The Night Knight Princesses ✔

Від i_am_kacang

220K 13.6K 2.4K

PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang... Більше

TNKP | PROLOG
TNKP | GALLERY
TNKP | GALLERY ii
TNKP | 1
TNKP | 2
TNKP | 3
TNKP | 4
TNKP | 5
TNKP | 6
TNKP | 7
TNKP | 8
TNKP | 9
TNKP | 10
TNKP | 11
TKNP | 12
TKNP | 13
TKNP | 14
TNKP | 15
TNKP | GALLERY iii
TNKP | 16
TNKP | 17
TNKP | 18
TNKP | 19
TNKP | 20
TNKP | 21
TNKP | 22
TNKP | 23
TNKP | 24
TNKP | 25
TNKP | 26
TNKP | 27
TNKP | 28
TNKP | 29
TNKP | 30
TNKP | 31
TNKP | 32
TNKP | 33
TNKP | 34
TNKP | 35
TNKP | 36
TNKP | 37
TNKP | 38
TNKP | 39
TNKP | 40
TNKP | 41
TNKP | SPECIAL CHAPTER [RAYA]
TNKP | 42
TNKP | 43
TNKP | 44
TNKP | 45
TNKP | 46
TNKP | 47
TNKP | 48
TNKP | 49
TNKP | 50
TNKP | 51
TNKP | 52
TNKP | 53
TNKP | 54
TNKP | 55
TNKP | 56
TNKP | 58
TNKP | 59
TNKP | 60
TNKP | 61
TNKP | 62
TNKP | 63
TNKP | 64
TNKP | 65
TNKP | 66
TNKP | 67
TNKP | 68
TNKP | 69
TNKP | 70
TNKP | 71
TNKP | 72
TNKP | 73
TNKP | EPILOG
TNKP | TENSION
TNKP | FUNFACTS?
TNKP | ELEMENTAL KINGDOM

TNKP | 57

1.9K 142 23
Від i_am_kacang

  Hanz dan Hanza berlari ke balairung istana. Mereka terkejut apabila mendapat khabar putera tunggal Kerajaan Naga sudah tersedar daripada 'lena'.

  "Kau... Okay?" soal Hanz, teragak-agak. Wajah pucat sahabatnya dipandang sekilas lalu pandangannya dialih.

  "Kau jijik pandang aku?" soal Rayyan. Terasa nada sayu di situ.

  "Tak. Kami tak jijik... Tapi... Kami tak sanggup lihat kau begini.." Hanza menjawab, sedih.

  "Aku tahu. Dahulu akulah Pahlawan Naga yang gagah perkasa, diberi nama sebagai Pengawal Dimensi juga. Sekarang, akulah yang terlantar sepi. Kemegahan aku sudah hancur, binasa sebegitu sahaja." Rayyan tersenyum kecil, namun hambar.

  "Kau—"

  "Tak perlu kasihankan aku. Yang aku tahu, aku perlu... Hapuskan si tak guna yang sumpah aku dan L," tekad Rayyan. Matanya kelihatan seperti memancarkan api dendam yang membara, menjulang tinggi.

  "Eh?!" Hanz dan Hanza tersentak.

  "Ma—Mana boleh!" halang Hanza.

  "Takkanlah tak boleh?" Rayyan menyoal sinis. Apa dia kisah?

  "Tapi.. Tapi..."

  "Sayang, hidup ini indah sekali. Apa salahnya menghabiskan masa dengan menghapuskan bakteria?" Rayyan menyoal.

  Hanza hilang kata. Hanz terdiam.

  "Kau kena rehat. Tubuh kau masih lemah." Hanz memesan dengan nada dingin sebelum dia melangkah keluar. "Jangan beri harapan palsu," ucapnya lagi lantas kaki dibawa keluar. Dia langsung tidak memandang wajah Rayyan. Jika tadi dia memandang 'lembut', kali ini keras dan beku.

