[C]Book 2 : 11 Pelajar Hots [...

By nvjvae

4.5K 222 53

Apabila 13 pelajar hots pindah sekolah, 11 pelajar lagi berpindah masuk ke sekolah mereka.. Continued 13 Pel... More

Prolog
Cast
1• New Student
3•Fined
4•My Love
5• 11?
6• Lawatan
7• Busyra
8• Success?
9• Unlucky
10• Kuala Lumpur!
11• Accident
12• Buah Tangan
13•Who's This?
14•Police!
15• Camping I
Part 16• Camping II
Part 17• Camping III
Part 18• Kidnapped
Note
Part 19• The Book
Part 20• Last Time
Part 21 - None
Author's note
Ramadhan Special Chapter 1

2• Fight

217 11 7
By nvjvae

"Takkan dia sorang kot"

"Kalau dia sorang pun apa masalah nya?" tanya Fatin apabila Ain menyangkal yang budak baru tu datang sorang. Habis dia ni nak berapa orang ni?

"Kau dah kenapa Ain? Okay tak?" kata Nab. Tangan nya dibawa ke dahi Ain. Mahu cek sama ada sejuk ke panas.

"Takde lah sejuk takde lah panas. Okey okey je"

"Hish! Aku tak demam lah!" Ain menepis tangan Nab.

"Habis tu? Dari tadi tanya soalan sama dan dari tadi jugak lah kitorang jawab soalan sama. Kau nak berapa orang masuk kelas kita ni?" Athirah berhenti buat kerja dan bercakap panjang lebar di depan Ain memandangkan Ain duduk di hadapan nya.

"Saja je tanya, tapi..... takkan dia sorang?" tanya Ain lagi. Semua sudah penat melayan kerenah nya. Disambung nya kerja matematik tu.

"Ape nama dia Nab?" tanya Nathifa. Nab memandang Nathifa yang memandang ke belakang nya.

"Siapa?"

"Budak tu lah" Nathifa menunjuk ke arah budak baru yang bercakap dengan Nab sebentar tadi. Nab memalingkan kepala nya ke belakang sebelum memandang semula ke buku kerja nya.

"Adam Danish"

"Kenapa panggil saya?"

"OH MAKCIK KAU BESAR!" latah Nathifa

"Nat!" bahu Nathifa ditampar perlahan oleh Fatin. Nathifa menggosok bahu yang ditampar oleh Fatin.

"Ape! Aku terkejut kott!"

"Sorry, sorry, Buat korang terkejut" Adam terus meminta maaf apabila dia telah mengejutkan budak perempuan berlima tu.

"Oh takpe, Adam. Dah biasa orang main sergah-sergah macam ni" kata Nabila .

"Kenapa Adam?" tanya Ain.

"Tadi korang panggil kan?" soalan berbalas soalan. Ape ni?!

"Oh takde lah, saja je sebut, sedap nama" kata Athirah lagi. Semua memandang Athirah pelik kecuali Adam.

'kau dah kenapa?' tanya Nab dengan perlahan kepada Athirah.

'suka hati aku lah' jawab Athirah. Athirah

"Hahaha, korang ni lawak lah. Okay, takpe lah kalau macam tu. Saya nak balik ni"

"Balik?!"

"Kelas tak habis lagi" kata Fatin lalu melihat jam di tangannya.

"Dah balik lah. Cikgu dah takde dah. Korang je yang duduk borak kat sini dari tadi" kata Adam lagi. Mereka berlima memandang ke meja guru dan betul kata nya. Cikgu dah takde. Murid yang lain pun dah tinggal sikit je. Tinggal diorang je yang tak bergerak macam tak nak balik rumah. Terus semua kemas barang. Pen dimasukkan ke dalam bekas pensel, dan dimasukkan ke dalam beg serta kalkulator dan buku. Beg di zip dan terus berlalu pergi meninggalkan Adam di dalam kelas. Dalam fikiran mereka hanya lah... Balik.

"Eh eh! Saya tak habis cakap lagi! Hey! Ahh lantak kau orang lah" jerit Adam memanggil mereka berlima tetapi takde satu pun yang dengar dan terus berlari balik.






📚📚📚




Fatin dan Ain berjalan keluar daripada kelas dan terus pergi ke kantin. Nathifa dah pergi bertugas dekat Library. Nab sekali dengan Athirah. Diorang dah keluar awal. Berlari keluar diorang sebab lapar sangat kata mereka. Acahhh jee..

"Kenapa kau bawak buku banyak banyak ni?" tanya Ain apabila dia mendapati yang Fatin bawak banyak buku dekat tangan.

"Aku nak bagi dekat Najwa, dia nak pinjam" kata Fatin. Ain terus ambil satu buku di tangan Fatin dan selak beberapa helaian dan bagi balik dekat Fatin.

