Serpihan Kenangan Kita!

By Asha_Aryanna

112K 3.3K 256

Pada pandangan orang lain. Rania dan Tengku Adrian itu ibarat Tom And Jerry. Ah! Tom and Jerry pun perangai l... More

MUST READ.✓
Nur Rania Miyasarra✓
Tengku Adrian Mikhail✓
Bab-1✓
Bab-2✓
BAB-3✓
Bab-4✓
BAB 5✓
BAB-6
Bab-7
BAB-8
Bab-9
Bab-10
Bab-11
Bab-12
Bab-13
Bab-14.
Bab-15.
bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab-19
Bab-20
Bab-21
BAB-22
BAB-23
Bab-24
Bab-25
Bab 26
Bab-27
Bab-28
Bab-29✓
Bab-30✓
Bab-31✓
Bab-32✓
Bab-33✓
Bab-34 ✓
Bab-35✓
Bab-36✓
Bab 37✓
Bab-38✓
Bab-39✓
Bab-40✓
Bab-41✓
Bab-42✓
Bab-43✓
Bab-44✓
Bab-45✓
Bab-46✓
Bab-47✓
Bab-48✓
Bab-49✓
Bab-50✓
Bab-51✓
Bab-52✓
Bab-53✓
Bab-54✓
Bab-56✓
Bab-57✓
Bab-58✓
Bab-59✓
Bab-60✓
Bab-61✓
Bab-62✓
Bab-63✓
Bab-64✓
Bab-65✓
Bab-66✓
Bab 67✓
Bab-68✓
Bab-69✓
Bab-70✓
Bab-71✓
Bab-72✓
Bab-73✓
Bab-74✓
Bab 75✓
BAB - 76✓

Bab-55✓

1K 44 3
By Asha_Aryanna

Bab 55

Empat bulan kemudian..

    Rania melabuhkan duduknya diatas bangku. Kedua belah tangan di masukkan ke dalam poket kot labuhnya. Sejuk!

Cuaca di sini semakin sejuk. Lagi-lagi diwaktu petang begini. Suhu pula semakin hari semakin menurun. Dia memandang sekeliling kawasan taman hospital. Rimbunan pokok yang dulunya menghiasi persekitaran taman ini sudah menggugurkan daunnya. Yang tinggal hanyalah ranting-ranting kosong yang masih tegak berdiri bersama batang pokok. Dan beberapa bulan lagi. Ranting-ranting itu bakal dihiasi dengan daun dan bunga-bunga yang indah.

    Dedaun berwarna Jingga, merah dan Kuning sudah lama gugur melatari bumi. Menandakan musim luruh sudah sampai ke penghujung. Daun yang berguguran nampak cantik menari-nari apabila ditiup angin sejuk dan jatuh ke tanah. Menutup jejak yang ditinggalkan manusia.

Langit mendung dipandang sejenak. Entah bila salji pertama tahun ini akan turun. Mungkin lagi dua tiga hari. Harap dapatlah dia merasai keseronokannya nanti. Biasanya salji pertama yang turun akan lebat untuk beberapa jam sebelum berhenti. Kalau salji turun berterusan sehari dua dapatlah dia bermain salji di luar rumah. Dia bercadang nak buat orang salji. Seronoknya! Tak sabar pula rasa.

Anak matanya tertancap pada bangunan hospital yang berdiri gah dihadapannya. Masih sama seperti dulu. Sejak dia keluar dari hospital ini. Hanya beberapa kali saja dia menjejakkan kakinya di sini semula . Itupun hanya untuk Check up.

Tapi, hari ini dia datang bukan sebab nak check up ke apa. Dia datang untuk berjumpa dengan uncle Han dan nak beri Hakimi hadiah hari lahir lelaki itu yang dah berlalu dua hari lepas. Mereka tak dapat nak sambut bersama-sama kerana Hakimi sentiasa sibuk.

