The Night Knight Princesses ✔

By i_am_kacang

220K 13.6K 2.4K

PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang... More

TNKP | PROLOG
TNKP | GALLERY
TNKP | GALLERY ii
TNKP | 1
TNKP | 2
TNKP | 3
TNKP | 4
TNKP | 5
TNKP | 6
TNKP | 7
TNKP | 8
TNKP | 9
TNKP | 10
TNKP | 11
TKNP | 12
TKNP | 13
TKNP | 14
TNKP | 15
TNKP | GALLERY iii
TNKP | 16
TNKP | 17
TNKP | 18
TNKP | 19
TNKP | 20
TNKP | 21
TNKP | 22
TNKP | 23
TNKP | 24
TNKP | 25
TNKP | 26
TNKP | 27
TNKP | 28
TNKP | 29
TNKP | 30
TNKP | 31
TNKP | 32
TNKP | 33
TNKP | 35
TNKP | 36
TNKP | 37
TNKP | 38
TNKP | 39
TNKP | 40
TNKP | 41
TNKP | SPECIAL CHAPTER [RAYA]
TNKP | 42
TNKP | 43
TNKP | 44
TNKP | 45
TNKP | 46
TNKP | 47
TNKP | 48
TNKP | 49
TNKP | 50
TNKP | 51
TNKP | 52
TNKP | 53
TNKP | 54
TNKP | 55
TNKP | 56
TNKP | 57
TNKP | 58
TNKP | 59
TNKP | 60
TNKP | 61
TNKP | 62
TNKP | 63
TNKP | 64
TNKP | 65
TNKP | 66
TNKP | 67
TNKP | 68
TNKP | 69
TNKP | 70
TNKP | 71
TNKP | 72
TNKP | 73
TNKP | EPILOG
TNKP | TENSION
TNKP | FUNFACTS?
TNKP | ELEMENTAL KINGDOM

TNKP | 34

2.3K 143 55
By i_am_kacang

  Violet hanya menundukkan kepala tatkala disoal oleh Rayyan dengan soalan pedas. L sekadar berpeluk tubuh dan menyampuk bila perlu. Hanz melawat kembarnya di bilik rawatan. Rien pula duduk di sebelah sahabat baiknya.

  "Kau memang suka men—"

  "Sudahlah, Rayyan! Kau tak nampakkah Violet sedang sakit?! Walaupun dia ada kuasa healer, tak bolehkah kalau dia diperiksa oleh healer dahulu?! Tiada belas kasihankah kamu?!" marah Rien dengan wajah yang memerah.

  Rayyan menarik nafas. Keluhan berat dilepaskan. "Masalahnya mengapa Violet tidak tumbuh sayap di hutan suci itu kalau dia seorang angel?! Dan bagaimana kuasanya boleh muncul tanpa ke Hutan Kegelapan? Atau, korang merayau sehingga termasuk hutan kegelapan?!" soal Rayyan. Wajahnya sangat serius.

  "Tsk.. Kalau nak soal sekalipun, biarlah selepas Violet sembuh! Kau boleh bersabarkan! Sesibuk mana pun diri kau, Violet ni tak lari ke manalah! Kau tetap akan ada masa untuk soal dia!" bidas Rien semula. Tangan Violet ditarik lalu mereka berjalan keluar dari bilik itu. Rien membawa Violet ke bilik rawatan untuk diperiksa.

  Rayyan menghentak meja. L tersenyum sumbing.

  "Perahsia!"

  "Atau penipu?"

  Mereka berdua terdiam. Untuk apa gadis-gadis itu berahsia? Atau menipu? Untuk apa?

  ••••

  Leo dan Rise menggeleng melihat gelagat Rayyan dan L. Kedua-duanya baran.

  "Janganlah kerajaan yang bakal mereka tadbir itu hancur gara-gara baran tidak bertempat mereka," bebel Rise sendirian.

  Leo hanya mengangguk, bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan. L seorang angel, sepatutnya dia perlu pandai mengawal emosi. Lebih-lebih lagi dia seorang putera. Begitu juga dengan Rayyan.

