The Night Knight Princesses ✔

By i_am_kacang

220K 13.6K 2.4K

PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang... More

TNKP | PROLOG
TNKP | GALLERY
TNKP | GALLERY ii
TNKP | 1
TNKP | 2
TNKP | 3
TNKP | 4
TNKP | 5
TNKP | 6
TNKP | 7
TNKP | 8
TNKP | 9
TNKP | 10
TNKP | 11
TKNP | 12
TKNP | 13
TKNP | 14
TNKP | 15
TNKP | GALLERY iii
TNKP | 16
TNKP | 17
TNKP | 18
TNKP | 19
TNKP | 20
TNKP | 21
TNKP | 22
TNKP | 23
TNKP | 24
TNKP | 25
TNKP | 26
TNKP | 27
TNKP | 28
TNKP | 29
TNKP | 30
TNKP | 31
TNKP | 32
TNKP | 33
TNKP | 34
TNKP | 35
TNKP | 36
TNKP | 37
TNKP | 38
TNKP | 39
TNKP | 40
TNKP | 41
TNKP | SPECIAL CHAPTER [RAYA]
TNKP | 42
TNKP | 43
TNKP | 44
TNKP | 45
TNKP | 46
TNKP | 47
TNKP | 48
TNKP | 49
TNKP | 50
TNKP | 51
TNKP | 52
TNKP | 53
TNKP | 54
TNKP | 55
TNKP | 57
TNKP | 58
TNKP | 59
TNKP | 60
TNKP | 61
TNKP | 62
TNKP | 63
TNKP | 64
TNKP | 65
TNKP | 66
TNKP | 67
TNKP | 68
TNKP | 69
TNKP | 70
TNKP | 71
TNKP | 72
TNKP | 73
TNKP | EPILOG
TNKP | TENSION
TNKP | FUNFACTS?
TNKP | ELEMENTAL KINGDOM

TNKP | 56

1.8K 156 14
By i_am_kacang

  Pagi yang indah itu riuh-rendah dek suara teriakan dayang-dayang istana yang menjaga sang Pahlawan Naga. Kata mereka, pahlawan itu sudah tersedar daripada ‘lena’.

  Sang permaisuri yang merindui anakandanya terus memeluk putera kesayangannya. Dia sangat bersyukur bahawa sumpahan itu tidak seteruk sumpahan sebelum ini.

  “Anakanda okay? Ada rasa sakit? Mari bonda sembuhkan anakanda…. Kasihan kamu disumpah durjana sekalian itu.” Permaisuri Sandra mengucup ubun-ubun putera itu.

  Putera itu kaku dalam dakapan permaisuri. Permaisuri Sandra mulai cemas. “Panggil tabib sekarang juga!” teriak wanita berrdarah raja itu.

  “Mengapa dinda? Apa yang terjadi? Apa yang bising-bising itu?” soal Raja Zion dengan hairan. Dia berada di balairung istana apabila seorang pengawal memberitahunya bahawa Permaisuri Sandra ingin bertemu dengannya di kamar anakanda tunggal mereka.

  “Rayyan sudah sedar. Apabila dinda memeluknya, dia tiba-tiba kaku!” Permaisuri Sandra menitiskan air mata.

  “Tuanku!” Seorang pengawal merapati pasangan itu. “Ada surat utusan daripada Kerajaan Angel.” Sehelai bulu pelepah dihulur kepada sang raja.

  Raja Zion memandangnya lalu pelepah itu diambil. Cahaya bersinar dan pelepah itu bertukar menjadi surat. Surat itu terapung sahaja di atas tangan Raja Zion yang   bersinar.

  Dia tersenyum hambar. “L sudah sedar. Malangnya…. Dia turut rebah dalam dakapan Zach.”

••••

  Vladeric keluar dari kamar yang menempatkan kedua-dua putera itu. Dia telah dipanggil oleh pemerintah Kerajaan Naga dan Kerajaan Angel untuk memeriksa keadaan mereka. Ruangan di dalam kamar Putera Rayyan dipandang sekilas sebelum dia melepaskan keluhan berat. Kini, dia berada di Kerajaan Naga. Raja Zach, Permaisuri Andria juga telah membawa L ke kerajaan itu. L diletakkan di ‘kamar’ yang dia tinggal sekiranya dia tinggal di kerajaan itu.

