Akid Humaira

By shashim_

259K 14.1K 1.6K

Previously known as My Badboy Mr Romantic (complete โœ”๏ธ) Humaira Sofiya adalah seorang gadis ceria yang gila-g... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Epilog
Special Chapt
Nota cinta๐Ÿ’œ

Bab 32

4.8K 293 40
By shashim_

Puas dia mencari buku yang diinginkan oleh Hayyan tetapi tidak dijumpai. Humaira memberanikan diri untuk bertanya keberadaan buku tersebut kepada pekerja di situ. Kalau tidak bertanya sampai malam tak jumpa buku itu.

Akhirnya, staff popular menunjukkan keberadaan buku tersebut dan memberitahunya bahawa buku tersebut hanya tinggal satu sahaja. Patutlah tak jumpa, rupanya buku tersebut terletak di bahagian belakang buku-buku poem yang lain. Baru sahaja dia ingin bergerak ke kaunter, matanya terlihat sebuah buku yang berjaya menarik perhatiannya.

"Memories. Macam best and cover pun lawa," ujarnya sambil membelek buku tersebut.

" I just hope you realize how much you mean to me. I just wish I could remind you of how beautiful you are. I'm sorry I haven't told you in so long. But please don't think I have given up on you. I will never give up on you. My arms are wide open. There is always a place for you here by Lang Leav, Memories."

Terkejut Humaira dibuatnya apabila terdengar satu suara garau menyapanya dari belakang. Humaira segera memalingkan badannya ke belakang.

"Akid? Apa awak buat dekat sini?" soal Humaira dengan rasa terkejut yang masih bersisa. Pertama, dia terkejut dengan kemunculan Akid secara mengejut itu sebab sangkanya Akid ikut Kamil dan Fatty makan atau Akid pergi ke tempat lain yang pastinya bukan dengan dia. Kedua, dia terkejut dengan kata-kata Akid itu. Sungguh, setiap butir kata-kata yang dituturkan Akid itu menusuk kalbu.

"Apa saya buat dekat sini? Ermm teman awaklah. Sweetkan saya?"

Humaira menjulingkan matanya mendengar ayat Akid yang sudah semestinya masuk bakul angkat sendiri. Perasan!

"Malas nak layan. Dah la tadi cakap merepek."

"Eh bila pula saya merepek? Ayat tadi tu ada dalam buku yang awak sedang pegang wahai Humaira Sofiya. Saya cuma ambil sedikit petikan poem dalam tu je." Akid dengan selamba mengambil buku itu dari tangan Humaira.

Humaira merengus. Mamat ni kan suka-suka hati dia je nak buat apa pun.

"Bagilah balik."

"Nak beli ke?" soal Akid sambil matanya tak lepas memandang Humaira.

"Kalau nak beli pun kenapa? Nak belanja?" Soalan Akid, Humaira balas dengan soalan juga.

"Siapa cakap saya nak belanja? Saya tanya je sebab saya ada buku ni. Baik pinjam saya je daripada beli. Bazir duit je."

Humaira memandang Akid dengan muka tidak puas hati.

"Eh suka hati sayalah kalau nak bazir duit pun. Duit saya bukan duit awak." Humaira berjeda seketika sebelum menyambung bicaranya.

"Awak ni betul ke suka membaca?"

"Betullah. Apa yang tak betulnya?"

"Kalau betul awak seorang yang memang suka membaca, awak takkan cakap saya ni membazir duit. Tahu kenapa? Sebab dah nama pun hobi. Kita takkan kesah untuk leburkan duit demi hobi kita."

Akid tersenyum senget.

"Saya memang suka membaca tapi saya tak cakap itu hobi saya. Nak tahu hobi saya apa?"

Humaira mengerutkan dahi. Suka membaca tapi itu bukan hobi dia? Pelik.

"Hah apa hobi awak?" soal Humaira panasaran. Ingin juga dia tahu jenis macam mana lelaki ni punya hobi.

"Hobi saya kacau awak," jawab Akid sambil tersengih.

"Ha. Ha. Ha. Lawaknya." Humaira menayangkan muka toya. Sungguh saat ini dia rasa menyampah yang amat dengan Akid.

Akid tertawa senang. Melihat wajah Humaira yang cemberut itu buatkan dia mahu mengusik gadis itu lagi dan lagi.

"Rasa tak apa saya rasa?"

Soalan Akid menyebabkan Humaira mengerutkan dahi buat kali kedua.

"Rasa apa?"

"Rasa macam dejavu."

"Dejavu?" soal Humaira pelik.

"Yup. Ingat tak dulu masa zaman sekolah, pernah kita terserempak depan kedai buku. Lepas tu saya ikut awak masuk kedai buku and kita macam ni juga."

Humaira mengunci mulut dan cuba menggali memori tujuh tahun yang lepas.

"Maybe awak tak ingat. Ye la masa tu awakkan benci saya. Tapi saya tak pernah lupa setiap detik bersama awak. Tahu kenapa? Sebab awak istimewa untuk saya." Akid mengenyit matanya. Tangannya pula mencapai buku yang Humaira ambil untuk Hayyan. Dia berlalu ke kaunter dan membayar kedua-dua buku itu.

