ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

268K 14.3K 1.7K

NOT EDITED ā€¼ļø š‘­š’Šš’“š’”š’• š’”š’•š’š’“š’š, š’‡š’Šš’“š’”š’• š’š’š’—š’† źØ„ļøŽ -āœæ- š‘»š’†š’š’ˆš’Œš’– š‘­š’‚š’‰š’“š’Šš’†š’ š‘«š’‚š’š’Šš’”š’‰ - U... More

OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 1

19K 439 125
By WafaAriffin

AAIRA terjaga apabila terdengar bunyi daun pintu ditolak kuat dari luar. Aaira terpisat-pisat memandang ke arah pintu bilik yang dia duduk. Dia lekas bangun apabila ternampak susuk tubuh yang sedang meluru ke arahnya.

"Amboi! Tidur lagi kau ye! Kau pergi bilik air sekarang. Aku nak kau cuci semua baju-baju yang ada dekat dalam bilik air tu" arah Dayana sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah luar bilik seolah menunjuk ke arah bilik air. Aaira menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Eh, kau dengar tak ni?!" soal Dayana kasar. Pantas Aaira menganggukkan kepalanya.

"Aku nak keluar ni. Pastikan kau buat ye! Kalau aku balik nanti, masih ada baju-baju tu, siap kau" ujar Dayana sebelum keluar dari bilik tersebut.

Hilang sahaja kelibat Dayana di sebalik pintu. Bingkas Aaira berdiri lalu keluar pergi ke bilik air. Tak mahu melambatkan kerja.

Rumah Clarkia merupakan sebuah pusat penjagaan anak yatim. Keadaan pusat penjagaan ini berbeza jika mahu dibandingkan dengan yang dulu, sekarang sudah berubah seratus peratus sejak penjaga lama tempat ini meninggal dunia. Arwah menyerahkan Rumah Clarkia ini sepenuhnya kepada anak tunggalnya, Nurul Dayana. Wanita itu masih belum berumah tangga meskipun umurnya sudah mencecah 36 tahun.

Sejak Dayana mengambil alih menguruskan Rumah Clarkia, anak-anak yatim sudah dilayan seperti hamba. Kanak-kanak di sini akan dipukul sekiranya mereka tidak patuh akan segala arahan Dayana. Memang tak berperikemanusiaan tetapi nak buat bagaimana lagi. Hanya di sini tempat Aaira boleh berteduh untuk meneruskan hidup. Lagipun dia dah biasa walaupun kadangkala sakit juga kalau dipukul Dayana.

Habis lebam badannya kalau tak ikut arahan Dayana. Pernah sekali Aaira mahu ke dapur tetapi langkahnya terhenti dek terdengar tangisan budak.

Kepala Aaira dijenguk ke dapur. Kelihatan dua orang kanak-kanak kecil menangis dengan kuat sekali membuatkan Dayana yang sedia marah tu semakin naik angin.

"Aduhh budak ni memang menyusahkan aku lah! Aku suruh basuh pinggan mangkuk ni je pon. Susah sangat ke? Habis pecah barang aku!" tengking Dayana.

Tangisan kanak-kanak itu semakin kuat. Kasihan Aaira melihatnya. Mahu sahaja dia menolong tetapi melihatkan wajah garang Dayana, terus dibatalkan sahaja niatnya.

Aaira segera menyembunyikan dirinya apabila Dayana seperti mahu bergerak keluar dari ruang dapur.

Lantas dengan itu Aaira terus menapak ke dapur selepas sahaja Dayana hilang dari pandangan matanya.

"Meh akak Aaira tolong ye" ujar Aaira perlahan. Kanak-kanak itu tersebik-sebik melihat Aaira. Diorang dah berhenti nangis dah. Mungkin takut Dayana marah mereka lagi.

"Kak Aaira--" terhenti percakapan budak tu apabila suara Dayana memetir kuat dari pintu dapur.

"Aaira! Kau tak payah nak tolong budak-budak tu. Kau pergi sapu sampah kat belakang sekarang" arah Dayana. Aaira mengeluh.

"Kak Dayana. Aaira nak tolong adik-adik ni dulu. Bila dah siap semua ni, baru Aaira pergi belakang ye" pinta Aaira perlahan. Dayana menjenggilkan mata apabila mendengar balasan daripada Aaira. Kanak-kanak tadi sudah tertunduk takut.

"Kau degilkan! Aku suruh buat bila? Sekarang kan?! Jadi kau pergi buat SEKARANG JUGA!!"arah Dayana kuat. Aaira menggeleng tak nak. Entah dari mana kekuatannya datang. Melihat gelengan daripada Aaira membuatkan Dayana semakin naik angin. Dia terus menarik kasar tangan Aaira.

