Selamat Datang Ramadhan! [ C ]

By wanf__

3.7K 382 9

Ramadhan Kareem! Semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding Ramadhan yang lepas. Selamat menyambut Ramad... More

blurb
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13 (15 Ramadhan)
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20 (Special)

Bab 12

159 18 2
By wanf__

Sudah dua hari berlalu semenjak Cik Ara memberi cuti kepada semua pekerjanya. Saedah yang baru pulih daripada demam terus berasa teruja hendak keluar daripada rumah melihat pemandangan yang tidak pernah jemu dilihat berbelas tahun lamanya.

Dua hari terperap dalam rumah sahaja, membuatkan dia jadi bosan. Hidupnya yang sentiasa keluar melihat alam terasa bebas saat dapat menghirup udara segar.

"Gembiranya dapat keluar dari rumah!" ujarnya ceria sambil mendepakan tangan. Dipejamkan matanya menikmati suasana yang dirinduinya.

"Sudahlah tu dramanya. Baru dua hari aje terperap dalam rumah tapi gaya macam bertahun tak tengok dunia luar," sampuk Mak Ijah merosakkan mood Saedah. Dia mengelap tangan yang basah menggunakan apron yang dipakai sebelum mengeluarkan sesuatu dari kocek baju kurungnya.

Saedah menayangkan muka masamnya. Mahu saja dia merengek kerana emaknya telah merosakkan suasananya.

"Tak payah buat muka macam itulah. Tak lalunya mak nak menengoknya. Ni, tolong mak kejap," pamit Mak Ijah yang menghiraukan saja muka anaknya yang mencuka. Dalam hati, dia ketawa. Itulah, tidak habis-habis mahu berdramanya. Serupa aku kurung dia aje bertahun dalam rumah, desis Mak Ijah.

Saedah membulatkan mata. Baru hari ini dia sihat sepenuhnya, sudah mahu meminta tolong daripadanya? Emaknya ini, pantang betul tengok Saedah tidak buat apa-apa. Pasti ada saja yang disuruh.

"Saedah baru pulih. Minta tolong abang Ijatlah," kata Saedah perlahan tetapi didengari Mak Ijah.

"Abang kamu tu kerja. Mana balik lagi. Cepatlah Saedah, mari tolong mak beli barang nak masak buka nanti. Sebagai habuannya, mak masakkan lauk kegemaran kamu."

Dengar saja habuan yang bakal diterima, laju saja kaki Saedah melangkah menghampiri Mak Ijah. Tangannya dihulurkan untuk menerima sejumlah wang dan juga senarai barang yang perlu dibeli.

Mak Ijah tersenyum melihat gelagat Saedah kini. Cepat saja menurut kalau bagi habuan. Kalau tidak, banyak saja alasan dia bagi!

"Kan bagus macam ini. Nah, kunci motor sekali. Tolong beli ya? Lepas dah beli tu, jangan melencong singgah beli benda lain. Terus balik rumah. Faham?" Sempat lagi Mak Ijah memberi pesanan penaja. Pesanan yang selalu diberikan kepada Saedah tiap kali dia meminta Saedah membeli barang.

Saedah mengangguk tanda memahami. "Baik, mak. Saedah terus balik semula. Tak beli apa dah. Saedah nak makan lauk kegemaran Saedah aje nanti berbuka."

"Bagus anak mak ini. Sudah, lekas pergi beli. Karang lambat pula mak nak masak nanti."

"Baik, bos! Dengan ini, saya akan menurut perintah! Pergi dulu, Assalamualaikum," ujar Saedah penuh semangat dan menyalami tangan Mak Ijah. Dicium penuh hormat tangan wanita yang sudi membesarkan dirinya ini.

"Waalaikumussalam. Hati-hati bawa motor," pesan Mak Ijah lagi. Dia menghantar pemergian Saedah dengan pandangan mata. Pandangan yang penuh sayu dan penuh rasa risau. Entah mengapa, dia berasa tidak sedap hati pula. Sudah dua hari begini dan lagi dia jadi tidak sedap hati apabila melihat Saedah.

Ada apa-apa yang bakal terjadi ke terhadap anaknya, Saedah? Ya Allah, lindungilah Saedah, doa Mak Ijah dalam hati.

·

·

·

·

"Kau tengok tu, dia ada dekat sinilah."

"Iyalah! Dia ini, memang berani ya tunjuk muka depan khalayak ramai. Lepas itu, buat seperti tiada apa berlaku."

"Kan.... Aku rasa perempuan macam dia ini, bukan kisah pun. Memang tidak tahu malu."

"Entah-entah memang tak ada langsung rasa malu!"

Saedah hanya diam dan dengar saja perbualan dua orang mak cik yang jelas mengata tentang dirinya. Masakan dia tidak perasan akan perkara begini. Jelas benar mak cik itu bercakap tentangnya kerana semenjak Saedah sampai ke kedai ini, mereka berdua pandang Saedah semacam.

Tapi, dia ada buat apa-apa kesalahan ke sampai mak cik itu berkata tentang dirinya? Setahu Saedah, dia memang tiada sebarang masalah dengan orang kampung ini.

Disebabkan rasa ingin tahu semakin menebal dalam diri, Saedah memberanikan diri untuk bertanya kepada dua orang mak cik itu selepas sahaja dia membuat pembayaran.