Humaira bungkam. Dia tidak sangka yang dia akan mendengar luahan Akid itu. Aku istimewa?

"Tunggu apa lagi berdiri dekat situ? Jomlah pergi tempat lain."

Humaira kembali semula ke alam nyata setelah dipanggil oleh Akid. Dia cepat-cepat mendekati Akid yang sudah pun berada di luar kedai buku.

"Nah buku awak."

Plastik yang dihulurkan oleh Akid segera Humaira sambut.

"Terima kasih. Berapa harganya? Saya bayar balik."

"Tak apa. Saya belanja."

"Tak nak. Saya tak nak terhutang budi."

"Sombongnya. Saya ikhlas la nak belanja."

"Ish! Saya kata tak nak, tak nak lah. Cepat beritahu berapa harganya. Saya bayar." Humaira mendengus. Muka dimasamkan. Geram betul dia dengan lelaki bernama Akid Haidar ini. Degil yang amat!

"Ish! Saya kata saya belanja, saya belanjalah." Akid meniru ayat dan mimik muka Humaira sebentar tadi. Natijahnya dia disepak oleh Humaira.

"Ahhh sakitlah." Akid mengaduh sambil mengosok kakinya yang perit disepak.

"Main-main lagi. Hah geram betullah aku. Cepatlah bagi resit sini. Aku bayar."

Akid tergelak.

"Gelak apa? Apa yang lawak?"

"Marah betul eh sampai hilang dah saya-awak." Akid masih menyengih.

"Err. Aku pakai saya-awak pun sebab dulu kaukan pakai khidmat aku. Kenalah pakai saya-awak. Sopan-sopan dengan pelanggan. Sekarang dah tamatkan? Jadi back to normal, kau-aku."

Sengihan Akid makin melebar.

"Sebenarnya kau rindu nak aku cakap kasar-kasar dengan kaukan? Maklumlah badboy macam aku lagi sweet daripada lelaki budiman right?"

Humaira mengerutkan dahi.

"Perasannya. Kau dengan perangai perasan kau memang tak boleh pisahkan?"

"Mana ada perasan. Itu fakta okay!"

"Fakta mana kau rembat?"

"Fakta hati Cik Humaira Sofiya." Akid menayangkan senyum paling manis buat Humaira sebelum berlalu ke kedai-kedai berhampiran.

Humaira memandang belakang tubuh Akid itu. Entah mengapa mukanya terasa panas. Senyumannya itu... sungguh indah. Dia menggeleng-gelengkan kepala sebelum mengejar Akid yang sudah jauh meninggalkannya di belakang.

"Kau berjalan ke berlari? Penat tahu tak nak kejar kau? Laju-laju nak pergi mana?" soal Humaira sambil termengah-mengah. Muncungnya sudah panjang sedepa.

"Berjalanlah. Kau tu yang jalan mengalahkan siput. Kau berjalan ke mengensot?"

"Ish! Sakit hati betul cakap dengan dia ni tau!" Humaira sudah menjegilkan biji matanya.

Akid tergelak.

"Baru sikit dah termengah-mengah. Dah berapa lama kau ternak lemak ni?"

"Kau nak kena sepak lagi ke?" Muka bengis ditayangkan oleh Humaira.

"Garangnya! Mama tolong Akid ada singa nak sepak!!" Akid menayangkan mimik muka takut kononnya sambil meleretkan suara seperti budak 5 tahun.

"Memang nak matikan kau?"

Melihat Humaira yang berura-ura mahu memukul kepalanya, Akid segera berlari.

"Akid! Jangan larii!" Humaira segera mengejar Akid. Lelaki ni harus diajar! Sakit betul hati aku.

Akid hanya tergelak. Dia berlari ke tiang pusat beli belah itu. Apabila Humaira menghampiri, dia cepat berlari. Maka berlakulah adegan kejar-mengejar mengelilingi tiang itu.

"Werkk tak dapat!" ejek Akid.

"Kau tunggu!"

Akid terus berlari ke tiang yang lain, namun malang tidak berbau. Akid tergelincir lalu jatuh. Humaira yang mengejarnya juga turut terjatuh.

"Aduh!" Akid terjerit apabila Humaira jatuh menghempapnya.

"Woi bangunlah badak. Berat tahu tak?" Akid mengangkat sedikit kepalanya. Matanya terus bertentang dengan mata milik Humaira yang turut memandangnya. Dapat dia rasakan jantungnya mengepam darah laju daripada kebiasaan. Masya Allah indahnya ciptaanmu ini.

"Humaira! Akid! Korang ni memang tak tahu malukan?"

Suara Fatty yang bagaikan petir itu membawa kedua-dua manusia itu kembali ke alam nyata. Humaira lekas-lekas bangun sambil dibantu oleh Fatty manakala Akid pula dibantu oleh Kamil untuk berdiri.

"Thank god! Mujur kau ada Fatty. Kalau tak, aku rasa kawan kau tu tak nak bangun. Maklumlah badan aku kan sado, sedap buat bantal. Tapi tak apa, kalau nak lagi bila-bila aku boleh bagi asalkan kau jadi bini aku." Akid menayangkan muka gatal buat Humaira.

