HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔

By Anati_Althafunnisa

787K 62.9K 8.6K

Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu t... More

🏮Prolog
🔮Bab 1
🔮Bab 2
🔮Bab 3
🔮 Bab 4
🔮Bab 5
🔮Bab 6
📌PILIHAN ANDA
🔮 Bab 7
📌WATAK UTAMA DAN LAGU TEMA?
🔮Bab 8
🔮Bab 9
🔮Bab 10
🔮 Bab 11
🔮 Bab 12
🔮 Bab 13
🔮 Bab 14
🔮 Bab 15
🔮 Bab 16
🔮 Bab 17
🔮 Bab 18
🔮 Bab 19
🔮 Bab 20
🔮 Bab 21
🔮 Bab 22
🔮 Bab 23
🔮 Bab 24
🔮 Bab 25
🔮Bab 27
🔮Bab 28
🔮Bab 29
🔮Bab 30
🔮Bab 31
🔮Bab 32
🔮Bab 33
🔮Bab 34
🔮Bab 35
🔮Bab 36
🔮Bab 37
🔮Bab 38
🔮Bab 39
🔮Bab 40
🔮Bab 41
🔮Bab 42
🔮Bab 43
🔮Bab 44
🔮Bab 45
🔮Bab 46
🔮Bab 47
🔮Bab 48
🔮Bab 49
🔮Bab 50
🔮Bab 51
🔮 Bab 52
🔮Bab 53
🔮Bab 54
🔮 Bab 55
🔮Bab 56
🔮Bab 57
🔮Bab 58
🌺REVIEW🌺
BUKU PERTAMA SAYA YANG DITERBIT

🔮Bab 26

16.3K 1.1K 156
By Anati_Althafunnisa

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

Cahaya POV

Mata kukuak perlahan-lahan saat terasa ada yang mencucuk-cucuk pandangan bayangan. Saat mataku terbuka, suara pertama yang menggamit pancaindera pendengaran adalah bonda.

"Anakanda Puteri..."

Aku memandang bonda lemah. Pandanganku masih kelihatan samar-samar kerna aku masih berusaha untuk mencelikkan mata agar lebih jelas penglihatanku.

"Bonda..."

Terasa tanganku disentuh oleh tangan lembut bonda.

"Ya sayang bonda. Bonda di sini. Anakanda sudah sadar?"

"Anakanda berada di mana?"

Uluku berasa sungguh berat dan sedikit mencucuk-cucuk. Daku tidak bisa berpikir dengan jelas kerana kegeringan ini.

"Anakanda sedang berada di kamar sayang, kamar anakanda di Istana Mahligai Ratu."

"Mengapa anakanda berasa begitu gering sekali di ulu anakanda. Apa yang telah terjadi, bonda?"

"Anakanda hampir saja lemas di Lembah Air Pembunuh Senyap. Mujur saja Laksamana Hang Tebung segera menyelamatkan anakanda, jika tidak bonda tidak tahu apa akan terjadi kepada anakanda." bicara bonda dalam nada yang benar-benar meruntum jiwa.

Mendengar penjelasan bonda, ingatanku seakan-akan muncul kembali, iya benar. Daku sudahpun ingat, bagaimana tubuhku dibawa oleh arus yang deras sehingga ke lembah air itu dan bagaimana daku tenggelam dalam kedalaman lembah yang sunyi dan sepi itu, suasana sekelilingnya yang kelam sehingga daku merasakan nyawaku seakan-akan mahu putus dan...dan bayangan makhluk yang datang kepadaku namun samar-samar di pandangan itu adakah ia sebenarnya Laksamana Tebung?

Daku memejamkan mata sejenak, cuba meredakan rasa sesak di dada. Memori ini benar-benar memukul jiwaku untuk berada dalam ketakutan. Tanpa sedar, tubuhku menggigil, air mata mula bertakung di tubir.

"Anakanda? Mengapa anakanda menggigil? Apa anakanda berasa tidak enak badan?"

Daku memandang bonda dalam samaran air mata yang mengaburi penglihatan.

"Bonda...anakanda takut." lantas daku memeluk bonda untuk meminjam kekuatan. Pelukanku dibalas erat oleh bonda.

"Usah bimbang anakanda, bonda ada di sini, tiada yang perlu anakanda risaukan, bonda dan semua para uguwan istana ada di sini untuk menjaga anakanda. Usah takut anakanda."
bisik bonda sambil uluku diusap-usap lembut. Pelukan hangat bonda seumpama menyalurkan kekuatan kepadaku, hati mulai rasa tenang saat berada dalam dakapan bonda.

↪↪↩↩

Daku memerhati suasana kota Nanduan yang begitu sibuk dengan pekerjaan uguwannya di setiap hari. Kota ini begitu cantik sekali dengan binaan bangunannya yang begitu tersusun saat dilihat dari atas serambi kamarku. Daku tersenyum tawar, adakalanya hati ini merasakan menjadi rakyat jelata itu jauh lebih baik daripada menjadi seuguwan tuan puteri, apa bezanya daku dengan mereka, mungkin hayatku penuh dengan kemewahan dan martabat namun sedih sekali menyatakan hakikat daku juga tidak mampu memiliki hati seuguwan lelaki yang daku cintai sepenuh jiwa dan raga. Lebih untungnya daku menjadi rakyat biasa, barangkali mudah untuk daku bertemu dengan lelaki yang bisa mencintaiku dengan setulusnya dan tidak perlulah daku terkurung begini, setiap langkah perlu diawasi sehingga menyekat kebebasanku. Siapa yang mahu dirinya menjadi seekor merpati putih yang terkurung di dalam sangkar, semua uguwan jika bisa mahu menjadi seperti merpati yang bisa terbang bebas melihat dan menerokai dunia, pergi ke mana sahaja yang mereka suka dan melakukan apa sahaja yang mereka mahukan.

Tetapi, ini sudah takdir alam untukku. Aku seorang Tuan Puteri di kota ini, kerabat diraja Nanduan yang termasyur, mana mungkin aku senang-senangnya membiarkan diriku mudah jatuh dan dikalahkan oleh uguwan lain.

