The Night Knight Princesses ✔

By i_am_kacang

220K 13.6K 2.4K

PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang... More

TNKP | PROLOG
TNKP | GALLERY
TNKP | GALLERY ii
TNKP | 1
TNKP | 2
TNKP | 3
TNKP | 4
TNKP | 5
TNKP | 6
TNKP | 7
TNKP | 8
TNKP | 9
TNKP | 10
TNKP | 11
TKNP | 12
TKNP | 14
TNKP | 15
TNKP | GALLERY iii
TNKP | 16
TNKP | 17
TNKP | 18
TNKP | 19
TNKP | 20
TNKP | 21
TNKP | 22
TNKP | 23
TNKP | 24
TNKP | 25
TNKP | 26
TNKP | 27
TNKP | 28
TNKP | 29
TNKP | 30
TNKP | 31
TNKP | 32
TNKP | 33
TNKP | 34
TNKP | 35
TNKP | 36
TNKP | 37
TNKP | 38
TNKP | 39
TNKP | 40
TNKP | 41
TNKP | SPECIAL CHAPTER [RAYA]
TNKP | 42
TNKP | 43
TNKP | 44
TNKP | 45
TNKP | 46
TNKP | 47
TNKP | 48
TNKP | 49
TNKP | 50
TNKP | 51
TNKP | 52
TNKP | 53
TNKP | 54
TNKP | 55
TNKP | 56
TNKP | 57
TNKP | 58
TNKP | 59
TNKP | 60
TNKP | 61
TNKP | 62
TNKP | 63
TNKP | 64
TNKP | 65
TNKP | 66
TNKP | 67
TNKP | 68
TNKP | 69
TNKP | 70
TNKP | 71
TNKP | 72
TNKP | 73
TNKP | EPILOG
TNKP | TENSION
TNKP | FUNFACTS?
TNKP | ELEMENTAL KINGDOM

TKNP | 13

2.6K 186 20
By i_am_kacang

   Bermula hari Isnin, Rien dan Violet akan ke Light Forest. Mereka sudah memberitahu guru mereka yang mereka berdua takkan hadir ke sekolah selama sebulan atas sebuah urusan penting.

  "Eh, lamanya! Urusan apa, Rien?  Violet?" soal Cik Raisya.

  "Erm.. Urusan peribadi.. Err.. Cikgu, kami bukan nak ponteng tapi urusan ni penting sangat-sangat," jelas Violet dengan bersungguh-sungguh.

  "Okay saya percaya awak berdua." Cik Raisya memeluk badan Violet dan Rien.

  "Selamat tinggal Cik Raisya! Kami akan rindu Cik Raisya!" ucap dua gadis itu sebelum berlalu pergi dan menuju ke belakang sekolah di mana Hanz dan Hanza menunggu.

  "Lepas ni kau kemas barang, dan terus bergerak ke hutan tu," terang Hanz.

  "Hm.." balas Violet. Aura dingin daripada Rien sudah 'berjangkit' kepadanya.

••••

  "Sedia?" soal Hanza.

  Rien dan Violet mengangguk. Hanz dan Hanza pun membuka teleportal yang akan membawa kedua gadis itu ke Light Forest.

  "Kami pergi dulu, Hanza. Selamat tinggal," ucap Rien dengan senyuman manis.

  Hanza, Rien dan Violet berpelukan. Selepas itu, Rien dan Violet memeluk Permaisuri Naga dan Permaisuri Angel.

  "Semoga berjaya. Pulang dengan selamat, ya?" pinta kedua permaisuri itu dengan sayu.

  Senyuman di bibir Rien dan Violet masih belum memudar.

  "Baiklah. Bye!" Rien dan Violet melangkah masuk ke dalam portal. Selepas itu, portal itu menghilang.

  Hanz, Rayyan, L, Raja Naga dan Raja Angel mengeluh kasar. Hanza, Permaisuri Naga dan Permaisuri Angel hanya memandang dengan sayu.