Lagipun dia rindukan Hakimi. Sebab tu dia ajak Naziem ke sini. Mujur abangnya itu bersetuju walaupun tak berapa suka dengan Hakimi. Sejak berada di Seoul ni. Baru dua kali dia dapat jumpa Hakimi. Bila dia hendak berjumpa dengan lelaki itu. Ada saja halangannya. Hakimi on call lah, Hakimi sibuklah, Ada operation dan macam-macamlah. Kadang-kadang dia terasa hati juga bila Hakimi selalu menolak ajakannya untuk keluar bersama. Bukan sepanjang waktu lelaki itu bertugas. Ada je waktu cuti yang diberikan. Betul tak?

Tapi Hakimi selalu beri alasan yang dia penat. Walhal, mereka berada di negara yang sama cuma tempat yang berbeza. Rania faham tugas tunangannya itu. Nak tak nak dia terpaksa terima. Kalau dulu dia ingatkan doktor tu kerjanya dua puluh empat jam seminggu tak ada cuti apa semua. Tapi bila dia dah selami sedikit sebanyak kehidupan Hakimi. Ada saja masa yang terluang rupanya. Bukan dia minta Hakimi beri perhatian sepenuhnya dekat dia pun. Dia cuma minta sikit je.

Rania tarik nafas dalam-dalam. Dia dongakkan kepala sebelum lepaskan nafasnya. Kelihatan kepulan wap haba berterbangan di udara. Setiap hari suhu semakin menurun. Cuaca pula semakin sejuk. Kalau berdiri di luar rumah pada waktu malam. Dia boleh dengar giginya berlaga sesama sendiri. Sejuknya mencucuk sampai ke tulang hitam.

Rania betulkan kot yang dipakai. Cuba menutup setiap rongga yang membolehkan angin sejuk menembusi tubuhnya. Sejuknya. Tak pasal je demam nanti!

Dia tilik wajahnya pada skrin Smartphone. Dia sudah cantik mengenakan solekan nipis di wajahnya. Pakaiannya pula sweatshirt berwarna Putih bermotif bunga. Dipadankan dengan kot labuh berwarna Hitam dan seluar slack. Shawl berwarna Tiffany blue menjadi pilihan. Mafla berwarna merah dililitkan pada batang leher.

“Darls?” Dari jauh Rania mendengar suara Hakimi menyeru namanya.

Dia menoleh. Senyuman manis diukir buat tatapan Hakimi. Hakimi membalas senyumannya. Ditangan lelaki itu ada dua cup instant coffee. Satu dihulurkan kepada Rania.

“Kimi...” Cup air bertukar tangan.

I miss you!

I miss you too. You nampak cantik sangat hari ni.” ujar Hakimi. Sempat memuji. Ditilik pakaian Rania atas bawah. Cantik dan menawan.

“Tapi kenapa dengan muka tu? Nampak penat. Jomlah kita masuk dalam dulu. ” Dia mengajak Rania masuk ke bangunan Hospital. Mungkin gadis itu kepenatan. Ataupun kesejukan. Wajah Rania sudah memerah. Lagi-lagi pada bahagian hidung. Suhu di sini sudah mencecah tiga darjah celcius. Lagi beberapa hari saja lagi sebelum salji dijangka turun.

Thanks. I okeylah. Cuma sejuk sikit. I tertinggal jumper suit dalam kereta tadi.” Ujar Rania. Dia menghirup sedikit air instant coffee didalam cawannya. Hangat..

“Betul ni?”

Rania mengangguk. Hakimi tersenyum lega.

“You dah makan? Lepas ni you nak ke mana?”

“Dah.. Dua jam lagi kitorang nak ke mahkamah. Pasal kes ZEN tu. ” Ujar Rania. Dia mengelap hidungnya yang berair menggunakan sapu tangan. Sejuk yakmat!

Rania menilik tubuh Hakimi. Lelaki itu nampak segak berkot putih dengan steteskop di kocek bajunya. Nampak wow gitu. Tapi dia perasan tubuh Hakimi sedikit kurus. Lama tak nampak tunang sendiri.

“You sihat tak, Kimi? You makan ke tak ni nampak kuruslah. Kan I dah cakap jangan skip makan kalau boleh.”

Hakimi tersenyum simpul.