Bella Amanda.

Kamu wanita pertama yang benar-benar mencabar kedudukanku, sejak hadirnya kamu, hampir satu dunia uguwan heboh dengan kecantikan sosok manusiamu, kamu merampas laki-laki yang daku cintai, merampas kemasyuranku di mata dunia uguwan. Siapa kamu? Kamu hanya sekadar manusia yamg menumpang di dunia ini. Kerana kamu aku hampir hilang nyawaku disebabkan rasa patah hatiku yang melihat kemesraan kamu dan laki-laki yang aku cintai. Semuanya gara-gara kamu. Dasar manusia yang membawa sial! Pembawa malapetaka!!

Dadaku berombak-rombak laju menahan rasa amarah dan dendam, tangan yang berada di atas pagar serambi batu ini daku genggam kuat.

"Tuan puteri..." daku segera tersedar daripada lamunan fikiran yang sesak dengan amarah.

Saat daku menoleh ke belakang, sosok Laksamana Hang Tebung sudah berdiri tegak sambil menunduk di hadapanku.

"Bangunlah Laksamana Hang Tebung."

Segera gerangannya memandangku.

"Mengapa tuan puteri memanggil patik?"

"Sebenarnya, beta mahu menyampaikan ucapan terima kasih kepada kamu kerana telah menyelamatkan nyawa beta. Sungguh beta terhutang budi, jadi perkatakanlah apa yang kamu mahu sebagai ganjarannya, pasti beta akan cuba menunaikannya."

"Tidak perlu tuan puteri, patik hanya sekadar menjalankan tugas patik sahaja untuk melindungi tuan puteri jadi tidak ada perlunya patik diberi ganjaran untuk itu, tuan puteri."

"Mengapa tidak? Tugas tuan laksamana itu sememangnya tugas dan amanah untuk tuan, maka apabila kamu telah berjaya menjalankan amanah dan tugas itu dengan penuh ketelusan dan amanah, mengapa tidak diberikan ganjaran yang lebih?"

Laksamana Hang Tebung kelihatan sedikit serba salah untuk menjawab.

"Se-sebenarnya tuan puteri, patik benar-benar tidak bisa menerima penghargaan ini, patik...patik...patik tidak layak tuan puteri."

"Beta tidak mengerti dengan alasan kamu itu, mengapa pula tuan laksamana tidak layak sedangkan tuanlah yang telah menyelamatkan beta?"

"Kerana bukan patik yang menyelamatkan tuan puterilah, makanya patik tidak berhak untuk menerima sebarang ganjaran daripada tuan puteri."

"Ha? Apa? Bukan kamu yang menyelamatkan beta? Lalu siapa? Siapa yang telah menyelamatkan beta?"

"Se-sebenarnya patik sudah dilarang untuk bercerita akan hal yang sebenarnya namun patik tidak betah menyembunyikan perkara ini daripada tuan puteri."

"Sewaktu patik tiba di lembah air Pembunuh Senyap saat patik dan para marcaperkasa yang lain mencari-cari tuan puteri, patik berjumpa dengan seuguwan laki-laki yang berselindung wajahnya, hanya bahagian mata dan alisnya sahaja yang bisa patik lihat, dan pada ketika itu gerangannya baru saja mengendong tuanku untuk naik ke darat."

"Pa-patik juga melihat sendiri dia cuba memberi bantuan pernafasan tenaga dalaman kepada tuan puteri  melalui mulutnya."

Tidak semena-mena pipiku terasa membahang. Laksamana Hang Tebung juga seakan-akan teragak-agak untuk menceritakan tentang itu apatah lagi diriku yang mendengarnya dan yang sendiri mengalaminya. Siapa laki-laki yang berani-beraninya menyelamatkan nyawaku secara begitu? Jatuh maruah diriku sebagai seuguwan kerabat diraja di kerajaan Nanduan.

"Saat patik melangkah mendekatinya dan ingin mengambil tuan puteri daripadanya, tuan puteri juga sudah separuh sadar setelah bantuan pernafasan itu dilakukan, dia juga berpesan kepada patik agar jangan menceritakan akan hal ini kepada siapa-siapa mahupun tuan puteri, katakan sahaja patik sendiri yang telah menyelamatkan tuanku namun patik tidak betah menyembunyikan hal ini, sudah 14 matahari terbit patik memendam cerita sebenar ini sejak peristiwa itu, maka sekarang apabila tuan puteri sudah pulih dan mahu berjumpa patik maka patik tidak mampu lagi menyembunyikannya."

"Tidak mengapalah tuan laksamana, beta mengerti, namun tetap sahaja beta akan memberikan kamu ganjaran kerana sudah mahu berterung-terang akan perkara sebenar. Sekurang-kurangnya beta mengetahui akan pokok pangkal perkara ini."

Fikiranku mula dihinggapi tanda tanya mengenai siapakah gerangan laki-laki itu. Mengapa sosoknya seakan-akan misteri. Mengapa gerangannya mahu Laksamana Hang Tebung menyembunyikan hal yang sebenar?

"Apa kamu masih ingat matanya?"

"Ya, tuanku. Patik masih mengingati rupa alis, bentuk mata dan warna mata miliknya."

"Jika begitu, perintahkan artis istana untuk kemari dan sampaikan gambaran sosok rupa yang kamu lihat itu kepadanya untuk digambarkan dengan mata pena."

"Menjunjung titah tuan puteri."

↪↪↩↩

Bella POV

Aku beralih ke belakang, menukar posisi tidur lalu tanganku meraba-raba mencari sesuatu sambil mataku masih terpejam. Kosong. Tapak tanganku hanya dapat merasakan lapisan tilam yang empuk sahaja di sisi. Menyedari keanehan ini, aku segera mencelikkan mata yang sedikit berasa malas untuk dicelikkan kerana rasa kantuk.

