White Guardians ( Editing)

By SyuhadaNr

560K 43.5K 1.6K

White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin d... More

1.Willard
2.Ryan and Rena
3.Bukti
4.Mimpi
5.Welcome to Verillend
6.Erina
7.Town Hill
8.Buku
9.RenaVsRyan=Erina win 😂
10.Mission
11. The Journey is begin
12.Deep Forest
13.Irene hilang
14. Ornans Village
15.Legend Sword
16.Secarlet?
17.Viez Alfron
watak 👋
18.Ikan Emas
19.Pewaris
20.Gunung Cyberia
21.Diserang!
22.Blue Eyes
23. Confused
24.Air Ive
25.Cerita si ikan emas
26.Jatuh tergolek
27.First Kiss?
28. Kuda
29.Nelson Falls
30.From other Dimension
31.First Fight!
32.Rantai krystal
33. Bintang
34.Secret
35.Alice Waynestin
36.Lost memory
37.Ice
38. Dragon leather gloves
39.Rampasan kuasa
40. Surat Rena
41.Amorgite stone
42.Sudah jatuh ditimpa tangga!
43.Berubah sekelip mata?
44. Buka Dimensi
45. Selamat Tinggal Nyea!
46. The unexpected
47.Singa jadian?
48.Masalah!
49. Hanya kerana air!
50. Black Beast?
51.Pengakhiran hidup huh?!
52.Surprise
53.With Ryan
54.Gadis berambut putih
55. Childish
56.Siapa Secarlet?
57.Menipu!
58.Golith Si penjaga
59.Matlamat
60.Terlepas!
61.Mak? Ayah?
62.Drycon? Biar betul!
63.Long story
64. Discussion
65. Mana Eicland?
66. Peluang kedua.
67. Ditampar dua kali!
68. Vylera
69. White Beast
70. Mermaid
71. Pire
72. Guardians VS Mermaid
73. Hidung Berdarah?
74. The Soul
75. Jangan tinggalkan aku.
76. Ayah.
77. Berita buruk.
78. Apa kau buat dekat sini?
79. Perang!
80. Surez Vs Zeus.
81. Cahaya.
82. Irene dan Viez?
AUTHOR NOTE
BOOK 2 ?

Special Chapter (Ending)

5.9K 352 43
By SyuhadaNr


Kasut kulit hitam berjalan perlahan merentasi ibu kota yang sedang membangun.  Penduduk-penduduk di situ membuat aktiviti harian seperti biasa. Aman dan tiada sebarang gangguan. Beberapa orang pengawal khas yang baru ditubuhkan untuk mengawasi kawasan itu berkeliaran sambil menungang kuda. Mereka memakai baju berwarna biru gelap dan mempunyai lencana emas berbentuk bintang pada dada.

Dia berjalan perlahan sambil meninjau kawasan tersebut. Orang yang berselisih dengannya pasti akan menunduk hormat. Dia hanya membalas dengan senyuman manis. Rambut hitam disisir ke belakang. Kuda kesayangannya datang tanpa dipanggil.

"Elfi ...." kepala kuda diusap perlahan sebelum melompat naik ke atas. Nafas dihembus perlahan dan wap putih terhasil. Angin sejuk meniup menambahkan lagi rasa sejuk di Eicland. Namun ia sudah biasa bagi penduduk disitu.

"Mari, kita sudah lewat ni."ujarnya. Kuda warna putih keemasan mengangkat kaki kedepan sebelum berlari menuju ke arah pintu gerbang. Sebaik sahaja lepas dari situ Irene membuka portal dan mereka lenyap dari situ.

Elfi dibiarkan lepas. Irene mengorak langkah masuk ke dalam istana. Dia berjalan menuju kearah pintu bilik mesyuarat. Tangan dilekapkan pada daun pintu. Cincin emas dihiasi batu merah delima tersarung pada jari manis dipandang lama. Kemudian dia menanggalkan cincin tersebut dan memasukan ke dalam poket baju sejuk.

"Ha, datang pun!" sapa Alice sebaik sahaja pintu dibuka. Mereka yang lain pun turut disitu.

"Lama tunggu? Maaf. Ada hal tadi." Irene duduk disebalah Viez yang masih kosong.

