4. Buah Hati? Tanya Dia !!

By MrsHusna92

486K 8.5K 3.6K

Highest ranking in humor (5) 19.1.19 Buku keempat "Along tak main-main, ma. Along memang nak kahwin dengan di... More

BAB 1
BAB 2
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
HAI
TEASER 1
TEASER 2
TEASER 3

BAB 9

8.6K 657 311
By MrsHusna92

"Apa abang-abang? Puiii... Dalam mimpi pun aku tak maulah panggil hang macam tu." Tempelak Ammara dengan cebikan di wajah.

'Anak cacing dalam perut pun berdekah dengaq apa yang hang cakap. Siap menari-nari mengejek lagi. Abang konon! Aku dengan hang bukan mai dari rahim yang sama. Sperm yang jadikan hang pun bukan dari lelaki yang sama sampai aku nak kena panggil hang abang! Tak dak hubungan darah setitis pun.' Gerutu Ammara di dalam hati.

"Dah aku kata panggil aku abang, hang kenalah panggil aku abang. Aku nak tolong hang buat slideshow ni, satgi kot...Tak berkat pertolongan aku ni." Wajah Ammara direnung tajam sebelum laptop milik Redza dihidupkan.

"Wei, ingat sikit tau... Hang tolong aku buat slideshow ni sebab nak tebus kesalahan yang hang dah buat dekat aku tau. Hang ni memanglah... Dahlah tua lepaih tu pelupa pula. Faktor usia sangatkan." Memeluk tubuh sendiri dengan wajah yang mencuka.

"Hang dah kenapa?." Tanya Zayyan dengan nada yang marah. Budak kecil ini, orang sikit punya baik hati nak tolong pun masih nak buat perangai.

"Hang tak ingat eh abah aku pesan apa? Jangan sentuh anak dara orangkan? Tadi hang sentuh bahu aku! Bukan sentuh tapi tolak bahu aku! Tangan tu nak kena kerat ka?." Mata dijegilkan kepada Zayyan.

"Allah. Bukannya kena kulit hang pun. Berlapik dengan baju hangkan? Alaaa... Setakat sentuh sikit macam tu pun nak bising. Tak luak punlah. Entah-entah pakwe hang pegang lagi banyak daripada aku TERpegang hang!." Tips nak tahu budak Sungai Petani ini milik orang atau tak.

"Cantik sikit eh! Tak tau hukum ka? Sekolah dulu time ustaz dengan ustazah ajaq  hang buat apa dalam kelas? Tidoq? Ka setiap kali waktu Pendidikan Islam hang ponteng kelas? Lepak belakang tandas...Hisap rokok, usha anak dara orang! Usha cikgu pratikal perempuan! Usha cikgu ganti perempuan!. Dasar mata keranjang!." Berdas-das tembakan ucapan ditujukan untuk Zayyan.

Tergeleng-geleng kepala Zayyan dengan senyuman sinis. "Uiii... Bab mengata dekat orang boleh ke hang sorang ja. Mulut tu kalau tak mau kena starlight dengan aku, jaga sikit." Hoi, bercakap dengan perempuan kecil ini memang bikin darah naik. Pedas! Terbakaq! Mengujj kesabaran di skala trillion.

"Dah tu, takkan tak tau couple tu haram! Aku punya dok jaga diri jangan bagi sebarangan lelaki contohnya macam hang ni dari pegang aku tapi... Suka pedal hati hang ja pegang aku! Haram tau tak!."

"Haram? Ohhh... " Ucap Zayyan dengan nada perlahan dan kepala terangguk-angguk sedikit.

"Hoi, perempuan! Ni yang hang dengan aku dok buat ni pun haramlah. Suara hang tu aurat! Tu mata tu, mana boleh pandang tepat mata aku, tundukkan pandangan! Kita mana boleh duduk satu meja macam ni, hang kena duduk dekat parking sana tu lepaih tu buat bahasa isyarat time nak bercakap dengan aku. Mau?." Suara itu kalau boleh nak satu Mcd Bertam ini dengar kot! Kuat sangat!

"Cakap slow sikit tak boleh ka? Memekak ja hang ni. Cepatlah buat slideshow tu." Mengalah bukan tanda kalah, Ammara.

"Baik hang cakap, abang, cepatlah buat slideshow tu. Kalau hang tak cakap, aku nak blah."

