Musuh Jadi Partner In Crime...

By Reyyy_d

399K 21.1K 3K

Setiap orang ada cita citanya sendiri. Begitu juga dengan Aria Effa yang bercita cita untuk menjadi K-Idol se... More

Cast
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab78
Epilog
The Old Epilogue
Special Parts : ZAFRAN FHAZIL × SYAFIQAH AQILAH ❤
Special Parts : ARYAN × UMMI❤
Special Parts :AE vs EN&NE❤
Special Parts ❤
Strychnine and Violence❤
Gallery❤
Book 2 !

Special Parts: IRYAN EQSAN × AIDA SARI ❤

3.1K 135 124
By Reyyy_d

Iryan keluar dari bilik pembedahan . Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar. Nyawa pesakit dapat di selamatkan. Itu saja hasratnya. Dan kini , ramai nyawa yang berjaya di selamatkan olehnya.

Iryan mencari waris keluarga Encik Rahman. Mahu dikhabarkan tentang pembedahan yang telah berjaya dilakukan olehnya. Rasa gembira yang meluap luap hanya Allah saja yang tahu apabila dia berjaya.

" Doc , doc ke yang incharge ayah saya ? " soal seorang gadis yang manis pada pandanganya. Iryan terpana sebentar. Wajah yang manis, suara lembut , berpakaian sopan dan menarik minatnya. Adakah ini cinta pandang pertama? Wujudkah cinta seperti itu?

Aida memandang pelik. Doktor ini sudah bisu atau memang bisu ? Sudahlah tenung orang macam nak terkam! Seramnya.

" Ehem. Cik ke waris Encik Rahman? " Iryan cuba mengawal suaranya. Rasa nak menjerit je bila dapat bidadari dekat sini.

" Ha ayah saya lah tu ! Macam mana dengan ayah saya doc? Dia okey ke tak? Pembedahan tu berjaya ke ? " risau benar Aida pada ayahnya. Hanya dia saja pewaris tunggal Encik Rahman. Ibunya juga sudah pergi meninggalkan Aida dan Encik Rahman semasa Aida berumur 4 tahun. Tak sanggup dia mahu kehilangan ayahnya.

" Slow slow cik. Alhamdulillah pembedahan berjaya. Ayah cik akan di pindahkan ke wad. Nanti cik boleh pergi kaunter tanya dekat mana eh? Jangan risau , ayah cik selamat. " Iryan menghadiahkan satu senyuman. Wajah gadis yang sedang risau itu membuatkan hatinya terhibur. Comel !

" Terima kasih doc... "

" Eqsan. Panggil saya Eq. " entah kenapa nama keduanya di gunakan. Iryan Eqsan. Tiada sesiapa pun yang memanggilnya sebagai Eqsan. Mungkin gadis itu istimewa?

" Baik. Saya pergi dulu ya ? Assaalamualaikum dan terima kasih sekali lagi. "

" Waalaikumussalam dan sama sama ."











.........











" Man ! Man ! " jeritan Iryan memberhentikan doktor Osman . Tercungap cungap Iryan bernafas. Penat berlari sejak tadi. Mencari doktor Osman macam mencari semut tahu.

" Ha pehal? " Doktor Osman bertanya. Tiba tiba saja doktor pakar bedah ini datang ke departmentnya . Sudahlah lunch hour pun dah nak habis. Menyesal main Mobile Legend tadi.

" Kau kan yang jaga Encik Rahman tu ? "

" Encik Rahman yang mana? Ramai tahu tak nama yang sama. Lain lah nama kau. Dah la tak sedap. " Doktor Osman tersengih. Suka benar mengusik rakannya yang ini.

Iryan mengetap gigi. Tahu sangat perangai Doktor Osman macam mana. Suka naikkan darahnya. Gurauan dia memang kasar ! Tapi itulah pengikat mereka sebagai sahabat.

" Hish kau ni ! Nama aku sedap okey. Ala Encik Rahman yang aku bedah tu. Kau kan yang jaga ? "

" Aku lah. Kenapa ? " pelik. Selalunya Iryan mana pernah tanya tentang pesakit yang dibedahnya. Lagi lagi lelaki. Kalau perempuan mungkin dia faham.

" Kalau aku nak jaga patient tu boleh? Boleh lah Man. Kata membe. " Iryan cuba memujuk. Dia mahu berjumpa dengan gadis itu lagi. Gadis yang berjaya menambat hatinya.

" Nanti aku kata dekat ketua aku. Kalau dia kasi , kasilah. Kalau tak , menangis tak berlagu lah kau ." Doktor Osman pergi sambil ketawa. Tanganya di masukkan di dalam kot doktornya. Nampak bergaya !