“I makanlah, Darls. You ni.. Membebel pulak dia. Ingatkan dah lama tak jumpa you nak cakap I miss you... I love you.. I tak boleh hidup tanpa you ke apa ke!” Gumam Hakimi seraya melepaskan tawanya. Dia tergelak sakan bila melihat wajah cemberut Rania.

“Muncung dah boleh buat sangkut baju.” sakatnya lagi.

“You ni kan.... Ngeeeee...” Rania genggam penumbuk dan digoyangkan di hadapan Hakimi.

“Ala-ala bucuk-bucuk sayang.. Meh sini abang pujuk... Janganlah merajuk.. Nanti abang busy sapa nak pujuk.. Meh sini meh sini..” Hakimi depakan kedua belah tangannya luas. Dia menuncungkan bibir seperti ingin mencium dan kedua belah matanya dipejam. Kepalanya pula digoyang ke kiri dan ke kanan.

“Mengadalah Kimi... Gediklah you ni.. Ngee.. I malulah kalau ada orang tengok Doktor Hakimi buat muka gedik dekat sini. Eeee I nak baliklah!”

Rania tolak bahu Hakimi lembut.
Kedua belah tangan dibawa menutup wajahnya. Dia mengintai kawasan sekeliling dari celah jari-jemarinya. Mana tahu ada mak cik bawang yang tengok. Kang tak pasal Viral pulak. Hahaha. Ingat mak cik bawang Korea macam mak cik bawang Malaysia ke. Eh your mother greenlah!

“Hahaha.. Apalah you ni Darls! Mana ada orang dekat sini.. Sejuk-sejuk macam ni lebih baik diaorang duduk dalam wad masing-masing. Hangat sikit. Kang yang sakit makin sakit pulak.” ujar Hakimi dengan sisa tawa yang masih berbaki. Comel betullah tunang dia ni. Haih!

Rania rasa disayangi. Dia rindu nak bergelak ketawa dengan Hakimi. Jadi bila dapat melepaskan rindu seperti ini. Dia dah rasa cukup.

“Hesy! Kejamnya you.. asyik gelakkan I je.”

“Dah you tu lawak sangat. Nak buat macam mana. Comel pulak tu. Ish geram I lah. Tak sabar nak kahwin dengan you..”

Tak sempat Rania nak menjawab. Smartphone Hakimi menjerit minta diangkat.

“Kejap eh.” Hakimi angkat jari telunjuk.

Dia bangun dan menjawab panggilan itu. Dia berbicara dengan si pemanggil menggunakan bahasa korea. Rania dapat dengar sedikit sebanyak perbualan lelaki itu.

Hakimi mengerling riak wajah Rania. Dia gigit bibir bawahnya. Panggilan ditamatkan beberapa saat kemudian.

“Darls... I ada emergency. I gotta go. Jom I hantar you pergi kereta dulu. Sejuk ni.”

“Eh tak apalah Kimi. I boleh pergi sendiri. Lagipun tak jauh dari sini. You pergilah.” Rania tunjuk kereta Naziem yang terparkir tidak jauh darinya.

“Tak apa. Jomlah.”

Rania akur. Hakimi jalan beriringan dengan Rania. Usai menghantar Rania ke kereta Naziem. Dia masuk semula ke bangunan JSHS. Rania pandang belakang tubuh Hakimi sehingga hilang dari pandangannya. Dia terkejut bila tingkap sebelah penumpang di turunkan. Naziem sudah berada dalam kereta rupanya. Dia tak perasan sebab tingkap sisi bertinted gelap. Rania cepat-cepat buka pintu dan meloloskan dirinya dalam perut kereta.

Saat Rania hendak memakai tali pinggang keledar. Dia baru ingat sesuatu.

“Alamak! Baby lupa nak bagi Kimi hadiah ni. Abang Ziem tunggu kejap eh.” Rania pantas keluar dari perut kereta. Dia berlari anak ke arah JSHS.

Hakimi masuk ke dalam hospital. Tiba di tingkat dua, anak matanya mencari seseorang. Lebih tepat seseorang yang menghubunginya sebentar tadi. Saat anak mata mereka bertentangan dia terus meluru kearah perempuan itu.

