
🔮 Bab 11
🔮 Bab 12
🔮 Bab 13
🔮 Bab 14
🔮 Bab 15
🔮 Bab 16
🔮 Bab 17
🔮 Bab 18
🔮 Bab 19
🔮 Bab 20
🔮 Bab 21
🔮 Bab 22
🔮 Bab 23
🔮 Bab 24
🔮 Bab 25
🔮Bab 26
🔮Bab 27
🔮Bab 28
🔮Bab 29
🔮Bab 31
🔮Bab 32
🔮Bab 33
🔮Bab 34
🔮Bab 35
🔮Bab 36
🔮Bab 37
🔮Bab 38
🔮Bab 39
🔮Bab 40
🔮Bab 41
🔮Bab 42
🔮Bab 43
🔮Bab 44
🔮Bab 45
🔮Bab 46
🔮Bab 47
🔮Bab 48
🔮Bab 49
🔮Bab 50
🔮Bab 51
🔮 Bab 52
🔮Bab 53
🔮Bab 54
🔮 Bab 55
🔮Bab 56
🔮Bab 57
🔮Bab 58
🌺REVIEW🌺
BUKU PERTAMA SAYA YANG DITERBIT

🔮Bab 30

11.7K 907 68
By Anati_Althafunnisa

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

Andhika POV

"Dan takdir kita, biar beta yang tentukan." sabdaku kepada gerangannya. Tubuhnya yang berada dalam dukunganku terus dibawa keluar dari kamar bersiram ini lalu memasuki ruangan beradu.

Daku sedikit hairan mengapa gerangannya sudah berhenti meronta, apa Bella sudah mengalah dengan paksaanku terhadap gerangannya?

Daku mengerling sejenak memandang wajahnya yang berada separas bersama dadaku.

Terlena? Satu senyuman kecil tidak dapatku kawal apabila melihat keindahan wajahnya pada ketika ini. Gerangannya seumpama bidadari beradu yang sedang nyenyak di alam peraduan. Bagaimana kamu bisa tidur secara tiba-tiba wahai permaisuriku?

Tubuhnya daku labuhkan di atas ranjang secara perlahan-lahan agar tidak terganggu peraduannya. Dan tatkala itu juga daku menyedari bahawa tangannya sedang erat menggenggam leher jubah siramanku sehingga menyebabkan bahagian atas baju ini lebih terdedah.

Daku memandang gerangannya dengan pandangan hairan dan penuh tanda tanya. Apa kamu sedang berpura-pura Bella?

"Beta tahu kamu sedang berpura-pura beradu, jangan pikir beta tidak berani mengapa-apakan kamu hanya kerana kamu sedang tidur, beta bisa lakukan jauh lebih lagi apa yang beta mahukan, apa kamu masih mahu terusan berpura-pura begini, Bella?" Daku cuba memancing reaksinya namun hairan gerangannya tetap seperti enak dibuai alam mimpi.

"Jadi jangan salahkan beta, jika beta mengambil kesempatan kepadamu tatkala ini kerana kamu yang sedang memaksanya." daku cuba mengugut gerangannya sekali lagi namun tetap saja dia mengendahkan ugutanku. Seakan-akan langsung tidak terkesan. Genggaman di leher jubah siramanku masih tidak longgar juga menyebabkan daku terpaksa terbaring mengiring bersama-sama dengan gerangannya.

Daku cuba merapatkan wajahku ke wajahnya, cuba untuk menghentikan kepura-puraannya ini.

"Kita lihat, sejauh mana kamu mahu berpura-pura..."

Saat nafasku hampir bersatu dengan deruan nafasnya yang beralun tenang, daku menghentikan perlakuanku yang ingin mengucupnya. Sepasang mataku memandang lama sepasang mata milik Bella yang tertutup rapat.

Dia....
Benar-benar sedang beradu.
Dan kelihatan seperti benar-benar diulit mimpi.

"Kamu benar-benar tidur sayang...." bisikku perlahan.

