4. Buah Hati? Tanya Dia !!

By MrsHusna92

486K 8.5K 3.6K

Highest ranking in humor (5) 19.1.19 Buku keempat "Along tak main-main, ma. Along memang nak kahwin dengan di... More

BAB 1
BAB 2
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
HAI
TEASER 1
TEASER 2
TEASER 3

BAB 6

8.7K 593 131
By MrsHusna92

"Ammara and Syahira." Panggil Sir Brahim kepada Ammara yang sedang susun kertas di dalam fail. Syahira pula sedang betulkan urat saraf selepas hampir dua jam di dalam kelas Applied Medical Microbiology. Tepu otak dia simpan apa yang Sir Brahim ajarkan. Boleh take ten minutes sahaja tadi daripada dua jam. Nasib duduk di belakang sekali, bolehlah nak membuta sekejab.

"Yes, sir." Pandangan terarah kepada Sir Brahim yang sedang masukkan tutorial di dalam  pendrive. Berlambak pendrive di atas meja pensyarah itu dengan pelbagai bentuk dan juga warna. Selalunya Sir Brahim kasi tutorial melalui emel sahaja. Selesai jawab, emelkan kembali kepada Sir Brahim. Jarang Sir Brahim kasi tutorial yang perlu dicetak kertas soalannya dan beri kepadanya keesokkan hari.

"Please come to my office, we need to talk." Terus berdegup kencang jantung Ammara. Dia memandang sekilas ke arah Syahira yang berada di kerusi paling belakang.

"Okay." Jawab Ammara perlahan dengan sedikit anggukan. Wajah Sir Brahim tidak berani untuk ditenung. Pandangan mata lelaki yang baya-baya abah itu menggerunkan.

'Mampuih! Pasai pa kena pi office pula ni? Next tutorial dah bagi melalui pendrive. Tutorial sebelum-sebelum ni dah submit melalui emel. Markah teruk sangat ka? Tapi pasai pa aku dengan Sya ja? Ish, ketaqlah!.' Gerutu Ammara di dalam hati. Hari itu Madam Anna nak jumpa dia dan Sya. Ini Sir Brahim pula.

"Hang rasa pasai pa kita kena pi office sir ni?," tanya Syahira sambil menyiku Ammara yang diam sahaja mengikuti langkah kaki Sir Brahim di belakang. Wajah jangan tanyalah, cuak habis.

"Ish, manalah aku tau. Kalau otak sir tu transparents,tak adalah aku cuak sangat."

Syahira hanya diam selepas itu. Dia rasa dia boleh agak kenapa mereka berdua kena mengadap Sir Brahim ni. 'Aku minta maaf, Ara.'

Hampir lima belas minit jugalah nak sampai ke pejabat Sir Brahim ini pun. Perlu banyak berjalan kaki nak menapak daripada satu tempat ke satu tempat.

"Duduk." Arah Sir Brahim sebaik pintu pejabat ditutup oleh Ammara. Kerusi ditarik sebelum mereka berdua mengadap Sir Brahim yang sedang menghidupkan komputer ribanya. Nasiblah Sir Brahim boleh juga bertutur di dalam bahasa Melayu, kalau tak, tergeliat lidah juga nak speaking. Tak guna betul layan telenovela pukul tiga hampir setiap kali tiada kelas petang kalau sepatah habuk cakap Filipina tak pandai.

Tapikan, nak ceritalah, Sir Brahim cakap Marian Rivera itu memang cantik! Masa drama Marimar tengah top di negara dia, dia sendiri pun minat sangat-sangat dengan isteri DingDong itu sampai isteri dia cemburu. Dan nak cerita jugalah, masa kali pertama Ammara jumpa Sir Brahim ini, dia cakap Sir Brahim pendek dan untuk kelas pertama mereka, Sir Brahim itu memang aim Ammara dan bagitahu satu kelas yang Ammara ini cakap dia pendek tadi. Tak pasal malu seharian. Rupa-rupanya Sir Brahim ini faham dan fasih berbahasa Melayu cuma loghatnya lain sikit.

"Tahu kenapa saya panggil awak berdua?," tanya Sir Brahim dengan pandangan mata tepat ke arah Ammara dan Syahira.

Cepat-cepat Ammara menggelengkan kepala. Syahira pula hanya diam tidak bereaksi. Yalah, dah buat salahkan, diam sahajalah yang boleh dibuat.

