✔ Tom And Jerry

By reenshi

254K 39K 10.4K

▪︎Nampak mereka bergaduh? Tegurlah kalau berani.▪︎ ▪▪▪ Anda bosan dengan heroin perwatakan lemah lembut? Ken... More

▪Introduction▪
1: Lambat
2: Keputusan
4: Paip
5: Terasa
6: A's
7: Tumbuk
8: Fikir
9: Kawan
10 : Kad Khawin
11 : Tolong
12: Balik
13 : Majlis Kahwin
14 : Date
15 : Coklat
16 : Udang
17: Pesan
18: Belasah
19: Buku
20: Basics
21: Headache
22: Berebut
Thank you!
23: Risau
24: Hafal
25: Kertas
26: Meniru
27: Faham
28: Tampar
29: Terjun
30: Sambut
31: Nickname
32: Overprotective
33: Bertahan
34: Segi Tiga
35: Crush
36: Ketuk
37: Manis
38: Geli
39: Drama
Kejap
40: Ending
▪︎Epilogue▪︎
🌹Special chapter 1🌹
🌹Special chapter 2🌹
Nak lepaskan rindu?

3: Tackle

7.1K 1.1K 401
By reenshi

100 votes + 50 comments

"k-kau jentik kepala aku?!" Suara Sooyoung meninggi apabila Jeon Jungkook melakukan sedemikan.

Jungkook menyeluk tangannya kedalam jaket yang dipakainya. Sudah semestinya dia memakai uniform sekolah disebalik jaket itu.

Lalu lelaki itu berpaling kebelakang menghadap Sooyoung.

"Wae? ada masalah?" balas Jungkook dengan nada mengajuk. Diikuti dengan kening kanannya yang dinaikkan sebelah sahaja.


Jelas sekali dia seperti mahu memulakan pergaduhan dengan Sooyoung.

"kau ni!" Sooyoung tidak dapat menahan sabar apabila dilakukan sedemikian oleh Jungkook.

"Yang dua ketul dekat belakang tu, sebelum bergaduh. Biar Cikgu tanya soalan dulu"

Dengan kadar segera mereka berdua berpaling kehadapan.

"Apa contoh eksotermik dan endotermik?" Cikgu Soo Ahn menyoal.

"Contoh Eksotermik ialah Natrium hidroksida dan air" kata Jungkook sambil memandang wajah Sooyoung dengan pandangan maut.

"Contoh Endotermik pula ialah Asid Hidroklorik dan Natrium Hidrogen Karbonat " kata Sooyoung pula sambil membalas pandangan tajam yang diberikan oleh Jungkook itu.

"Ok, kamu dah faham bab ni. Jadi, kamu boleh pergi berdiri tengah padang tu, gaduhlah puas-puas" kata Cikgu Soo Ahn, itu fakta, hari ini Cikgu Soo Ahn ingin mengajar tajuk tersebut.

Namun, Jungkook dan Sooyoung telah memahami tajuk tersebut sebelum diajar. Tidak salah pun nak main kalau dah pandai, bukankah begitu?

Oleh sebab itu, Jeon Jungkook dan Kang Sooyoung selalu menjadi anak kesayangan sekolah disebabkan kepintaran mereka. Imej sekolah katakan.

Lantas Jungkook menarik rambut Sooyoung sehingga menyebabkan kepala gadis itu turut terteleng.

Pantas Jeon Jungkook berlari meninggalkan kelas.

"Yah! Jeon Jungkook!" teriak Sooyoung lalu dia turut berlari keluar kelas bagi mengejar Jungkook.

Sudah faham mengapa mereka digelar Tom and Jerry Couple?

Cikgu Soo Ahn menggeleng perlahan, sudah menjadi kebiasaan sampai dia pun sudah penat ingin tegur dua ketul manusia itu.

Nak kata bodoh, tidak! pencapaian mereka berdua sangat bagus dan sentiasa  maintain.

"yang lain, buka buku. Kalau dah pandai nanti baru boleh lari keluar kelas macam mereka" kata Cikgu Soo Ahn sambil membelek buku teks.

☆☆☆☆

Jaehee merenung keluar tingkap kereta miliknya.

"Jaehee, ini kali terakhir ibu nak kamu dapat markah bawah daripada Sooyoung dan Jungkook" kata ibu Jaehee dengan nada suara seperti sedang menahan marah.

Jaehee hanya kekal diam dan mengangguk sahaja.

"Kamu ingat bukan apa pesan ibu?" ibu Jaehee menyoal.

Jaehee menggenggam penumbuknya, sungguh dia benci dengan pendirian ibunya itu.

"Nombor satu sentiasa dikenang dan disebut, nombor lain akan ketepikan oleh orang" kata Jaehee dengan nada suara mendatar.

Kang Sooyoung POV💚

Kang Sooyoung berjalan tenang menuju ke pintu pagar utama.

