4. Buah Hati? Tanya Dia !!

By MrsHusna92

486K 8.5K 3.6K

Highest ranking in humor (5) 19.1.19 Buku keempat "Along tak main-main, ma. Along memang nak kahwin dengan di... More

BAB 1
BAB 2
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
HAI
TEASER 1
TEASER 2
TEASER 3

BAB 11

8.1K 606 288
By MrsHusna92

"Barang-barang semua ada dah, adik?." Along menyoal sambil menyarungkan stokin di kakinya.

"Ada dah kot." Jawab Ammara dengan sedikit rasa gementar. Sandwich sardin yang ibu buat disuap perlahan ke dalam mulut. Anak-anak cacing di dalam perut tak kelaparan pagi ini. Baik sahaja mereka. Sandwich sedap hasil air tangan ibu tak berjaya buatkan cacing menjerit kesukaan. Cacing baloq liat hari ini.

"Janganlah gabra tak tentu pasal pula. Relax sudahlah. Macamlah tak pernah buat pembentangan tu." Along menasihat.

"Kali ni kena buat pembentangan depan ramai orang. Cuak dia lebih." Tapak tangan dah mula berpeluh sejuk. Adui, ini masih di rumah, macamana bila dah ada di dalam dewan kuliah nanti. Terus mati agaknya sebab jantung lari tinggalkan badan.

"Relax. Selawat banyak-banyak dalam hati tu. Along harap urusan adik hari ni berjalan dengan baik." Along bangun daripada duduk dan menghampiri Ammara. Tangan kanan disuakan kepada Ammara.

"Jangan bagi Syahira tu guna-gunakan adik lagi." Bisik along di tepi telinga Ammara selepas tangannya disalami oleh adik bongsu itu.

Ammara mengangguk perlahan. "Angah kasi tahu pada along eh?."

"Hurmmm... tak sangka eh perangai dia macam tu. Berani pula tu dia mai tidoq dekat  rumah kita." Berapi telinga dia bila Redza bercerita. Muka duit syiling sungguh.

"Itulah, adik pun tak sangka perangai dia macam tu." Jawab Ammara dengan nada yang lemah. Apalah nasib badan kena hadap manusia berperangai macam itu.

"Good luck, adik." Ucap along dengan sedikit senyuman. Ammara mengangguk dengan bibir merekah tersenyum.

"Laptop, pendrive dah ada dalam beg ka, adik?." Tanya ibu dengan sebekas tipuware di tangan. Bekal sanwich sardin untuk Ammara. Banyak diletaknya dalam tipuware sebab perasan Ammara makan sedikit sahaja ketika di meja makan tadi.

"Dah kot. Adik tak naklah pergi kolej hari ni, ibu. Adik rasa macam malaikat maut nak jumpa adik time pembentangan nanti."

"Malaikat maut hari-hari usha adik. Tak sabaq nak cabut nyawa adik tu. Jangan nak buat perangai. Tak payah buat teruk sangatlah. Bukannya apa pun, pembentangan ja kan?." Hairan dengan Ammara yang tiba-tiba berperangai begini. Selalunya tak macam ini pun.

"Tapi kalau tak buat elok-elok, kena ulang paper ni semester depan. Adik tak naklah macam tu. " Adu Ammara. Wajahnya jelas pamerkan apa rasa di dalam hati. Kerisauan di tahap mega.

"InsyaAllah, semuanya baik-baik sahaja. Ibu doakan, adik dan Syahira dipermudahkan segala urusan hari ini." Ucap Puan Shamsiah sambil mengusap perlahan kepala Ammara yang sudah berbalut dengan tudung. Serba merah anaknya hari ini.

'Sikit-sikit Syahira. Kalau ibu nak tau, pasai dialah adik kena buat pembentangan sekali lagi. Dia guna slideshow yang adik buat. Firaun sangat perangai dia.' Tapi itu semua terlahir di dalam hati sahaja. Ada ketul emas di dalam mulut agaknya sebab itu sukar nak ceritakan hal ini kepada ibu. Kalau cerita, ibu percaya ke?