Rotan yang tersangkut di dinding dicapai lalu dihayunkan ke tubuh Aaira . Aaira menahan perit apabila setiap sebatan itu hinggap di kulit belakang tubuhnya. Air mata mengalir perlahan. Memang sakit! Kanak-kanak tadi hanya mampu menahan tangisan mereka melihat kakak mereka diperlakukan sebegitu.

Tergeleng kepala Aaira. Tak mahu ingat kejadian lama. Baju-baju di dalam bakul dipunggah ke atas lantai. Dia mulakan kerjanya yang tergendala tadi.


KEDUA bahu Fitri dan Mas terangkat mengejut apabila bunyi kuat menghentam pendengaran mereka. Mereka berdua tertunduk ke bawah. Gerun untuk membalas pandangan garang daripada majikan mereka.

"Korang berdua buat kerja macam mana? Tahu tak report ni penting! Aku tak kira, aku nak kau dua orang settle kan report ni sebelum masuk waktu lunch" arah Tengku Danish kuat. Laju mereka mengangguk faham.

"Keluar sekarang" arah Tengku Danish lagi. Tanpa membuang masa, mereka terus keluar dari pejabat Tengku Danish.

Tengku Danish mengeluh kecil. Tak lama kemudian terdengar bunyi ketukan pada pintu pejabatnya. Terus dilaung suruh masuk. Hairy menjenguk sedikit sebelum daun pintu ditutup perlahan setelah dia masuk ke dalam. Dengan langkah tertib dia menghampiri meja kerja Tengku Danish.

"Tengku, saya dah..dapatkan maklumat perempuan yang tengku nak haritu tu" ujar Hairy setelah tiba dihadapan meja kerja Tengku Danish sambil menghulur fail nipis. Fail yang dihulur oleh Hairy diambil lalu dibuka.

Nama: Aaira Hessa binti Ahmad Saifuddin

Terangkat sedikit alis mata Tengku Danish, boleh tahan nama. Matanya menurun melihat maklumat yang lain.

Umur: 20 tahun
Tarikh lahir: 6 September 20__
Alamat: Pusat Anak Yatim Rumah Clarkia _
Tarikh kemasukan: 7 Februari 20__
Nama ibu: Nurul Aini binti Mohamed
Nama bapa: Ahmad Saifuddin bin Saad

Tengku Danish memerhati lama sebaris nama itu semula. Entah kenapa hatinya tertarik dengan pemilik nama tersebut.

Jika mahu dijadikan cerita, sebenarnya dia terserempak dengan gadis itu ketika dia berada di pasar. Sewaktu Tengku Danish menemani umminya untuk membeli lauk.

"Ummi..lambat lagi ke?" soal Tengku Danish sambil menayangkan riak wajah yang bosan. Tengku Seri menoleh memandang wajah cemberut anak sulungnya sekilas sebelum kembali membelek ayam di hadapannya.

"Sekejap la along. Ummi tak siap lagi" jawab Tengku Seri tanpa melihat wajah anaknya. Tengku Danish memutarkan bebola matanya ke atas. Penat dia berdiri di situ menunggu. Sedang dia bosan tak tau nak buat apa, tiba-tiba bahunya dilanggar dari arah belakang. Dia berdecit geram.

Terus dia pusingkan badan, memandang orang yang telah melanggarnya tadi. Sekali pusing ehh. Tak ada orang pun.

"Erm..encik?" Tengku Danish terbelakang sedikit sambil menunduk ke bawah. Ya Allah, pendek betul. Patutlah dia tak perasan tadi.

"Tch..buta ke? Tak nampak jalan?" tegur Tengku Danish mendatar menyebabkan gadis itu tertunduk ke bawah.

"Maafkan saya encik. Saya cari barang saya tadi dalam beg. Tak pandang depan" ujar gadis itu perlahan.

"Pandang depan lain kali"

Gadis itu tertunduk bersalah. Tengku Seri yang ketika itu sudah siap memilih lauk memandang anaknya pelik. Gadis di hadapan anaknya itu dipandang.

"Along..siapa ni?" soal Tengku Seri sambil melihat ke arah gadis kecil itu. Tengku Danish menggeleng.

"Dah ke ummi? Jom balik" soal Tengku Danish. Tengku Seri menurut sahaja. Gadis tadi yang masih setia di sebelah anaknya dipandang dengan senyuman. Gadis itu menunduk sedikit sambil membalas senyuman Tengku Seri. Mereka berdua bergerak menuju ke tempat pembayaran. Sempat Tengku Danish menoleh ke arah gadis tadi sekejap sebelum memandang ke depan semula.

Tengku Danish menggeleng perlahan bersama senyuman nipis. Diselak helaian lain sebelum dia menutup fail itu lalu disimpan ke dalam laci meja.