Terlepas ketawa Ammara. "Puiii... Sapa nak ikut cakap hang tu. Hang tau tak, aku layak panggil hang ni pakcik tau sebab hang tua banyak tahun daripada aku. Hang ingat aku kisah sangat kalau hang nak blah daripada sini? Blahlah. Angah aku boleh tolong buat slideshowlah. Hang ingat, hang sorang ja terror? Pirahhh!!!." Tempelak Ammara lagi. Ingat dia hairan sangat? Kenal pun tak...

Zayyan mendengus kasar. "Cepatlah. Tajuk apa?." Pertama kalinya merendahkan ego untuk seorang makhluk bernama perempuan.

"Typhoid Fever."

"Apa? Tapohed Feber? Apa tu?." Tanya Zayyan dengan senyuman mengejek.

"Pekaklah pakcik ni! Ty..phoid Fever! Ni... Tengok ejaan dekat sini." Jari telunjuk dihalakan kepada salah satu halaman di dalam salah satu buku yang dibawa.

"Aku taulah nak eja. Front page letak tajuk ja?." Tanya Zayyan sambil menaip ayat yang Ammara sebutkan tadi. Lincah betul jari jemari itu bergerak di atas papan kekunci. Terpegun sekejab Ammara melihat. Ermmm... Jari pun kacak eh?

" Front page kena ada nama, nombor kad matrik, nama pensyarah, subjek apa. Page kedua ada introduction lepaih tu mulalah habaq Typhoid Fever ni apa."

"Nama hang apa? Nak taip ni."

"Amani Ammara binti Abdullah. Nombor kad matrik 2017062845. Nama pensyarah Sir Brahim bin Yaakob. Subjek Applied Medical Microbiology."

"Dah ada isi untuk introduction?."

"Tak dak lagi. Tak sempat nak cari."

"Mai buku yang lain dekat aku. Aku tolong cari introduction yang sesuai untuk hang." Pinta Zayyan tanpa riak.

Ammara pantas mengeluarkan sebuah lagi buku daripada dalam beg dan diberikan kepada Zayyan.

"Lepaih siap slideshow ni hang teruih emelkan dekat lecturer hang. Hardcopy pun jangan lupa juga. Nak lagi baguih hang photostat hardcopy tu bagi dekat kawan-kawan sekelas hang nanti. Baru semua faham." 

"Perlu ka emelkan slideshow ni dekat lecturer? Tak pernah orang buat."

"Perlu dan hang wajib ikut cakap aku ni. Kalau tak nanti hang menyesai. Aku lagi banyak makan asam garam alam belajaq ni tau tak." Sempat Zayyan menasihat siap dengan renungan mata yang tajam lagi.

Berkerut dahi Ammara nak hadam kata-kata Zayyan.

"Hang selalu buat macam tu ka?."

"Yap." Pendek sahaja balasan ucapan. Lelaki di hadapannya ini nampak begitu fokus membaca di dalam buku.  Jari telunjuk dan jari tengah memusing-musing badan pen.

"Tapi takkan aku nak photostat untuk ratusan orang. Habihlah duit aku."

"Ramai ka orang masa hang nak bentang nanti?."

"Ramailah. Senior, junior course aku, kemungkinan semua ada. Bukan dalam kelas tapi dalam dewan kuliah."

"Alaaa... Satu paper nanti letaklah lapan slideshow. Kalau ada lebih daripada sepuluh slideshow, selebihnya cetak di halaman belakang pula. Kertas a4 depan belakang ada slideshow. Jadi sorang dapat sekeping jalah. Mula-mula hang print dulu selebihnya hang photostat. Alaaa... Murah ja tu. Nanti aku bagi duit."

"Aku ada angah. Aku nak duit, aku minta dekat dia."

"Hang ingat duit aku tak laku? Duit aku pun ada nilai tau tak. Aku bagi nanti, ambik jalah. Bukannya aku suruh hang bayaq balik pun. Kecik-kecik dah ego." Pen tadi sudah diselit di tepi telinga pula.

"Mesti hang tak fahamkan? Hang belajaq dulu lecturer guna bahasa english ka melayu?."

"Melayu tapi jawab exam dalam bahasa english. Aku sambung ijazah, banyak diajaq dalam bahasa english. Jangan risau, aku pandai. Cuma dah lama tak tengok perkataan banyak-banyak, mata aku berpinau." '

'Ingat aku koman sangat kot? Kalau aku satu jurusan dengan hang, silap-silap aku lecturer hang tau lepaih aku dapat master. Ni sebab aku jurusan lain dan aku tak sambung master, aku jadi polis.'