“Jenny..” Ujarnya. Tubuh perempuan yang dipanggil Jenny itu disauk ke dalam pelukannya.

“Bogoshipda..” Ujar Jenny sambil tergelak manja. Pipi Hakimi dicium berkali-kali. Hakimi membiarkan saja. Lagi beberapa jam shift kerjanya akan habis. Lepas tu.. Dia akan berseronok dengan Jenny. Dia tak perasan langsung Rania yang jauh di belakang.

Langkah kaki Rania terhenti di hadapan pintu kaca yang memisahkannya dengan Hakimi. Jantungnya bagai nak gugur bila melihat tangan Hakimi melingkari pinggang seorang perempuan. Dalam keadaan intim.

Nafasnya turun naik. Dunia rasa berputar. Yang dia tahu hatinya rasa.. Sakit!

Rania tak mendekati Hakimi. Dia pantas berlalu pergi. Air mata yang bergenang di pelupuk mata diseka dengan hujung jari. Kotak hadiah yang sepatutnya diberikan kepada Hakimi diletakkan di bahagian kaunter pertanyaan. Dia meminta salah seorang jururawat di situ untuk memberikan hadiah itu kepada Hakimi.

                          ******

   Kes Kwon Shi Jang mendapat liputan hangat. Pukul dua petang kesnya diperdengarkan untuk kali terakhir di mahkamah. Selepas itu hukuman akan diberikan. Ramai wartawan sudah berkerumun di kaki lima dan luar perkarangan mahkamah untuk membuat liputan.

Kwon Shi Jang berjaya di tangkap dua bulan yang lalu. selepas cubaan melarikan diri ke luar negara menggunakan passport palsu gagal. Mujur pihak lapangan terbang menyedarinya. Lagipun setakat pakai janggut palsu dengan cermin mata tu apa je yang boleh tutup.

Sebelum ini kes terpaksa ditangguh beberapa kali ekoran bukti yang ada tidak mencukupi untuk membuatkan  Shi Jang neringkuk dalam penjara lebih lama. Namun, setelah beberapa bulan bertungkus lumus. Mereka berjaya mengumpul bukti-bukti yang kukuh untuk mendakwa Kwon Shi Jang.

Kwon Shi Jang dijatuhi hukuman penjara selama tiga puluh tujuh tahun. Saham ZEN yang sebelum ini jatuh mendadak sudah naik kembali. 
ZEN mendapat kembali wang yang telah disonglap. Walaupun berdepan kerugian sebanyak enam ratus ribu won.

Staff-staff ZEN yang turut hadir bersorak gembira apabila Kwon Shi Jang berjaya disumbat ke dalam penjara.

Rania dan abang-abangnya memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya penat lelah mereka berbaloi selama ini. Berbulan bertunggu tangga di Korea Selatan. Membantu pasukan peguam mereka mencari bukti yang kukuh. Akhirnya kemenangan berpihak kepada mereka.

Naziem menghela nafas kelegaan. Tak sia-sia dia jadi ketua akauntan sementara waktu dan tengok balik angka-angka yang tertera di skrin komputer. Semuanya telah dipalsukan oleh Kwon Shi Jang. Bukan berpuluh. Malah berjuta-juta. Rasa macam nak muntah hijau pun ada. Dan waktu nak edit balik tu memang memakan masa yang agak lama.

Dia rasa jadi Interior Designer lebih baik daripada jadi akauntan ni. Dia bukannya jenis suka tengok nombor banyak-banyak. Pening! Tapi masa belajar dulu dia bab akaun memang top. Tu yang Zhafran suruh dia ganti tempat ketua akauntan untuk sementara waktu. Masalahnya, dia kena semak semula rekod-rekod keluar masuk wang yang telah dipalsukan oleh Shi Jang dulu. Itu yang dia tak suka tu. Banyaknya bukan main. Rupanya mamat tu tak songlap 1.2 Juta Won. Tapi.. 51.2 Juta Won. Kau kira berapa banyak. Dan 51.2 Juta Won tu dimasukkan dalam beberapa akaun bank yang berlainan. Gila licik perangai Shi Jang tu.