Senyumanku terukir senang kerana bisa memandang wajah cantik dan lucunya pada saat ini. Setiap inci wajahnya, daku perhatikan lama. Dari sepasang mata yang tertutup rapat hingga turun ke bibir yang merah delima serta dagunya yang cantik terbentuk.

"Kamu sungguh indah...ciptaan sang alam yang sungguh indah."

"Bella, mengapa kamu hanya berpura-pura mencintaiku? Apa kamu tahu daku begitu mencintaimu? Sungguh separuh nafas ini terkandung namamu." Tanganku mula naik membelai kepalanya yang dilapisi sehelai kain itu. Mahu saja aku membuka kain yang menghalang pandanganku untuk melihat kecantikkannya yang jauh lebih lagi daripada ini. Namun....

"Siapa bilang aku tidak menghormatimu sayang..."

"Jika bukan kerna terpaksa, kanda juga tidak mahu adinda terseksa." satu ciuman daku labuhkan di atas dahi mulusnya.

"Justeru kerana kanda terlalu menghormati dan memuliakan kamu sayang, kanda terpaksa lakukan semua ini."

"Kanda mengerti sekarang, betapa dalamnya cintamu terhadap Tuhanmu dan kepercayaanmu dan kanda..."

"Tidak menafikannya."

"Kanda rindu adinda." satu ciuman aku labuhkan di sisi matanya yang tertutup rapat.

"Terlalu rindu...." satu ciuman daku labuhkan di atas hidung mancungnya yang cantik tertegak dan terbentuk.

"Kanda terpaksa lakukan semua ini."

"Nyawa Bella jauh lebih berharga daripada nyawa kanda."

"Kerana tiada guna andai kanda masih bernafas jika separuh nafas kanda sudah diragut oleh adinda yang membawanya untuk bersemadi bersama."

"Mungkin dinda tidak mengerti, kerana rasa itu hanya kanda yang rasai. Kelak apabila dinda merasai apa itu cinta sejati kepada pelengkap jiwa adinda, dinda bakal mengerti."

Daku memeluk gerangannya erat ke dalam dakapanku. Menghargai detik yang begitu berharga dan terindah ini.

↪↪↩↩

Bella POV

Terasa tubuhku seperti dipeluk oleh seseorang membuatkan aku segera mencelikkan mata. Terpana diriku saat melihat wajah lelaki yang cuba aku usaha cipta jarak antaranya ini. Haruman tubuhnya masih kuat menusuk ke dalam hidungku.

Ah! Bau apa ini, kenapa bau ini betul-betul membuatkan aku khayal dan tidak mahu langsung berganjak daripada baginda? Tangannya yang berada di dada baginda aku larikan. Apa yang baginda sudah lakukan kepadaku saat aku tidak sedarkan diri ini? Dan macam mana aku boleh tertidur di atas katil ini bersama-sama dengan baginda. Pantas aku memeriksa tubuhku dan kepalaku. Syukur kerana aku masih lengkap menyarung pakaian dan tudungku.

"Mengapa?" aku tersentak apabila suara itu membelah kekalutan diri pada ketika ini. Pandangan dialih memandang wajah baginda di sisi. Perlahan-lahan matanya dikuak perlahan, satu senyuman nakal terukir di bibir baginda. Tidak semena-mena mataku meluas melihat reaksinya itu.

"Apa kamu pikir beta telah melakukan sesuatu kepada kamu?"

Mendengar usikan itu, kalut aku bangkit dari pembaringan dan cuba untuk turun dari katil namun hampa tubuhku ditarik lagi sehingga aku terbaring semula.

"Mahu ke mana?" Laju baginda memerangkap tubuhku dengan kedua-dua belah tangan kekarnya. Baginda berada di posisi atas manakala aku dibiarkan terbaring di atas tilam dengan kedua-dua belah tangannya yang menampan permukaan katil di kedua-dua sisi tubuhku.

"Tuanku, lepaskan sayalah!" Aku cuba untuk bangun dan menolak sebelah tangannya yang menghalang sisiku.