Sir Brahim mengeluh, melepaskan nafas dengan berat. Laptop dihalakan kepada dua orang pelajarnya itu.

"Nampak tak apa yang sama dengan slideshow  di hadapan kamu ni?."

Tersentak Ammara bila memandang slideshow yang dia baru buat beberapa hari lalu. Dapat tepukan gemuruh daripada seluruh kelas, Sir Brahim pun berdiri sambil bertepuk tangan. Puas hati agaknya sebab cara Ammara sampaikan penerangan kepada kelas kena dengan citarasanya.

Pandangan dihalakan kepada Syahira. "Sya, hang tiru slideshow yang aku buat ka?." Tanya Ammara bila memandang cover hadapan pembentangan itu sama sepertinya cuma ditukar nama dan juga nombor kad matrik.

Syahira hanya diam. Ammara merengus marah. Jari telunjuk mengetuk papan kekunci anak panah untuk melihat isi yang ada di dalam slideshow tersebut dan cukup untuk buat Ammara rasa marah teramat.

"Sya, inikan slideshow yang aku buat! Kenapa hang ambik? Banyak lagi tajuk lain yang hang boleh buat, kenapa nak guna tajuk ni juga? Kalau ya pun nak guna tajuk yang sama macam aku, kenapa tak tukaq isi dalam ni?." Tanya Ammara dengan nada yang sedikit tinggi. Bersekang mata tau tak dia buka satu per satu buku yang dia pinjam daripada perpustakaan kolej untuk cari dengan lebih banyak info tentang Hepatitis, HIV dan Rotavirus. Hafal setiap isi penting yang perlu. Bersungguh-sungguh dia siapkan kerja tapi Syahira senang-senang sahaja ambil slideshow yang dia dah buat.

Ingat dia copy and paste daripada internet ke? Dia cari maklumat melalui buku. Sebuah buku beratnya sama dengan berat seorang bayi di dalam pantang tahu tak, kalau sampai lima buah buku yang dia perlu bawa pulang ke rumah, tak macam dia dukung lima orang bayi dengan kedua-dua tangan dia sementara tunggu ibu nak datang menjemputnya di kolej?

"Jadi, awak dah tahukan, Ammara."

"Tapi saya tak kasi pun dia guna slideshow yang saya buat ini untuk dia pinjam ka tiru ka apa ka!." Ammara membela diri. Syahira dah melampau kali ini!

"Saya tahu. Malah saya berbangga dengan awak sebab cara awak bentangkan dalam kelas hari itu sangat bagus. Saya sendiri boleh agak siapa yang meniru dan siapa yang ditiru. Saya sendiri terkejut bila Syahira bentangkan slideshow ini ketika sampai turnnya." Dan bukan dia sahaja yang terkejut, malah seluruh kelas terkejut sebab slideshow Syahira sama sebijik macam Ammara. Cuma yang membezakan adalah nombor matrik, nama dan juga cara pembentangan. Ammara mengambil masa hampir lima belas minit untuk sampaikan apa yang dia sediakan tapi Syahira hanya mengambil masa tak sampai lima minit pun.

Ammara mengeluh. Ketika Syahira buat pembentangan, dia berada di pejabat Sir Brahim ini dengan seorang kawan sekelas yang lain sebab Sir Brahim minta ambilkan barang.

"Pastu macamana ni, sir?."

"Pertama saya akan potong markah awak berdua. Kedua buat presentation sekali lagi tapi bukan di class room  tapi di lecture hall G. Saya akan panggil mana-mana pensyarah yang free untuk nilai prsentation awak berdua buat. Kalau markahnya kurang, awak berdua perlu jumpa saya lagi untuk semester depan. Saya juga akan panggil junior dan senior jurusan awak yang free untuk datang sebagai penonton."

Terdiam Ammara. Buat pembentangan di dalam kelas pun macam nak tercabut lutut sebab rasa gemuruh, ini nak kena buat pembentangan di dalam dewan kuliah pula. Dewan kuliah G pula itu. Boleh memuatkan sehingga ratusan pelajar. Nak bentang di hadapan pensyarah, di hadapan pelajar junior dan juga senior. Ammara rasa seperti nak pengsan walau cuma membayangkan sahaja. Mungkin dia akan mati ketika pembentangan nanti.

"Banyak ke markah yang sir nak potong tu?." Tanya Syahira. Eh, perempuan ini, berani dia bersuara. Ammara rasa macam nak cekik-cekik leher kawan dia ini. Tak payah ada kawan pun tak apalah kalau species seperti Syahira ini. Boleh ke kalau nak nak guna peribahasa kawan makan kawan atau tikam belakang atau musuh di dalam selimut? 

