LAST HUNTER II : VARTRA

Od mynameismas

24.1K 2.3K 1.4K

Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang be... Více

-01-
-02-
-03-
-04-
-05-
-06-
-07-
-08-
-09-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-49-
-50-
-51-
-52-
-53-
-54-
-55-
-56-
-57-
-58-
-59-
-60-
-61-
-62-
-63-
-64-
-65-
-66-
-67-
-68-
-69-
-70-
-71-
- MERAIKAN PEMBACA-
-BUKAN UPDATE-

-34-

306 35 17
Od mynameismas

" Ara !!!"

Suara itu kedengaran lagi di belakang kepalanya membuatkan Ara terlonjak bangun dan tertoleh-toleh ke kiri dan kanannya.Suara Ryo !

Perkara pertama yang disedari Ara adalah dia tidak lagi duduk diikat menggunakan tali kasar pada sebuah kerusi tetapi sebaliknya sedang berada di atas sebuah pangkin kayu yang beralaskan sehelai baju labuh bercorak petak-perak biru putih.

Ruangan tersebut bukan pula bilik gelap dengan deretan lilin merah yang disusun membentuk pentagram sihir dan tidak ada corak aneh pada dinding seperti kali terakhir dilihatnya sebelum dia diserkup kegelapan di mana-mana melainkan sebuah bilik sederhana yang hampir kosong dengan hanya satu pangkin dan meja yang diapit beberapa buah kerusi kayu.

Dari tingkap yang terbuka,sinaran matahari pagi menerobos masuk membawa aroma aneh pelbagai bau yang bercampur pula dengan bau lumpur yang basah.Api pada pendiangan hampir padam menyisakan bara yang malap diantara timbunan abu berwarna putih kehitaman.

Ara bingkas perlahan-lahan sambil membelek kedua-dua pergelangan tangannya.Walaupun luka dalam yang mengalirkan darah itu sudah mengering,namun Ara masih merasakan tubuhnya berat dan setiap kali dia hendak berdiri,pandangan matanya mendadak berkunang-kunang sehingga memaksa dia untuk duduk semula dengan kasar.

Rasa pening yang membuatkan siling kayu yang disusun rapat antara satu sama lain ruangan tersebut berputar dalam penglihatannya membuatkan Ara berbaring semula dan meringkukkan diri diatas pangkin tersebut.

Dalam keadaan begitu, Ara tidak tahu bagaimana untuk melepaskan diri jika ternyata orang yang membawanya ke bilik tersebut mempunyai niat untuk mencelakakannya seperti sebelum ini.

" Ara.."

Satu suara kedengaran dan dapat dia merasakan ada tapak tangan yang hangat menempel pada dahinya.Dalam keadaan matanya yang masih terpejam,deria baunya pantas menangkap bau-bauan aneh yang sepertinya pernah dihidunya lama dulu.Terutama sekali bau gabungan antara mawar dan teratai putih yang begitu kuat menusuk hidungnya.

" Bangun dulu dan cuba untuk makan sesuatu."

Dan kemudian ada sepasang tangan yang mengampu berat badannya agar dia duduk dengan perlahan.Pandangan mata Ara yang berpinar cuba dihilangkan dengan menggerak-gerakkan kepalanya dan kemudiannya Ara membuka kelopak matanya.

Dihadapannya,berderet tujuh raut wajah yang serentak memandangnya dengan gusar.Ara terpegun dan akalnya bagaikan terhenti untuk seketika.

Cecep atau Mark yang berambut hitam dengan gabungan warna ungu yang disikat menyerlahkan dahi.

N yang berambut perang kehitaman.

Ryu masih dengan rambut hitam kecokelatan yang ditata menutupi dahi.

Ken dengan rambut hitam pekat dan kaca mata yang bertenggek pada ruas hidungnya yang mancung.

Rein yang setia dengan dandanan rambut seperti payung cendawan yang hitam sedikit kemerahan.Wajahnya masih sama .Cerah dengan satu bintik tahi lalat dibawah mata kirinya.

Dan di sebelahnya berdiri tubuh kekar Vixx yang terampil dengan rambut hitam bernuansa cokelat karamel.

Lalu ada wajah Aiiden dengan rambut hitamnya dengan sedikit warna keabu-abuan yang lebih hampir kepada warna perak.

Akhir sekali ada wajah Eiiden yang menatapnya gusar dan tidak ada lagi Eiiden yang berambut hitam kemerahan melainkan dalam wajah sama tetapi berambut  warna gabungan antara hitam dan hijau pekat.

" Wah...peliknya mimpi ni."

Ara menolak tangan Eiiden yang menompang bahunya dan kembali berbaring seraya menarik baju biru hitam diatas pangkin sehingga menutupi kepalanya.Menutup mata dengan kejap tanpa memperdulikan ada suara-suara berbisik yang tidak jelas butir bicaranya.Berdengung-dengung sahaja pada pendengaran Ara .