Iryan mencebik. Peluangnya untuk dekat dengan gadis itu semakin tipis. Tapi kalau ada jodoh in sya Allah ada. Tapi harap harap adalah !

" Woi Iyan ! " jerkah Aryan . Dari tadi dia mencari abang kembarnya. Menggedik nak merayau kenapa? Dah tahu ada patient tapi buat macam takda.

" Kau nak apa ? " suaranya mendatar saja. Merajuk dengan semua orang !

" Patient kau tengah nazak gila. Nasiblah aku jumpa kau dekat sini. Dah cepat ! "

" Allah ! "












..........












" Aisy , nak buku pendaftaran kejap. " Iryan meminta. Kut kut boleh dapat nombor gadis itu lagi. Lagipun , sudah sehari gadis itu tidak melawat ayahnya. Mungkin sibuk kut ?

" Kau nak buat apa ? Jangan nak mengada. Nanti ketua department marah. " Aisy menepis. Tak boleh beri muka sangat dekat Doktor Iryan ni. Nanti mula lah naik minyak.

" Aku just nak check profile patient aku lah. Bak sini. " Iryan terus saja merampas buku itu dari tangan Aisy. Orang minta elok elok dia tak kasi. Bila ambil cara kasar , dia pula buat muka. Kalau boleh nak je cubit pipi dia tapi fikir haram , batalkan niat sajalah.

Di carinya nama Encik Rahman. Jumpa ! Tapi , kenapa ada ramai sangat Encik Rahman ? Di carinya lagi dan lagi akhirnya !

Nama : Rahman bin Ghazali

Umur : 59 tahun

Alamat : **

No. : **

Wad : No123 B

Penjaga : Aida Sari bt Rahman

Iryan mencebik. Kenapalah tiada nombor si gadis pujaan hatinya. Kalau nak ajak date macam mana? Eh , tak ! Maksudnya kalau nak kasi tahu pasal condition ayahnya macam mana ? Tak ke susah?

" Aida..... " gumangnya perlahan. Tidak mahu sesiapa mendengar nama gadis yang berjaya menjadi suri hatinya.

Iryan menunggu gadis itu datang melawat ayahnya. Dia harus berani membuat gerakkan yang pertama. First move itu penting. Kalau tak , masakan pula Zafran yang sudah berjaya mengahwini Qeyla dahulu? Dia juga mahukan anak ! Seperti Qeyla yang melahirkan anak kembar sepasang lelaki dan perempuan di China. Comel !

" Nurse , nanti tolong minta nombor perempuan tu boleh ? " mintanya pada salah seorang nurse yang berdekatan .

" Aik doc. Nak buat apa ? " pelik. Tidak pernah pula doktor seorang ini meminta nombor penjaga kepada patientnya .

" Ala minta jelah. Ini antara hidup dan mati ! " Kata Iryan bersungguh sungguh. Nurse itu hanya menggangukkan saja. Kasihan pula melihat doktor yang seakan akan merayu itu.











.......











Bunyi ketukan membuatkan Aida berpaling. Seorang nurse perempuan memasuki bilik yang menempatkan ayahnya itu. Melihat jarum yang tajam itu membuatkan dirinya sedikit gentar.

" Cik takut ya ? " soal nurse itu dengan tawa yang kecil. Geli hati melihat wajah Aida yang sedikit cuak itu. Kalau rakam ni , mesti lucu !

" Eh , tak lah. Cuma seriau je tengok hehe. "

" Oh ya cik , boleh tak kalau pihak hospital dapatkan nombor cik ? Manalah tahu kut kut ada apa apa maklumat yang perlu pihak hospital beri tahu. " ujar nurse itu.

Aida hanya diam. Salahnya juga kerana tidak meletakkan nombornya tempoh lalu. Yang diletaknya hanya nombor ayahnya. Kalau ada apa apa hal macam mana ? Buatnya doktor yang tengah bedah tu terkejut tiba tiba saja ada ringtone hard core macam mana ?

Termelatah doktor jadinya !

" Sekejap ya. Ada pen tak dgn kertas ? "

Pen dan kertas dihulurkan. Aida segera menulis nombornya di kertas itu. Dihulurkan semula kertas itu kepada nurse yang bertugas.

" Terima kasih. Nanti jangan terkejut ya kalau ada yang mengorat . Saya pergi dulu ." ujarnya. Aida masih lagi cuba memproses kata kata nurse tadi.

" Ha ?! "

Nurse itu keluar lalu bertemu dengan Iryan. Nombor diserahkan kepada Iryan. Iryan hanya tersengih. Suka apabila dapat apa yang dimahukannya. Adakah ini petanda jodoh mereka ?

Aida ! Wait for me babeh !











.............