"Shhh..." baginda mengisyaratkan aku untuk senyap dengan satu jari telunjuknya dibawa ke bibir baginda kemudian dipindahkan pula ke bibirku.

"Cuba bertenang dan jangan cepat gopoh sayang."

Aku menelan liur dengan perlakuan baginda pada ketika ini ditambah lagi dengan sosok tubuhnya yang terdedah di bahagian dada menampakkan dada bidangnya lagi.

Ya Allah! Godaan apakah ini!

"Beta tidak lakukan apa-apa pun kepada kamu sebentar tadi, lalu mengapa kamu terlalu gelabah?"

Aku mengertap gigi menahan amarah. Jangan sampai aku maki bodoh dengan soalan yang ditanya seumpama bodoh itu. Tidak akan la nak tunggu dibaham encik harimau barulah mahu mengambil langkah seribu. Jika risiko di hadapan mata sudah terang-terangan ada mengapa perlu berlengah-lengah mahu membuang masa untuk mengambil langkah berjaga-jaga?

"Apa tuanku tidak rasa soalan yang tuanku ajukan ini terlalu bodoh dan tidak sesuai dengan gelaran tuanku sebagai seuguwan raja alam yang begitu bijaksana?" ujarku sinis.

Tapi sayang pertanyaan sinisku dibalas pula oleh senyuman nakalnya.

"Tidak..." sabda baginda sambil mendekatkan wajahnya kepadaku. Segera aku menutup wajah dengan kedua-dua belah telapak tanganku, mengelak daripada sebarang kemungkinan.

"Kamu mahu tahu sesuatu. Beta ada rancang sesuatu untuk kita berdua namun kamu merosakkan rencana itu sebentar tadi. Oh ya berbalik kepada sangkaan kamu jika beta ada melakukan sesuatu kepadamu saat kamu terlena tadi. Hurm...."

"Mana mungkin asmara itu dinikmati seorang diri bukan? Bukankah ia..."

Terasa deruan nafas baginda makin hampir menghembus sisi telingaku.

"Lebih nikmat jika dinikmati bersama..." laju dengan sambungan ayat itu aku menolak tubuhnya kuat dan bangkit dari katil ini.

"Tuanku gila!" Jeritku lantang lalu segera membawa langkah pergi.

Gagal lagi apabila tanganku tetap pantas ditarik oleh tangan baginda.

"Iya! Beta gila! Beta gila kerana penipuan dan kepura-puraan kamu!"

"Apa kamu pikir beta ini boneka yang tiada hati dan perasaan? Apa jenis makhluk yang namanya manusia, kesukaan kalian adalah mempermainkan hati dan perasaan makhluk lain?"

"Fikirlah apa yang tuanku nak fikir, saya tak kisah! Hina la sejauh mana tuanku nak hina bangsa saya, saya tak kisah! Kerana saya tak perlukan pengiktirafan daripada sejauh mana tanggapan dan pandangan tuanku untuk bangsa saya! Kerana cukup saya sendiri tahu betapa mulianya bangsa saya di seluruh alam ini berbanding dengan bangsa tuanku!" ujarku lantang.

"Oh ya? Beta juga tidak menyangka manusia yang kononnya mulia ini rela mengorbankan tubuhnya berbanding mati." ujar baginda sinis.

"Diam! Awak tak tahu apa-apa! Awak diam!! Mak awak yang paksa saya ke sini!! Golongan awak yang kejam!! Saya buat semua tu pun sebab terpaksa!! Awak semua yang licik!! Awak semua yang kejam!!" Aku betul-betul tertekan saat mendengar kata-kata penghinaan baginda terhadap diriku sehingga aku juga tidak sedar saat tanganku sudah laju menggapai segala barang di sekelilingku yang berada di dalam kamar ini lalu tanpa berpikir panjang aku lontarkan begitu sahaja kepada baginda termasuk satu tembikar kecil yang berada di atas sebuah papan perhiasan.