"Aku rasa introduction dia kena ringkas tapi padatkan?."

"Yalah. Mana boleh sumbat semua benda dalam slideshow."

"Aku rasa ayat ni sesuai. Typhoid fever is a serious and potentially fatal bacterial infection. Caused by bacteria called Salmonella typhi (S. typhi). Lepaih tu hang teranglah dengan lebih lagi. Habaqlah mana-mana makanan, minuman yang contaminated dengan bacteria tu boleh buat manusia ni kena demam, sakit perut dan sebagainya. Kalau dok buat lengai, ketegaq tak mau pi hospital mungkin jadi macam-macam lagi. Suruh yang Islam tu mengucap siap-siap sebab pendarahan dalaman ni mana boleh buat relax... Kan?

Ayat pertama hang nanti, habaqlah manusia zaman sekarang ni blablabla lepaih tu baru hang cakap ayat pertama yang ada dalam slideshow ni. Tak sedap kalau teruih ke typhoid fever is blablabla... Macam hang nak mula sesuatu cerita, start dengan once upon a time... Blablabla... Cakap tu pula biaq macam kita tengah bersembang la ni, bukan macam tadi... Yang tadi tu bertekak. Biaq santai, relax... Barulah orang tak gelak dekat hang dalam hati. Kalau hang ketaq, suara hang automatik jadi gugup." Baiknya hati Ayyan, kongsi tips. Maklumlah, buah hati yang duduk di hadapan ini.

"Hang cakap senanglah. Aku takut tau tak nak berucap depan orang ramai. Ish, kalau bukan sebab kawan aku guna slideshow yang aku dah bentangkan, tak payah aku susah-susah macam ni."

"Sebab tu aku suruh hang emelkan slideshow ni lepaih dah siap nanti. Kalau kena tiru lagi, lecturer taulah sapa. Dengaq cakap abang ni."

"Eeeiii... Tolonglah. Gelilah usus aku dengaq hang bahasakan diri hang abang!."

Zayyan hanya tersengih. Sempatlah Ammara melihat lesung pipit itu. Hai, kacak tapi sayang... Mulut bau bangkai!

"Mindset kena kuat. Hang kena bayangkan tak dak sesiapa dalam dewan tu nanti. Hang berucap macam hang tengah mengadap cermin. Yang penting, relax. Mula dengan surah Toha ayat 25-28. Maksud surah ni pun elok sangat sebelum hang buat pembentangan nanti."

"Apa doa dan maksudnya?." Tanya Ammara. Zayyan tersenyum sedikit. Sebelum membaca Bismillah.

"رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِيْ يَفْقَهُوْا قَوْلِيْ

yang bermaksud, Ya Allah lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku dan jelaskanlah lisanku agar orang-orang memahami perkataanku." Jawab Zayyan dengan tenang. Terpaku seketika Ammara melihat sisi lain seorang Zayyan.

"Doa ni hari-hari aku baca dalam kelas masa zaman sekolah dulu. Dari darjah satu sampai tingkatan lima. Tapi tak tau maksud... Baca ja."

"Tazkirah dah tamat. Mula kerja balik. Aku tengok adik dengan anak saudara aku nak habis makan dah tu. Kena cepat buat kerja ni."

"Kalau tak sempat macamana?."

"Videocall mau?."

"Ish, tak maulah." Gila! Syahirakan ada di rumah. Kantoilah nanti.

"Suruh angah hang hantaq adik aku balik rumah dululah satgi. Setuju?."

"Ermmm... Satgi aku bagitau angah. Hang dah buat ka introduction?."

"Dah. Next."

"Sat. Nak baca dulu simpton-simpton penyakit ni. Ada banyak fasa. Nak asing mana yang patut ada dalam slideshow dengan yang mana aku kena terangkan dengan lebih lanjut."

"Ermmm... Okay." Jawab Zayyan dan saat itulah dia ambil kesempatan menilik wajah pujaan hati. Tiba-tiba teringat apa yang patut dia soal dulu.

"Woi, aku nak tanya ni."

"Tanya apa?." Soal Ammara tanpa memandang ke arah Zayyan. Pandangan lebih terarah kepada buku di hadapannya.

"Dua tahun lepaih hang ada masuk mana-mana hospital tak?."

Bergerak kedua-dua telinga Ammara. "Dua tahun lepaih?."

Zayyan mengangguk. Ammara pelik.

***

"Lambatnya hang dengan angah balik. Hangpa pi mana lagi tadi?." Soal Syahira selepas Ammara selesai mandi.