Aku membesarkan pandangan, cuma melihat dengan jelas dalam keadaan suasana bilik yang gelap namun kerana disinari cahaya rembulan yang menembusi dinding kaca dan langsir nipis yang menutupinya tetap membolehkan aku melihat objek-objek sekeliling yang dekat denganku.

Di manakah baginda?

Terasa tidak seronok kerana menghilangnya sosok baginda secara tiba-tiba tanpa aku sedar, maka aku segera bangkit daripada pembaringan.

"Kanda...." aku cuba menyeru di dalam ruangan bilik yang luas ini, barangkali baginda mendengarnya lalu akan menyahut panggilan aku, sekurang-kurangnya aku tahu di mana keberadaannya, tidaklah aku rasa tidak seronok seperti ini.

Namun tetap tiada sebarang sahutan. Selimut yang menutupi separuh tubuhku aku selak dan segera aku menuruni katil. Aku menggapai night robe di hujung katil lalu segera disarungkan ke tubuh. Langkah dibawa ke bilik mandi, hasil pemeriksaan negatif. Tiada sosok baginda di sini. Mata meneropong ke sekeliling walaupun suasana cahaya bilik hanya samar-samar. Memang tiada. Pantas kakiku mengorak ke bilik pakaian, aku mahu memakai tudung dan keluar dari kamar ini. Tidak kira aku mahu cari juga baginda kalau tidak aku tidak boleh tidur. Kenapa kami susah sekali nak tidur bersama? Baginda seringkali sibuk dengan urusan negerinya sampai jarang tidur bersamaku. Sudah lama aku sabar, sebelum ini memang aku tidak kisah tapi malam ini entah kenapa aku betul-betul rasa tidak seronok dan tidak betah jika tiada baginda di sisiku. Nak cari juga sampai dapat!

Aku tidak tahu riak wajah aku sekarang ini macam mana tetapi yang pastinya aku tengah rasa geram dan nak merajuk gila. Jam sakti di dinding bilik aku perhatikan, kerana jam itu jelas bercahaya maka aku tahu waktu sekarang ini. 2.30 matahari terbenam. Maksudnya 2.30 pagi. Mana baginda pergi ni? Uhuk! Nak memberontak la macam ini, tergendala tidur yang nyenyak.

Saat kaki melangkah keluar dari bilik. Lokasi pertama yang aku tuju ialah pejabat baginda. Suasana istana begitu sunyi sekali, hanya ada 2 uguwan di setiap laluan yang menjaga dan mengawasi lagipula pada waktu begini, istana Biara Sakti sememangnya tidak memerlukan terlalu ramai uguwan untuk berjaga kerana sistem keselamatan yakni mantera atau jampi yang kuat sudah dibaca bagi melindungi istana ini daripada ancaman bahaya. Walaupun ada uguwan yang berjaga, aku tetap rasa seperti tiada siapa-siapa kerana saat aku memintas mereka untuk memasuki laluan, tiada sebarang rekasi pun daripada mereka, mereka hanya sekadar menunduk, itu sememangnya reaksi yang sudah biasa aku terima daripada uguwan-uguwan di sini. Tidak dibenarkan sewenang-wenangnya memandang kerabat diraja wanita tanpa punya alasan yang kukuh. Namun bila terjadi pada waktu dan suasana yang sunyi sebegini, aku rasa seram sejuklah pulak. Eh!Eh! Kau Ada! Mindset tu! Fikirlah yang baik-baik. Kalau jumpa pocong tengah duduk melompat dekat laluan ini pun apa nak ditakutnya, bacalah ayatul Kursi, halau!halau! Keh! Keh! Eh apalah aku merepek ni! Aku menepuk sisi kepala perlahan untuk menghilangkan fikiran yang merepek ini. Semua ini baginda punya pasallah, tinggalkan aku seorang-seorang lagi. Sudah janji nak tidur bersama-sama malam ini tetapi ditinggalkan aku lagi di pagi-pagi buta.

Kaki automatik berlari anak apabila pandanganku menyapa pintu pejabat baginda dari jauh. Segera aku menarik pemegang pintu yang 3 kali ganda lebih besar daripada aku ini dari luar saat kaki sudah terpacak di hadapannya. Lampu malam menyinari kamar kerja yang luas ini. Cahayanya yang malap dan keoren-orenngan menarik perhatian aku. Cantik. Aku melangkah ke dalam, sejujurnya ini kali pertama aku ke sini. Lawak bukan? Sudah hampir 5 bulan aku duduk di alam ini tetapi ini baru kali pertama aku datang ke pejabat baginda. Aku memerhati satu lampu yang terawang-awang berdekatan dengan siling ruangan ini. Ini mesti kuasa magik, seperti ada banyak kelip-kelip dalam lampu itu. Kelip-kelip? Cantiknya. Subhanallah. Eh Ada! Kau bukan datang nak tengok ini tahu tetapi nak cari suami kau. Aku menggeleng-gelengkan kepala menghalau rasa teruja. Aku memerhati sekeliling bilik, gahnya, ada banyak perhiasan yang dilekat ke dinding, perhiasan ke? Nampak macam tulisan undang-undang negara sahaja. Eh entahlah aku tidak tahu untuk meneka. Aku menoleh memandang rak buku yang setiap buku-bukunya terapung. Wah! Teringinlah nak baca, banyaknya buku. Ada! Sudah! Aku menggeleng-geleng laju, aku kena cepat keluar daripada ruangan pejabat ini sebelum aku meneroka dengan lebih lagi.