  "Siapa je nak nasihatkan mereka berdua? Silap hari bulan, kepala dipancung sebelum sempat membuka bicara," ujar Leo. Personalitinya yang dingin dan auranya yang menyeramkan menyebabkan ramai pelajar berpaling. Ada gadis yang cuba membuka hoodie yang dipakai Leo, tetapi gadis itu mendapat hadiah makian khas daripada Leo.

Flashback

  Seorang gadis mendekati Leo dan Rise. Pakaian akademinya ketat dan sendat serta singkat. Seksa juga mata memandang.

  "Hai, awak berdua. Awak berdua yang lawan Putera L dan Protease tu kan? Wah, awak berdua ni hebatlah! Kagum saya!" puji gadis itu.

  Kakinya dijengketkan kerana mahu membuka hoodie yang dipakai Leo. Ketinggiannya sekadar paras dada Leo dan Rise. Harap tabah.

  "Kau pahal?!!" tengking Leo apabila hoodienya diusik.

  "Saya nak lihat wajah awak," balas gadis itu tanpa gentar. Senyuman manis diukir buat kedua jejaka itu. Pfft—. Nampak sangat fake!

  "Bodoh! Pergi mampuslah!" maki Leo.

  Wajah gadis itu bertukar cemberut. Dia mendekati Rise pula. Cloak jejaka itu ditarik.

  PAP!

  "Auch!" Gadis itu berdesis sakit. Tangannya diusap perlahan.

  "Jangan cuba ganggu aku dan kawan aku lagi. Sekali lagi aku nampak wajah fake kau, sumpah aku hantar kau pergi Alam Bunian. Perangai fake! Dasar ketot! Seksi! Ingat cantik? Gedik! Act like takde tulang mengalahkan sotong! Euw! Acah famous! Sila meninggal lah. Takde siapa hadap perempuan macam kau ni," sembur Rise.

  Leo tersengih sinis. Dalam diam, Rise sebenarnya mempunyai mulut yang puaka seperti Violet juga. Hahahaha...

  Dahi gadis itu ditunjal. Gadis itu berdecit. Tangannya dinaikkan, mahu menampar Rise. Tetapi, tangannya telah digenggam erat oleh Leo.

  "Aku akan hantar kau ke Alam Bunian seperti janji kawan aku tadi. Jangan cabar aku, bitch," ugut Leo sebelum beredar dari situ.

  Gadis itu terdiam.

End of the flashback

  "Sudahlah. Daripada kita membuang masa di sini, lebih baik kita latih Rien. Budak tu kena belajar lagi untuk asah kemahiran berpedang dia," ujar Leo.

  Rise mengangguk setuju. Mereka menuju ke bilik rawatan. Tubuh Rien yang terduduk di sisi Violet ditarik.

  Rien membentak. Tangannya yang digenggam kuat cuba dilepaskan. Sekali pandang, nampak macam mangsa culik pula.

Rien : (=-=||)

  Leo berpeluk tubuh melihat gadis itu yang masih meronta-ronta mahu melepaskan diri. Dahi Rien ditepuk kuat.

  Rien mengaduh sakit. Matanya tajam menikam anak mata kuning emas milik Leo. Dia menarik nafas. "LEOOOOOOO!!!"

  Rise menggelengkan kepala. Dahi Leo ditepuk kuat. "Kalaulah kau tak tepuk dahi dia tadi, mesti telinga aku tak berdesing sekarang ni," marah Rise.

  Leo mengendahkan sahaja amarah sahabatnya. Dia berjalan merapati Rien. "Aku nak kau berlatih. Crya tu bukan mangsa biasa. Dia seorang pemangsa."

  Rien mengeluh. Dia menganggukkan kepala, bersetuju mahu berlatih.

  "Masa ada lagi lebih kurang dua jam. Aku nak kau berlatih bersungguh-sungguh!"

••••

Crya's P. O. V.

  Aku memandang Rien yang tenang sahaja riaknya. Perlawanan telah dimulakan lima minit yang lepas tetapi kami masih belum berlawan.

  Aku terfikir, Rien, Violet, Leo dan Rise ni memang suka mulakan perlawanan dengan lambat ke apa? Malas mahu menunggu lagi, aku terus menyerang Rien dengan kuasa kristal aku. Golem kristal dicipta lalu diarahkan untuk menyerang Rien.

