White Guardians ( Editing)

Oleh SyuhadaNr

560K 43.5K 1.6K

White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin d... Lebih Banyak

1.Willard
2.Ryan and Rena
3.Bukti
4.Mimpi
5.Welcome to Verillend
6.Erina
7.Town Hill
8.Buku
9.RenaVsRyan=Erina win 😂
10.Mission
11. The Journey is begin
12.Deep Forest
13.Irene hilang
14. Ornans Village
15.Legend Sword
16.Secarlet?
17.Viez Alfron
watak 👋
18.Ikan Emas
19.Pewaris
20.Gunung Cyberia
21.Diserang!
22.Blue Eyes
23. Confused
24.Air Ive
25.Cerita si ikan emas
26.Jatuh tergolek
27.First Kiss?
28. Kuda
29.Nelson Falls
30.From other Dimension
31.First Fight!
32.Rantai krystal
33. Bintang
34.Secret
35.Alice Waynestin
36.Lost memory
37.Ice
38. Dragon leather gloves
39.Rampasan kuasa
40. Surat Rena
41.Amorgite stone
42.Sudah jatuh ditimpa tangga!
43.Berubah sekelip mata?
44. Buka Dimensi
45. Selamat Tinggal Nyea!
46. The unexpected
47.Singa jadian?
48.Masalah!
49. Hanya kerana air!
50. Black Beast?
51.Pengakhiran hidup huh?!
52.Surprise
53.With Ryan
54.Gadis berambut putih
55. Childish
56.Siapa Secarlet?
57.Menipu!
58.Golith Si penjaga
59.Matlamat
60.Terlepas!
61.Mak? Ayah?
62.Drycon? Biar betul!
63.Long story
64. Discussion
65. Mana Eicland?
67. Ditampar dua kali!
68. Vylera
69. White Beast
70. Mermaid
71. Pire
72. Guardians VS Mermaid
73. Hidung Berdarah?
74. The Soul
75. Jangan tinggalkan aku.
76. Ayah.
77. Berita buruk.
78. Apa kau buat dekat sini?
79. Perang!
80. Surez Vs Zeus.
81. Cahaya.
82. Irene dan Viez?
Special Chapter (Ending)
AUTHOR NOTE
BOOK 2 ?

66. Peluang kedua.

4.4K 414 11
Oleh SyuhadaNr

Dia berlari mendapatkan Rena. Satu deruan angin yang kuat membuatkan Ryan melayang ke belakang, terasa seolah-olah dibawa angin! Terus dia membuka mata, Erina sedang memandang dia dengan muka berkerut.

"Nak mati sangat ke? puas hidup?" perli Erina.

"Aku ...."


Bam!



Bunyi hentaman yang kuat telah membuatkan Erina dan Ryan memalingkan muka. Angin menderu laju tatkala salji seakan ombak tadi terhempas jatuh. Satu gelombang angin terhasil, dan mereka terpelanting jauh ke belakang.

Ryan bingkas bangun sambil memegang kepala yang terasa pening. "Rena ditimpa salji tu!" ujarnya seraya menunjuk ke arah timbunan salji. Tanpa menunggu balasan Erina, dia terus berlari. Suara Erina yang memanggil tidak dihiraukan langsung!

Timbunan salji dipijak. Kedua belah tangan Ryan menggali timbunan salji tersebut tanpa henti. Muka Ryan nampak cemas tika ini. Tiba-tiba Erina muncul disebelah, tanpa bersuara dia melutut dan turut mencari Rena.

"Mana yang lain?" soal Ryan memecah kesunyian. Tangan masih laju membuat kerja. Salji dilempar ke serata tempat.

"Tak tahu, mereka selamat kut," balas Erina sambil mengangkat bahu. Dahinya berkerut apabila tangannya tersentuh sesuatu. Dia berhenti seraya mendekatkan muka. Ryan menoleh.

"Rambut, Rena?" Muka dipalingkan kepada Ryan.

"Mana? cepat! nanti dia lemas," Tangan Ryan mengeluarkan cahaya merah, perlahan dia menggali salji.

Tidak lama selepas itu, mereka berdua menjumpai separuh badan Rena. Ryan membersihkan salji yang menutupi wajah, Rena.

"Rena?" panggilnya seraya memegang kedua pipi Rena. Mata gadis itu terpejam rapat. Wajahnya pucat dan sejuk seperti ais!

