LAST HUNTER II : VARTRA

By mynameismas

24.1K 2.3K 1.4K

Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang be... More

-01-
-02-
-03-
-04-
-05-
-06-
-07-
-08-
-09-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-49-
-50-
-51-
-53-
-54-
-55-
-56-
-57-
-58-
-59-
-60-
-61-
-62-
-63-
-64-
-65-
-66-
-67-
-68-
-69-
-70-
-71-
- MERAIKAN PEMBACA-
-BUKAN UPDATE-

-52-

259 30 14
By mynameismas

Darius berdiri tegak dan fikirannya seperti berhenti berfungsi secara waras apabila melihat seorang demi seorang pemuda berwajah bukan biasa-biasa itu muncul dari dalam beberapa buah kenderaan yang berbeza dan tempat di mana mereka berhenti juga kelihatan tersorok dipinggir sebuah tasik yang terpencil.Walaupun sinaran matahari tegak memacak ubun-ubun,namun oleh kerana pohon disekitar tasik tersebut rapat dan tinggi,keadaan sekitar menjadi redup dan sejuk.

Dia hanya mampu terkebil-kebil seperti orang dungu melihat van pengangkut kepunyaan Biro Keselamatan Persekutuan itu digerakkan secara mengundur menuruni pelantar salah sebuah treller panjang yang dipakirkan bersebelahan sebuah lagi treller lain yang bersaiz sama.

Seorang pemuda berambut hitam keunguan melompat keluar dari treller yang satu lagi dan diikuti oleh seorang lagi pemuda yang berwajah bulat dan menyenangkan untuk dipandang lama-lama dengan rambut cokelatnya yang disikat menutupi dahi malah sempat pula melambainya mesra dan melayangkan senyuman lebar.

Wajah pertama yang sayup-sayup hinggap dalam ingatan Darius adalah wajah lelaki berambut hitam kehijauan yang pernah dilihatnya lama dulu.Berkenalan secara tidak sengaja apabila lelaki itu menghantarkan Ara.Eiiden jika Darius tidak silap.Lelaki yang pernah menatapnya dengan pandangan menyelidik seolah-olah dia telah melakukan sesuatu yang tidak baik kepada Ara.

Eiiden dan lelaki berambut cokelat yang menghampiri warna karamel itu tidak perduli dengan berpasang-pasang mata yang ada disitu.Tanpa berkata sepatah pun,dalam pergerakan yang pantas mereka menanggalkan pakaian seragam pasukan keselamatan yang membalut tubuh tegap tinggi masing-masing dan menyisakan hanya seluar panjang hitam serta kasut bertapak getah tebal -kelengkapan khusus anggota pasukan keselamatan jika sedang melakukan kerja di luar pejabat.Pakaian seragam operasi begitu mereka menamakannya.

Pada satu sisi yang lain, dua orang lagi pemuda yang juga bertubuh tinggi dan segak kelihatan menanggalkan pakaian seragam yang membalut tubuh mereka.Seperti Eiiden,mereka juga bergerak dengan senyap tetapi pantas.Seorang daripada mereka mengenakan cermin mata dan seorang lagi luar biasa jinjang kakinya dan membiaskan nuansa aneh dengan warna rambutnya yang hitam bercampur warna ungu yang cerah.

Sementara empat susuk tubuh itu sibuk menanggalkan pakaian seragam pasukan keselamatan,ada pula dua orang pemuda lain keluar dari dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang hitam berkilat.Pemuda berambut hitam kemerahan itu sepertinya adalah susuk tubuh paling tinggi antara mereka semua dan rakannya yang seorang lagi mirip sekali dengan wajah lelaki yang dikenali Darius sebagai Eiiden itu tetapi hanya dibezakan dengan warna rambutnya yang berwarna hitam abu-abu dengan sedikit tona yang menghampiri warna keperakan.Sambil menanggalkan baju yang dipakainya,pemuda itu kelihatan mengendus bau pada tubuhnya sendiri lalu meringis dengan riak jijik.