Iryan bergolek di atas katil . Kertas itu diciumnya berulang kali . Riang hatinya kini ! Nombor itu di taip pada pad di dalam telefon. Nak call atau tak ? Malunya ! Okey kita try mesej dulu.

Ehem. Assalammualaikum. Hai boleh berkenalan ?

Iryan hanya menunggu. Risau juga kalau gadis itu memblocknya tiba tiba. Dia hanya menunggu dan terus menunggu.

Ting !

Aida Sayang
Waalaikumussalam. Siapa ni ?

Me
Doktor yang jaga ayah awak. Sebenarnya saya ada benda nak bincang dengan awak pasal penyakit ayah awak. So agak agak bila kita boleh jumpa ?

Aida Sayang
Ayah saya? Doc Eqsan? Kalau doc tak busy esok , kita jumpa dekat hospital lah .

Me
No . Bukan dekat hospital. Kita jumpa dekat cafe boleh? Nanti saya send location. Bye darl.

Iryan cepat cepat menutup telefonnya. Kali ini dia tekad ! Dia mahu menjadikan gadis itu hak miliknya. Mungkin bukan sekarang , tetapi nanti ? Cuma tunggu kad kahwin kami ya ?













.........













Berbulan bulan sudah berlalu. Ayah Aida juga semakin sembuh. Hubungan Aida dan Iryan juga semakin rapat. Adakah ini jodoh ? Tetapi mereka masih belum meluahkan rasa cinta antara satu sama lain.

But still ada masa kan ?

Malam ini mereka berdua bakal makan malan di sebuah kedai mamak yang makanannya sedap sedap belaka. Nak bawak ke restaurant ? Aida tak minat. Lagipun , kedai mamak itu mempunyai ABC yang paling sedap di kawasan itu.

" Aida , kita dah kenal lama kan ? " soal Iryan. Matanya memandang tepat pada Aida yang dilitupi dengan tudung. Manis saja mukanya.

" Dalam 5 bulan jugalah kita kenal. Kira lama lah kan ? " tawa Aida perlahan. Melihat saja wajah jejaka di hadapannya membuatkan hatinya berdegup dengan kencang !

" Aida , nak dengar pickupline tak ? "

" Boleh juga ." Aida masih lagi menikmati ABC yang dipesannya.

Iryan berdeham. Ini masanya untuk dia meluahkan perasaan. Dia cuba menenangkan dirinya. You can do it !

" Aida , tahu tak beza antara haiwan dengan manusia ? "

" Beza ya ? Haiwan ada empat kaki. Manusia ada dua. " Aida tersenyum sambil membuat gaya peace . Iryan terpanar buat seketika. Indahnya ciptaan Allah di hadapannya.

" Salah. Bezanya haiwan jika mahu mengawan , mereka tidak perlu berkahwin. Tetapi jika manusia , mereka perlu berkahwin. Jadi , awak nak tak kahwin dengan saya ? " suapan Aida terhenti. Kaku. Itu dirinya sekarang.

Matanya memandang tepat wajah Iryan. Cuba mencari keikhlasan dari mata jejaka itu. Wajahnya mula berbahang. Malu ! Iryan ini pun satu. Dah la tak reti nak buat pickupline .

" Aida ? Kenapa awak termenung ? Tak sudi ya ? Tak apalah. " Iryan bangun. Kecewa dengan jawapan yang masih belum di berikan. Adakah gadis itu tidak suka padanya ?

Aida segera menarik kemeja jejaka itu. Wajahnya ditundukkan. Masih lagi malu. Pergerakkan Iryan terhenti. Tak sampai hati mahu meninggalkan gadis pujaannya sendirian di kawasan begini.

Nanti kena culik , dia yang merana !

" Awak. "

" Hm ? " Iryan duduk mencangkung di hadapan Aida. Pipi gadis yang sedikit memerah membuatkan rasa geram bertambah. Mahu saja dicubitnya pipi itu.

" Saya su...sudi. " Aida segera berlari sambil menutup wajahnya. Makin malu !

Iryan hanya membiarkan Aida pergi. Cuba memproses kata kata gadis tadi. Tidak lama kemudian , satu senyuman mula terlakar.

" Yes ! Can't wait for my child ! "














Continue Reading

You'll Also Like

820K 41.5K 64
Highest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa h...
678K 64.3K 102
ALPHABET SERIES: B for BFF 2# Apa pendapat korang tentang kawan baik sendiri? [C]Jun2018-Disember2018
59.1K 8.3K 34
" Mungkin ini balasan atas dosa-dosa yang telah kau lakukan sebelum ni " " what you give, surely you'll get back " Start: 1Feb19 End: 27March19 note:...
3.2K 441 55
Bismillahirrahmanirrahim Mengandungi Himpunan kata-kata bijak dan penuh motivasi Sayyidina Ali r.a. (Gambar hanya hiasan).