Pintu bilik pejabat aku tutup perlahan-lahan. Aku mengeluh. Mana baginda ni? Muka aku sudah cemberut gila. Aku tidak tahu banyak tempat di istana ini, kalau baginda tiada di bilik pejabatnya lalu baginda berada di mana? Itulah Ada! Sudah lama kau tinggal di istana ini tetapi tidak pernah sekalipun kau nak meneroka melihat setiap ruangan di di sini. Bukan tak nak! Tapi aku takut! Aku takut kalau aku merayau-rayau di dalam istana ini nanti aku akan mudah bertembung dengan Ratu Permaisuri. Huh! Tak naklah aku. Bila tiba waktu makanpun sudah berapa kali aku memberi alasan belum mahu makan agar tidak perlu turun ke ruangan makan supaya dapat mengelak daripada menjamu selera di satu meja yang sekali dengan baginda Ratu Permaisuri. Aku tidak tahan apabila asyik dipandang dengan pandangan angkuh dan sinis daripada baginda. Aku tahu, sejak daripada awal lagi Ratu Permaisuri Safuraluna tidak menyukai aku, aku ingat lagi bagaimana baginda menghina spesies kaum manusia pada awal mula-mula aku bertentang mata dengannya.

Betul-betul angkuh dan sombong, kalau boleh aku bantal dengan nas Al-quran sudah lama aku bantal. Mak tok sering berpesan kepada aku jangan sesekali menjadi seorang hamba Allah yang sombong dan angkuh, kita kena ingat di atas bumi milik siapa yang kita pijak dan di bawah langit milik siapa yang kita junjung kalau bukan Dia Allah tuhan yang Maha Tinggi. Allah pun tidak pernah sombong dengan seluruh makhluknya bahkan Dia Maha Pengasih lagikan Maha Pemurah lagi inikan kita pula hanya sekadar makhluk yang hina lagikan keji, setiap kali mak tok berpesan pasti mak tok akan selitkan dalil ini.

Firman Allah:

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman:18)

Aku tahu kenapa mak tok sering berpesan begitu kepadaku, semuanya kerana kelebihan yang aku ada hasil daripada kurniaan Allah s.w.t iaitu rupa paras, kekayaan dan kebijaksanaan. Aku akui, sejak kecil hidupku serba-serbi sempurna bahkan aku disukai ramai orang disebabkan rupa paras dan ketajaman akal aku, tajam ke akal aku? Nasib baik tidak tembus otak. Itu orang sekeliling yang kata, maksudnya aku seorang yang pintar di sekolah. Namun aku tidak pernah merasakan diri aku hebat dan lebih daripada orang lain, rasa syukur dan rasa rendah diri memang telah ditanamkan ke dalam diri aku sejak aku kecil lagi, semuanya itu berkat mak tok yang telah bertukus-lumus mendidik aku walaupun hakikat aku ini agak nakal dan kebudak-budakkan, suka menyusahkan orang lain itu tidak perlu diberitahulah, sememangnya sering, namun asbab kecantikan, kekayaan dan kebijaksanaan yang aku ada membuatkan orang lain tidak kisah. Daripada mana datangnya semua itu? Semuanya milik Allah. Jadi apa yang aku punya? Tiada. Tiada satupun yang aku punya, semuanya milik Allah. Jadi persoalannya mengapa perlu takbur, angkuh dan sombong dengan nikmat Allah? Sedangkan kelebihan yang Allah kurniakan kepada diri aku ini ialah amanah daripada-Nya, amanah yang perlu aku jaga baik-baik dan gunakan dengan sebaik yang mungkin untuk membantu agama Allah dan bukan mengkhianati suatu amanah daripada Tuhan. Sesungguhnya yang paling berat itu amanah, kerana itu aku perlulah berhati-hati dalam memikul beban amanah ini agar tidak ternoda kerana kebodohan diri.

Dunia diciptakan untuk kita bukannya kita yang diciptakan untuk dunia, jadi jangan sombong. Tidak usah terlalu menonjolkan diri semata-mata ingin mengaut pandangan manusia kerana Allah ciptakan dunia ini adalah untuk kita mengenali-Nya dan berusaha untuk mengaut pandangan-Nya bukannya manusia.

Kata-kata seorang ustaz yang pernah aku dengar di corong radio terngiang-ngiang di minda. Benar. Barangkali dengan rupa dapat membantu aku mengagumi hasil ciptaan-Nya yang membuktikan nama-Nya yang Maha Indah, barangkali dengan kebijaksanaan dapat membantu aku mengkaji dan menghayati alam ciptaan-Nya yang membuktikan kebesaran-Nya dan barangkali dengan kekayaan dapat menjadikan aku sebagai hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmatnya dan meyakini akan nama-Nya Yang Maha Kaya. Dan cara bersyukur yang paling terbaik ialah berkongsi rezeki dengan insan lain dan sentiasa merasa cukup dengan setiap rezeki yang ada.

Lama aku bersandar di antara 2 belah pintu bilik pejabat yang tertutup rapat ini sambil bermuhasabah diri sejenak. Kedua-dua belah tangan aku bengkokkan ke belakang pinggang sebagai menampan pinggul aku yang bersandar di pintu ini menyebabkan tubuh aku sedikit menyondong ke belakang. Huh...

Aku mengeluh sejenak. Mana nak cari suami saya ini? Huhu. Nak sambung tidur dengan baginda. Sampai hati kakanda meninggalkan adinda sendirian di tempat tidur. Sekarang aku meraung di sini sekarang tidak pasal-pasal satu istana terjaga.

Tiba-tiba aku teringat akan satu tempat. Perpustakaan peribadi baginda di tingkat tiga di atas. Yakin ke baginda ada di sana kau ni Ada? Aku tidak pasti yang pasti aku patut cuba, kalau tidak ada tidak akanlah aku nak pergi cari di rumah latihan pula, jawabnya gila meroyanlah nak meredah hutan di luar istana tengah-tengah pagi buta ini. Kalau tidak ada juga, aku nak masuk tidur kemudian esok aku nak friendzone baginda. Aku nak mogok.

Aku berlari lagi seperti angin, entah kenapa aku rasa aku berlari seperti angin mungkin kerana tubuhku yang ringan maka aku rasa seolah-olah larianku begitu tangkas dan mudah sekali. Sebaik sahaja kaki menjejak ke tangga berkapet emas ini, aku melangkah setiap 2 anak tangga untuk memcepatkan langkah, tidak susah sebab tangga ini dibina landai dan tidak terlalu begitu tinggi untuk melangkah ke anak tangga seterusnya, ia makin ke belakang saat melangkah naik ke atas.