"Siapa nak mulakan laporan? Erina?" Ryan memulakan bicara.

Erina menoleh lalu membetulkan posisi duduk. "Ehem! Setakat ini Verillend tak ada apa-apa masalah. Semua pentadbiran berjalan dengan lancar."

"Farvest ada sedikit masalah. Tanaman di sana musnah kerana diserang seranga. Ada yang mengadu ia bukan seranga tetapi haiwan. Kami masih menyiasat tetapi menemui jalan buntu."

"Black beast?"

"Aku pun rasa macam itu."

"Lycria pula ... Banyak barang manisan tidak sampai ke destinasi yang sepatutnya. Malah, orang yang menghantar hilang begitu saja."

Dalam sesibuk mereka membincangkan topik hangat tersebut. Irene termangu seorang diri. Dia termenung tanpa bersuara. Telinga tidak lagi berfungsi.

"Mana cincin?" bisik Viez perlahan. Irene terkejut lalu menoleh ke sisi. Muka tidak puas hati ditayangkan.

"Dah buang." balasnya selamba badak.

" Sampai hati. Aku beli mahal tahu? batu delima tu susah nak cari."

"Dah tu? Siapa suruh beli mahal-mahal? Aku tak minta pun."

"Hmm ... Lepas ni teman aku."

"Pergi mana! Aku penat dan nak balik!"

"Jomlah, dah lama kita tak keluar."

"Baru dua hari lepas Viez kita jumpa."

"Nah, peduli apa aku."

Irene memeluk tubuh. Kepala dipalingkan ke sisi lalu mencebik sambil berkata "Fine!" Viez tersenyum kemenangan.

"Viez? Irene? Korang okay ada masalah ke?" soal Rena. Yang lain memandang mereka silih berganti. Terdengar juga mereka bergaduh kecil tadi.

"Okay, je." balas Irene

Viez tersengih sambil mengaru kepala. Sempat Irene dijeling sekilas. Macam nilah hubungan mereka. Sekejap Irene okay dan tak okay. Kadang kala gembira semacam dan boleh jadi moodnya tiba-tiba marah tak tentu pasal tapi jarang dia marah tanpa sebab. Sejak akhir-akhir ni Irene berperangai pelik. Dia asyik banyak termenung dan seperti ada masalah.

MEREKA, berdua duduk di atas kerusi kayu. Irene memandang ke kanan. Viez menyandarkan badan ke belakang. Dadanya berombak menghirup udara segar. Keringat mengalir dari dahi.

"Sorry, aku tak pakai cincin." ucap Irene perlahan. Kepala nenunduk ke bawah.

"Mana cincin tu?" Viez menyoal sambil menjungkit kening ke atas. Irene yang menunduk menyulam jari-jemarinya dipandang pelik. Wajahnya sedikit sunggul.

"Ada ...." tangan menyeluk ke dalam poket. Perlahan dia meraba isi yang ada tetapi jarinya tidak dapat merasai benda kecil itu. Dahi berkerut dan dia mula mengelabah.

"Kenapa? Kenapa?"

Irene berdiri tegak "Cincin tu aku rasa tercicir. Viez aku minta maaf, aku nak pergi cari." Viez segera mencapai tangan Irene.

"Kita cari sama-sama,"

Irene dan Viez mencari di serata tempat. Setiap jalan yang dilalui oleh mereka diperhatikan dengan teliti. Sampai tahap Irene menanya setiap penduduk di situ. Mereka berdua menemukan jalan buntu. Cincin yang dicari tidak jumpa langsung.  

"Suka juga dekat cincin itu ye?" Viez tersenyum simpul. Mula-mula Irene memang marah tapi tak sangka sekarang ini ia lebih bermakna. Irene hanya diam tidak membalas.

"Tak apalah. Aku boleh beri yang lain,"

"Tapi ...." kata-kata Irene terhenti apabila ada satu kelibat yang menarik perhatiannya. Dia menoleh ke kiri.

Gadis berpakaian jubah berkerudung merah gelap, berdiri lima tapak darinya. Viez juga turut memandang. Gadis itu tersenyum. "Aku nak bercakap dengan kau."