Selepas memastikan keempat-empat mereka yang sudah menanggalkan pakaian seragam itu dan menyumbatkan baju tersebut ke dalam perut van yang dinaiki oleh Darius sebentar tadi,tanpa bersuara satu susuk tubuh dengan rambut hitam bertona perang tua yang baru sahaja melompat turun dari salah sebuah treller panjang beroda dua belas yang dipakir di gigi jalan itu tampil ke hadapan.Senyap dan dengan mata ditutup,pemuda itu menggerak-gerakkan tangannya ke udara bagaikan sedang cuba menjangkau sesuatu yang tidak kelihatan.

Tiba-tiba sahaja ada angin kasar yang berhembus entah dari mana membuatkan spontan Darius terundur ke belakang dan terasa rahangnya terbuka tanpa sedar apabila melihat sendiri van dengan jata rasmi Biro Keselamatan Persekutuan itu terangkat hampir satu meter dari permukaan tanah bagaikan ditunjang oleh satu kekuatan yang tidak kelihatan dan perlahan-lahan van terapung itu bergerak ke tengah tasik.

Sebaik sahaja van tersebut berada di tengah tasik yang terpencil itu,pemuda berambut cokelat gelap yang menghampiri warna karamel yang tidak lagi menyarung seragam pasukan keselamatan itu pula maju kehadapan dan telinga Darius dapat menangkap butir-butir bicara dalam bahasa yang aneh.Dan kali ini Darius benar-benar terjajar ke belakang dan hampir tergelincir apabila tiba-tiba sahaja muncul api berwarna putih kebiruan dan menyelubungi kenderaan yang sedang terapung diudara itu.

Hampir serta-merta van tersebut tenggelam dalam kobaran api putih kebiruan itu dan pada masa yang sama,pemuda berambut perang itu menggerakkan lagi tangannya diudara dan kali ini dihadapan mata Darius sendiri van tersebut terjatuh kedalam tasik namun Darius  berani bersumpah melihat api putih kebiruan tersebut masih menyala walaupun van itu sudah separuh tenggelam dan ia membuatkan bulu roma Darius meremang seram sejuk.

Dengan fikiran buntu dan lidah yang kelu seperti tidak pernah tahu untuk berkata-kata,Darius menatap sahaja susuk tubuh berambut hitam kehijauan itu berdiri tegap di hadapan tujuh lagi pemuda yang kelihatan tegap,tinggi lampai dan membiaskan karisma mereka yang tersendiri.Tidak perlu ada sesiapa yang mengatakan apa-apa.Lapan orang pemuda aneh tersebut kelihatan pasti dan tahu apa yanh mereka lakukan.Senyap tetapi rapi,teratur, terancang dan hampir seratus peratus pasti lelaki berambut hitam kehijauan itu adalah ketua mereka.

" Ken dan Ryu uruskan hal treller seperti yang kita rancang sebelum ini.."

Pemuda berambut hitam kehijauan itu bersuara dan pemuda berkaca mata serta seorang yang lain hanya mengangguk dan sama seperti tadi,masing-masing senyap tapi tahu apa yang dilakukan mereka.Dua orang lelaki yang pasti bernama Ken dan Ryu itu menaiki treller panjang tersebut dan mula menghidupkan enjin kenderaan dan sebuah demi sebuah,treller tersebut bergerak meninggalkan kawasan dipinggir tasik itu.

Masih juga dengan rasa takjub,terkejut dan tidak faham Darius mengekori sahaja empat batang tubuh pemuda-pemuda aneh tersebut menaiki cerun rendah untuk meninggalkan kawasan tanah lapang bertanah merah itu menuju ke pinggir lebuhraya dengan menyisakan lelaki berambut hitam kemerahan itu di situ sementara seorang lagi sudah memasuki kenderaan pacuan empat roda hitam itu dan menghidupkan enjin.

Lelaki berambut hitam kemerahan yang berdiri di gigi jalanraya kelihatan berdiri tegak dan sama seperti lagak pemuda berambut cokelat karamel itu,dari sepasang ulas bibirnya-dia juga menggumamkan perkataan yang kedengaran aneh dan serta-merta Darius merasakan tanah dibawah tapak kakinya bergegar seperti sedang mengalami goncangan akibat gempa bumi berskala rendah.

