LAST HUNTER II : VARTRA

By mynameismas

24.1K 2.3K 1.4K

Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang be... More

-01-
-02-
-03-
-04-
-05-
-06-
-07-
-08-
-09-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-49-
-50-
-51-
-52-
-53-
-54-
-55-
-56-
-57-
-58-
-59-
-60-
-61-
-62-
-63-
-64-
-65-
-66-
-67-
-68-
-69-
-70-
-71-
- MERAIKAN PEMBACA-
-BUKAN UPDATE-

-48-

245 27 18
By mynameismas

Melihat sebiji batu berwarna hitam dihujung kanan papan di hadapannya yang terkepung oleh belasan batu leper berwarna putih dan tidak ada jalan keluar untuk buah catur tersebut diselamatkan,bibirnya spontan mengukir senyuman.

" Maaf.."

Desisnya sambil mengambil batu hitam tersebut dan di letakkan ke dalam bekas disebelah kirinya.

" Aku tak punya pilihan lain selain daripada mengorbankan kau! Checkmate !! "

+ + +

Lebuhraya lengang di tengah-tengah jejeran pohon tinggi dan tua itu tiba-tiba sahaja menjadi terang benderang dengan sambaran lampu kenderaan pasukan keselamatan yang membiaskan warna biru putih secara berselang-seli dan sorot lampu limpah dari kenderaan pasukan keselamatan. Pita keselamatan berwarna kuning melintang sebarang arah dan jalanraya tersebut ditutup separuh.

Anggota pasukan keselamatan ada yang berkawal siap siaga dengan senjata HK MP 05 dan sekatan jalanraya yang di lakukan oleh Unit Keselamatan Lalulintas & Trafik menebarkan atmosfera sekitar tempat kejadian terasa menggerunkan.

Begitu juga dengan bunyi salakan anjing pengesan yang kedengaran dalam kegelapan malam yang mulai menghampiri hujungnya dan diufuk Timur mulai diwarnai dengan tinta keperakan petanda fajar subuh akan segera merekah membawa bersama sinar matahari pagi.

Manakala beberapa buah ambulans tersadai berderet di gigi jalan dan para petugas paramedik bertungkus lumus mempercepatkan pemindahan mangsa yang rata-rata sudah tidak dapat diselamatkan dan sedang ditutup dengan kain putih itu kedalam ambulans sebelum hari menjelang siang dan pasti keadaan akan menjadi lebih kecoh dengan kenderaan awam yang melalui kawasan tersebut.

Lazim di mana sahaja jika berlaku kejadian aneh begitu,kesan pasca kejadian adalah lebih terasa dengan tabiat orang awam yang gemar memuat naik kejadian tersebut ke laman-laman sosial lantas mencetuskan kegemparan tersendiri di dalam dunia maya.

Ryo pantas menyelit dari celah daun pintu kenderaan SUV pasukan yang tertera UNIT T6 dengan tulisan besar berwarna putih itu dan salah seorang daripada anggota yang mengawal keadaan lalulintas segera mengenalinya dan pantas merapatkan kaki lalu memberikan tabik hormat.

Ryo membalasnya dengan sedikit anggukan dan tatkala anggota tersebut menaikkan sedikit pita kuning yang merentangi tempat kejadian agar dia boleh memasuki kawasan tersebut,Bane dan Lex yang sibuk mengambil gambar tempat jenayah menoleh seketika lalu meneruskan kerja mereka yang sempat tertangguh dengan kehadiran sang ketua.

Beberapa susuk tubuh yang ditutupi dengan kain putih terbujur di sebarangan arah dan senjata yang digunakan tergeletak berlumuran darah.

Bane yang bertanggungjawab melabelkan apa sahaja penemuan yang berkaitan dengan serangan tersebut sudah menandakan tempat di mana dia menemui senjata tersebut dengan menggunakan kapur putih,dia membulatkan tempat itu mengikut diameter standard dan meletakkan label mudah alih mengikut turutan nombor secara menaik.

Selepas Lex mengambil gambar dari pelbagai sudut dengan menggunakan kamera berdinamik tinggi,Bane kemudiannya memasukkan bahan bukti tersebut kedalam beg plastik dan menyerahkannya kepad anggota Unit Forensik & Bio-Kimia.

" Skala?"

