The Night Knight Princesses ✔

By i_am_kacang

220K 13.6K 2.4K

PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang... More

TNKP | PROLOG
TNKP | GALLERY
TNKP | GALLERY ii
TNKP | 1
TNKP | 2
TNKP | 3
TNKP | 4
TNKP | 5
TNKP | 6
TNKP | 7
TNKP | 8
TNKP | 9
TNKP | 10
TNKP | 11
TKNP | 12
TKNP | 13
TKNP | 14
TNKP | 15
TNKP | GALLERY iii
TNKP | 16
TNKP | 17
TNKP | 18
TNKP | 19
TNKP | 20
TNKP | 21
TNKP | 22
TNKP | 23
TNKP | 24
TNKP | 25
TNKP | 26
TNKP | 27
TNKP | 28
TNKP | 29
TNKP | 30
TNKP | 31
TNKP | 32
TNKP | 33
TNKP | 34
TNKP | 35
TNKP | 36
TNKP | 37
TNKP | 38
TNKP | 39
TNKP | 40
TNKP | 41
TNKP | SPECIAL CHAPTER [RAYA]
TNKP | 42
TNKP | 43
TNKP | 44
TNKP | 45
TNKP | 46
TNKP | 47
TNKP | 49
TNKP | 50
TNKP | 51
TNKP | 52
TNKP | 53
TNKP | 54
TNKP | 55
TNKP | 56
TNKP | 57
TNKP | 58
TNKP | 59
TNKP | 60
TNKP | 61
TNKP | 62
TNKP | 63
TNKP | 64
TNKP | 65
TNKP | 66
TNKP | 67
TNKP | 68
TNKP | 69
TNKP | 70
TNKP | 71
TNKP | 72
TNKP | 73
TNKP | EPILOG
TNKP | TENSION
TNKP | FUNFACTS?
TNKP | ELEMENTAL KINGDOM

TNKP | 48

1.8K 145 21
By i_am_kacang

  "Selamat datang, Dewi Bunga!"

  Para tabib terkejut, lantas mereka melutut sebelah kaki seperti ahli sihir yang sudah melakukan perkara yang sama.

  "Bangunlah wahai para penduduk Dunia Fantasi..." Riane tersenyum manis.

  "Apakah tujuan Dewi Bunga hadir ke dunia kami dan melawat kami di sini? Ada apa-apa yang boleh kami bantu?" soal pembantu Vladeric bagi mewakili semua orang di dalam bilik mesyuarat itu.

  Pada tika itu, Vladeric masih belum hadir. Ada hal katanya.

  "Saya datang bagi memenuhi takdir lagenda dunia ini... Usahlah kalian bimbang. Oh, saya dengar bahawa putera Kerajaan Naga dan putera Kerajaan Angel ditimpa musibah akibat Dewi Sumpahan. Benarkah?" soal Riane dengan kerutan di dahi.

  "Benar, dewi..."

  Klak...

  Semua berpaling... Lagi?

  "Maafkan saya kera-. Dewi Bunga?" Terbuntang mata Vladedic Neflos apabila matanya tertancap kepada susuk tubuh seseorang yang boleh dikatakan ganjil dalam bilik mesyuarat itu.

  "Selamat berkenalan, pewaris Neflos," sapa Riane si Dewi Bunga dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

  "Selamat bertemu dan selamat berkenalan, Dewi Bunga," balas Vladeric. "Apakah tujuan dewi ke mari?"

  "Ada perkara yang mahu saya bincangkan bersama kamu," kata Riane dengan serius.

  "Oh, berkenaan apa ya?"

  Riane tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum. Dia berjalan ke luar istana kerajaan itu. Mesyuarat kali ini diadakan di Kerajaan Pari-pari. Kalau diikutkan, pusat utama Dunia Fantasi adalah Kerajaan Diamond. Tapi, semestinya kerajaan itu sangat-sangat dilarang untuk orang masuk.

  Berbalik kepada kisah, Vladeric mengekori langkah Dewi Bunga itu dengan pelbagai persoalan.