"10% or more daripada keseluruhan markah carry mark awak. 60% for now and 40% for final exam."

"Carry mark saya berapa, sir?." Tanya Ammara kalut. Sir Brahim membuka sebuah fail yang berada di atas mejanya. Nama Ammara di cari. Senang nak cari nama Ammara sebab namanya bermula dengan huruf A.

"50 daripada 60. Tapi saya akan tolak 10% daripada markah ini supaya awak lebih berhati-hati selepas ini. Tak benarkan sesiapa meniru awak lagi dan awak pun tak akan pernah meniru orang lain. Syahira pula, 35 daripada 60. Saya harap, saya takkan jumpa awak lagi untuk semester depan. Tapi, kalau awak tak boleh nak jawab ketika final exam nanti, kemungkinan untuk berjumpa semula di semester depan  itu besar. Say bagi masa dua hari sahaja untuk awak prepare for next presentation. Tajuk kali ini, saya yang akan beri."

"Kami dua orang sahaja ka yang perlu buat presentation ini?." Ammara menyoal lagi.

"Tak, sesiapa yang dapat markah teluq ayam daripada saya hari itu perlu buat pembentangan yang baru. Saya dah emelkan tajuk untuk dia orang awal pagi tadi. Untuk kes awak berdua ini, saya perlu panggil ke pejabat sebab saya nak awak, Ammara supaya lebih berhati-hati dengan orang yang kita berkawan. Saya banyak kali perasan yang Syahira akan duduk di sebelah awak setiap kali ada test dan akan bertanya pelbagai hal dengan awak. Masa kita buat open books test pun Syahira ini masih nak soal awak juga. Lab report awak berdua pun lebih kurang sahaja jawapan. And for your information, ketua jabatan pun tengah aim awak berdua. You better watch out, Ammara, Syahira!."

Makin berat keluhan Ammara. Dugaan apa ini Ya Allah?

"Ada apa-apa lagi ke sir?." Ammara menyoal. Dia nak balik! Nak peluk ibu!!! Rasa macam nak reyau (menangis) sahaja ini!!!

"Itu sahaja. Nanti malam saya akan emelkan tajuk yang perlu awak berdua bentangkan. Kita jumpa dua hari lagi di lecture hall G."

"Thanks you, sir." Ucap Ammara sebelum berlalu keluar. Tidak lagi menunggu Syahira. Berapi-api ini rasa dalam hati. Api marak sampai kepala.

"Ara, tunggulah! Hang nak pi mana jalan laju-laju ni?." Syahira cuba saingi langkah kaki Ammara yang berjalan dengan agak laju di hadapan.

"Sampai hati hang, Sya. Patut hang kalut tanya mana aku letak pendrive aku. Kalut nak pinjam laptop aku, kalut nak guna laptop aku masa pembentangan. Rupanya hang ada muslihat! Hang buat apa dekat hostel kalau kerja pembentangan tak boleh siap? Orang lain pun ada tunang tau, tapi kerja apa pun boleh siap!." Marah Ammara sambil menahan air mata daripada turun. Bengong! Nak marah tapi air mata nak keluar juga! Nak marah ke nak menangis sebenarnya?!

"Sumpah, Ara! Aku dah buat slideshow  untuk presentation tu, tajuk staphilococcus and streptobacillus. Tapi, bila aku cucuk pendrive aku dekat laptop hang, apa yang aku buat itu tak jumpa, tak dapat dikesan fail aku. Pendrive aku tu kosong! Hang tau tak, aku cuak sangat, angin sir pula tak elok hari itu jadi aku terpaksa guna apa yang hang dah bentang. Aku cuma tukaq nama dengan nombor kad matrik ja. Aku minta maaf sangat-sangat, Ara. Sumpah, Ara. Aku memang buat tapi file tu hilang dalam pendrive aku." Terang Syahira sambil memegang tangan Ammara. Dia jujur ini. Tak ada belit cerita atau adakan cerita yang tak wujud.

"Hang ada cucuk pendrive hang tu dekat mana-mana ka sebelum kita masuk kelas sir?." Tanya Ammara dan menarik tangan Syahira untuk ketepi sikit, nak bersembang mana boleh di tengah jalan.