Soal Ryo seraya merapikan sarung tangan getah yang membaluti kedua-dua tangannya.Matanya menyeluruhi tempat kejadian.

" 9 ,Tuan.."

Sahut salah seorang daripada anggota keselamatan dari Jabatan Balistik itu dengan menghembuskan nafasnya sedikit menggeleng kepala.

" Tujuh orang mangsa meninggal dunia.Seorang cedera parah dan sudah dibawa ke hospital.."

Mendengarnya,Ryo tidak lagi bertanya lebih lanjut namun tatkala matanya menangkap satu susuk tubuh yang berbalut selimut tebal di atas pengusung-Ryo melebarkan langkah kakinya.Seraut wajah yang pias dan kelihatan sedang cuba diperiksa oleh anggota paramedik yang bertugas.

" Darius?"

Ryo menatap wajah lelaki yang dikenalinya itu tetapi orang yang dipanggil tidak menyahut.Dapat Ryo melihat bibir lelaki itu menggeletar dan pada kedua-dua belah pipinya,jelas kelihatan bekas air mata yang sudah mengering.Wajahnya kosong dan pucat-lesi .Ada tompokan darah pada baju dan wajahnya.

" Tuan kenal?"

" Tak kenal sangat.Kenapa?"

" Orang pertama yang sampai di tempat kejadian." sahut petugas paramedik tersebut dalam nada rendah separuh berbisik " Dan itu.."

Ryo mengikuti hujung muncung petugas paramedik kearah sebuah pengusung yang sedang ditolak ke dalam perut ambulans.Daripada bonggolan kecil di tengah pengusung dan kain putih penutupnya kelihatan tompok darah yang sangat besar,Ryo dapat mengagak sesuatu yang buruk telah berlaku.

" Dia mengenali salah seorang daripada mangsa tersebut sebagai abangnya.."

" Serius?"

" Kepala mangsa dipenggal "

Ryo terbeliak dan pantas kepalanya menoleh ke arah Darius.

+ + +

Menjelang tengah hari,berita serangan besar-besaran yang berlaku di tengah lebuhraya tersebut menjadi topik utama buletin pagi dan slot berita tergempar.Begitu juga dengan akhbar-akhbar utama yang rata-rata menyifatkan serangan tersebut sebagai serangan tidak berperikemanusiaan kerana melibatkan jumlah mangsa yang ramai.

Dan lebih besar daripada itu adalah nama Darius sebagai Tuan Muda Kumpulan Templar menjadi fokus utama berita di media cetak dan media elektronik sebagai saksi pertama yang sampai ke tempat kejadian.Malahan susuk tubuh Darius yang berbalut selimut dan berdarah pada pipinya terpampang di kaca televisyen,skrin media awam juga didalam suratkhabar.

Darius dengan pakaian yang masih sama dengan darah yang melekat pada wajah serta tangannya berdiri seperti patung di hujung lorong.Pandangannya menatap kosong ke arah dinding tanpa berkedip.Kiyo yang tiba kemudian menerpa kearah Darius dan mengait lengannya agar dia melabuhkan punggung ke muka kerusi tidak diperdulikan malah dia menepis kasar tangan lelaki tersebut.

Derap tapak kaki kedengaran bertingkah dalam satu gema yang berderak-derak.Kiyo yang menoleh ke hujung lorong segera berdiri dan menundukkan kepalanya dengan hormat.

Tuan Zhenith melangkah separuh berlari diekori rapat oleh Puan Ertha manakala beberapa orang lelaki dalam susuk tegap yang menyarung kot hitam terpaksa membuat benteng manusia di hadapan pintu demi mengelakkan lorong kecemasan hospital tersebut diserbu oleh para wartawan yang mengerumuni hospital seperti kawanan lebah sebaik sahaja berita tersebut menyebar pantas bagaikan asap yang ditiup angin.

" Darius.." Tuan Zhenith mencengkam bahu anak bongsunya itu " Apa yang berlaku?"

Darius yang sudah sedia pucat menatap wajah sang ayah dengan tatapan kosong dan hanya air mata yang meleleh perlahan menuruni cerun pipinya.Puncak hidungnya sudah kemerahan dan kelopak matanya bengkak sekali.