Sebaik sahaja aku sampai di tingkat yang ketiga, aku menggaru kepala, nak belok ke belah mana ya? Ada tiga persimpangan sekarang ini. Tidak silap aku sebelah kanan atau terus ya? Allahumma solli 'ala saidina muhammad. Tolonglah ingat wahai memori.

Teruslah. Ihdinassirathal mustaqim...

Sudah terus ada persimpangan dua pula, adoii! Apa besau sangat istana ini sampai banyak sangat laluan, menyesal aku sungguh-sungguh menyesal sebab jarang keluar dari bilik. Aku membelok ke kiri. Banyak pintu di laluan ini sampaikan aku jadi bercelaru untuk memilih ruangan perpustakaan itu yang mana satu, jadi aku terpaksa cuba membuka setiap pintu satu persatu. Pintu ruangan yang pertama dibuka, bilik nampak gelap sahaja tetapi aku dapat mengesan bilik ini seperti bilik tidur, pintu kedua di buka seperti bilik tidur juga, pintu bilik ketiga seperti ballroom yang sederhana besarnya. Ada satu chandeliar besar di tengah-tengah serta dinding yang berlapisan cermin memantulkan sosok aku yang berdiri sambil memegang tombol pintu. Cermin itu kemudian bertukar warna seperti mempamerkan suasana malam, aku sedikit terpegun melihatnya, ia seakan-akan memaparkan suasana di balkoni. Subhanallah, masya-Allah, hebatnya kuasa sakti mereka yang dikurniakan oleh Allah ini. Aku teringin nak melangkah masuk tetapi mengingati kembali ini bukan tujuan utama aku di sini maka cepat-cepat aku menutup pintu ruangan ini semula. Aku mengerutkan dahi dan meneruskan lagi pekerjaanku yang tidak berbayar diiringi harapan palsu yang sekadar ingin mencari ruangan yang bernama perpustakaan utama istana Biara Sakti dan matlamat di akhir pencarian, aku mahu suamiku dijumpai! Kalau tidak jumpa perpustakaan pun tidak apa asalkan aku jumpa baginda.

Ruangan yang seterusnya aku kuak, tetap bukan ruangan perpustakaan, aku mencari di ruangan yang lain pula, semua pintu aku buka dan tutup sampailah pintu yang terakhir. Aku sedikit tercungap-cungap kerana pergerakanku yang laju dan berlari-lari dari pintu ke pintu, bismillahitawakaltu 'alallah...

Pintu terakhir aku buka dan dalam beberapa saat aku meneropong sekitar bilik itu, segera mata aku julingkan ke atas sambil nafas pipi aku kembungkan untuk menghembuskan nafas kepenatan. Where are you now King Andhika?

Maksudnya baginda memang tiada di mana-mana ruangan di lorong ini. Aku berlari anak ke arah lorong di hadapan yang mana merupakan lorong kanan yang berada di persimpangan tadi.

Aku berlari ke arah pintu yang hujung sekali. Pintu ini ada dua belah dan besar pula itu, mungkin ini kot perpustakaan istana. Laju aku cuba menguak kedua-dua belah pintu ini. Kaki melangkah ke dalam. Suasana perpustakaan ini sama seperti kali pertama aku datang ke sini, misteri dan agak klasik serta sedikit menyeramkan, mana tidaknya sudahlah luas dan tinggi bahagian silingnya, kemudian tidak dapat mengesan objek seperti sejauh mata memandang kerana bahagian-bahagian di sana yang gelap tanpa cahaya. Aku hanya mampu melihat rak-rak buku berdekatan. Perpustakaan ini hanya diterangi cahaya-cahaya yang terapung-terapung berwarna keoren-orengan iaitu warna lampu malam yang tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap kecerahannya.

Aku menggaru dagu, terasa seram sejuk untuk berjalan seorang diri di dalam perpustakaan yang bertimbun-timbun buku yang disusun meninggi di sekeliling, jika sebelum ini aku pernah datang ke sini bersama 3 uguwan suriku iaitu suri Mawar, suri Cendawan dan suri Syahidah, tidak mengapalah, beranilah sedikit aku tetapi sekarang sudahlah sendirian kemudian ditengah pagi-pagi buta pula. Aku tetap cuba memberanikan diri untuk berjalan ke arah satu bahagian yang aku ingat lagi merupakan perpustakaan peribadi baginda yang dibina di bahagian lantai perpustakaan ini yang jauh lebih dalam ke bawah.

Aku memandang meja kayu yang pernah aku duduki untuk menghafal beberapa buku protokol istana di sini sambil ditemani oleh 3 uguwan suriku beberapa bulan yang lalu dan meja berbentuk empat segi tepat seperti meja ketua pengawas perpustakaan di mana tempat aku bertanyakan nama 3 uguwan suriku. Mengingati kenangan itu, bibirku tersenyum seulas.

Saat melihat pagar kayu separas pinggang yang berukiran tradisional itu, aku sudah yakin itulah perpustakaan peribadi baginda, kelihatan di bawah seperti terang dan bercahaya, apa ada uguwan di sana? Apa itu baginda, aku sudah mula teruja.

Aku tersenyum lebar saat terpandang sosok baginda yang sedang khusyuk membelek beberapa buah buku dan kulit kayu? Apa ada tulisan ke di atas kulit kayu itu?

Misiku sudah selesai, aku temukan juga baginda. Alhamdulillah. Tetapi, huh! Entah kenapa mood aku kembali kepada rasa geram dan nak memberontak kerana baginda meninggalkan aku begitu sahaja di tengah-tengah malam.

Aku beriak cemberut lalu segera melangkah laju untuk menuruni tangga perpustakaan bawah lantai ini. Saat kaki menapak ke lantai perpustakaan peribadi baginda yang dilarang untuk dicerobohi oleh uguwan lain ini, pantas aku berjalan ke arah baginda yang berada di meja kerjanya. Aku berdiri sambil bercekak pinggang, punya khusyuk baginda membaca sehingga tidak sedar akan kehadiranku.