"Yalah. Aminnn..." Tak ada mood nak terus bercakap. Rasa macam apa yang dia hafal mudah sangat tercicir keluar daripada otak bila mulut banyak berbicara. Harapnya slideshow yang bapak singa itu buat akan berikan banyak markah untuk dirinya. Dia tak guna laptop sendiri hari ini sebab laptop itu lembab nak mampus. Angah kata nanti petang baru angah nak buat laptopnya menjadi normal. Jadinya, hari ini dia usung laptop angah untuk ke kolej. Pandai angah jaga laptop. Dari zaman Politeknik kemudian sambung pula di UTM dan sekarang ini dah bekerja, masih guna laptop yang sama. Atau mungkin juga angah kedekut.

"Jom, adik. Kelas hari ni tamat pukul berapa?."

"Pukul 5.00 petang hari ni. Sepatutnya sampai pukul 3.00 petang ja tapi ada kelas ganti pula. Hari tu, lecturer tu MC." Beg yang terisi barang keperluan digalas di bahu. Bekal yang ibu letakkan di dalam beg kertas dipegang oleh tangan kiri.

"Presentation mula pukul berapa?." Tanya ibu sambil mengunci pintu grill.

"Pukul 9.00 pagi sat lagi. Ketaqlah ibu. Tak tau audience ramai mana."

"Tak ada apa aish. Buat biasa sudah. Jangan dok layan sangat ketaq tu. Ibu yakin adik boleh buat." Daripada malam semalam dok mengadu takut, takut. Bukan zaman tadika atau darjah satu yang dia perlu tunggu dari mula sekolah sampai habis waktu persekolahan. Anak yang seorang ini memang banyak akal.

Suasana sepi di dalam kereta, tiada keriuhan suara Ammara seperti kebiasaan. Kalau tidak ke, ada sahaja lagu yang dimainkan oleh dj radio akan turut dinyanyikan oleh Ammara dengan suara sumbang, sengau di hujung-hujung ayat. Lawak Johan dan rakan sekerjanya di radio pun tak mampu nak buat Ammara ketawa. Tangan memegang sehelai kertas yang agak lunyai, mulut terkumat-kamit dengan mata yang terpejam. Kadang-kadang mata dibuka, memandang apa yang ditulis dan mata kembali tertutup. Lagaknya seperti nak SPM dulu. Puan Shamsiah tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala perlahan.

Ammara meminta ibu menghantar terus ke dewan kuliah. Tak kuasa dia nak menapak ke situ dengan kaki. Matahari waktu pagi memanglah baik, ada vitamin D tapi nanti baju kurung kain kapas berwarna merah yang dia pakai akan dibasahi dengan peluh. Eeeiii... Tak elok. Lagipun daripada pintu masuk kolej nak ke dewan kuliah ini jauh juga, kawasan agak berbukit. Kalau berjalan kaki, mahu putus kaki rasanya. Hiperbola sangatkan.

Sudah ada beberapa kawan sekelas yang akan buat pembentangan sekali lagi menunggu di hadapan dewan kuliah. Masing-masing berborak dengan wajah dan nada yang ceria. Elok juga datang awal ini sebab boleh tengok tempat, tengok keadaan sekeliling.

"Kesian hangkan, Ara. Tak pasai kena buat pembentangan sekali lagi. Kalau tak hari ni hang jadi penonton ja." Ucap Qila dengan sentuhan di tangan Ammara. Simpati betul dia dengan Ammara. Salah pilih kawan.

Ammara hanya tersenyum. Nasi dah basi, apa pun tak boleh buat dah. Kalau nasi jadi bubur, bubur itu boleh makan lagi sekurang-kurangnya.