AAIRA berjalan menghampiri pintu yang tertera nama pemilik Rumah Clarkia. Dengan sedikit keberanian yang ada, tangannya naik mengetuk pintu.

"Masuk!" Arah Dayana kuat. Tombol pintu dipulas lalu daun pintu ditolak ke dalam. Dia menjenguk sedikit. Aaira terus menutup hidung dan mulutnya dengan tangan apabila dia terhidu bau rokok. Dayana yang sedang bersandar pada kerusi menghembus asap rokok tanpa menghiraukan kewujudan Aaira.

Ini bukan kali pertama dia nampak wanita itu merokok. Tapi dah berkali-kali. Nak menegur dia tak berani.

"Kak Dayana" panggil Aaira perlahan.

"Hmm, nak apa?"

"Kalau boleh, saya nak daftar keluar lambat sikit boleh tak? Tak kisah la bila-bila janji bukan bulan ni" ujar Aaira. Dayana menjeling Aaira.

"Yelah, asalkan kau berambus nanti. Buat semak mata aku lama-lama" ujar Dayana. Telefon yang sedari tadi berbunyi diangkat. Aaira mengangguk sambil mengucapkan terima kasih.

Aaira bergerak keluar melepasi pintu. Tak mahu mengganggu Dayana yang sedang menjawab panggilan. Sempat dia memandang ke arah Dayana sesaat sebelum pintu ditutup rapat. Nafas berat dilepaskan. Langkah dibawa perlahan menuju ke biliknya. Kanak-kanak yang selisih dengannya dilambai kecil. Mereka tersenyum membalas.

Sedang sibuk dia melipat baju, pintu biliknya terbuka dari luar. Aaira tersenyum apabila anak-anak Rumah Clarkia menerpa terus ke arahnya.

"Kak Aaira nak keluar dah ke? Kenapa? Kak Aaira nak tinggalkan kitorang ke?" soal Jah.

"Kak Aaira dah tak sayang kitaorang ke?" soal Wawa pula.

"Kak Aaira tak nak jaga kitorang lagi?" ujar Teha dengan wajah yang cemberut. Lemah hati Aaira apabila melihat wajah sayu mereka.

"Apa cakap macamtu. Akak Aaira sayang korang semua tau. Akak nak keluar sebab akak dah besar. Kena cari kerja sendiri. Ada pengalaman untuk hidup sendiri" ujar Aaira. Setiap seorang wajah anak-anak Rumah Clarkia dipandang.

"Lagipun akak keluar bulan depan. Masih ada masa lagi nak luangkan masa dengan korang" sambung Aaira lagi.

"Hmm..kitorang sayang kak Aaira. Bila kitorang dah besar macam akak nanti, kitorang akan cuba hidup berdikari juga macam akak" ujar Jah. Yang lain turut mengangguk membuatkan Aaira tersenyum. Dipeluk budak-budak tu semua.

"Akak janji akak akan datang melawat korang setiap bulan. Okey?" ujar Aaira memujuk. Budak-budak tu tersenyum lebar setelah mendengar kata-kata Aaira tadi. Mereka kembali berpelukkan.

Malam yang indah bukan....

TENGKU DANISH mengambil kain yang terlipat di dalam beg sukannya sebelum dia terduduk kepenatan di atas kerusi panjang yang tersedia di tepi gelanggang badminton. Peluh di wajahnya dilap dengan kain tadi. Tengku Danish. Rafiq yang baru duduk disebelahnya dikerling dengan hujung mata. Sahabatnya itu melepaskan nafas lelah.

"Danish"

"Hmm" sahut Tengku Danish sambil mencapai botol air mineral di sebelah beg sukan miliknya. Terus dihulur kepada Rafiq. Lelaki itu tersengih sambil mengucap terima kasih.

"Projek Juta amacam?" soal Rafiq. Tengku Danish dipandang.

"Haaa..makin lama makin muak" keluh Tengku Danish. Rafiq tergelak mendengar aduan sahabatnya itu. Dia faham kenapa Tengku Danish berkata begitu. Syarikat yang bekerjasama dengan syarikat Tengku Danish untuk menjayakan Projek Juta tersebut sering menimbulkan masalah. Dia sendiri tak tahu macam mana sahabatnya itu boleh bersabar untuk meneruskan projek itu.

Mereka berdua memandang ke arah Danyel dan Asyraff yang masih bermain di gelanggang badminton. Diorang ni memang tak tau erti penat betul. Danyel melakukan smash bertubi-tubi sehinggalah Asyraff terbaring lelah. Penat bertahan membalas smash Danyel. Hasilnya Danyel juga yang mendapat mata.

