Serpihan Kenangan Kita!

By Asha_Aryanna

112K 3.3K 256

Pada pandangan orang lain. Rania dan Tengku Adrian itu ibarat Tom And Jerry. Ah! Tom and Jerry pun perangai l... More

MUST READ.✓
Nur Rania Miyasarra✓
Tengku Adrian Mikhail✓
Bab-1✓
Bab-2✓
BAB-3✓
Bab-4✓
BAB 5✓
BAB-6
Bab-7
BAB-8
Bab-9
Bab-10
Bab-11
Bab-12
Bab-13
Bab-14.
Bab-15.
bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab-19
Bab-20
Bab-21
BAB-22
BAB-23
Bab-24
Bab-25
Bab 26
Bab-27
Bab-28
Bab-29✓
Bab-30✓
Bab-31✓
Bab-32✓
Bab-33✓
Bab-34 ✓
Bab-35✓
Bab-36✓
Bab 37✓
Bab-38✓
Bab-39✓
Bab-40✓
Bab-41✓
Bab-42✓
Bab-43✓
Bab-44✓
Bab-45✓
Bab-46✓
Bab-47✓
Bab-48✓
Bab-49✓
Bab-50✓
Bab-51✓
Bab-52✓
Bab-53✓
Bab-54✓
Bab-55✓
Bab-56✓
Bab-57✓
Bab-58✓
Bab-59✓
Bab-61✓
Bab-62✓
Bab-63✓
Bab-64✓
Bab-65✓
Bab-66✓
Bab 67✓
Bab-68✓
Bab-69✓
Bab-70✓
Bab-71✓
Bab-72✓
Bab-73✓
Bab-74✓
Bab 75✓
BAB - 76✓

Bab-60✓

1.3K 51 2
By Asha_Aryanna

Bab 60

   Rania pandang tingkap besar di belakang Tengku Adrian. Nampak gayanya guruh dah tak berdentum lagi. Cuma hujan masih lebat.

Dia mengerling jam di pergelangan tangan untuk kesekian kali. Jarum jam menunjukkan angka enam  sepuluh minit. Sedar tak sedar dia dah tersadai dalam bilik besar milik Tengku Adrian hampir dua jam lebih. Apa je yang dia buat dekat dalam ni selain mengacau Tengku Adrian.  Sekejap ajak Tengku Adrian berborak. Sekejap sibuk menyelak fail-fail yang berselerak di atas meja kerja lelaki itu. Mujur Tengku Adrian tak hempuk dia guna fail yang bertimbun tu dah cukup bagus. Dia butakan mata je tengok lelaki itu sibuk buat kerja. Selfish punya Rania! kutuk hati sendiri.

Walaupun Tengku Adrian sibuk. Dia tetap melayan kerenah Rania yang macam budak-budak tu. Tapi disebabkan dia memang dah terlalu sibuk. Akhirnya dia hulur smartphonenya kepada Rania. Tak betah jugak kalau asyik kena kacau dengan Rania time sibuk macam ni. Bukan apa, kang dia khayal susah pulak. Aje banyak salah kerjanya nanti. Otak dia bukan betul sangat pun kalau Rania ada depan mata. Takut jugak otak dan hati terlebih teruja. Mau tak buat kerja dia nanti.

Rania menghela nafas. Bosan!
Smartphone Tengku Adrian yang berada di atas meja Rania capai lagi. Dah hampir 'kong' jugak smartphone lelaki itu dia kerjakan. Bateri tinggal tiga puluh peratus je. Entah aplikasi permainan apa tah yang dia download dekat play store pun dia tak tahu. Adalah tiga empat jenis. Sekurang-kurangnya dapat jugak menghilangkan bosan. Sempatlah juga dia snap beberapa keping gambar. Lepas tu dia hantar gambar-gambar itu dekat WhatsAppnya. Mana boleh lepaskan peluang ambil gambar guna kamera cantik ni.. Rugi oii!