"cam tak Best je"

"Hey! Buku ni best okay!kau je yang tak minat nak baca" kata Fatin.

"Elehh, Najwa takkan nak baca semua buku ni sekali gus"

"Dia yang nak, aku bagi lah. Aku dah cakap kat dia aku punya servis ni macam library. Lambat hantar, bayar"

"Pe kau ingat kau library?"

"Suka hati aku lah. Heh!" Fatin menuruni tangga dengan lebih cepat daripada Ain. Ain ditinggalkan di belakang. Ain mengeluh dan cepat cepat kejar Fatin yang dah jauh berapa meter kat depan. Dia still tengah struggle nak turun tangga sebab ramai sangat orang yang nak turun nak naik lah dalam sekali gus. Fatin dah sampai ground floor dah.

Ain berhenti sekejap nak ambil nafas sebab ramai dok himpit dia. Nasib tak penyek. Ain turun dan terdengar Fatin menjerit. Cepat cepat dia mendapatkan Fatin di bawah.

"KAU KUTIP BALIK!"

makin lama dia main dekat dengan kawasan Fatin berada, makin kuat laungan Fatin. Tak tahu lah sape pulak yang cari masalah dengan dia ni. Baru je bergaduh dengan dia ada orang lain pulak yang cari gaduh dengan Fatin. Nasib kau lah Fatin.

" Kalau aku tak nak?" suara yang tak berapa nak kenal tu buat makin Ain lagi takut mengingatkan Fatin pernah kena ludah dengan budak dari tingkat atas.

"FATIN! KAU BUAT APA TU?!" hampir nak gugur jantung nya bila nampak Fatin dah menarik rambut seorang murid lelaki yang lagi tinggi dari dia. Cepat cepat dia mendapatkan Fatin dan tarik Fatin daripada menyakiti murid tu. Kawan pelajar tu pun tarik kawan nya tu daripada disakiti oleh Fatin. Kau jangan main main dengan Fatin. Singa kalau dah marah memang macam tu

"Dah lah Fatin! Lepaskan lah dia!" kata Ain. Fatin nampak nya tidak mendengar kata Ain. Dia makin kuat tarik rambut lelaki itu. Nampak nya dia geram betul dengan budak tu.

"ARGH! Lepaskan lah! Aku tak buat apa pun lah!" jerit lelaki itu sambil memegang rambut nya yang sadis ditarik oleh Fatin. Ramai yang murid murid yang tengok kejadian itu. Ain ternampak buku yang dipegang oleh Fatin tadi ada dekat atas lantai sekarang. Faham lah dia kenapa benda ni berlaku.

" Aku takkan lepas kan kau selagi kau tak kutip balik buku tu dan mintak maaf dengan aku!" Jerit Fatin lagi.

"Dah lah Fatin! Lepaskan lah dia! Kalau cikgu nampak camner?!" Ain masih menarik Fatin. Lepas tu datang lah Nab dengan Athirah yang baru sahaja makan di kantin. Cepat cepat diorang datang sini sebab nampak budak budak berkumpul dekat Situ. Ingatkan budak bergaduh.

"Allahu Fatin ni!" Nab datang dan menarik tangan Fatin. Athirah juga menarik badan Fatin. Kekuatan Fatin time tu memang tak boleh lawan dah. Kuasa yang dia ambil dari planet Zuhal, dia yang kata dia ada kuasa tu, memang dapat mengalahkan orang lain.

"APE KECOH KECOH NI?!"

semua diam. Fatin berhenti menarik rambut lelaki itu tetapi tangan masih pegang rambut budak tu lagi. Lelaki itu pon berhenti menyeringai sakit. Ain, Nab dengan Athirah pun berhenti tarik Fatin. Semua yang berkumpul dekat situ mula berlalu pergi masuk ke kelas memandangkan guru yang paling digeruni oleh mereka dah sampai.

"Saya tanya, APE YANG KECOH KECOH NI?!"

Semua meneguk air liur mereka sahaja. Nathifa yang kebetulan lalu di tempat itu berhenti dan hanya memandang situasi itu selamba dan berlalu pergi naik tangga nak masuk ke kelas.



"Semua masuk dalam bilik disiplin sekarang!"

"Alahh Cikgu!"

📚📚📚

Continue Reading

You'll Also Like

42.4K 2.4K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
10.7K 1.5K 26
©2018 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BANGTAN SERIES #3] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ ❝Sedapnya kepala k...
3.9K 419 18
Aku Ryujin, aku tak tahu macam mana, tapi aku boleh lihat masa silam seseorang dengan hanya melihat wajah mereka. Tapi, satu hari aku ternampak masa...
39.4K 2.6K 50
Baca la prolog kalau nak tahu