  “Bagaimana?” Permaisuri Andria dan Permaisuri Sandra terus mendapatkan lelaki itu.

  Vladeric menoleh memandang pintu kamar Rayyan sekali lagi sebelum dia memandang dua wanita itu dengan pandangan berat.

  “Vlad?” Raja Zion menyedarkan Vladeric ke alam nyata.

  “Maafkan aku.”

  Dua patah perkataan yang sudah mampu meretakkan hati ibu bapa putera-putera itu.

  “Ta… Tapi kenapa?” soal Permaisuri Andria, gagap.

  “Bala. Semua ini bala. Sumpahan ini sebenarnya jauh lebih teruk!” Vladeric meramas kasar rambutnya. Apa yang sebenarnya difikirkan oleh Dewi Sumpahan bongsu itu?!

  “A… Apa?”

  “Rayyan dan L tersedar lebih awal kerana masa mereka di ‘sana’ sudah tamat. Kini mereka akan diseksa lebih teruk di alam realiti! Mereka… Mereka tidak boleh mendekati kalian. Kuasa mereka seolah-olah hilang, sayap mereka cedera teruk, patah! Tulang mereka retak, tubuh mereka luka! Racun yang mengalir dalam tubuh mereka jauh lebih berbisa berbanding keturunan sebelum ini! Semua ini gila!” Vladeric berteriak kuat.

  Permaisuri Sandra dan Permaisuri Andria terduduk lemah. Raja Zion dan Raja Zach terkedu.

  “Dan…. Dan…. Hati mereka seolah-olah diikat sesuatu…” sambung Vladeric. Sungguh, dia tidak tahu kegilaan apakah yang berlaku!

  Hati mereka meruntun sayu. Permaisuri Sandra menggenggam tangannya. Air mata yang mengalir di pipinya diseka kasar. Tidak peduli akan lantai yang sudah basah kerana mutiaranya. Pantas dia bangun.

  “Akanku balas semula perbuatan tak guna si kejam itu! Dasar!”

  Permaisuri Andria, Raja Zion, Raja Zach dan Vladeric tersentak.

  “Jangan, dinda…” larang Raja Zion.

  “Saya tidak peduli!”

  “Jangan!”

  “AH!” Permaisuri Sandra tetap berkeras.

  “Aku kata jangan!” Raja Zion mula berkasar.

  Permaisuri Sandra terkedu.

  “Kalau kau pergi, bukannya kau dapat lakukan apa-apa! Kau yang akan mati dahulu! Kau sedar tak mereka dewa?! Kegelapan, kematian, sumpahan, godaan dan masa! Mereka lebih kuat! Malah, L dan Zach sendiri berada di bawah mereka! Kau tahu tak aku tak nak kehilangan kau?! Aku sayang kau, tahu tak?!” Nada suara Raja Zion meninggi.

  Permaisuri Sandra sekali lagi mengalirkan air mata. Tubuh raja itu dipeluk erat. Dia menangis dan menangis, menyedari kesalahannya. “Ampunkan dinda… Dinda salah…” ucapnya berkali-kali.

  Raja Zion memeluk isterinya. Dia benar-benar tidak mahu kehilangan ratu hatinya. cukuplah anakandanya yang terseksa. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya seandainya wanita itu turut terkena sekali.

  Permaisuri Andria dan Raja ZZach berpandangan. Raja itu tersenyum lemah.

  “Awak jangan buat perkara yang bukan-bukan ya, sayang…” ucapnya sayu.

  Vladeric tidak dapat menahan rasa sebaknya. “Jangan dekati mereka atau mereka akan lebih terseksa. Aku sarankan mereka berehat sahaja di istana,” katanya sebelum menghilang di sebalik portal.

••••

  “Ryssa!” Istana tu bergema dengan jeritan seseorang.

  “Ryssa!”

