White Guardians ( Editing)

By SyuhadaNr

560K 43.5K 1.6K

White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin d... More

1.Willard
2.Ryan and Rena
3.Bukti
4.Mimpi
5.Welcome to Verillend
6.Erina
7.Town Hill
8.Buku
9.RenaVsRyan=Erina win 😂
10.Mission
11. The Journey is begin
12.Deep Forest
13.Irene hilang
14. Ornans Village
15.Legend Sword
16.Secarlet?
17.Viez Alfron
watak 👋
18.Ikan Emas
19.Pewaris
20.Gunung Cyberia
21.Diserang!
22.Blue Eyes
23. Confused
24.Air Ive
25.Cerita si ikan emas
26.Jatuh tergolek
27.First Kiss?
28. Kuda
29.Nelson Falls
30.From other Dimension
31.First Fight!
32.Rantai krystal
33. Bintang
34.Secret
35.Alice Waynestin
36.Lost memory
37.Ice
38. Dragon leather gloves
39.Rampasan kuasa
40. Surat Rena
41.Amorgite stone
42.Sudah jatuh ditimpa tangga!
43.Berubah sekelip mata?
44. Buka Dimensi
45. Selamat Tinggal Nyea!
46. The unexpected
47.Singa jadian?
48.Masalah!
49. Hanya kerana air!
50. Black Beast?
51.Pengakhiran hidup huh?!
52.Surprise
53.With Ryan
54.Gadis berambut putih
55. Childish
56.Siapa Secarlet?
57.Menipu!
58.Golith Si penjaga
59.Matlamat
60.Terlepas!
61.Mak? Ayah?
62.Drycon? Biar betul!
63.Long story
64. Discussion
65. Mana Eicland?
66. Peluang kedua.
67. Ditampar dua kali!
69. White Beast
70. Mermaid
71. Pire
72. Guardians VS Mermaid
73. Hidung Berdarah?
74. The Soul
75. Jangan tinggalkan aku.
76. Ayah.
77. Berita buruk.
78. Apa kau buat dekat sini?
79. Perang!
80. Surez Vs Zeus.
81. Cahaya.
82. Irene dan Viez?
Special Chapter (Ending)
AUTHOR NOTE
BOOK 2 ?

68. Vylera

4.5K 396 10
By SyuhadaNr

Badan disandarkan pada dinding. Mata dipejam rapat. Dia tercungap-cungap menarik nafas. Pergelangan tangan dan kaki terasa sakit akibat melecet. Sudah banyak kali dia cuba memgunakan kuasanya tetapi sebaliknya auranya diserap. Kini tenaganya semakin  berkurangan!

Pintu bilik tersebut dibuka kasar. Seorang lelaki melangkah masuk dengan perlahan. Derapan tapak kasut menghasilkan gema di bilik tersebut. Semua yang berada di dalam bilik itu mengalihkan pandangan.

"Surez...." ujarnya sinis.

"Apa kau nak!"

"Good! aku ingat kau sudah mati. Ha, sekarang ikut aku," Lelaki itu memegang kasar lengan dan memaksa untuk bangun.

Pada awalnya dia melawan dan akhirnya dia terpaksa ikut kerana tenaganya telah diserap oleh rantai besi. Dia dibawa keluar dari bilik tahanan. Lelaki pakaian berkerudung hitam membawanya ke sebuah bilik berpintukan besi.

"Masuk!" ujar lelaki itu dengan nada keras. Tubuhnya ditolak kasar sehingga dia terdorong ke hadapan dan jatuh melutut. Kemudian tangannya dicengkam kuat sebelum tubuhnya diheret kasar.

"Aiyra!" ujarnya sebaik sahaja mengangkat muka.

Dia tersentak tatkala melihat insan kesayangannya tergantung lemah. Kedua belah tangannya yang diikat rantai besi. Kepalanya tertunduk lemah ke bawah. Terdapat beberapa kesan luka dan seperti dikelar. Baju yang dipakai penuh terpalit dengan darah merah. Terasa mahu gugur jantungnya ketika ini Dada seperti mahu pecah. Hatinya sakit!

"Apa kau buat!"

"Na... na... na... aku cuma paksa dia cakap dekat mana budak itu. Dan... dia degil," balas lelaki itu sinis sambil berjalan mengelilinginya.

"Lepaskan dia!"