"Makan Mcd lepaih tu pi tengok wayang." Separuh jujur Ammara memberitahu.

"Makan Mcd sampai Bertam noh. Sampai hati tinggai aku."

"Mana hang tau aku pi makan dekat situ?." Angah ada bagitau abah makan di sana ke?

"Viral wei video hang bergaduh dengan abang polis yang teguq kita masa kita nak pi makan pasemboq tu." Cerita Syahira.

Terlopong Ammara. Terus duduk di sisi Syahira. "Viral? Sapa yang viralkan? Ibu dengan abah aku tengok tak?."

"Achik hang tunjuk tadi. Satu rumah dah tau."

"Muka abah dengan ibu aku macamana?." Risaunya Ammara. 'Mampuih aku kena dengan abah esok!.'

"Aku tengok biasa ja. Famouslah hang lepaih ni. Mesti followers dekat Instagram mencanak naik. Lepaih tu ramai orang hantaq friend request dekat Facebook." Ucap Syahira dengan senyuman. Bahu Ammara ditolak dengan bahunya.

"Jom teman aku bunuh diri."

"Ish, merepek apa hang ni!." Marah Syahira. Gila! Nak mati pun ajak orang teman.

"Nak pi kelas macamana esok?."

"Buat relax dah. Macam viral kisah budak baru couple seminggu tu. Ataupun viral video macam cantik je, macam comel je tu. Lama-lama senyaplah."

"Nak deactive FB. Nak privatekan Instagram." Telefon pantas dicapai.

"Suka hati hanglah. Aku nak cari maklumat pasai tajuk yang aku dapat tu." Laptop Ammara dibuka oleh Syahira.

Ammara berbaring di atas katil. Telefon dilihat. Ada satu WhatsApp dihantar oleh nombor yang tak dikenali.

013440****

+ Woi, pompuan! Hang tau tak kita dah femes? Viral wei video kita bergaduh. Ada orang record. Bongok betui sapa yang record tu.

Cepat sahaja neuron otak Ammara menangkap siapa gerangan yang menghantar WhatsApp. Gambar profil yang dipakai adalah gambar kucing.

Teringat macamana Zayyan boleh ada nombor telefonnya.

"Wei, ada nampak telefon aku tak?." Tanya Zayyan, kalut. Habis buku-buku yang berada di atas meja diangkat.

"Hang letak mana?." Tanya Ammara sambil sibuk mencari telefon Zayyan yang kononnya hilang.

"Aku tak ingatlah. Mai sat phone hang, aku nak pinjam." Pinta Zayyan dan tanpa banyak soal, Ammara memberi. Sekali telefon sahaja sudah tahu di mana. Dalam poket seluar sendiri.

Sekarang Ammara tau, rupanya tadi itu taktik Zayyan nakkan nombor telefonnya. Cis, terkena dia!

- Malu aku nak pi kelas esok!.

+ Habis hang ingat aku tak dak muka? Aku pun malulah nak pi kerja esok.

- Ish, dahlah. Penatlah gaduh dengan hang. Aku nak tidoq!

+ Jangan lupa baca surah Al- Mulk sebelum tidoq. Hang tu banyak dosa, nanti kena seksa dalam kubuq.

Eh, lelaki ini macamlah dia itu maksum sangat!

- Hang pun samalah. Ish, meluat aku dengan hang. Dahlah, jangan kacau aku lagi. Aku block nombor hang satgi!.

Telefon diletakkan di tepi bantal. Nak tidurlah. Penat! Mengantuk!

Syahira memandang Ammara yang sudah melelapkan mata. Pantas kotak pensil Ammara di dalam beg diselongkar. Dia perlukan pendrive Ammara. Mesti Ammara dah siapkan sedikit slideshow untuk tajuk yang diberi Sir Brahim sebab dia nampak angah letakkan buku-buku dan alatan tulis milik Ammara di atas meja ini tadi ketika mereka baru sampai di rumah. Tak guna punya Ammara, mesti minta tolong dengan angah dia itu.

Syahira mendengus kasar bila apa yang dicari tidak dijumpai. Macamana dia nak buat slideshow yang gempak ini? Sudahlah tajuk yang diberi Sir Brahim agak susah.

Bersambung
20.1.19
Ahad

Continue Reading

You'll Also Like

151K 9.8K 32
Adam Hirdy | Azalea
90.1K 4.6K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
296K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
55.9K 5.6K 28
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...