Danyel yang menempel pada net menayangkan senyuman mengejek. Melihatkan itu, Asyraff menayangkan jari manisnya kepada Danyel. Tak baik guna jari tengah, jadi dia guna jari manis je. Rafiq menggeleng melihat kerenah kedua sahabatnya itu.

"Hai korang" tegur Mellysa yang menghampiri mereka diikuti dengan Nara, Wiena dan Auni dibelakang. Rafiq membalas teguran Mellysa manakala Tengku Danish hanya menunduk sedikit.

"Siapa menang?" soal Rafiq. Wiena yang duduk bersila di bawah mendongak sedikit memandang Rafiq. Senyuman bangga terukir di bibir.

"Of course lah aku menang" jawab Wiena sambil melemparkan senyuman mengejek kepada Auni. Auni membuat muka.

"Bukan kau yang menyumbang mata pun. Nara je banyak main" ujar Auni sambil menyandarkan kepalanya ke bahu Nara sebelum kakinya melekat pada lutut Wiena tatkala dia ternampak Wiena mengajuk ayatnya tadi. Yang lain hanya tergeleng melihat.

Mellysa mencebik sedikit. "Diorang banyak dapat mata pun sebab bola Auni selalu out" ujar Mellysa. Mereka tergelak melihat wajah cemberut Auni.

"Aku dah cakap haritu tangan kau tu tak rilek. Pukul perlahan sudahlah" ujar Rafiq kepada Auni.

"Tangan macam batu" Laju tangan Auni menampar bahu Wiena. Terngadah gadis itu sambil mengusap bahunya. Mellysa mengabaikan rakan-rakan. Matanya tertancap pada Tengku Danish yang diam sedari tadi. Baru saja dia mahu mengeluarkan suara, Asyraff sudah menjerit memanggil mereka.

"Kawan..tolong aku kalahkan galah ni" rayu Asyraff sambil tercungap-cungap mencuri nafas. Auni terus berdiri dengan semangat mahu membantu. Tangan Nara ditarik sekali. Terkial-kial gadis itu berdiri. Auni satu team dengan Asyraff manakala Nara pula disuruh satu team bersama Danyel. Auni menghampiri net sebelum raket ditangan ditalakan ke arah Danyel.

"Yow bro! Aku dah lama tak puas hati dengan kau ni" ujar Auni. Danyel mencebik mendengarkan itu. Raketnya juga ditalakan ke arah Auni.

"Tak sabar nak kalah ke bestik?" soal Danyel dengan nada sinis.

"Hahh?! Apa galah?"

"Woii..main la cepat" jerit Mellysa dari luar gelanggang. Masing-masing terus mengambil tempat. Ketika bermain, Asyraff membuat smash tapi disambut baik oleh Nara. Disebabkan bola rendah, Auni memukul shuttle itu dengan tinggi menyebabkan Danyel bersedia mahu melakukan smash. Mulut Auni dan Asyraff tak berhenti menjerit memarahi Danyel. Terhibur orang-orang yang duduk diluar gelanggang melihat tingkah mereka.

Mellysa kembali memandang Tengku Danish yang fokus melihat cara Danyel bermain. Di antara mereka berlapan, Tengku Danish dengan Danyel lah yang paling tangkas bermain badminton. Mungkin sejak kecil lagi mereka sudah didedahkan dengan sukan badminton.

"Kau dah kenapa pandang Danish macam tu?" tegur Wiena kepada Mellysa. Perhatian Tengku Danish terganggu apabila mendengar namanya disebut.

"Tak ada lah. Aku cuma terfikir macam mana lah bini Danish nanti. Boleh tahan ke tidak dengan lelaki beku macam dia" ujar Mellysa selamba. Rafiq tergelak kecil. Tengku Danish dipandang sekilas. Lelaki itu hanya buat tak dengar saja dengan apa yang Mellysa cakap.

Bunyi raket terhempas ke lantai menyentakkan mereka. Mereka melihat ke arah Danyel yang nampak terkaku di depan net. Asyraff sudah ternganga di belakang Auni.

"Woi! Pegang raket kuat-kuat lah! Nak bunuh aku ke?!" soal Danyel kuat. Wajah terkejut Nara dibelakangnya dilihat. "Okey?" soal Danyel dengan wajah berkerut risau. Nara mengangguk tanda okey. Auni memandang tangannya. Macam mana raketnya boleh terlepas. Mujur tak kena sesiapa tadi.

"Sorry bestik!"

"Sayang sekali bestik. Tak kena muka Danyel pulak"

"Woii"

ෆ Do vote and comment ෆ

Continue Reading

You'll Also Like

631K 24.2K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
5.5M 301K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
364K 1.7K 5
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
288K 13.7K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...