  "Aku keluar dulu. Rehat dan jangan lupa ambil ubat." Hanza mengekori langkah kembarnya. Hatinya dihambat rasa pilu.

  Rayyan tersandar lemah di kepala katil. "Dunia ini kejam." Dan dia memejam matanya, rapat seperti rapatnya hati sang putera itu terkatup sepi.

  Mungkin?

••••

  Rien melibas pedangnya beberapa kali. Libasan terakhir dibuat gaya 'X'. Violet menyerang bertubi-tubi dengan kuasa yang baru dibangkitkannya.

  Griffin yang diseru Star pula sibuk menyerang dan mencakar tubuh naga itu. Star sedar, kulit Dryel keras, tapi apa yang mampu selain daripada itu?

  Aurora masih cuba menumpaskan Wynde dengan bantuan golemnya. Setahunya bulu pelepah burung lembut sahaja, tetapi mengapa ia tetap teguh walau dihumban dengan kristal yang bertalu-talu menyerangnya?

  Oh abaikan ayat pelik itu.

  'Jangan ingat kami mudah ditewaskan. GROAHHHHH!!' Dryel mengaum sekuatnya.

  Violet, Star, Aurora dan Rien terpelanting ke belakang. Griffin itu menghilang dan golem kristal hancur bagaikan debu.

  Wynde mengepak sayapnya sehinggakan angin 'membelai' mereka 'lembut' dan sekali lagi mereka terpelanting. Ah, sarkastiknya ayatku hiks.

  "Ss.. Sakit..." Aurora berdesis. Tubuhnya bercahaya lalu segala calar yang 'singgah' di tubuhnya hilang begitu sahaja.

  Violet turut melakukan perkara yang sama. Manakala Star menggunakan magis healer untuk menyembuhkan diri.

  Hanya Rien, yang masih berdegil masih meneruskan pertarungan sebagai 'manusia' biasa.

  Star menggenggam tangannya. Dia berdiri lalu tubuhnya menghilang. Wynde dan Dryel mula memandang sekeliling.

  ZAP!

  Satu libasan pedang menyinggah tubuh Wynde. Wynde yang terkejut terus mengamuk apabila pelepahnya gugur ke lantai.

  ZAP!

  Dryel masih berdiri teguh walaupun tubuhnya sudah dilibas.

  ZUP!

  Satu anak panah meluncur laju ke arah Dryel. Dryel tidak mengendahkannya. Sebaik sahaja dia berpaling, dia agak terkejut melihat tubuh Violet yang terapung dengan bebola api di tangan.

  Dryel yang tidak sempat mengelak berdesis sedikit. Heh, sikit je.

  Sementara itu, Wynde pula sibuk mempertahankan pelepahnya daripada dilibas oleh Star. Kadangkala dia mengepak sayap sehinggakan api yang sepatutnya dihala ke arah Dryel membara dan menyambar tubuh tiga rakan seperjuangannya.

  Saat Violet mahu meminta maaf, tubuhnya terasa seperti dihempas. Dia mengerang kesakitan. Star dicampak ke tepi.

  'Kuatnya...' bisik Violet, dalam hatinya.

  "Kerjasama."

  Semua memandang Rien.

  "Huh?"

  "Kerjasama. Kalau korang perasan, mereka berdua saling bekerjasama menumpaskan kita. Jadi.... Mari kita bekerjasama melawan mereka," kata Rien, serius.

  "Mereka lebih besar dan kuat," keluh Star.

  "Dua lawan empat, siapa menang? Sekarang ini kita tak lihat kekuatan, sebaliknya kerjasama antara kita. Kalau kita melengkapi, semuanya amat mudah." Aurora yang sedari tadi berdiam diri kini bersuara.

  Star berpandangan dengan Violet. Perlahan, mereka mengangguk.

  "GROAHHH!!"

  "ELAKK!!" tempik Star. Tangannya dinaikkan ke atas, seolah-olah cuba melindungi diri.