"Kanda." Aku memanggil sepatah. Automatik wajahnya dipanggungkan melihat diriku.

"Adinda? Apa yang adinda lakukan di sini?" Riaknya sedikit terkejut saat melihatku.

"Mencari kandalah. Sampai hati kanda tinggalkan adinda seorang diri di tempat peraduan pada tengah-tengah malam begini hanya untuk datang ke sini."

Aku bernada sebak dan sedikit merajuk. Rasa marah yang ingin aku lontarkan hilang begitu saja diganti dengan rasa kecewa dan sedih. Kenapalah aku emosi sangat di pagi-pagi buta ini. Seperti manja lebih pula. Nada bicaraku tidak ubah seperti seorang anak kecil yang memarahi ibunya kerana meninggalkannya di tempat tidur dengan begitu sahaja. Anak kecil yang manja manalah boleh berenggang dengan ibunya, mesti kena tidur sekali.

"Adinda, adinda jangan berfikir sebegitu. Kanda ada sedikit urusan yang benar-benar perlu diselesaikan  jika tidak, kanda tidak bisa beradu dengan tenang kerana itu kanda terpaksa meninggalkan adinda." Buku-buku dan segala kertas buluh dan kayu yang ada di tangan baginda semuanya ditutup dan dikemaskan dalam masa yang begitu singkat sekali. Kenapa baginda seolah-olah tidak mahu aku melihat apa yang sedang dibaca oleh baginda?

Baginda melangkah mendekatiku. Aku memandang baginda dengan wajah yang cemberut kerana rajuk yang masih belum hilang.

"Adinda sayang..." pinggangku ditarik mudah membuatkan tubuhku merapat ke tubuh baginda. Aku menjeling kepadanya memandang ke arah sisi, kerana wajah kami yang dijarakkan dengan beberapa inci, aku dapat melihat senyuman yang terukir dibibirnya saat melihat responsku, apa ingat ini kelakar ke apa? Tengah merajuk ini.

"Apa adinda marahkan kanda?"

Mendengar pertanyaan itu, pantas tubuh baginda aku tolak perlahan, pegangannya yang longgar menyebabkan pelukan terlerai. Aku memandang baginda dengan rasa geram.

"Sudah tentulah adinda marahkan kanda. Apa kanda lihat adinda sedang berpura-pura dan bermain-mainkah? Kita sudah tidak sering tidur bersama-sama kerana kanda selalu saja sibuk dengan urusan pentadbiran negeri kanda, pergi ke luar kotalah, pergi melatih marcaperkasa kanda selama berhari-harilah, pergi mencemar duli untuk melawati tanah jajahan kuasa kandalah, kemudian apa lagi, apa selepas ini kanda mahu pergi berperang pula? Kemudian pada saat kanda berpeluang untuk bertandang ke kamar adinda, kanda pula meninggalkan adinda sendirian begitu sahaja di tengah-tengah malam. Kanda jahat tahu!" aku bernada tinggi pada ayat yang terakhir. Nadaku terasa memberat dengan perasaan sendu. Sekejap lagi pasti basah pipi ini.

"Adinda sayang, kanda mohon maaf ya, kanda tidak berniat mahu meninggalkan adinda sendirian di tempat peraduan, kanda juga tidak mahu mengganggu tidur adinda. Kanda tahu kanda salah pada malam ini. Kanda berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama."

Tubuhku dipaut dan ditarik ke dalam pelukan baginda.

"Kanda jahat. Kanda baru sahaja pulang dari luar kota kemudian kanda sisihkan adinda pula di malam hari, adinda belum sempat merasa puas pelukan hangat kanda dan mencium haruman kanda di ranjang tetapi kanda pula sudah senang-senang meninggalkan adinda. Adinda rindu tahu." bicaraku sebak sambil air mata deras menuruni pipi. Aku membenamkan sisi wajahku ke dada baginda.

"Iya sayang kanda. Kanda mohon maaf ya, kanda berjanji tidak akan meninggalkan adinda di malam hari secara begini lagi. Kanda berjanji ya sayang."

Cair aku setiap kali mendengar suara merdu serak-serak basah yang begitu romatik daripada bibir baginda saat memanggilku sayang. Ya Allah bahagianya aku, subhanallah, tidak tahu bagaimana aku nak ungkapkan, berada dalam pelukan baginda pada saat ini membuatkan aku rasa aku paling bahagia di dunia ini kerana mempunyai seuguwan lelaki yang sangat sempurna dan hebat sepertinya. Ya Allah, jadikan aku sebagai hamba yang sentiasa bersyukur akan kurniaan-Mu yang hadirnya sesaat cuma ini, Ya Allah. Aku nak hargai peluang dan masa yang di masa hadapannya belum tentu aku akan berpeluang lagi untuk merasai ini, pelukan hangat baginda, aku balas dengan erat.

↪↪↩↩

"Kanda, tangan kanda nampak cantik walaupun berurat, geram adinda. Nak gigit."

"Eh." baginda menegah perlakuanku yang ingin menggigit jari-jemari sebelah tangannya yang sedang aku main dengan cubitan di pipi. Satu sengihan tersungging. Aku rasa begitu selesa dengan posisi menyandar di dadanya dengan kepalaku yang dilentokkan di leher baginda, terasa dagu baginda berada di atas kepalaku yang sudah dilucutkan tudung, itu perbuatan baginda ya bukan aku, kata baginda, baginda ingin sentiasa melihat kecantikanku saat bersama dengannya lagipula mana ada lelaki lain di sini.

"Kenapa tidak boleh?"

Aku melangut memandang wajahnya. Mulut aku sudah memuncung. Satu kucupan daripada bibir merah bak delima baginda hinggap di atas ubun-ubunku. Aku memandang ke hadapan semula sambil mengulum senyum.