Setelah selesai perbicaraan. Mereka berempat pulang ke rumah.

Rania dulu-dulu masuk ke dalam bilik. Perasaan penat dan sakit hati bercampur baur. Tubuh dicampak ke katil. Akhirnya dia dibawa lena yang menyapa.

                         *******

Malamnya Naziem dan Danish keluar sebentar untuk membeli makanan ringan. Niatnya hendak ke kedai serbaneka saja. Sekali mereka berdua melencong ke Itaewon. Saja jalan-jalan. Mereka mengajak Zhafran dan Rania. Tapi Zhafran kata dia malas. Rania pula berkurung dalam bilik lepas makan malam tadi. Penat agaknya!

Suasana di Iteawon sedikit sesak. Ramai orang di merata tempat.

Danish mencari-cari kedai yang menjual baju sejuk. Dia tak ada baju yang hendak di pakai kalau suhu turun mendadak nanti. Bila dah penghujung musim luruh ni cuaca semakin hari semakin sejuk.Dapat dua tiga helai pun jadilah.

“Ziem..” Panggil Danish. Dia menepuk bahu Naziem. Matanya tak beralih melihat pasangan yang tidak jauh dari mereka.

Anak mata Naziem mengikuti pandangan Danish. Tersirap darahnya sehingga kepala. Dia menggenggam penumbuk. Giginya diketap kuat.  Cuba menahan amarah. Hatinya berapi melihat kemesraan Hakimi dan Perempuan dalam pelukan Hakimi. Dia kenal perempuan tu.

Hakimi tak perasan yang dirinya sedang diperhatikan. Dia memeluk erat tubuh teman wanitanya. Sesekali bibirnya singgah di pipi Jenny. Wanita itu merupakan Staff nurse di JSHS.

Naziem hendak meluru kearah Hakimi. Namun Danish cepat-cepat menghalang.

“Relax Ziem.. Relax!” Danish menahan bahu Naziem. “Kau tak boleh buat macam ni. Ni negara orang. Susah kita nanti.” sambungnya. Riak cemas terpancar di wajahnya. Risau kalau-kalau Naziem tiba-tiba menyerang Hakimi.

Naziem mengetap gigi. Kuat. Cuba mengawal rentak kemarahannya.

“Si Si*l tu memang tak guna. Aku dah agak dah dia memang ada perempuan lain! Si*l betul!” Suara celah gigi. Naziem hamburkan sumpah seranahnya. Panas hati melihat adegan terlalu mesra Hakimi dan perempuan di sebelahnya.

“Kita tak ada bukti nak tuduh macam tu. Entah-entah perempuan tu sepupu sepapat dia ke?” Danish masih cuba berfikir positif.

“Sepupu sepapat kepala ba*a dia! Kau tahu tak mana aku jumpa perempuan tu?” Dia memandang wajah Danish. Bengis wajahnya. Danish menggeleng laju. Dia kenal ke perempuan tu. Anak mata mengikut langkah Hakimi.

“Aku jumpa dia dekat Hospital uncle Han. Dia nurse dekat situ, Nish. Dari dulu lagi aku nampak si Si*l tu dengan dia.” Melengking suara Naziem. Kemarahan dia dah sampai puncak.

Anak mata Danish dipusatkan kewajah Jenny. Lama. Dahinya berkerut seribu. Dia cuba mengingat wajah itu di JSHS. Membulat matanya bila dia dapat mengecam wajah itu. Ya dia sudah ingat. Itu nurse yang selalu dekat farmasi tu.

“Kau sendiri ingatkan muka perempuan tu?” Soal Naziem bila melihat reaksi Danish pasti adiknya itu dapat mengecam wajah Jenny.

Danish mengangguk perlahan. Mata masih tak lekang dari memandang Hakimi dan pasangannya.

“Jadi tak ada masalahkan kalau aku nak bunuh jantan tu sekarang?”

Naziem dah buat perangai gila dia. Kecil besar kecil besar je dia tengok Hakimi. Kalaulah Hakimi itu semut. Dah lumat agaknya dia pijak.