"Carla, kau nak apa?" balas Viez dingin.

"Kau tak perlu masuk campur. Ini antara aku dan Irene."

Irene memberi isyarat mengunakan mata supaya Viez pergi. Tetapi dia enggan. "Please Viez."  pandangan tajam dihalakan. Viez meneguk air liur seraya mengangguk laju.

Setelah memastikan Viez pergi, Carla mendekati sambil tangan mengenggam sesuatu. "Nah, benda ni kau cari macam orang gila kan?" Carla membuka genggaman dan sebentuk cincin emas batu delima berkilau dek panahan cahaya matahari.

"Ah, terima kasih." ucap Irene lega. Cincin diambil lalu menyarung terus pada jarinya. Tersenyum dia melihat.

"Ugh, i hate love."  Carla menjulingkan mata. Irene tergelak kecil. Mereka berdua sudah berbaik. Carla cuma tak puas hati pada Irene hanya disebabkan ketika kecil dahulu Irene pergi tinggalkan dia tanpa sebarang berita dan jejak.

"Irene, kau setuju?" Anak mata biru dipandang dalam. Sesaat Irene terdiam. "Kalau kau nak ... aku boleh tolong ... jumpalah aku nanti. Kau tahu kan nak cari aku dekat mana?"

"Okay, Carla. Kau dah ada dekat sini kan? Mari teman aku makan!" Irene tersenyum mesra. Jubah Carla ditarik menyebabkan dia terdorong ke hadapan mahu jatuh. Irene mengekek ketawa melihat Carla.

IRENE termenung duduk termenung ditepi tingkap biliknya. Telapak tangan kanan dipandang. Arus elektrik kelihatan muncul dicelah jari. Satu kuasa yang tidak digunakan langsung. Malah tidak berminat mahu mencuba. Arus elektrik kecil muncul membentuk figura manusia kecil. Mana datangnya kuasa ini? Dia pun tidak tahu. Dunia ni jaranglah ada. Kebanyakan hanyalah kuasa element saja.

Kini tangan kiri dipandang pula. Wap sejuk keluar dari kulitnya sebelum mengeras menjadi seketul ais. Ais tersebut pecah lalu membentuk figura manusia kecil juga. Irene diam hanya memerhati. Kata makcik Sophea, ibunya dari dimensi lain. Betul ke?  Mungkin juga kuasa ni dari ibunya.

Dua figura kecil tadi berlawan dihadapan matanya. Pada mulanya ia menumbuk sesama sendiri semakin lama ia menjadi-jadi sehingga ada letupan kecil. Irene terkejut lalu memetik jari serentak itu figura elektrik memercik menjadi kilauan putih dan figura ais lebur menjadi air.

"Aku kena cari Carla!" Irene berdiri. Pedang lagenda dicapai dan beberapa benda penting diambil juga. Selepas itu, dia membuka portal.

Hilangnya portal, Irene mendekati rumah kecil diperbuat daripada batu. Keadaan hutan pada malam itu sungguh sepi menambahkan lagi keseraman yang sudah sedia ada. Sesekali bunyi burung hantu bergema. Irene mengetuk pintu kayu sambil memanggil nama Carla.

"Baru sampai ke?" suara Carla menegur. Irene memusingkan badan.

"Ha'ah . Carla tolong aku. Kita pergi sekarang."

"Kau biar betul Irene?"

"Betullah. Kita pergi. Kau saja tahu dimana tempatnya."

"Sabar. Aku ambil barang sekejap." usai berkata Carla terus masuk ke dalam rumahnya. Irene menyeluk tangan ke dalam poket. Keadaan hutan dipandang sekali lagi.

Terasa ada seseorang yang mengekori. Tapi orang itu berada jauh darinya. Auranya juga perlahan. Tak dapat dikenal pasti siapa yang mengekori. "Perasaan aku je kot."

"Nah, ambil ni!" Carla mencampak jubah putih. Pantas Irene menyambut.

"Apa ni? Menonjol!" soal Irene. Carla sudah menyarung jubah putih ke tubuhnya.