Tengku Adrian tersenyum kecil bila memandang Rania. Ada je perlakuan gadis itu yang mencuit hatinya. Sedikit-sebanyak dapat menghilangkan tekanan kerja. Bidadari ada depan mata. Mana tak sejuk mata memandang. Hati yang panas pun boleh jadi sejuk. Lagipun Stress tahu tak.. Nak semak semua fail-fail ni. Nak sign lagi. Bagilah chan sikit..

Biasanya sebelum menurunkan tandatangan.  Memang dia akan menyemak dengan penuh teliti. Risau kalau ada salah di mana-mana. Nanti dia dan syarikat juga yang susah.

“Ryan...” Panggil Rania meleret.

“Humm..”

“Macam mana I nak balik ni.. Dah nak dekat pukul tujuh dah.” Rania mengadu. Wajahnya penuh kegusaran.

“You.. Balik dengan I, Sweetheart!” Tengku Adrian beri kata putus.

“You ingat I nak biarkan you bawa motor dalam keadaan macam ni ke?” sambungnya lagi.

Memang taklah dia nak biarkan Rania balik seorang diri. Dah dekat maghrib macam ni. Bahaya sangat kalau dia biarkan cinta hatinya itu balik sendiri.

“You tunggu kejap. I dah nak siap dah ni.”

Rania terlopong. Tersentuh sikit hatinya bila Tengku Adrian merisaukan keselamatannya. Tapi.. Tak kan nak tinggal sayang aku dekat sini?

“Tapi..”

Baru buka mulut nak bersuara. Tengku Adrian laju memotong.

“BM you tu tinggal sini je. You naik dengan I. As you can see.. I ada security guard. So I jamin kesayangan you tu tak akan hilang.. Kalau itu yang you risaukan.”

Tengku Adrian angkat kening sebelah. Bibir tersenyum kemenangan. Tahu sangat betapa Rania sayang si Sarra tu. Tapi kali ini biarlah sweetheartnya naik Sarra yang lain pula. Humm.. Yang  lebih selesa dan selamat?

Rania kebam bibir. Tak tahu nak cakap apa. Tengku Adrian ni macam tau-tau je apa yang ada dalam mindanya sehinggakan dia beri jawapan yang sangat tepat.

“Balik dengan I?” Tengku Adrian menyoal untuk kali kedua. Yakin Rania akan bersetuju. Lagipun gadis itu tak ada hujah yang cukup kukuh untuk menyangkal.

Rania jatuhkan kepala beberapa kali.
Tanda setuju.

Hilang BM aku.. Aku minta kau ganti. Sempat dia mengomel dalam hati. Ala.. Patutnya buat surat hitam putih tadi. Sekurang-kurangnya dapatlah aku claim dengan Ryan kalau baby aku tu hilang.

Hish.. Menyempatkan kau, Nia!

Tengku Adrian tersenyum lebar. Sikit je lagi dia nak bersorak gedik. Ah! Dan-dan kau nak menggedik macam anak dara pula eh, ryan?

Tengku Adrian terus menutup fail ditangan setelah menurunkan tandatangannya. Dia mengemas meja kerja yang berselerak Kemudian kot yang tersangkut elok di belakang kerusi dicapai dan disarungkan ke tubuh.

“Jom.. Sweetheart!”

                         *******

“Ryan.. Thanks hantar I balik. Jomlah masuk dulu.. Abang-abang I ada dekat dalam tu.” Ujar Rania. Mengajak Tengku Adrian singgah.

Dia mengerling kereta abang-abangnya yang terparkir di dalam garaj. Yakin mereka semua ada di rumah. Jadi tak salah kalau dia ajak lelaki itu masuk sekali. Lagipun dah maghrib. Tak kan nak biarkan Tengku Adrian balik waktu senja-senja begini. Dalam keadaan hujan lebat pula tu. Sekurang-kurangnya tunggulah lepas maghrib dulu kalau nak balik pun.

“Tak apalah Sweetheart...Rumah I tak jauh pun.” Tengku Adrian sengaja menolak.  Padahal dalam hati dah berbunga-bunga.

“Jomlah.. Dah maghrib ni.. Tak elok balik senja-senja macam ni.. Nanti kalau jadi apa-apa dekat you.. Kan susah...” Lembut bicara yang Rania tuturkan. Memujuk. Buat dada lelaki itu macam nak meletup. Sayang risaukan abang ke..