Manakala rakan baiknya Haesoo dan Jaehee sudah pulang kerumah dengan ibu bapa mereka.

"Cepatlah Namjoon!" marah Seokjin sambil menolak-nolak badan Namjoon supaya mendekati Sooyoung.

"J-janganlah" suara Kim Namjoon yang gugup itu memarahi rakannya, Kim Seokjin.

"kau nak minta atau tidak?" Seokjin menyoal.

Perlahan-lahan Namjoon mengangguk.

"jadi, cepatlah!" balas Seokjin lalu menolak bahu Namjoon itu.

Namjoon mula berjalan mendekati Kang Sooyoung.

"Kang Sooyoung!" Namjoon berteriak kecil.

Sooyoung berpaling kebelakang bagi melihat siapa yang memanggilnya.

"err.. hai" Namjoon mula menegur Sooyoung.

"hai" balas Sooyoung dengan nada mendatar. Langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Er.. sebenarnya... sebenarnya... saya..." Namjoon berkata sambil bermain dengan hujung bajunya.

"Sebenarnya saya apa?!" Suara Sooyoung meninggi akibat tahap kesabarannya diancam.

"S-Sebenarnya saya nak minta nombor telefon awak" sekali gus ayat Namjoon keluar akibat terkejut dengan jeritan Sooyoung itu.

Seokjin hanya memerhatikan dengan jarak tidak terlalu jauh.

"Oh, boleh" balas Sooyoung.

"ambil kertas, salin cepat" sambung Sooyoung lagi.

Lantas Namjoon mengeluarkan sebatang pen dan kertas dari beg sekolah yang disandangnya itu.

"kosong satu sembilan" kata Sooyoung.

Lantas Namjoon menyalin.

"tekan-tekan tak dapat" sambung Sooyoung.

Namjoon mengalihkan pandangannya ke wajah Sooyoung.

Sooyoung memberikan senyuman sinis kepada Namjoon.

Gadis itu kembali berjalan menuju ke pagar utama sekolah.

Kelihatan Jeon Jungkook turut berjalan menuju ke pintu pagar utama sekolah itu sambil menyedut susu kotak yang di belinya.

"Yah Jeon Jungkook!" jerit Sooyoung lalu berlari kearah Jungkook.

Jungkook berpaling kearah suara yang memanggil namanya itu. Rupanya Kang Sooyoung yang memanggilnya.

"Oi! cepatlah setan! aku nak balik dah ni! aku tinggal kau baru tahu!" Teriak Jungkook yang berada jarak yang jauh dari Sooyoung.

Lantas gadis itu berlari kearah Jungkook yang sedang menunggunya di hadapan pagar utama sekolah itu.

Jeon Jungkook melemparkan sekotak susu berperisa pisang kepada Kang Sooyoung.

Mujur gadis itu sempat tangkap, kotak susu itu dibuka oleh Sooyoung lalu Jungkook menyumbatkan straw bagi membolehkan Sooyoung minum.

"Tapi aku nak susu strawberry " Kang Sooyoung merungut.

Jungkook memberikan senyuman mengusik sebelum tangan kirinya mencubit pipi Sooyoung.

"Esok aku beli susu strawberry" kata Jungkook.

Kim Namjoon POV💚

Namjoon terkaku seketika apabila dipermainkan sebegitu oleh gadis idamannya.

Seokjin pantas berlari mendekati Namjoon .

"macam mana? dapat?" Seokjin menyoal.

Namjoon memandang wajah Seokjin dengan pandangan yang susah ditafsir.

"a-aku makin suka dengan dia! perangai dia langsung tak macam gadis lain!" teriak Namjoon dengan gembira.

Seokjin menggeleng perlahan, kena reject pun masih happy lagi. Pelik sungguh!

TBC

Aku update agak panjang sebab aku nak hiatus jap, nanti lepas pt3 aku habiskan cerita ni.

Cuma beberapa perkara aku nak cakap..

-Sweetness overload akan menanti.
-Pergaduhan comel sampai kau rasa nak gaduh dengan crush sendiri.
-Info pelajaran (since aku tak suka cerita bodoh semata-mata)
-Tak cliche itu aku akan cuba.

Sayang tak cerita ni? whyy???

Continue Reading

You'll Also Like

20K 2.3K 23
[complete story]✔️ Hanya disebabkan permainan jelangkung. Nyawa jadi pertaruhan. Hidup atau mati? Sila baca
123K 20.8K 51
2020 [completed] + between friendship and love
252K 37.5K 50
Remake Version of 'His Roommate' "Kisah di mana seorang gadis menyamar sebagai seorang lelaki. Mudah? Jawapannya tidak dengan adanya kewujudan Kim T...
523K 11K 19
mula-mula tu crush lama-lama tu boyfriend