Syazlin Ameera [✔]

By tienqowiy

157K 9.2K 3.2K

2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya... More

NEWPOST : SYAZLIN AMEERA
01
02
03
04
05
06 (TW)
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68 [Final]
NEW BOOK
Special Chapter 1
Special Chapter 2

18

1.5K 126 50
By tienqowiy

"Okey, dah sampai anak-anakku." kata Adam setelah menarik handbreak keretanya. Dia memandang tiga orang makhluk Allah itu.

Ya Rabbana. Tidur rupanya. Patut diam lain macam.

Adam hanya membiarkan mereka bertiga lalu keluar dari keretanya. Dia mengeliat kecil untuk membetulkan urat-uratnya.

Adam menjenguk ke arah rumah Syazlin. Ya, dia sekarang di bawah garaj rumah tiga beradik itu. Sunyi sahaja rumah ni, ada orang ke tak?

Nak bagi salam ke tak?

Bagi ke tak?

Bagi ke tak?

Okay tak bagi. Adam terus masuk kembali ke dalam keretanya untuk mengejutkan mereka bertiga bangun.

"Oiiii tuan hamba bertiga, bangunlah. Dah sampai ni." Adam menggoncangkan tubuh kembar itu. Syazlin? Biar dia goncang sendiri. Bukan mahram la woi!

Agak lama menanti si kembar bangun tidur. Tidur mati gamaknya.

"Kat mana ni bang? " Tanya Aryan sambil menenyeh matanya.

Huh, soalan stereotype!

"Dah sampai depan rumah kau dah Aryan." Ujar Adam perlahan sambil menyandarkan badannya di tempat pemandu. Penat kejutkan anak gorilla.

"Eh cepat gila. Rasanya baru tadi Ari terlelap." Balas Aryan sambil memandang Adam yang berada disebelahnya.

"Cepat kepala hangguk kau. Dah naik kematu bontot aku tunggu korang bangun tahu tak?" Adam menjeling Aryan yang hanya tersengih.

"Sekarang kau kejutkan abang dengan kakak kau tu. Mati ke apa dah diorang tu." Adam tanpa bertapis bercakap lalu keluar dari keretanya untuk mengambil beg pakaian Syazlin.

Aryan menurut. Adam hanya bersandar di keretanya. Malas nak jenguk kejadian dua orang manusia itu. Sudahlah begnya berat, tak bangun lagi ke perempuan ni?

Setelah beberapa ketika, mereka bertiga keluar dari kereta Adam sambil mengeliat tak ingat dunia. Amboi-amboi seronoknya hidup.

"Ha best senaman?  Dah sudah ke belum tu? " sergah Adam sambil berpeluk tubuh di keretanya. Rambutnya yang serabai diabaikan.

Amboi, hotnya kau.

Syazlin hanya tersengih.

"Maaf sayangku. Aku terlelap tadi." kata Syazlin sambil memandang muka cemberut rakan karibnya itu.

"Sayangku sayangku apa? Terlelaplah sangat. Tidur berdengkur bukan main tu memang 'terlelap' eh? " perli Adam. 

Syazlin hanya membuat tak tahu sambil berjalan terhincut-hincut ke arah pintu rumahnya.

Dia tersenyum lebar sambil memandang pintu rumahnya. Bahagia betul dah ni.

"Oiiii hampa!  Cepatlah sikit. Macam siput sedut betul hampa berjalan. " jerit Syazlin sambil bercekak pinggang.

Aryan, Amril dan Adam hanya memerhati Syazlin. Mereka jalan mendekati sambil membuat muka cemberut.

"Diamlah cacat. Bising je kau ni." Perli Adam sambil membuka kasutnya sebelum melangkah ke depan untuk membuka pintu. Eh, macam rumah kau pulak?

"Woi tunggu kejap!  Biar aku yang masuk dulu, aku nak rasmikan ni." jerit Syazlin lalu dengan pantas bergerak ke arah Adam.

Syazlin membuka pintu rumahnya lalu tersenyum lebar. Daddy ada kat rumah!

"Daddy!" Syazlin terus  meluru ke arah ayahnya yang duduk berpeluk tubuh di sofa rumahnya.

"Hmmm." hanya itu balasan daripada Datuk Mansor. Syazlim terus duduk di tepi ayahnya lalu memeluk lengan lelaki itu. Bahu dijadikan pelapik kepalanya.

Adam, Amril dan Aryan hanya menggelengkan kepala apabila melihat telatah Syazlin.

Adam meletakkan beg pakaian Syazlin di tepi tangga utama. Dia bergerak mendekati Datuk Mansor, tangan dihulurkan untuk bersalam. Namun hulurannya hanya diendahkan oleh lelaki tua itu.

Muka Adam dan Syazlin terus berubah melihat situasi itu.w

"Korang pergi mana?  Dah tak tahu jalan balik ke?" dingin Datuk Mansor bertanya. Matanya tetap tidak menoleh ke arah anaknya.

"Kami pergi --"

"Diorang tidur rumah Adam la tu daddy, lama pulak tu. "
Belum sempat Amril menjawab pertanyaan daddynya, suara Aiman telah kedengaran.

Syazlin hanya menjeling Aiman yang duduk di sofa berhadapan dengannya. Apa lagi jantan ni nak?

"Betul ke apa yang Aiman cakap ni, Syaz? " tanya Datuk Mansor.