Behave Tengku Adrian Mikhail!

Tengku Adrian tarik nafas seraya  mengangguk perlahan. Cuba mengawal rentak jantung yang dah bergelodak sakan dekat dalam tu.

“Okeylah. Jom.. Tapi you tunggu kejap.” Ujarnya. Dia matikan enjin dan keluar dari perut kereta. Dengan penuh gentleman dia bukakan pintu kereta sebelah penumpang.

Let's go, My love..” Tengku Adrian buat gaya seperti chauffeur. Rania tergelak kecil. Ada-ada jelah kau ni!

Rania keluar dan mengucapkan terima kasih. Langkah kaki diatur ke pintu kecil yang menyambungkan garaj dengan pintu utama.

Tombol pintu dipulas setelah memasukkan kata laluan. Salam diberikan sebelum masuk ke dalam rumah. Tak sampai berapa langkah. Telinganya mendengar bunyi riuh rendah di dapur.

Mereka memandang satu sama lain. Tengku Adrian jongket kening. Seolah-olah bertanya. 'Kenapa tu?'

Rania angkat bahu. Tanda tak tahu. Dia pantas meletakkan beg tangannya di atas sofa. Kemudian dia dan Tengku Adrian berjengket ke arah dapur.

Mereka mengintip di sebalik pintu.

Rania beristighfar dalam hati. Nak jatuh rahang bila melihat keadaan dapur yang bersepah. Dengan tepung yang berterabur di atas meja. Ditambah lagi dengan pelbagai peralatan memasak yang berselerak sana sini.

Boleh buat Mak Datin kena sakit jantung kalau nampak ni!! Jerit Rania dalam hati.

Anak mata dipusatkan kearah Zhafran dan Naziem yang berbalah tentang sesuatu.

“Bodohlah kau Zhaf.. Aku cakap letak setengah cawan je lagi kan.. Tepung tu!! Yang kau tuang dua cawan tu dah kenapa.. bongok!” Marah Naziem.

Dia baling senduk kayu yang bersalut margerin kearah Zhafran. Zhafran tersenyum sinis bila berjaya mengelak. Dan.. Senduk itu terdampar kesunyian di atas lantai. Bersama lebihan butter yang dah mencemari lantai.

“Dah tu kau doublekan jelah adunannya.” Acuh tak acuh Zhafran menjawab. Jangankan nak kutip. Pandang pun tak senduk yang Naziem baling tadi. Dia fokus menuang gula ising ke dalam penimbang. Bukan dia sengaja pun nak tertuang tepung tu banyak-banyak. Ter.. Okey.. Ter! Dan dia malas nak sukat balik. Sebab tu dia suruh je Naziem double-kan adunan. Nanti dapat banyak!

Naziem macam nak pelangkung kepala Zhafran guna mixer di sebelahnya. Sesedap keju je kau cakap, kan!

“Pandai cakap je. Buatlah!” Marahnya lagi.

Dia menyukat kembali kuantiti tepung yang Zhafran dah salah sukat. Geram pula dengan abangnya yang seorang ini. Tadi bukan main sibuk nak tolong. Dah bagi tolong.. Buat hal pulak. Ish! Geramnya..

“Nish hulurkan aku butter tu.” Arah Naziem. Malas nak melayan Zhafran. Bukan memudahkan kerjanya. Malah menambahkan lagi adalah! Jerit hatinya.

Tanpa membantah Danish menghulurkan lebihan butter di dalam mangkuk. Malas nak melayan kerenah dua orang abangnya yang gila ni. Dia sepatutnya tengah sedap tengok TV. Tapi memandangkan dia adalah seorang adik dan mandat abang-abangnya lebih besar. Dia dengan tak rela kena heret ke dapur sama.

“Korang buat apa? Hah!” kuat suara Rania menyergah.

Terus bersilat Zhafran dan Naziem kerana terkejut. Serentak kuda-kuda terus dipasang. Rania munculkan diri dari tempat persembunyiannya. Dia bercekak pinggang. Tajam anak matanya wajah memerhati setiap seorang abang-abangnya.