  Rien sekadar mengelak dan mengelak. Aku mendesaknya untuk melawan namun dia tetap mengelak. Oh, penjodoh bilangan untuk golem apa eh? Susah betul!

  "Rien! Fight me!" jerkahku. Geram betul aku dengan minah tu!

  "Tak nak!" tolaknya.

  "Membazir tenagalah kalau asyik elak serangan aku!" marahku. Kuasa telekinesis digunakan, pedangnya aku campak ke belakangku.

  Rien menepuk dahi "HOI!"

  Aku tersengih. Kepala yang tak gatal digaru perlahan. "Lawan dengan aku!"

  "Hisy! Menyusahkanlah kau ni!" bentaknya.

  Well, dia bisik je tapi aku kan serigala. "Aku dengarlah!"

  Rien tersengih. "Maaf, Puteri Crya. Patik tak sengaja."

  Aku menjulingkan anak mataku. Tak guna punya Rien. Sempat dia menganjing aku.

  "Babe, sporting ah sikit!" marahku.

  "Okay!"

  Aku tersenyum sinis. Dia berlari ke arahku. Aku terfikir, kenapa dia tak guna kuasa dia?

  Rien menyerangku. Aku tak tahu dia guna teknik apa tapi susah nak kawal dia! She's like a wild kitten that you can't control!

  "Lah.. Kata sporting!" ejeknya.

  "Kurang asam punya budak!"

  "Kurang asam? Tambahlah asam! Terlebih asam? Tambah gula!!"

  "RIENNNNNNNNNNN!!"

  Rien ketawa di susu coklat bertentangan denganku. Aku memasamkan wajah.

  "Hoi, lawan elok-eloklah!" marah Hanz.

  Eh eh dia ni.. Menyampuk pula! Aku membaling ketulan kristal ke arahnya. Ups! Terlupa, ada pelindung tu! Ceh! Kau terselamat, Hanz!

  "Siap kau nanti, Hanz!" marahku.

  Rien ketawa mengekek. Aku hairan. Aik? Kenapa dia tak serang hendap aku? Pelik pula aku dengan dia ni!

Rys : Dah-dah. Teruskan! Aku nak fikir idea untuk cerita lain pula!

Crya (TNKP) : Settle this story first!

Rys : Hoi hoi! Dah tu, 11 cerita lagi nak campak mana?!

Rayyan (TNKP) : Fokus sini je dulu.

Rys : //sepak dua ekor tu// Wuat? Betullah, diorang ada ekor! Serigala dan naga, kan!

  Okay cut the scene. Penulis menyemak!

Rys : ...

End of Crya's P. O. V.

  Tubuh Crya melayang ke udara akibat. Semua penonton berasa hairan kerana Rien langsung tidak berganjak dari kedudukannya, malahan dia sendiri mengerutkan dahi.

  "Rien, selesaikan dia!" arah Rys yang muncul secara tiba-tiba. Maaflah, menyemak sekejap. Rys kekeringan idea ni. =3

  "Malaslah. Rys jelah selesaikan," bantah Rien.

  "Aku penulis. Ikut jelah!" marah Rys. Ye, Rys tahu cerita ni makin pelik. Macam Rys kisah. Hahahaha...

  "M. A. L. A. S." Rien mengeja satu-satu huruf itu.

  Dan ia berjaya membuatkan Rys bengang. Rys segera menulis sesuatu di telefon. Semua orang memandang Rys dengan pandangan jakun. Okay, kecuali Violet dan Rien lah. Mereka tahu Rys guna telefon.

  Secara tiba-tiba tubuh Rien melayang di udara seperti Crya dan terduduk tepat-tepat di sebelah gadis itu. Rien dan Crya menggeleng. "Kita kena lawan dia.."

  "Don't fight me because I can do everything in this story!" ugut Rys.

  "Penakut yang bersembunyi di sebalik 'senjata'!"

  Rys mengetap gigi. Yo, jangan marah! Rys bosan!

  Pap!

  Yaya dan Ying muncul di sebelah Rys. Oh, makin merepek!