Kaki melangkah perlahan menghampiri dua orang mak cik yang tetap berkata tentang dirinya sambil memilih bawang merah.

Senyuman diukirkan dibibir bagi menampakkan lagi wajahnya yang manis. "Assalamualaikum, mak cik-mak cik. Boleh saya tahu mak cik berkata tentang apa? Sebab saya dengar ada nama saya sekali. Ada perkara berkaitan saya ke?"

Dua orang mak cik itu terdiam sebentar sebelum berpusing memandang wajah Saedah. Jelas terpancar raut wajah jijik memandang Saedah.

"Er... kenapa ni mak cik?" tanya Saedah yang mula kelihatan janggal. Mengapa dua orang mak cik ini memandangnya begitu?

"Tak payahlah buat-buat baik. Kami tahulah kamu ini siapa sebenarnya. Pura-pura tidak tahu pula," kata salah seorang daripada mak cik tersebut. Tangan naik menutup mulut dan ketawa mengejek melihat Saedah.

"Pura-pura tak tahu tentang apa ni mak cik? Saya tak faham. Saya ada buat sebarang salah ke?" tanya Saedah kehairanan.

"Memang! Kau sudah menipu kami, lagi nak berlakon tak tahu apa-apa? Kau tu, bukannya anak betul keluarga Ijah dan Daud pun. Entah-entah, anak pungut bawah jambatan mana!"

Saedah tersentak mendengarnya namun, dia mencuba sedaya upaya mengawal riak wajahnya.

"Diam sudah? Memang betullah kan? Dasar anak pungut! Orang macam kau ini, tak layak ada dalam kampung ini. Entah-entah nanti buat maksiat, mengandung anak luar nikah dan dibuangnya juga anak dia dekat sini! Kalau anak pungut tu, memang akan serupa gitu ajelah cara hidupnya!" Tempelak mak cik seorang lagi. Tajam dan sungguh menusuk ke hati Saedah. Sungguh kasar ayat-ayat yang dilontarkan kepadanya.

"Saya... bukan anak pungut." Saedah mempertahankan dirinya. Terkejut dia apabila dituduh anak pungut. Malah, paling dia rasa kecewa dan tidak sangka, dituduh bakal melakukan maksiat dan lahir anak luar nikah?

Ya Allah, sungguh memeranjatkan diri Saedah! Dia tahu hukum-hakam, memang tidaklah dia buat kerja begitu. Mengapa, mak cik itu dengan tanpa rasa bersalah boleh berkata begitu? Terus meramalkan apa yang dia akan buat di kemudian hari? Siapakah mak cik itu untuk meramalkan masa depan orang lain?

Mereka tersenyum sinis. Salah seorang daripada mereka kembali bersuara. "Oh. Jadi, apa nama kau?"

"Saedah," jawab Saedah lancar.

"Nama penuh kau dalam IC?"

Soalan itu, berjaya membuatkan Saedah terdiam dan cuak. Dia dapat rasakan, mak cik itu tahu sesuatu.

"Nur Zulia Saedah Binti Zulkarnain. Itu kan nama kamu? Memang sahlah kau bukannya anak Ijah dan Daud! Dasar anak pungut tak sedar diri!"

Terkejut!

Tergamam!

Itu yang Saedah rasakan sekarang ini. Terasa dunia sekelilingnya mula menjadi gelap.

Tak mungkin....

Bagaimana mereka boleh tahu nama penuhnya?

Ini semua tak mungkin!

Tanpa menunggu lagi, Saedah terus berlalu pergi. Motor dihidupkan dan dia terus memecut meninggalkan kedai runcit itu. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Saedah bermain dengan fikirannya sendiri.

Banyak persoalan yang mula muncul dimindanya. Paling utama....

Macam mana ada yang tahu nama penuhnya ialah Nur Zulia Saedah Binti Zulkarnain!

·

·

Maaf kalau makin lama jaln cerita makin pelik. Tapi memang ini yang mula-mula ada dalam kepala masa nak buat cerita ni. Cuma itulah... ayat yang digunakan tu rasa macam tak kena aje

Apa-apa pun, janganlah sama sekali kita memandang rendah dan terus mengkritik seseorang itu. Dari mana pun asal mereka, jangan pernah sama sekali merasakan diri mereka itu tidak berguna dan teruk. Kita bukan sesiapa untuk tentukan masa depan orang lain.

Please, hormati antara satu sama lain :)

Continue Reading

You'll Also Like

7.7K 1K 14
[SHORT STORY] "Dari kecil, nasib baik jarang menyebelahi aku," -Ratu Alana "Dari kecil juga, aku tak pernah faham apa itu kasih sayang,"-Elaine Dua...
ADIK By symeimei

Short Story

323K 3.2K 23
Salah ke kalau minat abang sendiri? well dia abang aku kan? abang.. adik? kalau ikutkan.. akulah adik. Tu nama panggilan aku sejak dulu. Aku anak tun...
3.9M 3.4K 1
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai...
551K 1.4K 29
As in 6 December 2022: 1st place #18sx 1st place #lucah 1st place #malay 1st place #asrama Violet memilih untuk dimasukkan ke sekolah berasrama penuh...