••••

  Siapa masih ingat akan majlis ke-puteri-an Puteri Pahlawan Malam? Ya, majlis itu ditangguhkan atas sebab-sebab yang rahsia walhal ianya kerana putera mahkota Naga dan Angel.

  Persiapan yang dahulunya terbantut kini disambung kembali. Kali ini, majlis itu bertambah meriah kerana mahu memohon maaf kepada Syakila dan Kayla disebabkan penangguhan majlis. Dua gadis itu sekadar tersenyum tidak kisah.

  "Wah!" Syakila dan Kayla terlopong melihat dewan utama istana. Dewan itu dihiasi cantik dengan warna putih dan digandingkan dengan warna ungu lembut, merah jambu dan sedikit biru gelap serta hitam. Kombinasi ini diserikan lagi dengan kilauan putih bak bintang yang bercahaya di waktu malam. Majlis ini berdasarkan puteri pahlawan malam. Bintang yang cerah bercahaya di kelam malam. Hadirnya sang bulan menerangi jalan.

  Sungguh, kombinasi itu kelihatan sangat cantik! Syakila dan Kayla sudah melihat dan mencuba gaun yang direka khas buat mereka pada malam itu. Mereka sangat berpuas hati dengan gaun mereka! Impian mereka selama ini bakal tercapai.

  Menjadi pemerintah dunia selepas mendapatkan kembali takhta kerajaan keturunan mereka. Pasti rakyat dunia itu berasa senang hati. Masalah mereka cuma satu sahaja, iaitu puak kegelapan.

  Boleh dikatakan, kini, Kerajaan Demon seolah-olah tidak wujud lagi dalam Dunia Fantasi. Sejak kejadian Ray dihina dua orang putera mahkota itu, kerajaan itu membina sebuah pelindung kegelapan yang sangat kelam. Satu cahaya pun tidak mampu menembusi pelindung itu.

  Ah, abaikan sahaja!

  Syakila dan Kayla melangkah ke arah meja-meja yang tersedia. Dewan bersaiz dua atau tiga kali ganda sebuah padang itu mampu memuatkan beribu buah meja. Setahu mereka, dewan-dewan lain juga akan dibuka dan disambungkan agar ia bertambah besar! Entah-entah perjalanan dari timur dewan mahu ke barat dewan pun mengambil masa setengah jam!

  Makanan yang terhidang mampu membuatkan seseorang yang kenyang berasa lapar! Pelbagai jenis makanan yang tersedia. Syakila dan Kayla sangat berpuas hati. Mereka berdua melangkah lagi mahu melihat segala persiapan yang ada.

••••

  Dewan terbuka yang dihadiri oleh para kerabat seluruh dunia, para ahli sihir, pembesar dan yang berjawatan tinggi itu sunyi sepi. Mereka menunggu panggilan tentang ketibaan Syakila dan Kayla. Permaisuri dan Raja Angel tenang sahaja begitu juga dengan pasangan pemerintah Kerajaan Naga. Kerabat paling muda dalam dewan itu adalah pasangan kembar Hanz dan Hanza. Erk?

  "Ketibaan Puteri Syakila Drianz dan Puteri Kayla Drianz!"

  Pasangan itu melangkah masuk dengan senyuman. Mereka memakai gaun serba putih bertatahkan permata. Sangat berat! Tetapi, ergh mereka tu pelik! Kasut mereka bagaikan kasut Cinderella! Wajah mereka hanya ditutup topeng mata. Rambut digayakan dengan cantik! Sungguh, mereka telah menawan hati para putera! Dan semestinya bukanlah sekeping hati milik Hanz. Riaknya dingin sahaja.

  Majlis itu sekadar mahu me-mahkota-kan dua gadis itu sebagai puteri, bukanlah sebagai pemerintah. Malah, mereka juga dilarang menjejak kaki ke Kerajaan Diamond! Mereka hanya akan ke sana tiba masanya nanti.

••••


  Beberapa jam berlalu.... Hari siang berganti malam. Seluruh dewan dalam istana dibuka dan disambungkan bersama. Para tetamu sudahpun tiba dan sedang berbual sesama sendiri. Para kerabat diraja seluruh dunia turut hadir. Tepat jam 8 malam, gong dipukul lalu bergemalah istana keturunan angel itu.