“Kenapa bersepah sangat dapur ni...! Korang buat apa hah! Sampai.. Ya Allah.. Apa ni senduk atas lantai! Tepung berselerak...” Bebel Rania. Dia kutip senduk yang Naziem baling tadi.

“Tengok lantai ni dah kotor dah. Dengan tepung butter bagai.. Siapa nak lap? Abangssss!”

Lantang suaranya memarahi mereka bertiga. Terlupa terus kewujudan Tengku Adrian di belakangnya. Fokusnya sekarang ini hanya kepada tiga orang abangnya.

Zhafran dan Naziem tersengih macam kerang busuk.

Sorry..” Ujar mereka serentak. Rania kalau dah membebel. Jangan buat main. Boleh mati kering. Mama dia orang pun tak macam tu.

“Diaorang ni ha.. Sibuk sangat nak belajar buat biskut bagai. Jadinya tak jugak!” Danish menjawab.

Dia abaikan jelingan tajam Zhafran dan Naziem. Tak dan dia nak back up mereka berdua. Dah paksa dia. Ada hati pula nak kena back up. Memang taklah! Anggap jelah dia tak masuk campur. Heh!

“Buat biskut apanya kalau bersepah-sepah macam ni. Tengok jam tu dah pukul berapa? Dah maghrib dah! Berhentilah dulu.. Pergi solat sana!”

Dah macam Rania ni kakak diaorang pula bila gadis itu keluarkan satu bentuk arahan yang tegas. Siap bercekak pinggang.

“Cepat..Cepat.. Nanti kena bebel!”

Zhafran menolak belakang badan Tengku Adrian dan Danish perlahan.  Nak segera beredar dari situ. Tak nak kena bebel punya pasal. Naziem awal-awal dah melarikan diri. Dia sendiri pun tak sanggup nak dengar Rania berleter.

    Usai membersihkan diri dan solat Maghrib. Rania turun ke bawah. Dia ke ruang tamu. TV dihidupkan. Alat kawalan jauh dicapai dan dia menekan siaran Nextflix. Mencari kalau ada movie best yang boleh ditonton. Movie Kissing booth menjadi pilihan. Memang itu adalah salah satu cerita kegemarannya selain Movie Love, Rosie dan Me before you.

Khusyuk dia menonton movie yang bersiaran. Namun tak sampai setengah jam. Dia sudah terlelap. Membiarkan TV pula yang menontonnya.

  Selang beberapa minit kemudian. Tengku Adrian dan abang-abang Rania pulang usai solat isyak di masjid. Sambil berbual. Danish memulas tombol pintu. Dia masuk diikuti yang lain.

Tiba-tiba Danish berhenti mengejut. Dia memandang Tengku Adrian sebelum lelaki itu memandang adiknya yang sudah tertidur di atas sofa dengan gaya yang boleh buat jantung tercabut.

Sorry man.. Kau kedapurlah dulu. Adik aku tidur dekat sofa pulak..” ujar Danish segan. Teruk benar gaya Rania tidur. Haruslah dia segan dengan mamat seorang tu. Dia melangkah kearah sofa bersama Zhafran di belakang.

Tengku Adrian mengangguk dan beredar bersama Naziem. Sebenarnya dia sempat memandang sekilas Rania yang sedang terbongkang di atas sofa. Dan jujur dia katakan dia memang dah jatuh cinta walaupun gaya Rania tidur macam tu.

Danish geleng kepala tengok gaya Rania tidur. Mana taknya. Rania tidur dengan mulut ternganga. Kedua belah tangan berada di atas kepala. Sebelah kaki pula di kepala sofa dan sebelah lagi terjulur ke lantai. Satu pemandangan yang kalau bakal mak mertua tengok memang tak berkenan langsunglah cerita dia.

Baby.. Baby.. Bangunlah. Kenapa tidur sini?” Zhafran mengejutkan Rania. Tubuh gadis itu digoyang-goyang perlahan.

“Emmm... Jangan kacaulah abangss..” Gumam Rania separuh sedar. Tak suka tidurnya diganggu.