"Hang kena banyak hati-hati dengan Sya tu, Ara. Budak rumah aku pernah sekelas dengan Sya ni masa sekolah dulu. Hang tau tak, jahatnya Sya ni sampai dia sanggup tukar halaman hadapan sekali folio Sejarah sorang kawan dalam kelas tu juga dengan folio dia. Sebabnya folio kawan ni cantik, warna warni, kemas dan tebal isinya. Folio dia pula, serabut walaupun type guna komputer.

Tapi nasib baik cikgu kelas tu dapat detect kerja Sya sebab tulisan dalam folio yang kononnya milik Sya tu tak sama dengan tulisan di dalam buku latihan Sejarah Sya. Tergamakkan. Kalau hari perjumpaan waris, kakak atau abang dia tak datang sebab Sya ni tak bagitahu. Sya akan suruh pakwe dia yang datang, menyamar jadi abang. Suruh datang awal sebab lepaih tandatangan kad kemajuan boleh teruih balik. Kalau ada kerja yang perlu dibuat dalam grup, haram Sya ni nak menolong. Satu lagi, dia suka suruh orang buat kerja sekolah dia. Teruk perangai Sya ni." Cerita seorang lagi rakan sekelas Ammara dengan panjang lebar.

Makin terdiam Ammara. Adudududu... Seram pula cerita yang kawan-kawan sampaikan ini. Kenapalah bila sudah di semester keempat baru perangai buruk Sya terserlah dengan berjaya? Kalau awal-awal dulukan senang, tak adalah dia jadi mak turut Syahira, siapkan kerja Syahira, buat itu dan ini untuk Syahira.

Sekitar pukul 9.00 pagi pintu dewan dibuka. Maka berpusu-pusulah mereka yang menunggu di luar ini masuk ke dalam mencari tempat. Beberapa orang pensyarah juga sudah mengambil tempat di bahagian tengah dewan. Senang nak melihat keseluruhan kelas. Sebelum mulakan pembentangan, mereka semua wajib ambil nombor giliran di dalam sebuah balang kaca. Ammara nombor kelima daripada keseluruhan. Syahira nombor ketiga. Syahira datang lambat tadi,nyaris-nyaris Sir Brahim tak kasi masuk tapi Ammara pujuk jadinya dapatlah Syahira masuk.

Boleh kira dengan jari sahaja kerusi yang tidak diduduki oleh orang. Dewan kuliah penuh dengan orang. Banyak muka-muka yang Ammara tak kenal dan tak pernah lihat pun. Ada juga Ammara dengar, mereka terpaksa ke dewan kuliah ini sebab ada markah untuk setiap kehadiran, kalau ikutkan hati nak terbongkang atas katil di hostel. Tak ingin pun tengok pembentangan ini. Bak kata orang utara, tak kelapaq aku!

"Swith off your phone. Silent class."  Suara Madam Anna kedengaran. Ada lima orang pensyarah di situ. Pensyarah yang akan buat penilaian.

"Ara, sat lagi aku pinjam laptop hang eh. Aku kalut sangat pagi tadi, tak sempat nak bawa laptop sendiri." Ucap Syahira sambil mengelap peluh yang mengalir di dahinya.

"Yalah." Jawab Ara sebelum memberi tumpuan kepada pembentangan yang kawannya sedang buat.

Syahira tersenyum sinis. Tak sabar nak pedajal orang. Tak lama kemudian giliran Syahira pun tiba. Ammara tak adalah terkejut sangat melihat slideshow yang Syahira guna. Slideshow yang dia buat minggu lepas, Syahira guna yang itu tetapi diganti dengan tajuk yang dia dapat. Ammara menggeleng kepala perlahan. Nasib baiklah slideshownya sudah dibuat baru.

Ammara mula mengedarkan sehelai kertas kepada mereka yang berada di dewan. Mungkin bukan semua yang akan dapat tapi sekurang-kurangnya cara yang dia gunakan agak lain daripada kawan-kawan. Mana tau ada markah lebih.

"Next."

Ammara bangun daripada duduk dan menghampiri pentas dengan membawa laptop. Ada sebuah meja di situ, laptop diletakkan di situ dan file yang menyimpan pembentangannya dicari.