"Kerna..." Kedua-dua belah tangan yang kekar diangkat dan telapak tangan baginda ditunjuk di hadapanku membuatkan posisi tubuhku berada di dalam kepungan tubuh dan kedua-dua belah tangan baginda di sisi kanan dan kiriku.

"Kerna kedua-dua belah tangan ini, biarpun tiada sebarang kuasa sakti yang bisa beta gunakan untuk melindungi seorang Bella Amanda iaitu permaisuri beta namun ia masih terlalu penting untuk beta jadikan senjata pertahanan bagi melindungi nyawa sang permaisuri ini dengan kudrat fizikal semula jadi yang beta ada. Hanya untuknya...hanya untuk melindunginya....biar seluruh raga terpaksa daku pertaruhkan...permaisuriku yang satu tidak bisaku biarkan terluka walau sekelumitpun." Satu ciuman hinggap di bahuku. Aku tersenyum bahagia dan seronok. Aduh cairnya, terharu benar dengan madah pujangga baginda. Kedua-dua belah tapak tangan yang dihadapkan kepadaku, aku ambil dan mencium kedua-duanya. Aku menoleh separuh ke belakang memandang baginda.

Dagunya yang bersih daripada semak samun yang bernama jambang itu aku cium lembut.

"Terima kasih." Aku menatap mata baginda. Baginda hanya tersenyum ikhlas memandangku lalu mencuit laju hidungku. Pantas aku sedikit ketawa lalu mengubah kembali posisi tubuh untuk menyandarkan kembali kepalaku di leher baginda.

"Oh ya kanda, mengapa perpustakaan ini kelihatan begitu seram ya? Taku adinda." aku mula mengadu.

Tidak semena-mena baginda ketawa mendengar keluhanku.

"Apa begitu sekali?"

"Ya, betul lah. Kenapa nampak hujung-hujung dan bahagian rak gelap sangat, tidak kira waktu siang mahupun waktu malam, sama sahaja suasananya, adinda sudah beberapa kali datang sebelum ini masa dalam persediaan untuk menjadi permaisuri Langkasakti, pada waktu adinda datang di siang harinya tetap sama sahaja, gelap dan suram, hanya ditemani cahaya lampu malam yang keoren-orengan ini juga."

"Apa adinda yakin ia seseram itu?"

"Yakinlah."

"Adinda pernah cuba untuk meneroka bilik ilmuan ini? Berjalan-berjalan di setiap rak buku di bilik ilmuan ini?" Laju aku menggeleng.

"Macam mana adinda nak berjalan dan meneroka bilik ilmuan ini kalau sudah melangkah masuk sajapun sudah terasa seram inikan pula untuk merayau-rayau. Tak beranilah."

Meletus ketawa kecil sekali lagi daripada bibir mulut baginda.

"Adinda mahu cuba melihat buku-buku di bilik ilmuan ini?"

"Tak naklah. Takut."

"Tidak usah risau. Kanda kan ada. Marilah." Baginda acah-acah menolak tubuhku untuk menyuruhku agar bangun. Aku memberatkan tubuh ke belakang, merapatkan lagi belakang tubuhku ke dada baginda, saja belagak malas. Tidak semena-mena pinggangku digeletek oleh baginda.

"Kanda! Baik-baik adinda akan bangun." Aku sudah mengeliat sakan lantas segera tangannya yang sedang menggeletek itu aku tangkap dan segera aku bangun dari sofa.

Aku berdiri menghadap baginda sementara menunggu baginda untuk bangun pula. Tersenyum sumbing baginda melihatku. Sajalah itu sebab berjaya kenakan aku.

"Mari." Tanganku ditarik erat oleh baginda.

Kami mula melangkah ke arah bahagian rak-rak buku yang kelihatabn begitu gelap. Aku tercengang saat langkah kami mendekati barisan rak-rak yang gergasi itu, kawasan itu tiba-tiba menjadi begitu bercahaya, warna kehijau-hijauan alam. Masya-Allah.

"Cantiknya....subhanallah..." desisku perlahan.

Sekarang aku dapat melihat ruangan rak-rak yang berisi buku ini dengan jelas, semua bukunya berkilauan. Benar-benar magiklah.

Aku berjalan mendahului baginda untuk menelusuri setiap lorong di sini. Mataku bercahaya dengan pandangan takjub. Aku memasuki satu lorong rak buku dan tanganku menyentuh setiap buku yang berada di atas rak-rak itu, semuanya terapung-rapung namun tersusun kemas, sambil jariku menyentuh sambil aku berjalan, aku hanya ingin sekadar mencuit buku-buku yang berkilau itu. Tersenyum lebar saat jemariku menyentuh setiap buku, semuanya mengeluarkan kilauan yang berbeza cuma ada juga yang sama warna kilauannya.

Aku berhenti sejenak lalu menoleh ke belakang memandang baginda dari jauh. Tersenyum dengan penuh keterujaan aku kepada baginda. Saat baginda melangkah ke lorong ini meninggalkan kawasan yang mula-mula kami berdiri tadi, automatik seluruh kawasan ini bertukar menjadi gelap kecuali tempat aku dan dan kawasan yang baginda jejaki untuk melangkah ke arahku.

"Wow!" Aku sudah jadi kecewi. Haha. Rasa takut yang pada sebelum ini bermukim di dada sudah hilang begitu sahaja diganti rasa takjub dan teruja saat berada di sini. Aku mengalihkan pandangan melihat kembali barisan-barisan buku yang berada di hadapanku. Dari atas hingga ke bawah aku cuba mendongak sambil bibir tersenyum penuh kekaguman melihat ketinggian rak yang gergasi ini. Tingginya....
Mataku beralih kepada barisan buku yang berada di paras dadaku.