"Kau memang nak mati ke? Jangan perasanlah! Kau fikir aku nak sangat ke? Tolonglah! Aku tak ingin nak jadi bini kau heh." Humaira sudah mula naik hantu mendengarkan ayat Akid itu.

"Korang jangan nak bergaduh lagi dekat sini. Tak malu ke orang ramai tengok. Malu la sikit. Dah besar macam budak-budak. Dua-dua tak reti guna akal fikiran. Sama je la korang. Baik Akid, baik kau Maira. Peninglah kepala aku." Fatty mula membebel dan menarik Humaira mengikut langkahnya menuju pintu keluar. Kalau dibiarkan mahu sampai esok mereka berdua ni bertikam lidah dekat situ.

Kamil menggeleng kepala.

"Kau ni Akid. Baru aku dengan Fatty nak bagi kau chance mengorat si Humaira, dah kau buat perangai. Mana bakal bini aku tu tak membebel."

"Tenang-tenang kau jangan risau. Fatty tu kejap je bebel dia. Dia bebel pun dekat Maira bukan kita. Tengoklah tu muka Maira. Dah kelat kena bebel." Akid masih memerhatikan Humaira dan Fatty yang sudah jauh berada di hadapan mereka.

"Haah memanglah Humaira yang kena bebel. Nanti Humaira tu menyampah dekat kau macam mana kau nak ikat dia jadi bini kau?"

Akid menarik senyum senget.

"Nak tahu macam mana?"

"Hah macam mana?" soal Kamil dengan perasaan ingin tahu.

"Macam tadi." Senyuman terus menenuhi wajah Akid mengenangkan insiden sebentar tadi.

"Kelakarnya Akid." Muka menyampah ditayangkan oleh Kamil buat sahabatnya itu.

"Tak percaya sudah. Aku tahulah. Aku nampak muka dia tadi. Malu tapi mahu baring dekat aku lama-lama. Aku tahu dia mesti dah cair punya tengok muka aku dekat-dekat tadi. Akukan kacak bergaya."

"Nak terberak aku dengar kau tahu? Sudah-sudahlah masuk bakul Akid oii. Tak mendatangkan faedah kau tahu?" Kamil terus berlalu meninggalkan Akid yang sudah tersengih-sengih. Bahagia agaknya dihempap Humaira sebentar tadi.

"Kau tunggu apa lagi? Jomlah. Aku nak balik atau kau nak balik sendiri?"

"Woi sabarlah." Akid segera merapati Kamil yang sudah meninggalkannya. Mereka terus jalan beriringan.

"Kau rasa Humaira suka aku tak?"

Kamil yang sedang bermesej dengan Fatty itu sedikit terganggu dengan soalan Akid.

"Apa kau tanya tadi?"

Akid menayangkan riak bosan.

"Tak ada apalah. Jalan tengok depan bukannya main telefon."

"Tak payah nak emolah. Halamak aku tinggalkan kau baru tahu." Kamil segera unlock keretanya dan masuk ke dalam perut kereta. Akid mengambil tempat duduk penumpang sebelah Kamil.

"Hah soalan kau tadi, patutnya kau tanya dekat Humairalah. Bukan aku. Aku bukan Humaira."

"Eh kau dengar pula? Tadi kata tak dengar."

"Aku saje je buat-buat tak dengar. Malas nak layan kau punya perasan nanti. Tapi kesian pula aku tengok member tepuk sebelah tangan. Aku layankan ajelah."

Akid terus menumbuk lengan Kamil.

"Kurang asam kau."

"Betulkan apa aku cakap? Cepat-cepatlah tawan Humaira tu. Takut kau jaga jodoh orang je."

Akid terdiam.

"Tak. Tak akan. Aku akan pastikan yang aku tak jaga jodoh orang. Don't worry about me."

"Apa-apalah Akid. Aku cuma nak ingatkan aje in case kalau kau terlupa. Ajal maut jodoh semuanya di tangan tuhan. Jangan terlalu yakin sebab kita tak tahu masa depan macam mana. Aku tak nak kau patah hati lagi. So jangan letak harapan tinggi sangat. Sendiri merana nanti."

Akid mendiamkan diri. Hanya tuhan yang tahu apa yang dirasainya saat ini. Tuhan, aku menyayanginya. Satukanlah aku dengannya. Aku mohon, rintih hati kecil Akid.

.
.
.

holla guys! Hope uoll enjoy okay! Ehek. Jgn lupa vote and comment tau. P/s : sorry klu ada typo. Tpi insya Allah tak ada la kot. Heheh.Muah.

Much love❤
shashim😊

Continue Reading

You'll Also Like

191K 7.6K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
414K 20.7K 69
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
103K 4.7K 84
First story of The King Master Series "Saya nak mati." Arasy Naufal tergamam apabila mendengar permintaan gadis comel berbaju tidur bercorak strawber...
254K 6.8K 48
Pertemuan yang tak dijangka diantara Saira Irdina dan Zafrel Amran telah mengundang hubungan "baik terpaksa" apabila Saira yang merupakan peguam baru...