Ammara mula cuak bila fail yang dicari tidak kelihatan. Merambu-rambu peluh terbit. Dia yakin sangat yang kali terakhir dia tengok slideshow itu adalah ketika pagi tadi. Tapi sekarang, macamana fail itu boleh hilang? Pandai pula fail delete diri sendiri. Tudia... jame! Mampuih!. Mana fail ni pi? Awat nak main nyorok-nyorok waktu macam ni? Damn!!!

"Amani Ammara, what's wrong with you? Hurry up. There are a lot of people in this hall waiting for your presentation. Don't waste my time!." Suara Madam Anna kedengaran dengan riak wajah yang bengis. Ammara memandang wajah Madam Anna dengan mata yang berkaca. Rasa macam nak terkencing, nak terberak dalam kain. Semua rasalah masa ini. Seluruh dewan sedang memandang ke arahnya saat itu.

"Ammara, relax. Buat pembentangan macam yang awak selalu buat tu." Suara Sir Brahim kedengaran. Suara-suara kawan yang lain juga mula memenuhi dewan. Bercakap-cakap dengan rakan sebelah.

"Fail yang ada slideshow saya hilang." Ucap Ammara dengan suara yang kuat. Melawan segala rasa di dalam dada.

"What?." Sir Brahim pantas turun daripada tempat yang didudukinya. Menghampiri Ammara yang berada di atas pentas.

"Awak letak slideshow dalam mana?."

"Pendrive. Saya dah cucuk pendrive tapi fail yang saya cari tu tak ada. Pendrive kosong."

"Dalam laptop tak ada ke slideshow  tu?."

Ammara mengangguk. "Pun hilang juga. Saya dah cari tadi." Air mata yang sememangnya sudah ada di tubir mata, mengalir juga. Bukan nak raih simpati tapi dia takut sangat-sangat!!!

Sir Brahim memandang wajah Ammara sebelum memandang ke hadapan semula. "Who next?."

Rizdwan mengangkat tangan.

"Awak buat pembentangan dulu. Lepas ni baru Ammara."

Rizdwan mengangguk kepala perlahan.

"Macamana nak buat ni, sir? Saya buat kerja yang sir suruh."

"Saya tahu, Ammara. Saya akan buka emel yang awak hantar pada saya hari itu dan awak akan gunakan slideshow yang awak dah emelkan pada saya itu. Ada sesiapa guna laptop awak ke tadi? Guna pendrive awak ke?."

Ammara mengangguk perlahan dan memandang ke arah Syahira. Syahira ke yang buat? Kalau betul Syahira yang buat, memang  sampai hati betul. Sebab ketika Syahira pinjam nak guna laptopnya, pendrive dah cucuk di laptop. Fail di dalam pendrive hilang, fail di dalam laptop juga hilang. Syahira ada niat nak malukan dia ke? Nak gagalkan dia? Tapi kenapa?

Lega sedikit hati Ammara bila melihat slideshow yang dia buat sudah ada di hadapan mata.

Sir Brahim menunggu di meja tersebut dan membuat isyarat okay dengan jari kepada pensyarah yang lain.

"Start. Silent class!" Madam Anna bersuara kembali. Ammara mengangguk di atas pentas dengan senyuman. Lega! Kalau tak, mungkin kena repeat paper atau hadap paper ini semester hadapan. Syahira merengus kasar!

'Tak guna! Awal-awal lagi dia dah hantar slideshow tu dekat sir. Ada back up plan.'

Slideshow yang Ammara buat cantik sangat. Pilihan warna dan font yang digunakan jelas walaupun latar belakang slideshow ada pelbagai corak. Ada video pendek juga tentang cara perawatan untuk penyakit tersebut. Banyak gambar dan Ammara akan huraikan dengan panjang apa maksud gambar tersebut. Ada nota kecil yang Ammara pegang. Sakit sungguh hati Syahira bila pembentangan Ammara berjalan dengan lancar dan dapat tepukan gemuruh!!!