Aku terdiam saat tembikar itu sudah terlepas dari tangan dan tepat mengenai dahi kiri baginda dan warna merah yang terpancul dari dahinya membuatkan aku menjadi longgar lutut untuk berdiri. Apa yang aku sudah buat? Mengapa baginda langsung tidak mempertahankan dirinya dengan kuasa sakti baginda? Mengapa biarkan aku melukai baginda!

"Bella!"

"Auch!" Aku mengaduh sakit saat kakiku terkena satu serpihan tembikar yang tajam, hal ini membuatkan diriku sendiri tersedar lalu sedikit melopong melihat keadaan bilik ini. Kenapa aku langsung tidak sedar saat aku pecahkan habis barangan tembikar dalam kamar ini?

Rasa sakit di telapak kaki membuatkan aku sendiri tidak mampu untuk berdiri.

"Bella...." laju tubuhku dicapai oleh Raja Andhika.

"Jangan sentuh saya. Saya boleh berdiri dengan sendiri." ujarku cuba untuk mengelak daripada disentuh oleh baginda.

"Oh begitu? Baik, silakan. Beta mahu lihat sejauh mana kamu bisa bertahan." balas baginda lalu melipat kedua-dua belah tangannya ke dada.

Aku cuba mengawal riak. Sakit di tengah-tengah telapak kaki makin menikam. Kenapalah banyak-banyak tempat yang nak kena serpihan tajam tembikar ni, dekat tengah-tengah kaki juga dia nak terkam, kalau dekat tumit bolehlah gagah sebab tebal sedikit kulit, ini dekat bahagian tengah telapak juga nak kena. Huwaaa....dosa aku la ni sebab derhaka kepada si suami.

Ah Ada! Kau cuma buat perkara yang betul! Ini perkara yang terbaik! Anggap saja kesakitan ini untuk hapuskan dosa kau yang lain.

Aku cuba menahan kesakitan. Kaki yang masih memijak serpihan tajam tembikar ini, aku cuba angkat perlahan-lahan. Mataku pejam rapat tatkala tangan cuba meraba telapak kaki untuk membuang serpihan tajam tersebut.

Auch...ya Allah.

Bibirku kemam kuat-kuat untuk menahan rasa nyeri di telapak kaki.

Saat serpihan tembikar ini sudah berjaya aku tarik keluar. Air mataku sedikit bergenang. Pasti tusukannya sedikit dalam dan besar sebab sakit dia lain macam sangat.

Aku memandang ke bawah untuk memastikan permukaan lantai yang selamat untuk aku mengatur langkah.  Aku perlu keluar dari bilik ini dengan segera. Berada lama-lama dekat sini dengan baginda memang betul-betul cari nahas. Haruman daripada tubuh baginda yang begitu memukau deria hiduku ini masih kuat menusuk rongga hidung tapi aku cuba abaikan dengan sebaik yang mungkin. Jangan jatuh lagi dalam dunia khayalan kau Ada! Kau kena keluar dari sini! Segera. Aku sepatutnya berbincang dengan baginda mengenai upacara itu tetapi kenapa perkara ini pula yang terjadi? Berada dekat dengan baginda benar-benar boleh mengocak jiwa seorang Bella Amanda. Kuatkanlah aku Ya Rabb.

Baru saja aku mahu melabuhkan kaki yang sakit ini automatik tubuhku mahu terjatuh kerana tidak tahan dengan rasa perit daripada luka di bawah yakni telapak kaki dan saat ini juga tubuhku segera disambut oleh baginda. Aku benar-benar hampir rebah ke bawah.

"Beta sudah bilang, jangan sesekali degil."

Laju aku menoleh ke arahnya dengan pandangan tajam dan jelinganku. Entah kenapa rasa amarahku lagi tambah membuak-buak saat mendengar kata-kata perlian itu. Namun hatiku sedikit sejuk tatkala memandang riak wajahnya.