" Saya dapat panggilan yang abang terlibat dalam kemalangan jalanraya." Darius mengetap bibirnya dan tunduk tidak berani menatap wajah ayahnya yang sudah pucat seperti kertas kosong." Bila saya sampai motorsikal abang ada di situ dann....dannn..."

" Darius !!"

Tuan Zhenith menyentak lengan Darius dengan kasar yang sedang berbicara tergagap-gagap.

Darius memeluk kejap tubuh kekar sang ayah dirasakannya semakin menggelongsor turun.Di papahnya tubuh lelaki itu menuju ke arah kerusi plastik yang mengapit lorong terang tersebut.Telefon yang berdering tidak diperdulikan dan Darius yang berantakan mundar-mandir tidak keruan membiarkan Kiyo dan juga Puan Ertha melayani panggilan masuk bertali-arus melalui telefon bimbit itu.

Tuan Zhenith dan Darius saling bertingkah langkahan mereka menuju kearah dua orang doktor yang berpakaian serba putih yang baru keluar dari celah tautan daun pintu.

" Tuan Zhenith.." Salah seorang daripada doktor itu menepuk bahu lelaki separuh usia itu dan mengukirkan senyuman teduhnya."Tuan sudah bersedia?"

Tuan Zhenith mengangguk perlahan antara kelihatan dengan tidak dan menghembuskan nafasnya yang terasa menyumbat dada.

" Silakan.." Seorang lagi menolak daun pintu dan menepuk pula bahu Darius yang berada diambang batas separuh sedar dan separuh terpinga-pinga dengan keadaan yang terlalu mendadak menimpa keluarga mereka ketika itu.

Ruangan putih yang terang benderang dengan lampu pendafluor segiempat tepat diatas siling menyuluh segenap ruangan dan menembusi lapisan kabus tipis yang terhasil daripada suhu bilik tersebut yang dibiarkan kekal pada satu takat yang rendah dan menebarkan bau khusus hospital yang berubat dan menyengat hidung.

Lantai berjubin yang licin terasa lembik dibawah tapak kaki Darius apabila tatapan matanya jatuh kepada belasan pasang kaki yang terjulur tidak ditutupi kain dan disetiap ibu jari kanan kaki tersebut tergantung satu kertas berlaminasi yang mengandungi butir-butir peribadi si mati bagi memudahkan urusan tuntutan para ahli waris.

Langkah satu demi satu Darius dan ayahnya berhenti di tengah-tengah ruangan.Tepat dibawah satu lampu sorot yang sedikit rendah,bonggolan yang ditutupi kain ditatap Darius dengan mata yang mulai bergenang.

" Bila-bila masa jika Tuan sudah
bersedia.."

Suara rendah sang doktor memecah keheningan yang hanya dikuasai bunyi deruan penyejuk udara dan juga suhu yang sejuk mencengkam.

Dengan tangan menggeletar,Tuan Zhenith meraih hujung kain putih dan menyelaknya sedikit demi sedikit.Lima ruas jari berkulit cerah dengan kuku yang rapi terjaga mulai kelihatan dan sebaik sahaja cincin khusus dengan motif timbul Kumpulan Templar itu jelas melingkari jari tengah tangan tersebut,Tuan Zhenith sudah terundur ke belakang dan disambut pantas oleh Darius -mencegah tubuh goyah sang ayah daripada terjelepok ke lantai.

Tubuh tidak berpakaian dan hanya ditutupi sehelai kain berwarna biru yang menutupi dari paras pusat ke lutut itu semakin berbalam dalam genangan air mata Darius.Dan ketika helaian kain tersebut diselak sepenuhnya memperlihatkan seluruh tubuh,Tuan Zhenith mencengkam kejap bahu Darius dan esakan lirihnya kedengaran bergema.

Tanda lahir Keii berupa satu tompok hitam pada bahu kirinya jelas kelihatan tergeletak senget hampir tidak bersambung dengan leher yang sudah kelihatan tidak sempurna lagi tanpa kepala !

" Keii !!"

Tuan Zhenith tanpa sedar mencengkam hujung katil yang menempatkan susuk tubuh tersebut dengan mata yang mulai berpinar dan serentak dengan itu juga dia tumbang membentur bahu Darius yang terpaku ke lantai.

+ + +

Continue Reading

You'll Also Like

745K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
300K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
12.2K 40 3
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg
45.4K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tib...