  ••••

  Rien dan Violet membuka mata. Mereka ternampak sebuah taman kecil di hadapan mereka.

  "Mungkin ini... Pintu masuk ke dalam hutan suci?" soal Violet.

  Rien mengeluarkan buku tentang Light Forest dari dalam begnya. Buku diselak satu persatu. Mengarut-mengarut pun, itu sahajalah sumber yang mereka ada hiks.

  "Yup," balas Rien dengan ringkas.

----------

Terdapat sebuah taman kecil di hadapan Light Forest yang berfungsi sebagai pintu masuk.

Dan dari situlah sang haiwan suci mula memerhatikan kamu.

----------

  "Erk! Adeh.. Harap-harap haiwan suci tu tak ganggu kita." Wajah Rien berkerut-kerut mendengar ayat Violet.

  "Vio, kan tugas mereka hanya memerhatikan kita. Melainkan kalau kita buat salah. Barulah kena bunuh," jelas Rien buat kali ke-10. Sudah penat memberitahu Violet.

  "Hehe. Aku cemaslah, Rien. Kita ni dahlah manusia biasa je," keluh Violet. "Lagi-lagi bila permaisuri bagitahu yang tiada sesiapa akan masuk dalam hutan ni untuk bulan ini."

  Semalam, Permaisuri Naga memberitahu bahawa bulan ini tiada sesiapa yang akan menghantar anak mereka ke dalam Light Forest. Penduduk Kerajaan Angel, Naga, Guardian, Demon, pari-pari dan lain-lain menetapkan satu peraturan yang wajib dipatuhi.

  Kalau mengandung perlu beritahu raja dan permaisuri. Tempoh mengandung adalah selama 9 bulan. Genap usia 5 tahun anak yang dilahirkan itu, mereka akan dihantar ke kedua-dua hutan suci. Ibu bapa kanak-kanak itu perlu memberitahu tarikh lahir budak kecil itu supaya tepat hari lahirnya ke-5, dia akan terus dihantar ke hutan suci.

  Selepas Permaisuri dan Raja Naga tahu tentang Rien dan Violet yang 'mempunyai' kuasa, mereka berdua bermesyuarat dengan seluruh kerajaan bersayap. Termasuk jugalah demon. Menurut semua kerabat raja, tiada sesiapa dalam kerajaan mereka yang akan menghantar anak kecil ke hutan suci bulan ini.

  Jadi, yang akan masuk hutan tu hanyalah Rien dan Violet sahaja. Bayangkan, selama dua minggu, mereka berdua akan diperhatikan oleh helang, harimau, singa dan pari-pari. Salah sikit, bunuh. Kalau diorang dari puak dark, bunuh. Rasa nak nangis wey!

  "Jom masuk," ajak Rien.

  Violet mengangguk. "Woah.." ucapnya sebaik sahaja masuk ke dalam taman itu. Lawa. Bunga-bunga berjuntaian dan terdapat sebuah kolam yang mempunyai bunga teratai di dalamnya.

  Rien menarik tangan Violet untuk masuk ke dalam hutan. Bila teringat tentang haiwan-haiwan suci yang perhatikan diorang, seram pula jadinya. Sekarang waktu petang, jadi hutan tu bercahaya sedikit sahaja.

  Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam hutan suci cahaya itu, semakin meloponglah mulut mereka. Pemandangan seperti hutan hujan!

  "Lawa.." puji Rien pula. Mereka berdua berjalan-jalan dengan teruja.

  Selepas hampir 10 minit berjalan, tiba-tiba Violet berhenti berjalan. Matanya seolah-olah bersinar-sinar dek kagum akan sesuatu.

  "Kau kenapa?" soal Rien. Dia memandang arah yang dipandang Violet. Matanya turut bersinar teruja.

  "CANTIKNYA!!" Rien dan Violet meluru ke pokok itu. Mereka memanjat rumah pokok yang indah itu.