"Mana ada daddy, Syaz tak stay rumah Adam pon selama ni. Syaz---"

"Ahhhh, jangan percaya cakap Syaz tu daddy.  Dia menipu je lebih. Dia jadi macam ni sebab berkawan dengan Adam tu lah. "

Syazlin hanya menahan geram. Aku belum habis cakap lagi la mangkuk!

Adam yang mendengar hanya menggepal tangannya. Kang aku tumbuk jugak muka mamat ni!

"Kau ni kenapa eh?  Jangan menyampuk boleh?  Kau tu yang menipu!  Kau hasut bapak aku!  Kau ingat aku tak tahulah? " Syazlin berdiri dari duduknya. Cacat tak cacat, belakang kira okey?  Perang nombor satu.

"Hey, kau cakap baik-baik sikit. Bila masa aku hasut daddy? Kau jangan memandai nak menuduh kalau tiada bukti! " kini giliran Aiman berdiri bertentangan Syazlin. Lakonan perlu diteruskan. Kepercayaan Datuk Mansor perlu dia kecapi.

Syazlin agak ketakutan. Badannya menggeletar melihat Aiman. Dia masih belum melupakan apa yang Aiman lakukan kepadanya tempoh hari. Tangannya menggigil tetapi cepat-cepat dia genggam. Dia tak nak nampak lemah di mata syaitan itu.

"Ya memang aku tiada bukti. Tapi aku tahu apa yang kau dengan mak kau rancangkan. Kau nak rampas harta bapak aku kan?  Macam drama-drama Melayu yang tersangat klise tu kan?! " jerit Syazlin sambil jari telunjuknya berada dekat dengan hidung Aiman.

"Kau ingat aku ni jahat macam kau ke perempuan?  Entah-entah kau dengan Adam dah.. " ayat Aiman tidak disambung tetapi matanya memandang Syazlin dari atas ke bawah.

"Kau jangan memandai nak buat fitnah eh? " mata Syazlin mencerlung kegeraman. Apa yang lelaki ini cuba lakukan?

"Daddy, Aiman pernah cuba nak rogol Syaz. Time tu daddy tak ada." Syazlin terus berterus terang kepada ayahnya itu. Wajah tua itu dipandang dengan penuh harapan.

Datuk Mansor hanya membuat muka tidak percaya.

"Syaz cakap apa ni?  Aiman tu abang Syaz! Syaz sedar ke tak ni?"

"No!  Daddy, Syaz tak pernah ada abang dalam hidup Syaz dan tak akan ada sampai bila-bila. Kenapa daddy tak percaya cakap Syaz. He's trying to rape me! " mata Syazlin merah. Merah menahan marah atau sedih pon dia tak tahu. Serabut.

"Ya, daddy tak percaya cakap Syaz. Aiman cerita dekat daddy yang dua tiga hari lepas, Syaz keluar tengah-tengah malam dengan Adam and sekarang baru balik. Syaz buat apa keluar malam-malam macam orang tak ada maruah ni! " suara Datuk Mansor naik seoktaf.

What?!

"Kau ni kenapa bodoh!  Kenapa kau fitnah aku depan daddy aku! Kau yang cuba buat--- Arghhhhhh kau ni memang bangsat!  Tak guna!  Kau dengan mak kau sama je. Mulut macam longkang!  Pergi mati lah sana! " jerit Syazlin sekuat hati sambil memandang Aiman yang tersenyum sinis. Dadanya berombak, turun naik menahan marah.

Pang!

Masa seakan berhenti. Syazlin memegang pipinya yang terasa kebas. Dia memandang ayahnya dengan mata berkaca-kaca. Sampai hati.

"Aku tak pernah ajar kau jadi macam ni tau!  Mana hormat kau!  Kau langsung tak hormat Aiman dengan mama dia kan?!  Yang kau kata jahat tu isteri aku, kau tahu tak! Kau ni memang tak guna lah. Kau ni bukan anak aku kalau berperangai macam ni! Kau berambus sekarang!" Datuk Mansor meraup wajahnya. Dia bagai dirasuk syaitan.

"Sanggup daddy kata macam tu? Syaz anak kandung daddy dan Aiman ni bukan siapa-siapa! Sampai hati daddy."

Hati Syazlin bagai dikoyak-koyak. Air mata menjadi teman. Dia terus bergerak ke arah adiknya dan Adam.

Aryan terus memeluk kakaknya yang sudah menangis teresak-esak. Amril mengusap perlahan belakang badan kakaknya yang sudah tersedu-sedan.

Ya Allah, apa yang dah jadi ni? Semuanya berlaku dengan pantas sampai dia tak dapat proses situasi tadi.

Daddy memang betul-betul betul-betul dah gila.

"Shhh Syaz, aku ada dengan kau. Sabar okay. Amril, Aryan bawak Syaz naik bilik. Aku nak angkat beg dia jap." Kata Adam perlahan sebelum mengambil beg sahabatnya itu.

Kembar mengangguk dan terus menuju ke tangga untuk ke bilik satu-satujya kakak mereka.

Adam hanya menjeling Aiman yang berpura-pura menenangkan Datuk Mansor di sofa.

Buku limanya digenggam erat, kurang ajar punya jantan.

Kau dengan perangai haram kau tu boleh pergi mampos lah, Aiman.





EDITED

Continue Reading

You'll Also Like

6.2K 553 56
﷽ - SYUHADAH 2nd BOOK SYAHIDAH, yang hanya merasai nikmat kasih sayang seorang abang sepanjang dia membesar. Nak kata dia anak yatim? Tidak. Dia masi...
50.4K 3.2K 44
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
585K 20.8K 42
Book Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan i...