Dia mengeliat. Tubuhnya hampir jatuh ke lantai kalau Danish tak cepat menangkap.

“Bangunlah baby.. Ryan ada kat dapur tu. Tak elok tidur sini... Kalau nak tidur pergilah masuk bilik sana..” Danish pula mengejut.

Dia mengusap kepala Rania.

“Kalau tak nak tidur.. jom pergi dapur. Kita buat biskut. Nak?”

Rania celik mata perlahan. Dengar nama Tengku Adrian dan biskut buat rasa mengantuknya terus hilang. Lupa pula dengan lelaki itu. Dia bangun dan mencapai tudung ekspress di bawah meja. Saja simpan bawah tu kalau ada emergency ke apa.

Dengan muka baru bangun tidur dia ke dapur diikuti Zhafran dan Danish. Baru sejuklah sikit mata ni bila tengok kesan butter dan tepung yang jatuh dilantai tadi sudah hilang. Baru ada feel nak tolong.. Tengok!

“ Memandangkan mummy kau pandai buat biskut. Mesti kau pun dah master, Kan? Jadi.. Ada baiknya kau turunkan sikit ilmu kau tu dekat kitorang..” ujar Naziem. Jemarinya lincah mengikat tali apron ke belakang badan.

“Hey.. Mana boleh. Dia tetamulah!” Rania membidas. Dia ajak Tengku Adrian ke sini bukan jadi pembuat biskut tak bergaji.

“Mamat ni! Tetamu? Pfff..” Zhafran tergelak. “He's not even a guess.. But a family, Sayang...”

Sembang tetamulah sangat. Dulu kecil-kecil bertunggu tangga dekat sini. Kata tetamu. Memang taklah jawab dia. Dah besar.. Tak besar.. Yang pasti Tengku Adrian dah macam keluarga. Nama dia dah tak ada dalam senarai tetamu lagi dah.

Rania tak tahu nak jawab apa. Jadi dia angguk sajalah. Tak nak panjangkan cerita. Dia melabuhkan punggung  Betul-betul di hadapan Tengku Adrian.

“Macam-macamlah korang ni.” Ujar Tengku Adrian bersama gelakan halus. Tak terasa hati pun dengan Zhafran sebab tak anggap dia tetamu. Tapi, serius ada perasaan hangat menjalar di jiwanya bila mereka anggap dia macam keluarga. Nak anggap sebagai menantu lelaki tunggal pun dia sanggup.

Oii.. Behave!

Rania pandang Tengku Adrian. Lama.
Entah kenapa anak mata di menderhaka sangat hari ini. Tak nak berkalih langsung tengok Tengku Adrian melipat lengan baju sampai siku. Lelaki itu nampak.. Wow! Breathtaking gila!

Tengku Adrian pula berniat nak  curi pandang wajah Rania yang ada di hadapannya ini. Dan yang buat jantung dia berdetak kencang tu bila matanya menangkap Rania yang sedang merenung dirinya. Saat anak mata mereka bersatu. Dia kenyit sebelah mata.

Rania tergadah. Tersentak. Terjerut. Terbelit. dan segala TER... Jantung macam nak melompat keluar. Dengan sengaja dia jelir lidah dekat Tengku Adrian. Dia pura-pura menjeling. Lantas cepat-cepat mengalihkan pandangan. Ish! Mata inikan. Sengaja tau buat malu!

Tengku Adrian sembunyi senyum bila melihat ada biasan merah pada pipi Rania. Alaihai.. comelnya sayang aku ni blushing!

Rania keluarkan smartphonenya. Nak bermain game. Namun kali ini perbalahan Zhafran dan Tengku Adrian pula terjadi. Ada jelah yang abang dia ni tak puas hati. Dah tak pandai buat tu.. Dahlah! Biar jelah master chef yang buat. Kan ke dia lebih arif? Kata hati Rania mengomel sendirian.

“Masukkan kacang dulu baru tepunglah.. Gila!”

Zhafran dah mencapai kacang walnut di sebelahnya. Tak puas hati bila Tengku Adrian nak tuang tepung dalam bekas pengadun dulu sebelum masuk kacang. Tadi dia tengok dekat youtube orang tu masuk kacang baru tepung. Itu yang dia bantah tu. Dia baling sedikit tepung ke wajah Tengku Adrian.