“Ziem.. Sabarlah! Istighraf dulu. Kau marah sangat ni. Nanti ada masa kita jumpa dia. Kita tanya dia betul-betul. Boleh? Aku tak nak tengok baby kecewa kalau dia tahu nanti. Dia sayang sangat dekat Kimi.” Danish memujuk. Bahu abangnya ditepuk beberapa kali.

Naziem menarik nafas dalam-dalam. Dihembus keluar kemudiannya. Lagi tadi dia cuba menghilangkan rasa marahnya. Namun tak berjaya. Dia beristighfar dalam hati. Cuba menghilangkan amarah yang berada di hujung kepala.

No she won't. By hook or by crook. I will make sure she breakup with him. Lelaki tak guna macam tu tak sepatutnya berdamping dengan adik aku!”

Tajam matanya menikam wajah bahagia Hakimi dari jauh. Kalau pandangan boleh membunuh. Pasti Hakimi sudah berada enam kaki di bawahnya.

Baru pagi tadi dia nampak Rania dan Hakimi bergelak ketawa. Tup-tup malamnya Hakimi boleh keluar dengan perempuan lain. Siap berpeluk sakan. Siapa tak panas hati. Ikutkan hatinya memang dekat situ jugak dia hancurkan muka lelaki tak guna tu.

“Jom balik...” Danish mengajak.

“No! Aku nak tengok mana si*l tu pergi.” Naziem membantah. Langkah kaki diatur mengikuti Hakimi. Samartphone di dalam poket seluar di keluarkan. Dia nak mengumpulkan bukti. Nanti bila semuanya dah terbongkar dan Hakimi tak mengaku. Boleh dia tunjukkan bukti itu. Danish mengeluh panjang. Dia turut membuntuti langkah abang keduanya.

Hakimi tak perasan langsung yang dia diikuti oleh Naziem dan Danish. Bukan main mesra lagi dia melayan kerenah Jenny. Sesekali dia mencuit hidung teman wanitanya. Ada kalanya bibirnya singgah di dahi dan pipi Jenny. Lama dia bercinta dengan jururawat tempat dia bekerja. Adalah dalam dua tiga tahun. Tapi bila dia nampak Rania. Hatinya terpaut untuk memiliki gadis itu. Jenny pula hanya teman untuk menghilangkan bosannya saja.

Lagipun tak lama lagi dia akan berpindah ke Kuala Lumpur. Dia dapat tawaran bekerja di negara sendiri. Dapatlah dia dekat dengan Rania nanti. Kalaulah dia tak beri alasan nak sambung belajar dekat Rania dulu. Mesti mereka belum bertunang lagi sekarang ni. Tapi sebelum tu. Ada baiknya dia enjoy kehidupan di sini dulu sebelum dia putuskan hubungan dengan Jenny. Hakimi tersenyum suka dalam hati.

Hakimi masuk ke dalam keretanya bersama Jenny. Tak lama keretanya sudah meninggalkan tempat itu.

Naziem menyepak batu di tepi jalan. Hatinya sebal melihat kereta Hakimi sudah meluncur laju membelah kepekatan malam.

“Satu hari nanti. Hancur aku tumbuk muka dia!” ujar Naziem penuh kebencian. Dia sematkan janji itu dalam dirinya. Cepat atau lambat semua kebohongan Hakimi pasti akan terbongkar.

######

Continue Reading

You'll Also Like

755K 19.9K 57
"Real lifeမှာ စကေးကြမ်းလွန်းတဲ့ စနိုက်ကြော်ဆိုတာမရှိဘူး ပျော်ဝင်သွားတဲ့ယောကျာ်းဆိုတာပဲရှိတယ်" "ခေါင်းလေးပဲညိတ်ပေး Bae မင်းငြီးငွေ့ရလောက်အောင်အထိ ငါချ...
2.8M 43.3K 14
"Stop trying to act like my fiancée because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...
3.8M 241K 98
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
166K 18.7K 51
#Book-2 of Hidden Marriage Series. 🔥❤️ This book is the continuation/sequel of the first book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If you guys have...