  "Siapa sangka dalam hutan ni ada rumah pokok," kata Violet. Dia mahu mengusik barang-barang yang ada tetapi tangannya diketuk oleh Rien.

  "Minta izin dulu. Kalau salah langkah kau nak kena bunuh dengan haiwan suci ke?" sindir Rien. Erk, bosanlah asyik sebut 'haiwan suci'.

  Violet tersengih. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. "Nak minta izin dengan siapa?" soal Violet. Yelah, rumah pokok itu hanya ada tumbuh-tumbuhan dan barang lain yang diperbuat daripada tumbuhan seperti katil daun.

  "Haih.. Selamat sejahtera wahai tumbuhan sekalian, kami berdua ingin meminta izin untuk tinggal di sini selama dua minggu. Kalau tak boleh, halau je kami," pinta Rien dengan selamba. Macam gila je?

  Angin menyapa pipi mereka. Rien dan Violet berpandangan.

  "Adalah ianya satu tanda memberi kebenaran?" soal Violet.

  Dengan tidak diduga, sekuntum bunga matahari di situ mengangguk. Violet termelatah.

  "Err.. O..kay.." ujar Violet dengan ragu-ragu.

  Rien pula bersikap selamba. Tadi masa masuk hutan lagi teruk, Violet tersepak satu tumbuhan berwarna biru, terus akar tumbuhan tu keluar dan memukul kaki Violet. Lepas Violet minta maaf baru ia berhenti.

  "Vio, tumbuhan dekat sini kata kita boleh tinggal di sini," ujar Rien.

  Violet memandangnya hairan. "Macam mana kau tahu?"

  "Pertama sekali, masa aku minta izin. Kau pun dah dapat isyarat kan? Kedua, aku macam boleh faham 'bahasa' tumbuhan. Oh ye, tumbuhan dekat sebelah kiri kau perlukan air," kata Rien. Biarlah, firasat hati.

  "Eh.." Violet menoleh ke kiri. Benar, satu tumbuhan berwarna ungu seperti sedang layu. Violet mengusap bunga itu.

  Cahaya biru menyinari mereka. Apabila Rien dan Violet membuka mata, tumbuhan ungu itu sudah pulih.

  "Kau... Ada kuasa ke?" soal Rien dengan tanda tanya.

  "Aku tak tahu. Ya Tuhan! Macam mana kalau aku keluar dengan sayap?!" Violet merengek.

  "Berdoalah sayap angel atau apa-apa sahaja," tutur Rien dengan selamba.

  "Kalau jenis kegelapan?!" Violet mula meraung.

  Pap!

  "Kau suruh aku positif tapi kau yang negatif!" marah Rien.

  "Tolong aku, Rien. Huhu.." rengek Violet lagi. Dengan tidak diduga, badan Violet dililit akar tumbuhan. "Wargh, lepaskan aku!!" jerit Violet.

  Rien pula terpaku. Kenapa? Sebab tadi dia berfikir dan menginginkan satu tumbuhan melilitkan akar dekat badan Violet sebagai pengajaran. Tak sangka ianya... berlaku. Dia benar-benar tergamam! Eh kejap, kebetulan sahaja kot memandangkan tadi Violet memekak. Kan?

  "Rien, tolong aku.." Suara Violet mulai lemah. Dia bagaikan mahu muntah kerana dia meronta-ronta di udara dengan badan yang masih dililit akar. Dan akar tu pula pergi goncang badan dia. Kau rasa?

  "Erhh.. Le.. Lepaskan kawan.. Aku..." pinta Rien dengan gagap.

  Bagaikan magis, tumbuhan itu menurut kata-kata Rien. Sekali lagi, Rien tergamam. Tapi.... Si tumbuhan tu campak Violet. Adeh..

  "Aku.. Nak.. Berehat.." Violet menghampiri sebuah sofa dan membaringkan badannya. "Selamat.. Malam.. Dunia.. Doakan.. Kami.. Selamat.. Esok.. Akan.. Jadi.. Hari.. Yang.. Memenatkan.." ucapnya sebelum tertidur. Maaf, tergila sekejap. Pfft—!