Tengku Adrian turut melakukan perkara yang sama. Kemudian dia tarik mangkuk di hadapannya. Menjauh dari Zhafran bila lelaki itu tak sabar nak masukkan kacang walnut dalam adunan biskutnya.  “Otak kau.. Masukkan tepung dululah baru kacang. Aku yang buat.. Aku taulah!”

“Taklah!”

“Yelah!”

Rania geleng kepala. Ada-ada jelah diaorang ni! Aplikasi kamera dibuka dan dia ambil selfie berlatar belakangkan mereka berempat. Dengan wajah yang bertepung dan dapur yang hampir karam.

Kemudian aplikasi instagram dibuka. Dia masukkan gambar yang ditangkapnya tadi berserta caption.

'Bila empat orang lelaki beraksi di dapur. We call it  tongkang pecah kapal karam di lautan bertepung.'

“Apa gaduh-gaduh ni.. Biarlah Ryan yang buat. Dia lebih tau.. Kan?” Rania mencelah.

Kalau biarkan mereka berbalah dengan benda tak masuk akal macam tu. Sampai esok pun belum tentu selesai. Lagi lambatlah dia dapat makan biskut kegemarannya itu.

Yang ajaibnya mereka berdua berhenti bergaduh. Zhafran juga kelihatan menerima saja apa yang Tengku Adrian lakukan. Dan Tengku Adrian sendiri rasa disayangi bila Rania membela dirinya. Makin mencanak-canak rasa di hati buat Rania.

Back up Ryan nampak?” bisik Danish ke telinga Rania.

“Mana ada abang Nish ni...” meleret suara Rania. Menyangkal dakwaan abangnya. Saja nak menyakat orang tau, Abang Nish ni..

Dia mencubit perut Danish. Danish mengaduh sakit. Rania cuma tergelak kecil.

Rania pandang kembali Tengku Adrian yang sedang mengajar Zhafran dan Naziem membentukkan biskut di tangan mereka. Tanpa sedar satu senyuman terlukis di bibirnya. Entah kenapa pemandangan ini sangat indah untuk buat dia mengalihkan pandangan. Dan akhirnya, Rania sendiri turut membantu mereka membakar biskut.

                             ****

       Keesokan harinya, Tengku Adrian bersiap nak ke rumah Rania. Lagipun di dah janji nak jemput Sweetheartnya tu pergi kerja sama-sama. Dia punya excited tu tak payah ceritalah. Berapa kali dia jatuh katil sebab main guling-guling dekat atas tu. Kau pernah nampak perempuan yang baru dapat mesej dari crush dia. Ha macam tulah rasanya. Excited kuasa lapan.

   Malam tadi dia melepak dekat rumah Rania sampai pukul sebelas lebih.  Sambil membakar biskut mereka berborak kosong. Setelah selesai mereka melayan Rania menonton movie doraemon pula sambil makan biskut dan popcorn. Entah apa yang best dia pun tak tahu. Doraemon je pun. Setakat robot pendek warna biru tu. Dia rasa dia lagi handsome kot. Eh apa kena mengena?

Tiber pulaj jelous semacam. Aduh parah kau ni!

   Usai bersiap dia bergegas turun ke bawah.

“Mummy.. Ryan pergi dulu.” Ujarnya seraya menyalami tangan Puan Sri Bella.

“Tak breakfast dulu ke?”

“Tak sempatlah, Mummy!”

Tengku Adrian berdalih. Tergesa-gesa menyarung kasutnya. Dia terus berlari ke arah keretanya yang terparkir di garaj. Tak sampai berapa langkah Tengku Adrian kembali semula ke pintu utama. Lantas tangan mencapai beg bimbitnya yang tertinggal.

Puan Sri Bella menggelengkan kepala.

    Pelik tengok perangai anak terunanya pagi ni. Ceria dan kalut semacam. Nak kata tersampuk.. rasanya tak.. Habistu kenapa ya?