  “Apa kau nak, hah?!” soal Ryssa, kasar. Dia sedang sibuk menguruskan hal kerajaan dan hal Alam Roh. Ah… Dia, Ryn dan Delisya bertugas di Alam Roh sementara Ray, Rez dan Kai pula di Alam Neraka. Hiks semestinya ada dewa lain yang turut membantu.

  “Kenapa sumpahan yang kau beri itu melampau sangat?!” soal Vladeric, juga kasar.

  “Ikut suka akulah! Yang engkau sibuk ni apahal?!” Ryssa membalas.

  “Mentang-mentang engkau yang dilantik sebagai penurun sumpahan, kau sesuka hati sahaja menggunakan kuasa engkau! Dasar pentingkan diri!” tengking Vladeric.

  “Kau ingat aku sahaja?! Ryn pun boleh beri sumpahan jugalah! Tak, sekarang ini apa masalah kau, hah?!”

  “Kau sedar tak sumpahan kau tu melampau?! Tak kasihankah kepada Raja dan Permaisuri?!” jerkah Vladeric.

  “Itu sikit sahajalah! Mustahillah sumpahan sedikit itupun tak dapat mereka tahan? Dasar lemah!” keji Ryssa. Kasihan untuk apa? Hmph!

  PANG!

  Nafas Vladeric tidak teratur. Dia menurunkan tangannya, memandang Ryssa yang kepalanya terteleng ke tepi gara-gara ‘hadiahnya’ tadi.

  “Kau dah melampau!!” Bergema istana itu.

  BUM!

  “Siapa benarkan kau sentuh adik kami, hah?!” Satu suara menjerkah.

  Vladeric bangun perlahan-lahan. Dinding itu retak apabila dia tercampak kuat ke belakang.

  “Perempuan ini sudah melampau!”

  “Perempuan itu adik kamilah, bodoh!” tengking Ray.

  “Datang tanpa undangan lalu terus membuat kecoh?” sindir Kai. “Biar kami buat kau terhapus dari dunia ini!”

  “Kau sentuh walau sedikit, mati kau kami kerjakan!” Ray bersuara, dingin. Penumbuk dikepal. Satu aura berwarna hitam mengelilinginya. Kuasanya sebagai Dewa Kegelapan mulai bangkit.

  “ARGH!!!” Jeritan nyaring Vladeric menjadi latar suara yang memecah kesepian istana.

  Kai menyerang Vladeric bertubi-tubi. Dia melibas pedangnya dengan kekuatan sebagai syaitan. Ray menggunakan kuasa kegelapan, kuasa yang menjatuhkan seseorang ke lembah tanpa cahaya yang paling dalam. Mereka dilahirkan sebegitu, apa masalahnya?

  “MATI KAU!!!” Serangan terakhir membuatkan Vladeric rebah. Dia…. Kaku.

  Kai dan Ray tersenyum sinis. Tangan diangkat lalu cahaya daripada tubuh Vladeric yang bersinar mendekati dua lelaki itu. Cahaya yang terang bertukar kelam, gelap, sehitam-hitamnya.

  Tubuh Vladeric bertukar kepada debu. Dan kegelapan ‘menyinari’ kerajaan itu.

••••

  Rayyan terkebil-kebil di tempatnya. Dia menyentuh cadar katil itu, selimut, bantal dan sebagainya!

  “Betulkah aku sudah kembali ‘hidup’?” soalnya tidak percaya. Dia tersenyum gembira. Dia mahu ke Kerajaan Angel untuk bertemu dengan L. pasti dia juga sudah sedar!

  Baru sahaja mahu mengeluarkan sayap, dia terus terbaring kembali di atas katil. Rayyan mengerutkan dahi dan mengetap gigi, menahan kesakitan.

  “ARGH!” Terlepas juga jeritannya.

  “Sakit…” Tidak berputus asa, dia tetap mengeluarkan sayapnya. Bersusah payah dia menahan perit, akhirnya sayap berjaya dikeluarkan. Rayyan mengangkat wajah. Manik-manik peluh di dahi diseka.