  Rien? Rien masih terpaku seperti patung cendana.

••••

  "Kau pasti ke mereka tu tuan kita?" soal seseorang dengan ragu-ragu.

  "Aku pasti. Aku hidu bau keturunan kita dekat badan mereka tadi," balas seseorang pula.

  "Hurm.. Okay aku percayakan kau. Bila kita nak tunjuk muka dekat mereka?" soal yang pertama tadi.

  "Entah. Tapi aku yakin, nanti mereka akan keluar juga dari rumah tu," balas yang kedua dengan yakin.

  Mereka berdua tersenyum dan berlalu pergi.

••••

  "Kayla, lawan kuasa pasir aku!" arah seseorang.

  "Huh. Tolakan angin!" jerit gadis bernama Kayla. Dia berusaha melawan kuasa pasir kembarnya, Syakila. "Pusaran angin!"

  "Ugh! Penjara awan!" Syakila mengenakan kuasa awannya ke atas kembarnya.

  Kuasa mereka berdua masih berada dalam tahap rendah. Kalau nak lawan tanpa kuasa pun masih terkial-kial. Senang kata, mereka ni bergantung kepada kuasa yang masih lemah.

  "Kayla! Kita ni berdarah puteri pahlawan! Kena kuat!" marah Syakila.

  Kayla tersenyum sinis. "Kau pasti sangat? Heh. Kuasa kau pun lemah!" sindir Kayla.

  Mereka berdua jarang untuk sekepala. Tapi, untuk mendapatkan semula 'hak' mereka sebagai pewaris TKNP, terpaksalah 'sekepala'.

  ••••

  "Kedua tuan kita dalam bahaya. Mereka perlu dapatkan semula hak mereka secepat mungkin! Kejahatan semakin berleluasa! (😂) Perang sudah dekat! Kita kena cepat!" ujar orang pertama.

  "Aku tahu. Masalahnya, macam mana nak tonjolkan diri! Kelengkapan dalam rumah tu lebih dari cukup!"

  "Hish! Diorang kan perlu mengembara dalam hutan ni! Esok kita paksa mereka keluar!" gesa si pertama.

  "Macam mana?" soal si kedua.

  "Macam ni..." Si pertama membisikkan rancangannya. Mereka berdua tersenyum sinis.

  "Jom lakukan! Senang je!" kata si kedua.

  "Ingat. Cabaran mereka adalah bersama kita. Kita kena latih mereka. Kalau ikutkan memang cabaran mereka sepatutnya lebih susah tapi disebabkan perang tu... Haih.. Kenalah cepat sikit latih mereka," jelas si pertama.

  "Bila perang?" soal si kedua.

  "Entah. Tahun depan? Dua tahun akan datang? Tapi, bukan tahun ni," terang si pertama.

  Si kedua mengangguk. Tak penat ke mengangguk hah?

  "Cepat juga tu kan... Hmm.."




To be continued

😑Rys mengarut lagi. Baru chapter 13 dah cakap pasal perang. Hadeh..

Edited ✔

P/s : Rys tak edit pun bab ni, Rys edit tatabahasa je HAHAHAHA. Takpelah, kalau datang sikap yang satu tu, adalah editnya. Heheheh...

Continue Reading

You'll Also Like

113K 781 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
2.7K 355 30
Menjadi popular didalam sosial media merupakan impian setiap streamer. Anwar, seorang pelajar berusia 16 tahun dengan mudahnya melonjak naik bersama...
489K 41.1K 93
Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik. Alat muzik? Semua orang boleh latih dir...
498K 39.6K 84
Ini cerita tentang Nyea Dylea. Sejenis pari-pari yang lain dari yang lain dan agak pelik. Dia tinggal di kerajaan pari-pari putih tanpa sebab. Akan t...