"Sampai hati hangkan, Sya. Hang yang delete fail yang ada dalam pendrive aku dan yang ada dalam laptop akukan?." Ucap Ammara sambil menyimpan laptop di dalam beg. Pendrive yang kosong itu diletakkan di dalam kotak pensil.

"Apa pula?! Hang jangan nak tuduh aku yang bukan-bukan!." Sangkal Syahira.

"Aku tak faham kenapa hang kena buat macam ni. Aku ingat kita kawan." Mata Syahira dipandang.

Syahira menjeling Ammara sebelum memeluk tubuh. Memandang ke hadapan. Meluat nak melihat wajah Ammara.

Ammara mengeluh di dalam hati. Tak sabar nak balik peluk ibu.


***

"Zayyan, hujung minggu ni jangan lupa. Ada perlawanan bola sepak antara Pulau Pinang dengan Kedah. Hang bertugas tau." Ucap Sarjan Anas kepada Zayyan yang sedang menaip laporan menggunakan sebuah komputer.

"Okay." Jawab Zayyan pendek.

Selalunya memang begitulah bila ada perlawanan bola. Risau kalau ada kekecohan yang bakal berlaku jadinya FRU akan ditempatkan di dalam stadium. Kalau sebelum-sebelum ini tidak ramai FRU yang akan berada di stadium tapi sejak kebelakangan ini, FRU diminta berada di setiap corok stadium. Kalau nampak penyokong yang cuba nak cetuskan pergaduhan boleh cepat-cepat bertindak. Mungkin tak lama lagi anggota FRU diminta meronda di stadium.

"Dapat juga masuk tengok depa main bola. Dapat tengok jarak dekat pula tu." Mail Kipas bersuara.

"Tapi kena sentiasa berjaga-jaga. Kalau tak cepat bertindak, lagi huru hara stadium jadinya."

"Kadang aku heran pasai pa nak bergaduh dalam stadium. Kalah tu terima jalah. Apa masalahnya."

"Fanatik sangat. Tengok bola dengan penuh perasaan sebab tu tak boleh terima kekalahan. Harap janganlah ada perkara teruk-teruk jadi nanti."

"Aku pun harap macam tu juga. By the way... budak pompuan mana yang hang bergaduh dalam Mcd Bertam? Kenai ka?." Hangat suasana di balai hari ini tentang video yang diviralkan itu.

Zayyan memandang ke arah Mail Kipas sebentar kemudian tersenyum. "Aku nak kahwin dengan dia!."

"Serius ahhh? Janganlah... tak ada geng bujang aku nanti."

"Apa pula. Jodoh aku dah sampai." Ucap Zayyan dengan ketawa kecil.

"Tapi serius ahh? Dalam video yang viral tu hangpa bergaduh teruk kot. Takkan jodoh hang pula."

"Mana ada kami bergaduh. Kami tengah meluah kasih sayanglah tu. Dahlah, tak mau cakap pasai pompuan. Jom pi basuh truk." Waktu kerja tak sesuai nak bicara hal diri sendiri. Nak makan gaji buta?

"Ermmm... Jomlah. Rugi tak ikut yang lain pi meronda dalam pekan tadi."

"Jangan nak rugi-rugi sangatlah. Jom." Ajak Zayyan. Mail Kipas hanya hanya mengikut. Malas sebenarnya...

Bersambung
Selasa
22.1.19

Continue Reading

You'll Also Like

50.2K 5K 26
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
3.4M 297K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.4M 64.6K 62
ℕ𝕒𝕚𝕝𝕒𝕙 𝕁𝕒𝕟𝕟𝕒𝕙 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕂𝕠𝕞𝕒𝕟𝕕𝕖𝕣 𝕌𝕥𝕙𝕞𝕒𝕟 𝔽𝕚𝕣𝕕𝕒𝕦𝕤 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...
350K 12.9K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...