Wajah baginda kelihatan sangat risau akan kondisiku. Kerutan di dahinya sebagai bukti tersebut. Tak Bella, kau kena kuat. Kau kena keraskan juga hati.

"Lepaslah! Saya boleh berjalan sendiri! Jangan sentuh saya!" Tubuh baginda aku cuba tolak namun dalam kegelutan itu tidak semena-mena tubuhku diangkat dan digendong oleh baginda.

"Tuanku!" aku terjerit.

Tahu-tahu saja aku sudah didudukkan di kaki katil.

"Degil. Ingkar. Derhaka." terkedu aku buat seketika saat mendengar tiga perkataan itu. Rasa diri ini begitu teruk sangat apabila mendengar kata-kata baginda yang tidak bernada itu.

Skirt gaunku diselak separuh betis lalu kaki ditarik oleh baginda. Aku cuba menghalang  namun tanganku pula ditepis dan digenggam erat.

"Apa kamu bisa duduk dan diam sebentar?"

Soalan itu membuatkan aku terkebil-kebil memandang baginda dan automatik tanganku yang memegang skirt ini juga terlepas lalu baginda dengan selamba menyelak dan menarik kakiku yang sakit semula.

"Luka kamu agak dalam, oleh kerana kuasa sakti beta tidak berkesan ke atas kamu, maka beta tidak bisa menyembuhkannya dengan kuasa sakti beta. Tidak mengapa, beta akan menitahkan pawang istana untuk datang kemari." sabda baginda dan masih terus membelek-belek telapak kakiku. Aku hanya terdiam memandang baginda, lebih tepat pandanganku sedang tertuju kepada dahi kanan baginda yang masih berdarah itu. Luka sendiri pun tidak lap dan cuci lagi, sibuk dengan luka aku. Timbul rasa sebak di dalam hati.

Aku nak jadi seorang Bella Amanda yang kuat, aku tengah usaha keras untuk jadi hati batu dan halau segala perasaan kepada baginda, kalau tidak aku tidak akan mampu untuk keluar daripada sini namun melihat layanan baginda kepadaku seperti ini benar-benar merobohkan sedikit demi sedikit tembok kekerasan hati yang cuba aku bina.

Tanpa sedar, tanganku naik menyentuh sisi dahi baginda yang terluka kerana ketidawarasan aku sebentar tadi.

"Sakit tak?" aku menyoal sambil mataku mula bergenang dengan air mata. Wajah baginda yang tengah menunduk untuk melihat kakiku perlahan-lahan terdongak memandang wajahku. Lama kami merenung antara satu sama lain sambil aku masih menunggu jawapan daripada baginda.

"Tidak..." ujar baginda sambil menyentuh tanganku yang sedang menyentuh sisi luka itu.

"Jika mahu dibandingkan dengan rasa sakit di sini." tanganku diletakkan di dada kiri baginda. Tidak semena-mena air mata yang sudah bergenang, perlahan-lahan menuruni pipi.

"Maafkan saya." ujarku lalu menunduk memandang riba, aku tidak tahu mahu memberikan reaksi yang seperti apa. Rasa bersalah di dada cukup membuak-buak.

"Kerana melukai hati dan dahi tuanku." aku memandang sejenak dahi baginda.

"Rasanya dahi tuanku...."

Tangan yang diangkat mahu menyentuh dahi baginda dihalang oleh tangannya yang memegang tanganku serta-merta.

"Luka dan kesakitan ini bukan apa-apa buat beta, beta sudah terbiasa dengan luka luaran yang jauh lebih parah daripada ini."

Aku terdiam. Aku lupa bahawa baginda juga seuguwan panglima perang.

"Tapi beta tidak pernah merasai luka di hati seperti ini."

tanganku yang masih berada di dada baginda aku renung sejenak lantas mataku beralih memandang matanya.

Maafkan adinda wahai kanda....

Perlahan-lahan aku menarik perlahan tanganku di dadanya.