Sebuah buku menarik perhatianku kerana warnanya yang tidak bercahaya. Tulisan di buku ini seperti berbentuk sanskrit, tajuk pun aku tidak faham. Aku membuka perlahan-lahan kulit muka buku ini dan kemudian helaian demi helaian aku selak, setiap tulisannya berwarna keemas-emasan. Serta ada gambar yang boleh bergerak. Mulutku sedikit melopong, aku sedang berada di dunia Harry Potter ke apa ni? Hebatnya magik mereka, saat aku menyelak helaian yang lainnya, satu gambar yang bergerak-gerak terpancar daripada buku ini. Gambar itu menampilkan sosok seorang wanita yang sedang sarat mengandung lalu dibunuh dengan kejam. Hampir terlepas buku di tanganku kerana terkejut melihat adegan itu. Pantas buku itu aku tutup dan letakkan semula di rak. Tanganku menggapai buku yang lain pula.

Sama,tulisannya tetap sama, tulisan sanskrit. Mana la aku reti baca tetapi kali ini gambar-gambarnya agak lucu sehingga aku terkekeh ketawa. Macam kisah Pak Jenin yang kelakar itu saja.

"Apa yang adinda ketawakan?" Pinggangku sudah dipeluk erat oleh baginda dari belakang. Ketawaku masih bersisa lalu aku menunjukkan buku ini kepadanya.

"Buku ini sangat kelakar la, gambar-gambarnya agak kelakar."

"Apa adinda bisa membacanya?"

Laju aku menggeleng.

"Ini tulisan sanskrit bukan?"

"Iya, benar. Mengapa?"

"Adinda tidak faham tulisan ini, di dunia adinda, pada zaman adinda, kami tidak menggunakan tulisan sebegini tetapi jika zaman dahulu, tulisan sebegini sememangnya wujud."

"Oh begitu? Lalu berapa banyak tulisan yang wujud di dunia adinda?"

"Banyaklah, tetapi adinda nak sebutkan tiga sahaja, ini jenis sistem tulisan zaman tamadun awal di dunia adinda. Pertama Hieroglif, kemudian piktograf dan kemudian ideogram."

"Bagaimana tulisan-tulisan itu?"

"Kalau tulisan Hieroglif, ia terdiri daripada hasil gabungan simbol atau abjad, ermm....kalau tulisan piktograf pula, ia terdiri daripada tanda atau lambang yang memperlihatkan konsep dan idea yang menyampaikan suatu makna melalui penampakan gambar yang menyerupai atau meniru keadaan fizikal objek yang sebenarnya. Dan untuk tulisan ideogram pula ia sedikit sama seperti piktograf cuma ia hanyalah tanda atau lambang yang memperlihatkan konsep atau idea dalam penyampaian melalui tulisan itu."

Aku menoleh ke sisi untuk melihat wajahnya yang memelukku di belakang melalui ekor mataku.

"Kanda faham tak?"

"Faham."

Aku tersenyum seulas lalu meletakkan semula buku itu diraknya. Baru tanganku ingin mengambil buku yang lain, tidak semena-mena pergerakanku terhenti. Rambutku yang bersanggul ditarik mudah lalu terurai ke bawah hingga ke paras pinggang, jari-jemari baginda menyelak perlahan rambutku ke sisi sebelum melabuhkan satu ciuman hangat di sisi leherku. Tanganku yang masih terpaku untuk menyentuh buku di hadapan aku genggam, jantung sudah mula rasa berdebar-debar. Aku mula merasakan keasyikkan baginda mengucupi bahagian sisi leherku hingga jatuh ke sisi bahu. Hembusan hangat nafas baginda disetiap kucupannya yang menyentuh permukaan kulit leherku menambahkan lagi rentak degupan jantung di dada.

Aku pura-pura tidak kisah, lalu tanganku segera mengambil buku yang inginku gapai sebentar tadi, baru sahaja aku ingin menyelak halaman muka hadapannya, pantas buku itu ditutup dari bawah oleh sebelah tangan baginda dan diletakkan semula dengan kuasa saktinya tanpa sedikitpun memandang ke arah rak tersebut kerana fokus baginda sekarang hanyalah kepadaku.

"Kanda?"

"Hmm...." Ciuman baginda beralih ke bahagian sisi pipiku dan atas telingaku membuatkan aku sedikit kegelian.

"Kita sedang berada di bilik ilmuan, apa kanda lupa?"

"Lalu?"

"Kanda!"

"Tiada siapa-siapa di sini." Laju baginda memintas.

"Ah! Tidak kira, adinda tidak mahulah di sini." Lantas aku menjarakkan tubuh daripada baginda.

"Kalau kanda mahu, kembalilah ke kamar kita semula." ujarku malu-malu sambil menunduk lalu segera aku memalingkan tubuh dan melangkah pergi.

"Oh permaisuriku...." aku terdengar suara keluhan kecewa baginda.

Padan muka! Siapa suruh tinggalkan aku lagi ditengah-tengah malam.

Belum sempat aku melangkah jauh meninggalkan baginda, tiba-tiba tubuhku sudah disauk laju dan digendong oleh baginda.

"Kanda!" Aku menampar dada baginda kerana rasa terkejut. Bibirku menyembunyikan senyum.

"Adinda lambat nanti terlewat, ikut kanda lebih cepat." Baginda tersenyum penuh makna kepadaku. Aku segera melindungi wajah dengan kedua-dua belah telapak tanganku untuk menyembunyikan rasa malu.

"Jika ini takdirnya, maka aku pasrahkan sahaja."💘

|Bella Amanda|

Note:

Don't forget to vote and drop your comment if you guys like it. 💙

Continue Reading

You'll Also Like

168K 12.5K 86
Sambil bernyanyi kecil sewaktu keringkan rambut dengan tuala, Aster berjalan keluar dari bilik air lalu ke meja solek untuk keringkan rambut. Duduk j...
73.4K 1.6K 16
Perkahwinan yang dirancang oleh orang tua di turuti, kerana rasa hormat dan sayang kepada orang yang telah membesarkanya. Perkahwinan yang dirancang...
58.1K 6.2K 25
Mungkin hanya ilusi atau fantasi... Atau mungkinkah ia realiti? "Dinda boleh melupakan segala memori di sini tapi cuma jangan satu." "Apakah ia kanda...