"Habis? Kau nak kita pakai jubah merah gelap tu? Mati aku kalau macam tu." Carla menarik kerudung supaya menutupi kepala. Jari dipetik, hidung dan mulut dilindungi topeng hitam.

Carla membuka portal ke tempat yang mahu dituju. Sekelip mata saja dia sudah berada di sebuah perpustakaan lama. Irene tidak tahu di mana tempat ini. Tapi kelihatan seperti sempadan Darcland berhampiran istana Raja Zexric.

"Well ... well ... Ada yang berani masuk ke sini." suara halus bergema. Irene dan Carla tersentak. Langkah mereka terhenti. Seekor ular tedung muncul disebalik rak buku kayu. Ia berdiri dan membentuk seorang wanita berjubah merah gelap.

Carla menjulang tangan ke atas. Rak kayu bergerak melayang menghampiri wanita itu. Sebelah tangannya ditunding kepada Irene dan mencampak Irene supaya jauh darinya.

"Pergi! Cari tempat tu Irene! Aku akan uruskan yang ini! Sorry!"

Irene jatuh menghempasi meja kayu. Habis terbelah dua. Menyeringai dia menahan rasa sakit. Segera dia bangun.

"No ... no .... Aku tak akan benarkan kau ke tempat itu!" seorang lelaki tiba-tiba melompat dihadapannya. Kapak besar muncul di belakang. Lelaki itu mengapai kapak tersebut namun tangannya terhenti. Sebuah meja melayang tepat menghentam lelaki itu. Irene menoleh ke sisi. Kelihatan Carla terapung ke udara, matanya menyala bagai biji saga. Aura merah dan putih bercampur baur membaluti tubuhnya. Barang sekeliling terapung ke udara impak dari kuasa teleksinesis yang dimiliki.

Irene terus berlari mencari bilik bawah tanah. Ketika dia berlari menuruni anak tangga satu kelibat melintasi. Irene terkedu seketika. Bebola api melayang dari hadapan. Irene membalas dengan kuasa air. Api tersebut bertukar menjadi wap air.

"Hi, remember me?" ujarnya seorang lelaki. Mata Irene terbuntang mendegar suara tersebut. Ini lelaki yang menyerang mereka ketika di gunung Cybria! 

"Kau!" pedang lagenda digapai lalu menukarkannya kepada bomereng lalu dilempar ke arah lelaki itu.

Sementara itu Irene menyeru figura ais miliknya. Dia sempat melemparkan bebola ais kepada lelaki itu sebelum pergi dari situ. Biar figuranya yang beradu tenaga agar menghalang lelaki tadi dari mengejar.

Nafas dihela berat. Sebuah bilik tidak berpintu  Irene masuk tanpa rasa ragu-ragu. Jantungnya berdetak dengan laju dan dia diserang rasa tidak sedap hati.

"Bonda ...."  mata Irene tertacap pada seorang wanita berambut merah di ruangan tengah. Dia berbaring meringkuk dalam keadaan tangan dan kaki diikat besi. Bajunya penuh dengan kesan darah.

"Berani kau datang ke sini?" suara garau dan kasar menyoal. Lelaki berambut hitam keluar disebalik kabus hitam memekat.

"Lepaskan bonda aku,"

"Marilah dapatkan dia." ujarnya sinis. Tanpa berfikir panjang Irene berjalan setapak demi setapak. Setiap langkah jantungnya berdegup dengan laju bagai nak terkeluar. Dia tahu tidakan ini mengundang padah!

"Bonda ... Irene datang ni." Air mata menitis jatuh ke bawah. Irene menghentikan langkah dan serentak itu ada sesuatu menembusi dadanya. Irene terkedu. Nafasnya tersekat-sekat. Jantungnya terasa ditusuk sesuatu tadi seakan berhenti dari berdegup. Perlahan dia rebah ke tanah bersebelahan dengan bondanya. Darah merah mula mencorak mewarnai tanah tersebut.

"Senang kerja kita. Good job, Zeus."

"Irene! Tidak!" Carla sampai tepat masanya. Zeus terpelanting kebelakang dan Vladmir dicampak ke dinding. Mata Carla menjadi semakin merah. Auranya menjadi lebih kuat berbanding tadi. Zeus kaku tidak boleh bergerak langsung.