"Saya tidak mencintai tuanku, kita terlalu banyak beza jurangnya. Saya tidak mampu berpura-pura seperti sebelum ini lagi. Saya juga terseksa dalam keterpaksaan kepura-puraan saya untuk merelakan tuanku menyentuh saya. Saya tetap berpegang dengan agama dan Tuhan saya. Saya tidak mampu membelakangi Tuhan dan agama saya. Saya berharap tuanku mampu mengerti."

"Beta mengerti...."

Aku tersentak. Semudah ini? Bukankah sebelum ini baginda kelihatan begitu degil sekali? Dan perwatakannya juga berubah dengan sangat ketara, mengapa kali ini baginda seakan-akan mudah sekali menerima penjelasanku?

"Beta mahu tahu satu hal."

"Apa?"

"Pernahkah sekali saja kamu mencintai beta?" sabda baginda lalu menatap sepasang mataku.

Aku terdiam lama.

Sudah tentu kanda. Sudah tentu. Dan sampai saat ini dinda tidak pernah berhenti mencintai kanda.

"Tidak. Jurang antara kita terlalu berbeza menyebabkan perasaan cinta dalam hati saya juga seakan mustahil untuk hadir buat tuanku." aku cuba mengukir senyuman yang bersulam kepahitan ini kepada baginda.

Tiba-tiba sebaris ayat yang dilontarkan oleh baginda sehingga membuatkan aku separuh gila tadi kembali semula bermain di mindaku.

"Benar kata tuanku, saya lebih rela mengorbankan tubuh saya untuk tuanku berbanding mati, tetapi itu pada sebelum ini namun sekarang tidak lagi. Saya lebih rela mati daripada membiarkan diri ini melanggar lagi hukum Tuhan saya." ujarku berani.

Baginda tercengang dan matanya bertukar redup dan perlahan-lahan wajah itu menunduk ke bawah. Posisi tubuhnya dialih untuk duduk di sisiku di atas katil.

"Apa begitu sekali kamu mencintai Tuhanmu wahai Bella Amanda?"

Lama aku membiarkan soalan itu tergantung tanpa jawapan dan baginda juga setia menunggu balasan daripadaku.

"Ya....terlalu." ujarku jujur.

Aku mengerling riak baginda di sisi. Baginda mengangguk-angguk sebagai tanda mengerti senyuman terukir pahit di bibir baginda.

"Soal upacara Gamala itu..."

"Beta tidak bisa memberitahu kamu sekarang, kamu akan tahu sendiri kelak apabila kamu sudah ada di dalam upacara itu."

"Tapi tuanku..."

"Dan kamu boleh memilih apa sahaja keputusan yang kamu mahu lakukan pada saat dan ketika itu. Beta tidak menghalang."

Kata-kata baginda membuatkan aku sedikit bingung dan menimbulkan rasa tanda tanya. Kenapa tidak berterus terang sekarang saja?

Aku terdiam sambil merenung sisi wajah baginda. Riaknya tenang seumpama baginda sedang berpasrah dengan segala ketentuan menyebabkan aku juga berfikir, apa aku sudah benar-benar melampaui batas dalam menyakiti hati baginda?

Tatkala cinta itu perlu dipilih. Sememangnya memerlukan pengorbanan untuk melepaskan salah satunya. Mataku bertukar redup. Dan maafkan diri ini kanda, adinda tidak boleh memilih kanda dan cinta kita.


"Jika ini takdirnya, maka aku pasrahkan sahaja." 💘

|Bella Amanda|

Continue Reading

You'll Also Like

135K 10.7K 59
Kelangsungan hidup. Good vs evil, courage dan heroism, pemberontakkan dan banyak lagi konsep dalam hidup ni mengambarkan sikap seseorang. Lagi-lagi p...
63.5K 232 13
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA
478K 1.2K 17
Mula mula
57.9K 7K 90
Dua dunia berbeza. Vampire dan Manusia. Semua tahu manusia dan vampire tidak boleh bergaul kerana perbezaan alami mereka. Namun sesuatu terjadi. Du...