Darius terbeliak besar melihat dari permukaan tanah merah dibawah cerun itu bertimbulan akar pokok dan berselirat  sesama sendiri manakala  rumput-rumput berdaun tajam yang rebah digilis tayar kenderaan itu tegak lagi.

Segar-bugar seperti tidak pernah disentuh apa-apa manakala tumbuh-tumbuhan separa akuatik yang tumbuh separa tenggelam di pinggir tasik juga tegak lagi dan bergerak perlahan-lahan menutupi permukaan tasik dalam cara yang kelihatan sangat semulajadi sehingga sekilas pandang,dengan akar yang melintang sebarang arah dengan rumput tinggi serta Mensiang yang berbatang lurus seperti buluh dan berbunga cokelat itu jelas memperlihatkan tidak ada sesiapa yang menyentuh kawasan tersebut.

Aneh.Ajaib tapi benar apabila akar pohon dan tumbuhan Mensiang yang tumbuh subur dipinggir tasik itu seakan menyembunyikan jejak serta kesan keberadaan mereka di tempat tersebut.

Berada di sebelah pemuda berambut hitam abu-abu tersebut yang tenang mengemudikan kenderaan,Darius mencubit daging lengannya senyap-senyap.Sakit sekali.Bermakna apa yang dilihat dan dialaminya itu bukanlah mimpi tetapi sebaliknya sebuah kenyataan yang sangat sukar untuk diterima dengan akal yang waras.

Pemuda-pemuda yang menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan dan bagaimana mereka melakukannya adalah satu hal yang sangat membingungkan Darius.Lalu kepada kejadian yang berakhir dengan kenderaan rasmi pasukan keselamatan yang membawanya ke Lokap Berpusat di Sektor 1 itu boleh berada didalam perut sebuah treller dan pemandu treller tersebut pula adalah daripada kalangan mereka sendiri.

Dan kejadian paling aneh sekaligus membuatkan akal Darius seakan-akan terhenti seketika adalah tentang bagaimana van berat tersebut boleh terapung diudara tanpa ada sesiapa yang menyentuhnya lalu terbakar pula oleh api putih kebiruan yang tidak padam walaupun van tersebut sudah separa tenggelam ke dalam tasik.Dan akhir sekali tentang bagaimana rumput,akar-akar pohon serta tumbuhan Mensiang di pinggir tasik itu seakan-akan saling bekerjasama bagi menutup jejak dan kesan keberadaan mereka di tempat tersebut.

Aneh.Tidak masuk akal sama sekali melainkan....

Ahli sihir !

Pintasan perkataan itu membuatkan Darius tertoleh ke belakang dan dadanya tiba-tiba sahaja gemuruh oleh jantungnya yang berdegup kencang.

Sebaik sahaja kenderaan yang membawa mereka bertujuh itu memasuki perkarangan sebuah villa bersaiz sederhana di pinggir sebuah tasik, Ara riang sekali  menyambut kedatangan enam susuk tubuh tegap lampai itu dan sekali lagi Darius terpaku .

Dengan makhluk apakah aku sedang berurusan ini?? Tanya hati kecil Darius dengan akal waras dan logik yang berantakan sama sekali.

Siapa mereka?
Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

+              +              +

Continue Reading

You'll Also Like

45.8K 2.8K 33
Qays Nufail. Nama diberi oleh ibu ayahnya yang tercinta. Walaupun hidup sebagai anak yatim, Qays tetap tabah hidup bersama ibunya, Puan Mariam. Anak...
3.8K 397 15
[COMPLETED] Achievement~ ๐ŸŒน2nd of The Uranus Mystery Horror-๐“ก๐“ฎ๐“ช๐“ต๐“ฐ๐“ช๐“ต๐“ช๐”๐”‚๐“ช๐”€๐“ช๐“ป๐“ญ๐ŸŒน Kerana jiwa yang sangat ingin tahu, Emma Anderson (17 t...
746K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
34.4K 3.4K 50
CRYSTAL QEY QUIN adalah seorang wanita berkulit semula jadi cerah dan memiliki sepasang mata berwarna keemasan mampu menarik perhatian sesiapa saja...