"Pembelot! Carla berani kau berpaling tadah!" jerkah Vladmir yang melekat pada dinding. Susah payah dia bergerak. Carla tidak membalas. Dia melayangkan tubuh ke arah Irene.

"Kau tak boleh mati lagi."

"Terima kasih Carla ... bawa aku jumpa bonda aku ni." Irene tersenyum sebelum menghembus nafas. Carla yang sudah menagis bertambah lagi teresak-esak di situ. Tanpa berfikir panjang ... Vladmir dipandang sebelum beralih pada Zeus. Tubuh Zeus melayang lalu menghentam Vladmir. Berdentum bunyinya!

Dengan kesempatan yang ada, Carla membuka portal. Lingkaran cahaya bulat berwarna merah muncul sekeliling dua jasad yang tidak bermaya lagi. Perasaan sedih tidak dapat dibendung dalam diri Carla lagi. Baru saja dia berbaik dengan Irene ... sekali lagi Irene pergi meninggalkan dia? Oh, tidak! Sudahlah dia tiada keluarga dan orang lain! Cukup dia hidup sebatang kara selama ini! Tidak lama kemudian, dua jasad tadi lenyap dari situ. Hanya tinggal kesan darah yang masih basah.

"Carla pembelot! Argh!" bentak Vladmir. Suaranya bergema mengegarkan ruangan bilik tersebut. Carla mengetap gigi. Cepat-cepat dia berlari keluar dari situ sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

TANGAN dilekapkan pada cermin. Hujan renyai menghiasi pandangan luar ditatap tanpa adanya perasaan. Kosong. Itu yang dia rasakan ketika ini. Jiwanya kosong bagai dibawa pergi. Insan yang disayangi hilang tanpa akhbar berita.

"Kenapa kau tinggalkan aku? Kau pergi macam itu je? Irene ... aku harap kau balik nanti." ujarnya sunggul. Kepala menunduk ke bawah. Masa itulah, memori-memori indah yang dicipta teriang di benak fikirannya.

Kehilangan Irene membuatkan mereka semua dilanda persoalan. Masing-masing menemui jalan buntu. Nak dicari tetapi tidak tahu ke mana Irene pergi. Ikut kiraan, semua tempat mereka sudah cari. Namun hasil pun tidak ada!

Kehilangan Irene merupakan satu misteri. Ada akhbar angin mengatakan ... Irene sudah mati. Mati dibunuh oleh pasukan upahan. Sejauh mana kebenaran itu tidak dapat dikenal pasti lagi.

"Irene ... Baliklah," gelang besi yang terukir namanya dan Irene dipandang sayu. Ingat lagi mereka bertukar hadiah ketika keluar bersama buat pertama kali sebagai pasangan kekasih. Cincin dan gelang bertukar tangan. Memang kekok gila masa itu! Irene pun malu-malu waktu itu.

Gelang diusap perlahan. Rasa sedih menguasai dirinya. Tak dapat dia menahan lagi. "Aku sayangkan kau." ucap Viez diiringi air mata.

Nak tahu. .  Perancangan awal saya cam ni lah endingnya 😭 Irene tak ada! Aaaaa! Sian viez😫

Okay2 . Chapter ni paling panjang  saya pernah buat iaitu jejak 2 ribu patah. Maaf terlalu panjang pula kali ni😂

Saya nak minta tolong ni. Kalau ada mana-mana cerita yang hampir menyerupai cerita saya atau sebijik ... Sila beritahu saya. Series bagitahu saya. Tolong eh?  Risau juga saya ni. Sebabnya selepas ni saya nak edit buku ni dan nak ubah sikit apa yang patut lepas tu.

Terima kasih baca!

Continue Reading

You'll Also Like

72.5K 5.2K 59
WARNING!! +HAMBAR +GRAMMAR ERRORS +MY OWN IDEA +MATURE CONTENT (15+) +TYPO BERSEPAH +TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU MATI DILARANG MENCIPLAK HA...
507K 1.2K 17
Mula mula
220K 13.6K 82
PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang permaisuri melahirkan sepasang bayi di p...
60.7K 8.1K 35
❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, di...