Lelaki itu mencengkam rahang dengan kuat lalu berkata "Aku tak akan lepaskan dia selagi dia tak mahu buka mulut," 

"Lepaskan dia... kalau kau nak seksa dia, ambillah aku sebagai ganti," rayunya perlahan.

"Kau merayu?" Lelaki itu tertawa sinis seraya mencengkam erat rahang. Apa yang kelakar bagi dia tak tahulah. Mungkin seronok apabila melihat musuhnya merayu meminta tolong.

Surez mengetap gigi dengan rasa kegeraman. Jika diikutkan hati memang dia mahu bunuh sahaja! Tapi malang baginya kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

"Ha...  bagitahu di mana dia!" lelaki itu melepaskan cengkaman dengan kasar. Rambut ditarik kasar kebelakang.

"Aku tak tahu! Tak tahu dia hidup atau pun tidak! Argh!" Satu tumbukan hinggap di pipi kirinya. Dia berganjak ke sisi. Darah merah mula mengalih di celahan bibir dan hidung. Dia menyeringai kesakitan.

Satu cahaya kelabu keluar dari telapak tangan lelaki tersebut. Mata pisau berbentuk tirus keluar menembusi kulitnya. "Tak mengapa... kami sudah mencari. Mungkin tidak lama lagi dia jatuh ke tangan kami," ujarnya sinis. Mata pisau itu menyala merah seperti baru sahaja ditempa dengan api yang mengelegak.

Lelaki berjubah hitam mengorak langkah. Surez hanya mampu melihat dengan penuh debaran. Setiap langkah lelaki tersebut membuatkannya tidak senang hati. Dia menahan debaran dada yang  melanda. Peluh dingin mula memenuhi dahi. Bibir dikemam apabila lelaki tersebut berhenti di sisi wanita yang tergantung lemah.

Mata pisau diacukan ke arah wanita tersebut lalu berjalan pusing mengelilingi. Lelaki itu tersenyum sinis. Dia membuat gaya mahu menikam wanita tersebut.

"Aku...." mata pisau yang panas diletakan pada bahu wanita itu.

'Tidak! jangan kau sentuh dia Zeus!"

IRENE melajukan langkah sebaik sahaja keluar dari portal. Mukanya berkerut seribu kerana menahan satu perasaan yang aneh. Memang sejak dia bangun dari tidur tadi dia sudah rasa perasaan ini. Tapi dia cuba mengetepikan. Namun, perasaan tidak enak masih membelengu dirinya.

"Drycon! kau jangan nak merayau pula eh!" Larang Irene apabila melihat Drycon bergerak laju dihadapannya.

"Ish! mana ada. Kau tu lembab sangat!"

Irene merengus geram. Okay! malas nak layan binatang kecil ni. Dia berjalan menaiki anak tangga, mencari kelibat orang yang dicari.

"Eh, Irene? mana yang lain?" satu suara halus menyapa membuatkan Irene menoleh ke sisi. Dia melebarkan senyuman manis.

"Permaisuri Rose. Ya, saya sorang saja ni. Saya datang nak tanya sesuatu...." Irene melirikan mata ke arah Drycon yang sedang bermain-main di anak tangga. Jakun ke apa Drycon ni? tak pernah jumpa tangga? macam baru keluar dari telur je.

"Tanya apa?"

Irene menggaru pipi dengan perlahan. " Err... tanya... benda penting?"

"Ah, mari kita pergi minum petang di laman istana. Irene boleh tanya apa-apa saja soalan," Irene hanya mengangguk perlahan seraya tersenyum lebar. Mereka berdua jalan beriringan menuju ke laman istana.

Tiga cawan air teh hijau sudah terhidang di atas sebuah meja bulat berkaca. Irene merenung air teh yang masih panas berwap. Permaisuri Rose mencicip tangkai cawan lalu menghirup perlahan. Irene menongkat dahu, memerhatikan Permaisuri Rose.

"Kamu mahu tanya apa?" soal Permaisuri Rose seraya meletakan cawan ke atas meja kaca.

"Permaisuri Rose tahu di mana Ibu bapa saya?" soal Irene perlahan. Permaisuri Rose tersenyum kelat.

"Kamu nak tahu?"

"Ya,"

"Mereka ada di Pulau Graviti,"

Irene mengangkat muka. "Pulau Graviti? Macam mana Permaisuri tahu?" dahi dikerutkan.