  "Ketibaan kerabat diraja Angel, dijemput Raja Zach Lionest bersama pasangannya, Permaisuri Andria Haszel Lionest!"

  Wajah pasangan itu tenang sahaja. Permaisuri melemparkan senyuman manisnya yang mampu memikat sesiapa sahaja. Tetapi, dia seorang yang setia. Jadi, sila berhenti berangan!

  "Ketibaan kerabat diraja Naga, dijemput Raja Zion Alexander dan pasangannya Permaisuri Sandra Henley Alexander!"

  Turunlah pasangan pemerintah Kerajaan Naga. Seperti biasa, Raja Zion hanya kekal dengan wajah datarnya manakala Permaisuri Sandra dengan senyuman kecilnya.

  "Putera mahkota Kerajaan Angel, Putera Louis Lionest!"

  Lelaki kacak itu perlahan-lahan menuruni tangga dengan topeng mata yang hanya menutupi mata kirinya. Dia tetap kelihatan kacak!

  "Putera mahkota Kerajaan Naga, Putera Rayyan Alexander!"

  Langkah Rayyan menarik perhatian para gadis. Auranya mampu membuatkan para gadis terjerit gedik!

  "Pasangan kembar diraja Kerajaan Angel, Putera Hanz Vloudy dan Puteri Hanza Vloudy!"

  Tangan Hanza berpaut pada lengan Hanz. Mereka kelihatan bagaikan pasangan sebenar! Huish bahaya! Sememangnya mereka mewarisi kecantikan dan kekacakan ibu bapa mereka, puteri Kerajaan Angel dan seorang lelaki biasa. Lihat, kerajaan itu tidaklah kejam sehingga kerabat perlu berkahwin dengan kerabat!


  "Ketibaan Yang Mulia, Puteri Syakila Drianz dan Puteri Kayla Drianz!"

  Mereka melangkah masuk dengan penuh menawan. Gaun mereka berwarna putih dan ia berkilauan apabila terkena pancaran cahaya. Mereka sangat menyerlah dengan pakaian serba putih dek kerana dewan itu malap sahaja. Kasut berwarna emas, tiara bertatahkan permata dan anting-anting emas terletak cantik di tubuh mereka. Jikalau tadi para putera, kali ini, para jejaka jatuh hati!

  Majlis diteruskan dengan ucapan, acara makan dan akhirnya majlis tari-menari. Semestinya Syakila dan Kayla dipelawa ramai jejaka berpangkat putera malangnya mereka menolak sambil tersenyum. Kelibat Putera Rayyan dan Putera L menggamit pandangan para gadis termasuklah mereka.

  Mereka dipelawa untuk menari. Majlis diteruskan hingga tepat jam 12 tengah malam. Bunga api meletus di kawasan atas. Dengan kedudukan kerajaan di langit, semakin dekat mereka rasakan dengan bintang.

  Syakila dan Kayla tersenyum.





To be continued

Ahaha jujurlah, Rys tak terfikir dan tak terniat nak update langsung minggu ni. HAHAHAHAHA. And sorry pendek. Got no idea for the lights'. Tetiba Rys berpihak kepada the darks'. Hahahahah!

Happy birthday to you!
Happy birthday to you!
Happy birthday to mummy and akak!
Happy birthday to you!

Well, actually happy belated birthday. I'm so sorry cause terlupa plus tak online whatsapp.

And this is Lukary9703 punya permintaan.

Triple update yeah? Untunglah korang readers HAHAHAHA.

LOVE YOU MUMMY Baeryhali02 AND AKAK Lukary9703

Hahaks nak mention semua meraung Rys karang. Bukan sorang dua. Kalau setiap birthday kena update, nangis tak berlagulah beta. HAHAHAH.

Okay papai!

Continue Reading

You'll Also Like

465K 21.3K 27
Syafiera seorang gadis biasa. Pada suatu hari dia dikhianati oleh rakan baiknya. Dan kerana itu dia melancong untuk menenangkan fikiran. Di negara it...
299K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
60.4K 8K 35
❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, di...
138K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...