  "Hoi hoi! Kenapa panggil dua orang ni pula?!" marah Rien. Mestilah dia kenal siapa Yaya dan Ying.

  "Hei, kami sedang jalankan misilah!" marah duo Y itu.

  Dan... Sebuah portal muncul. Ochobot keluar dari portal itu dan menarik dua gadis itu ke dalam portal itu. Sempat Ochobot memberi amaran keras kepada Rys.

  "Okay, sudah! Makin merepek chapter ni!" bebel Rys.

  Semua penonton jadi SANGAT jakun. No comment. Jakun tahap abadi.

  "Dah, lawanlah! Aku nak duduk tepi! Nanti makin mengarut!" omel Rys.

  Rien dan Crya kembali ke tengah gelanggang. Mereka membuka kekuda. Bersedia untuk berlawan secara serius kerana Rys ugut kalau tak lawan betul-betul, Rys buat huru-hara dekat chapter ni. Hehehe kejamkan?

  Crya mengapungkan kristalnya lalu dicampak ke arah Rien.

  "Asyik teknik yang sama je. Bosan aku!" bebel Rys. Ya, tak habis lagi. Selagi chapter ni tak habis, selagi itulah Rys wujud. (〒_〒) (๑و•̀ω•́)

  Rien berpusing 360° di udara lalu menyepak kepala Crya. Hoi! Hoi! Kenapa masuk mood mafia pula ni?!

  Crya berdesis sakit. Dia bertukar menjadi serigala. Serigala okay, bukan serigala jadian.

  "WARGHHHH!!" Rien berlari ke arah Rys sambil menyumpah seranah Rys."HOI BETULKAN BALIK CHAPTER NI!!" jerit Rien dengan nada marah.

  Rys menggulingkan bebola mata. Jari mula menaip lagi.

  Crya berubah kepada human semula. Ya, bukan full. Half human, half wolf. Ekor dan telinga serigala masih kekallah... Adoi..

  Crya memegang kepalanya. Dia pening. Matanya menikam anak mata Rys.

  "Lawan cepat!" desak Rys. Rys betul-betul bosan ni. Jari menaip lagi. Kali ini Crya berubah kepada serigala jadian. HAHAHA RYS KEJAM!!

  Nak menganjing punya pasal, Rys buka lagu 'I See Your Monsters.' Rys tersenyum sinis.

  Dan... Chapter ni kekal mengarut sampailah akhirnya Rien dan Crya menyerah kalah dan akhirnya berlawan dengan serius. Rys masih kekal di kerusi penonton.

  "Bagus.. Bagusss... Rien menang tapi cedera... Crya kalah dan cedera... Rien. . Kau parasit!" marah Rys.

  Rien mengepal penumbuk lalu mengejar Rys. Disebabkan kebosanan Rys berada di tahap melampau, maka Rys pun main kejar-kejar dengan Rien. Of courselah Rys menang. HAHAHAHA..
 
  "Va bene. Bye, yalls! Nice chapter! HEHEHEHEHE!" Dan Rys pun menghilang. Ish ish ish... (Okay)












To be continued

Hehe.. Maaflah Rys menyibuk kejap. Rys bosan dan tiada idea. Soooo.. Bubye! Oh, va bene tu bermaksud okay in Italy. Adios, guys!

Thanks for reading, ignore the typoes (kalau 'o' kat belakang, kena add es kan😂). Again...

Thanks for reading, ignore the typoes, give me your votes and drop your comments! Stay tuned, readers!❤ Love ya!

Continue Reading

You'll Also Like

489K 41.1K 93
Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik. Alat muzik? Semua orang boleh latih dir...
7.1K 409 17
Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Faris Izakwan yang lemah dan selalu dibuli di sekolahnya. Pada suatu hari hidupnya mula berubah apabila F...
8.6K 830 18
Ini mungkin bukan kisah werewolf yang anda bayangkan atau mahukan. Ianya kisah tentang membuat pilihan di saat kau hilang peluang untuk memilih. Lisa...
2.7K 355 30
Menjadi popular didalam sosial media merupakan impian setiap streamer. Anwar, seorang pelajar berusia 16 tahun dengan mudahnya melonjak naik bersama...