Wajah-wajah itu jelas dan nyata sekali dalam ingatannya.Segalanya tentang mereka dan Rumah Agam namun ia terlalu aneh untuk dikatakan sebagai realiti. Kalau mimpi,pasti ia akan hilang apabila dia terjaga kelak.Bagaimana mungkin susuk tubuh dan wajah yang seakan-akan wujud dalam dunia antara mimpi dan realiti itu sedang berdiri menatapnya dengan wajah aneh begitu?

Buat kali pertamanya Ara tidak menolak kemungkinan bahawa dia sememangnya tidak siuman seperti yang dikatakan para doktor dan jururawat di hospital dulu.

" Ara.." Terasa seseorang menepuk bahunya lembut " Bangun dulu dan makan."

Suara dan tepukan pada bahunya itu terasa begitu nyata dan amat aneh jika ia adalah satu mimpi.

Baik !

Sambil mengetap giginya,Ara bingkas mendadak dan meraih lengan pemuda yang duduk paling hampir dengannya di atas pangkin tersebut.

" Adddedeeddeiihh.."

" Sakit?"

Eiiden terlonjak berdiri sambil mengusap lengannya yang masih berbekas dengan deretan gigi Ara yang mengacip daging lengannya.Yang lain-lain terpempam dan mata masing-masing terbeliak lebar.Secara serentak pula mereka berundur menjauhi Ara yang masih bingung dan tergaru-garu sendiri.

" Kalau sakit bermakna bukan mimpi!"

Gumam Ara perlahan dan demi mendengarkan kata-kata Ara begitu,atmosfera aneh didalam kabin tersebut pecah apabila Ryu tertawa terbahak-bahak dan kemudiannya diikuti oleh yang lain-lain.Hanya Eiiden yang masih menatap Ara dengan tidak percaya sambil meringis mengusap lengannya.

" Nak tahu mimpi atau bukan kenapa gigit orang lain?"

Aiiden tertawa sehingga perutnya terasa tegang apatah lagi melihat telatah Ara yang menujah-nujah  bahu serta lengan Eiiden dengan jari dan wajahnya masih juga sama seperti tadi.Bingung bercampur tidak percaya.

" Bukan mimpi?"

Mata Ara membulat menatap Rein yang tertawa sehingga merah padam wajahnya.

" Bukan mimpi ,Ara .."

" Bukan mimpi bermakna aku juga tak gila.." Ara mengaduk-aduk lagi rambutnya membuatkan Rein tersenyum lebar."Wah...berani betul doktor dan jururawat di hospital kata aku gila dan suntik macam-macam ubat !"

" Nak tahu mimpi atau tidak,patut Ara buat begini tadi !!"

Eiiden menghampiri Ara dan dengan mengetap gigi, cuping telinga Ara disambar pantas dan dipiat sehingga Ara mengaduh kesakitan.Rasa puas hati, Eiiden melepaskan cengkamannya pada cuping telinga Ara dan kembali menatap Ara dengan sengit.

" Sakit?"

Ara terangguk-angguk menatap Eiiden dengan wajah cuak dan dalam masa yang sama mengelus cuping telinganya yang terasa pijar manakala yang lain bermati-matian menahan tawa melihat adegan itu dihadapan mata mereka.

Apabila Eiiden menyua roti dan botol berisi air,cepat-cepat Ara menyambutnya dan mulai makan dengan senyap sedangkan setiap pasang mata yang ada di situ menatapnya dengan pandangan berbinar dan masing-masing mengulum senyum geli hati.

Si Gila Ara itu benar-benar sudah berada di hadapan mata mereka sekali lagi !

+             +            +

" Apa sebenarnya yang berlaku,Ara?"

Vixx memulakannya apabila melihat Ara sudah melabuhkan punggung di sebelahnya dengan lagak selesa sementara yang lain-lain hampir serentak menatap Ara dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak.

" Siapa lelaki-lelaki yang cuba membun.."

Aiiden ingin bertanya tetapi tidak sanggup menyebutkan perkataan itu apabila menyedari riak wajah Ara berubah pantas.Gadis itu tidak menyahut tetapi sebaliknya menatap N dengan sinar mata yang tegas tiba-tiba.

"Betul kawasan ini selamat?"

" Aku sudah memasang sihir pendinding sekitar kabin ini.Jangan risau.."

Ara mengangguk sekilas dan apabila dia mengisyaratkan sesuatu kepada mereka berlapan untuk segera mengikutinya menuju ke gigi air, walaupun hairan dan tidak faham -mereka tetap sahaja mengekorinya.