Tengku Adrian sampai di hadapan rumah Rania beberapa minit kemudian. Dia keluar dari kereta dan berjalan ke pintu utama. Salam diberikan. Dia tersenyum lebar bila ada suara halus yang menyambut salamnya sementelah pintu rumah dikuak dari dalam. Muncul kelibat Rania yang sudah cantik di hadapan mata. Kalau tak difikirkan rasa malunya. Pasti air liur dah menjejes tengok Rania. Sangat-sangat cantik dan berseri-seri.

Ah! Tiba-tiba terbayang setiap hari dia disajikan dengan pemandangan indah seperti itu. Sumpah abang tak cari lain, Sayang!

“Ryan.. Masuklah!” Rania tersenyum manis. Dia kuak pintu itu lebih besar untuk membolehkan lelaki itu masuk ke dalam. Tanpa bicara Tengku Adrian buka kasut dan masuk.

“ You dah breakfast ke belum? Kalau belum.. Jomlah breakfast sama.” soal Rania. Sempat dia mengajak lelaki itu sarapan sama. Lagipun dia tak nak sarapan bertiga saja. Abang-abangnya awal pagi lagi dah pergi kerja.

Tengku Adrian hanya menggeleng. Tak bolehlah nak buat muka comel cakap dia belum sarapan. Ada keluarga dia oii. Malulah kalau mereka nampak nanti. Dia sesedap rasa menggatal dengan tunang orang.

Haip! bukan menggatal eh. Tolong sikit!

“Ryan.. Sini-sini. Jom sarapan sama.” Panggil Dato Sri Amin. Dia menggamit Tengku Adrian ke meja makan.

Uncle.. Ma. Good morning. ”

Morning..”

“Ryan pergi kerja dengan baby ya hari ni?” Datin Sri Anida menyoal. Rania dan Tengku Adrian mengangguk serentak.

Rania menyenduk nasi goreng ke pinggan Tengku Adrian. Lelaki itu tak payah cakaplah. Sikit lagi nak kena sawan. Hujung bibir digigit perlahan. Dia sembunyi senyum. Takut pulak uncle dengan mama dia ni tengok senyuman kambingnya.

Usai bersarapan. Mereka berdua masuk ke dalam kereta. Mengaum bunyi enjin Lamborghini Tengku Adrian bila dia hidupkan.

“Kenapa you cantik sangat hari ni, Sweetheart?” Tak dan-dan terpacul satu soalan dari ulas bibir Tengku Adrian.

“Mestilah kena cantik-cantik. I nak pergi kerja.. Kan..” polos jawapan Rania.

“Ryan.. You hantar I terus ke ZNDR lah. Nanti lepas lunch I ambil motor tu..” Ujar Rania. Dia membetulkan tudungnya.

“Kenapa?”

“I ada photoshoot sebelah petang ni. So nanti I terus ke sanalah.”

“Dekat mana?”

“Hah? Dekat mana apa?”

“Dekat mana photoshoot tu?”

“Dekat AZF..”

Tengku Adrian terangguk-angguk.

Sampai di ZNDR.G.E. Tengku Adrian memberhentikan Rania di pintu masuk syarikat itu. Usai mengucapkan terima kasih Rania terus keluar dari perut kereta.

Dia melambai Tengku Adrian bila Lamborghini lelaki itu sudah bergerak meninggalkan perkarangan ZNDR.G.E.

######

Continue Reading

You'll Also Like

723K 60.1K 33
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her. "...
503K 40.8K 20
Indian Chronicles Book III My Husband, My Tyrant. When Peace Becomes Suffocation. Jahnvi Khanna has everything in her life, a supporting family, a hi...
3.8M 160K 62
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
367K 43.1K 28
"𝒚𝒐𝒖 𝒄𝒐𝒖𝒍𝒅 𝒃𝒓𝒆𝒂𝒌 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕 𝒊𝒏 𝒕𝒘𝒐 𝒃𝒖𝒕 𝒘𝒉𝒆𝒏 𝒊𝒕 𝒉𝒆𝒂𝒍𝒔, 𝒊𝒕 𝒃𝒆𝒂𝒕𝒔 𝒇𝒐𝒓 𝒚𝒐𝒖" ...