"Kan kita di library sebab aku nak siapkan lab report subjek Madam Anna tu. Lepas habis buat lab report aku cucuk pendrive di salah satu komputer dekat library tu sebab nak check apa yang patut dekat slideshow yang aku dah buat tu. Bila aku cucuk..."

"Lah, pasai pa hang pi cucuk pendrive hang dekat komputer di library? Hang pun tau kan kat sana ada banyak virus. Jahanamlah laptop aku wei! Awat hang tak minta nak guna laptop aku? Tak pun pasai pa hang malaih sangat nak usung laptop hang?." Marah Ammara sekaligus memotong percakapan Syahira. Satu per satu masalah datang. Laptop dia tiada antivirus. Dah lama tak update sebab banyak guna laptop angah lagi di rumah.

"Tengah kalut masa tu. Laptop aku ada dekat kedai tengah perbaik. Ara, aku minta maaf. Janganlah marah aku!." Gerun juga kalau Ammara terus terusan marah dirinya. Dia sayang Ammara macam kakak dia!

"Aku marahlah. Markah carry mark aku kena potong. Bukan subjek ni ja tau tapi subjek Madam Anna juga. Pastu, nak kena buat presentation depan orang ramai dua hari lagi."

"Kita buat presentation sama-sama, nak tak?."

"Ikut aku balik rumah?!."

Syahira mengangguk perlahan.

"Tapi hang jangan nak tidoq na! Satgi aku sorang yang dok prepare slideshow."

"Takkanlah aku nak buat macam tu. Hang buat kerja hang, aku buat kerja aku. Lepaih tu, kita bolehlah tukaq-tukaq soalan yang mungkin depa nak tanya nanti."

"Ermmm... Okaylah. Satgi aku balik dengan hang. Sat, nak bagitau dekat ibu." Beg diselongkar mencaei di mana telefon bimbit diletakkan.

"Habaq dekat ibu, aku nak makan mee goreng mamak boleh dak?." Lama tak makan masakan Puan Shamsiah yang kedabom itu. Untung ada ibu. Dia nanti, menumpang kasih ibu mentua sahajalah.

"Hang jangan nak mengada sangat na." 'Orang tengah panaih hati dengan dia, dia lagi nak order makan tu, makan ni! Tak tau ka aku dah suruh ibu masakkan nasi ayam dekat aku!

"Alaaa... lama dah aku tak makan ibu masak." Ucap Syahira dengan nada lirih.

"Dahtu, ibu suruh balik, hang tak mau balik."

"Ni aku nak balik dah. Tapi mesti ibu bisingkan sebab majlis doa selamat hari tu, aku tak dak."

"Memang pun!." Ucap Ammara sambil menjeling. Syahira hanya tersengih. Memeluk lengan Ammara sebelum sama-sama berjalan menuju ke kafe. Tengah panas ni eloklah kalau basahkan tekak dengan ais krim. Kalau tak, dia rasa macam nak baham kepala minah sengal sebelahnya ini! Eeeiii...Geram!!!

Kalau nak tau lagi, Syahira ini dah tak ada ibu dan abah. Ada dua orang kakak, seorang abang di Kangar sana. Sebabkan itu, Puan Shamsiah berasa simpati dengan Syahira ini, terus mahu Syahira menganggapnya sebagai ibu. Dah banyak kali juga Syahira ini bermalam di rumah Ammara. Keluarga Ammara pun senang dengan Syahira ini. Ketika majlis tunang Syahira tahun lepas pun Puan Shamsiah yang banyak menolong.

Ammara...? Kadang-kadang cemburu juga. Hahaha...

***

Zayyan memandang rumah si anak tudung berbau kepam dengan sedikit senyuman. Gila! Tak ada kerja berjoging di Taman Jubli kemudian sengaja singgah di hadapan rumah yang dia dan abah datang hari itu. Dapat tengok bumbung rumah pun rasa macam dah besar rahmat dah.

Tergeleng kepala Zayyan dengan senyuman sambil jari jemari mengetuk di stereng kereta. Tangan kanan mengusap pipi pula dan senyuman makin melebar. Jari menyentuh lekukan yang terbentuk di pipinya.

'Ini betul-betul gila! Budak tu dah mandrem aku rasanya!. Pukul tiga petang berjoging di taman.'

Bersambung...

Jangan lupa jenguk cerita
The Bad Kenny dan Cinta Hati Saya Encik Limited Edition karya Airidylana

Continue Reading

You'll Also Like

88.5K 4.6K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
116K 2.6K 35
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...