Dia melangkahkan kakinya sehingga air mencecah ke paras lutut.Dalam keadaan Ara  menghadap tasik ,mereka berlapan berdiri berjejer dipinggir air sambil saling pandang-memandang antara satu sama lain dan dalam masa itu jugalah,muncul angin yang kuat entah dari mana dan menerbangkan daun-daun kering juga membuatkan tasik di hadapan mereka berolak-olak kasar.

Tidak seorang daripada mereka yang bersuara dan dapat mereka merasakan ada hawa panas yang menerpa wajah masing-masing.

Dan pada ketika itu di hadapan mata mereka sendiri susuk tubuh Ara yang baru sekejap tadi masih melangkah dengan dipapah oleh Ken dan Aiiden itu perlahan-lahan menjelma menjadi satu susuk tubuh berambut putih keperakan yang panjang melepasi paras pinggang dan serta merta mereka menyedari bahawa itu adalah susuk tubuh Yang Terpilih.

Manusia istimewa yang terpilih menggalas tanggungjawab amat besar dan berat !

Mata Vixx membulat sambil tanpa sedar dia mencuit lengan Rein yang berdiri di sebelahnya.

" Sihir Arethusa.."

Bisik Rein dan Eiiden yang berdiri disebelahnya menoleh pantas.

" Arethusa?"

" Satu sihir dari suku kecil Nymph yang dipanggil Suku Dryad yang mendiami kawasan tasik dan lembangan sungai."

Eiiden terdiam dan yang lain senyap seperti dipukau.Di tengah pusaran angin dan daun-daun kering yang berterbangan ke serata arah,mata masing-masing tertumpu ke permukaan tasik yang anehnya entah sejak bila menjadi tenang.Namun bukan itu yang membuatkan mereka tergamam tetapi biasan-biasan aneh yang kelihatan pada permukaan air.

Ada imej Ara yang terhumban ke permukaan jalanraya dan hampir digilis oleh sebuah kenderaan panjang .Lalu kepada imej Ara tergolek,terhumban malah tersangkut pada tunggul sebelum jatuh meniarap ke dasar sebuah anak sungai yang cetek.

Kemudian kepada gambaran tentang sebuah hospital dan bagaimana Ara dikurung didalam sebuah bilik yang berwarna cerah.Percubaan membunuhnya.Ara melarikan diri daripada hospital.Ada pula imej sebuah restoren dan susuk tubuh seorang lelaki berpedang  .

Begitu juga dengan adegan Ara yang lincah menghayunkan pedang ke kiri dan ke kanan bagi menumpaskan manusia-manusia aneh yang bergerak seperti mayat hidup dihujung sebuah lorong yang samar.

Dan terakhir sekali adalah gambaran bagaimana Ara di siksa didalam bilik gelap tersebut sehingga gambaran itu berakhir dengan kabut hitam yang bergelojak diatas permukaan tasik.

Nafas Eiiden seakan tersendat di pangkal dada dan tanpa sedar dia mengepal tinjunya sehingga genggaman tangannya bertukar pucat.Kedengaran Mark menyumpah kasar manakala Vixx menggegam tangannya yang terasa menggeletar.

Imbasan segala memori dan kejadian-kejadian yang menimpa Ara selama itu tertayang pada permukaan tasik dan setiap daripada mereka serentak memandang Ara yang kembali menoleh kepada mereka dengan wajah berkeringat dan semakin pucat.

Alangkah.Betapa Ara menghadapi bahaya dan ancaman begitu seorang diri tanpa ada sesiapa !

" Wajarkan kalau aku merasakan ini semua adalah mimpi dan aku betul-betul sudah tidak waras?"

" Maafkan kami kerana datang terlalu lewat, Ara.."

Ryu dalam nada suara yang rendah menatap wajah Ara dengan mengetap bibir.

" Ayuh kita selesaikan semuanya dan tinggalkan tempat ini dengan secepatnya!"

Ken menggertakkan giginya.Amarah pemuda itu menggelegak apabila menyaksikan sendiri bagaimana teruk dan kejamnya perjalanan hidup yang dilalui Ara didunia sebelah sini sedangkan gadis itu mempunyai hampir segalanya di dunia sebelah sana.

Ara mempunyai Eiiden -Aiiden-Ken dan Ryu sebagai saudaranya yang masih amat dekat.Sahabat,Istana Besar, Rumah Agam malah ada Dayang Chi, Raja Thamrisy juga seluruh keluarga besar Bangsa Nymph.

Tetapi di sini, Ara dilayan bukan seperti manusia melainkan sebagai alat untuk mencapai matlamat dan serakah yang tidak berpenghujung !

" Dan aku tak menyesal membuatkan lelaki tak guna tu pengsan !!" Vixx bersuara penuh kebencian .

+              +               +

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

176K 15.2K 97
Just imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampa...
744K 16.7K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
207K 8.7K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...
299K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.