  BOOOMM!

  Kabus menutupi pandangan mereka. Sebaik sahaja semua membuka mata, sebuah pelindung berwarna kuning menjadi tatapan. Wajah berpaling ke arah Star.

  Tangan Star bercahaya kekuningan.

  "Mari tamatkan segalanya." Aurora tersenyum sinis. Tangannya dihala ke hadapan lalu sebilah pedang yang terhasil daripada kristal muncul. Dia pantas berlari ke hadapan lalu tubuh Wynde menjadi sasaran.

  Saat Wynde mahu mengepak sayap, dia terus meraung apabila terasa sakit.

  Saat itu, Violet, berdiri di situ dengan busur di tangan. Anak panahnya meluncur laju ke arah Wynde.

  Wynde yang kelihatan hilang fokus terhadap Aurora menyebabkan gadis itu mula mengambil kesempatan. Bilah pedangnya laju melibas tubuh Wynde.

  Dryel yang melihat tidak mendiamkan diri sebaliknya mengangkat ekornya, mahu melempar gadis itu.

  Malangnya, ekornya itu telahpun dilibas dengan pedang milik Rien.

  Dengan sekelip mata Rien membelasah tubuh gergasi naga itu.

  Apabila Rien hampir terduduk kepenatan, dia bangkit kembali apabila Star mengambutnya dengan magis air. Gadis bernama Star itu ligat menyerang Dryel.

  "Combo slash! Double swords!" jerit Aurora dan Rien.

  Mereka melibas pedang mereka sekaligus ke arah Wynde dan Dryel.

  Star dan Violet lantas menggunakan kuasa dan magis mereka.

  Wynde dan Dryel hilang fokus. Mereka tidak tahu sebenarnya siapa yang menyerang mereka.

  Saat itu, Violet terbang ke arah Wynde dengan busur si tangan. Tangannya menarik tali busur itu lalu anak panah dilepaskan bertubi-tubi.

  Wynde sudah bersedia lalu tiupan angin terhasil daripada kepakan sayapnya. Anak panah itu melayang, mudah.

  Tetapi Wybde tidak menyedari kehadiran Aurora dan Rien di belakang Violet. Mereka melibas pedang dengan lincah.

  Selepas itu Star muncul lalu bebola kuasa cahaya yang terhasil daripada magis dilempar ke arah Wynde.

  Dryel melibas bebola kuasa itu, membantu Wynde yang sibuk mempertahankan diri.

  Secara tiba-tiba Rien muncul di belakangnya. Tubuh gergasinya dilibas lagi.

  Disebabkan Rien menggunakan seluruh kekuatannya, dia hampir rebah namun menguatkan kembali semangatnya.

  Dryel juga hampir terjatuh namun dia sempat menstabilkan diri. Sebaik sahaja dia menoleh ke tepi, sebuah bebola api bersaiz gergasi menamparnya.

  Dryel terlempar jauh ke belakang. Ketika dia mahu bangun, bebola kristal gergasi menghempap dirinya dan dia dilibas oleh Rien, juga dipanah oleh Star.

  Akhirnya Dryel mengalah. Dia bertukar menjadi anak naga kembali.

  SWOOOSH!!

  Empat gadis itu mengelak.

  Rien sempat menahan diri dengan pedangnya terpacak di atas lantai lalu dia berlari semula ke hadapan. Tangan diangkat dan mahu melibas Wynde.

  Wynde mahu menyerang Rien, sebaliknya dia menyerang angin kerana Rien menghilang.

  Tubuh Wynde terasa dipanah berkali-kali. Bulu pelepahnya terasa dibakar.

  "COMBO!!"

  Aurora dan Rien bekerjasama sekali lagi. Mereka berdua menyerang Wynde dengan pedang lalu menumbuk tubuh Wynde bertubi-tubi. Tumbukan mereka diakhiri dengan tumbukan kristal oleh Aurora.