  Tergamam dia melihat pantulan di dalam cermin. Dalam kamarnya, dia mempunyai sebuah cermin bersaiz agak besar di satu sudut. Iyalah, identitinya sebagai putera memerlukan kesempurnaan.

  Tetapi kini, apa yang dia lihat adalah…. Satu kelibat yang berbalut persis mumia, di belakangnya terdapat sayap hitam dan putih, kelihatan seperti sudah patah, malah koyak-rabak.

  Dan…. Itulah dirinya… dahulu dia disanjung,  dipuji, dihormati dan kini..? Segalanya musnah.

  “Tsk…” Rayyan berdecit sakit. Dadanya ditekup kuat. “Urgh…” Darah mengalir keluar dari mulutnya. Jantungnya dan hatinya sangat sakit tika itu. Apakah…?

  Rayyan memerlukan penjelasan. Sayapnya cuba disimpan. Akhirnya dia mengalah. Kakinya dibawa ke luar kamar. Langkahnya perlahan sahaja. Tangannya memegang apa sahaja yang boleh membantunya teguh berdiri.

  Beberapa kali dia hampir tersadung. Tidak pula dia lihat kelibat mana-mana pengawal mahupun dayang. Ah, apa-apa sahajalah!

  Lama dia berjalan mahu ke balairung istana, barulah dia tiba. Di sana dia lihat kelibat bonda, ayahandanya dan beberapa orang yang masih dia tidak dapat kenali.

  “Rayyan…” Permaisuri Sandra bersuara apabila kelibat anakandanya kelihatan. Dia Nampak sangat… Teruk..

  Saat bondanya mendekati, Rayyan rebah ke lantai. Dadanya ditekup. “ARGH!” Darah tersembur keluar.

  “Rayyan!” Permaisuri Sandra berlari mahu mendapatkannya, malangnya ditahan Raja Zion.

  “Ingat pesan Vlad… Jangan tambah beban dia..” katanya perlahan.

  Permaisuri Sandra akur. Dia menitahkan beberapa pengawal membantu Rayyan berdiri. Sebuah awan dihasilkan dan Rayyan didudukkan di atas awan itu. Dia berada agak jaub daripada yang lain.

  “Kamu okay?” soal seseorang.

  Rayyan menoleh. Sekali lagi jantungnya berdenyut kuat.

  Raja Zach dan Permaisuri Andria berundur ke belakang. “Ma…. Maaf..”

  “Bonda… Ayahanda… Apa yang sebenarnya berlaku? Beritahu Rayyan! Kenapa dengan Rayyan? Mana L?” soalnya bertubi-tubi.

  Mereka diam.

  “Beritahu anakanda!” desak Rayyan lagi.

  Diam, kaku, sayu, beku.

  "Argh!” Rayyan memuntahkan sejumlah darah yang agak banyak tika mahu mendekati ayahandanya.

  “Rayyan!” Permaisuri Sandra berteriak.

  Rayyan tidak peduli. Kakinya tetap laju mendekati mereka.

  “Pengawal!” titah Raja Zion.

  Pengawal tadi memegang lengan Rayyan dan mendudukkannya di atas awan tadi.

  “Beritahu Rayyan!”

  “Baiklah….” Mereka akur. Kisah itu dibuka kembali.

  Dan hati Rayyan bagai direntap mendengarkannya.













To be continued

K hambar ヽ(´∀`)ノ

Continue Reading

You'll Also Like

Kampungku By

Fantasy

116K 519 8
Aktiviti Kemasyarakatan Dikampung Sangat Harmoni Dengan Kerjasama Penduduk Setempat Dalam Berbagai Perkara Yang Dilakukan Bersama-Sama Diatas Semanga...
16.7K 1.7K 42
Ahli sihir yang namanya dilupakan. Itulah dia. start : 20/03/30 end : 20/05/12
559K 43.5K 86
White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin dia mahu percaya? jika dia masih kanak-ka...
PENJAGA 2 ✔ By Aîm

Mystery / Thriller

92K 8.8K 27
"Dia akan terus menghantui kita," ujar Zetty gentar. Bibirnya pucat menandakan dia serius dengan kata-katanya. Seketika kemudian, satu jelmaan muncul...