"Saksi kejadian. Saya ada di situ,"

"Maknanya Permaisuri nampak segala-galanya?"

"Ya, tapi pada masa itu... kamu tak ada. Mungkin ibu bapa kamu sudah sembunyikan kamu,"

Irene menghela nafas pendek. Dia menghirup air teh hijau dengan perlahan.

"Bonda!" satu suara menyergah kuat.

Irene terkejut! Air yang diminum tersembur-sembur keluar. Cawan yang dipegang terhentak pada meja kaca, habis retak! Retak kau! Mujur semburan tak terkena Permaisuri Rose. Kalau tidak reject jadi menantu. Wahahaha.

Irene berdehem beberapa kali untuk menghilangkan rasa pedih. "Maaf, permaisuri Rose!" ujar Irene mengelabah. Secara tidak sengaja tangannya tertolak cawan kaca dari atas meja lalu jatuh berderai ke bawah.

"Alamak! Maaf, sekali lagi permaisuri. Biar saya bersihkan!" Ujarnya seraya mahu bangun.

"Tak apa, Irene. Nanti dayang istana yang bersihkan. Biarkan dulu," Tangan Irene dipegang sebagai tanda melarang.

"Tapi...."

"Irene? Bonda nama dia Irene?" tegur satu suara dari arah belakang. Suara tadi yang menjerit sehingga Irene terkejut beruk!

Seorang gadis berambut perang seperti Viez secara tiba-tiba muncul lalu mendekati. Mata birunya terkebil-kebil memandang Irene.

"Vylera. Kenapa terjerit-jerit?" marah permaisuri Rose. Tak sempat lagi nak habiskan cerita! Namun gadis itu tidak menjawab tetapi dia merenung Irene. Irene hanya menggaru pipi.

Tangan gadis itu laju menekup kedua belah pipi Irene."Bonda? Nama dia Irene ke?"ujarnya seakan tidak percaya. Pipi Irene ditekan seperti mulut ikan.

'Wah, sesedap hati budak ni je main tekan pipi aku,' desis Irene dalam hati.

"Irene Vrdellys? Bonda betul ke!"

"Anakanda ... janganlah buat begitu," tegur Permaisuri Rose. Vylera terus melepaskan pipi Irene.

"Maaf," ucapnya perlahan. Dia duduk disebelah bondanya. Sekali lagi dia merenung Irene sehingga Irene tidak selesa.

"Eerr ... jadi permaisuri Rose, memang betullah mereka ada di Pulau itu?" soal Irene. Dia cuba buat tidak tahu akan mata biru yang asyik memandangnya dari tadi.

"Ya, jika kamu mahu ke sana... saya nak pesan sesuatu. Jangan pergi seorang diri. Pulau itu dijaga oleh Soul. Kamu kena berhati-hati," kata Permaisuri Rose.

"Baiklah permaisuri Rose," Irene melirikan pandangan kepada, Vylera. Gadis belasan tahun itu juga memandangnya. Dia macam pernah tengok. Macam selalu nampak! tapi lupa!

"Irene? Dah lupa Lera ke?" soal gadis itu.

"Lera? Hmmm...." Irene menggaru kepala. Tidak kenal pun Vylera ni. Mata dikerlipkan beberapa kali. Dia cuba mengingatkan sesuatu. Sesuatu yang pernah wujud dalam memorinya pada ketika dahulu.

"Kau lupa aku ke?" Soal Vylera lagi. Permaisuri Rose hanya menghirup teh hijau. Sesekali saja dia mengerling Vylera dan Irene.

Irene diam. Dia memandang dalam anak mata berwarna biru gelap. Dia cuba menyelami fikiran, Vylera! Dia betul-betul lupa siapa Vylera ni.

Continue Reading

You'll Also Like

246K 15.3K 43
Book 1 of fantasy series. LUNA ELINA. Seorang gadis yang pada mulanya hidup sebatang kara sehinggalah dia memasuki satu dimensi secara tidak sengaja...
68.9K 3K 12
"Saya Tahu Saya Nerd ! Tapi Tak Perlu Mainkan Perasaan Saya! saya Pun Ada Perasaan!" - Hani "Maafkan Aku.." - Jackson *** Author : KimKeiKei__ COMPLE...
220K 13.6K 82
PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang permaisuri melahirkan sepasang bayi di p...
69K 7.8K 31
Sequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak mister...