  Wynde meraung kesakitan. Satu tangan menyentuh kakinya lalu Wynde meringis kesakitan.

  Dia memberontak sehingga Violet tercampak jauh. Kaki Wynde berwarna kemerahan angkara haba yang disalurkan oleh Violet.

  "AMBIL NI!" Star muncul dengan seekor griffin di belakangnya.

  Star memanah tubuh Wynde. Griffin itu mula mencakar burung gergasi itu.

  Wynde semakin parah dan dia bertukar kepada burung kecil semula.

  Griffin tadi menghilang. Empat gadis tersenyum puas.

  Mereka berpandangan sebelum masing-masing merebahkan diri.

  "Penatnya..." rungut mereka.

  "Petang nanti ada latihan di taman bunga." Satu suara menyampuk.

  Terbuntang mata mereka.

••••

  Riane melemparkan pandangannya ke luar. Dia mengeluh seketika.

  Pandangan dewi lain diabaikan. Yang dia tahu dia runsing.

  Dia baru sahaja mengetahui akan kematian waris terakhir Neflos.

  "Ergh! Kenapa mereka bunuh Vlad?!" Riane melepaskan amarah. Gaun hijaunya digenggam kuat.

  Tiba-tiba satu tubuh muncul, melabuhkan punggung di hadapannya.

  Wajah itu dipandang sepi.

  "Kau okay?" soalnya.

  "Huh?" Riane berpura-pura.

  "Aku tahu tau tak okay..." 'Dia' tersenyum kecil.

  "Ako... Kau diam sekejap boleh tak? Nanti aku tendang kau baru tahu," ugut Riane. Dewi Alam itu dijeling.

  "Tch, kaulah diam. Kau ingat aku tak stres? Kau setakat jaga bunga, aku ni ketua tahu. Kau Dewi Bunga, aku Dewi Alam. Lagi penat," rungut Ako, atau nama sebenarnya, Miako. Dewi Miako. Seorang Dewi Alam.

  "Kau merungut ni, tak takut Komander Angel tahu?" soal Riane, sinis. Err... Komander ke?

  "Aku kisah apa. Dia bukannya selalu ada pun," kutuk Miako, selamba.

  "Paling-paling pun kalau dia tahu? Yalah kau pun sedar ramai dewi minat angel tu. Buatnya ada yang laporkan?" Riane mengangkat kening.

  "Apa masalah?" Miako menjulingkan anak matanya. Ingat dia kisah dan takut akan Xyn, si Komander Angel di Alam Syurga itu?

  Pfft—. Taklah!

  "Eh dahlah. Aku sebenarnya nak lepak sekejap je. Jumpa lagi," ucap Miako sebelum meninggalkan Riane.

  Dan Riane... Kembali runsing.

  Hailah ketua, kenapa kau tinggalkan aku.... Hiks....
















To be continued

Heyhey Miako bukan watak baru eh? Miako ni watak kisah fantasi yang lain. Nantilah jumpa dia... Lepas tamat TNKP ke... Atau tamat fantasi yang lain? Oof...

Kalau perasan dia ada je dalam special chapter, raya. Heheh...

OwO see ya!

Продовжити читання

Вам також сподобається

489K 41.1K 93
Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik. Alat muzik? Semua orang boleh latih dir...
31.6K 845 13
Zura dikejar makhluk ghaib dari asrama universitinya. Tiba-tiba, dia termasuk ke alam ghaib. Mampukah dia kembali ke alam nyata? Boleh atau tidak, h...
353K 15.3K 41
Pertemuan kami bukan lah seperti drama -drama yang korang tengok di tv tapi aku bertemu dengan nya dalam keadaan menjijikkan. Beautiful cover by @aez...
ARAWN | ANTARA DUA REALITI Від Lynne 🦋

Підліткова література

2.7K 355 30
Menjadi popular didalam sosial media merupakan impian setiap streamer. Anwar, seorang pelajar berusia 16 tahun dengan mudahnya melonjak naik bersama...