Perlahan-lahan Ryan mengeluarkan Rena. Dia memangku kepala Rena. Kemudian, dia mengosok kedua belah tangan sehingga menghasilkan wap lalu menekupkan telapak tangan pada pipi Rena. Jika tidak sedar pun, sekurang-kurangnya dapat membantu memanaskan badan.

"Rena, bangun," Ujarnya sambil mengerakan ke kiri dan kanan namun Rena tidak sedarkan diri!

Bam!

Mereka tersentak mendengar bunyi dentuman. Tanah-tanah mula bergegar dan merekah. Mata mereka meliar melihat keadaan sekeliling. Satu pancaran cahaya memancar terang dan mereka ternampak Alice, Viez dan Joshua sedang melakukan serangan terhadap makhluk gegarsi.

"Apa tu?" soal Erina seraya menoleh. Dia berdiri menegak. Baju diperbetulkan sedikit.

Dahi Ryan berkerut. "Entah, aku tak pernah nampak pun." Balas Ryan, perlahan-lahan dia mendukung Rena.

"Kau jaga dia, biar aku yang pergi," Usai berkata Erina terus hilang seperti angin yang berlalu tanpa sempat Ryan bersuara! Sekejap sahaja dia sudah berada di kaki Golith.

Anak panah cahaya meluru laju, membelahi udara dan tepat mengenai tangan, Golith. Pedang besi terlepas dari gengaman tangan. Tali cemeti diperbuat dari air telah melilit kemas pergelangan tangan kiri Golith manakala tangan kanan pula terikat dengan tali cahaya. Golith jatuh melutut. Tangannya seakan terkunci!

"Joshua, pergi!" arah Viez.

Joshua hanya mengangguk. Dia memanjat tubuh Golith dari belakang. Sekelip mata sahaja dia sudah berada di atas kepala Si gergasi. Joshua melepaskan tumbukan padu tanpa henti di atas kepala Golith!

"Argh! kamu semua akan terima balasan!" Golith memekik kuat. Suaranya bergema seperti gelombang. Kepalanya tertunduk-tunduk ke bawah dek di pukul oleh Joshua sambil itu, Viez dan Alice menarik Golith. Tambahan pula, dia jatuh melutut kerana diserang Erina.

Golith meradang tatkala tubuhnya jatuh ditarik ke bawah! "Argh! kamu semua akan terima balasan!" Bentaknya, kedua belah tangan direntap dengan kuat! Viez dan Alice yang mengikat Golith tercampak kebelakang! Joshua terjatuh lalu mengelungsuri badan Golith yang berbongol-bongol seperti batu.

"Aduh!" adu, Joshua. Dia mengeliatkan badan. Tubuhnya terasa sakit! Cis, mujurlah tak patah tadi!

Dia mengangkat muka. Mata terbuntang tatkala Golith mengangkat pedangnya dan mahu menetak! Joshua kaku. Badannya seakan patung.

"Woi, Joshua! kau buat apa! selamatkan diri!" pekik Alice dari jauh sambil berlari menuju ke arahnya.

Joshua masih tidak berganjak dari kedudukannya. Dia hanya melihat Golith mengangkat pedang besi! Okay, dia sendiri tak tahu mengapa dia bertindak begitu. Dalam otaknya tiba-tiba sahaja kosong! Kenapa tiba-tiba jadi macam ni? Tanda ajal nak dekat ke?

Dush!

Viez pantas menolak Joshua ke sisi. Tubuhnya berganjak sepuluh tapak ke belakang. Erina menahan tangan Golith dari bergerak.

"Kenapa Joshua? Kenapa kau macam orang bodoh!" Viez melepaskan marah. Mana tak marah? Joshua dan dia membesar bersama, berkawan rapat malah seperti adik-berdik!

"Aku tak tahu ...." balasnya perlahan. Viez melepaskan keluhan panjang. Erina cuba menghalang Golith dipandang sekilas. Kemudian beralih pada Alice yang makin menghampiri.

"Viez, aku dah tak tahan ni!" Dahi Erin berkerut menahan Golith dari bergerak. Kekuatan Golith berkali ganda kuat! kalau nak dibandingkan dengan budak mentah macam dia.

"Budak? hahahaha!" Golith tertawa besar melihat Erina. Satu deruan angin sejuk menyapa tubuh gadis tersebut. Erina mengigil kesejukan, seperti mahu beku! Akibat tidak tahan, dia terlepaskan Golith tanpa sengaja. Badan Erina mula membeku. Dia jatuh ke bawah! Mujur Alice sempat menyambut dengan kuasa cahayanya.

"Kamu semua akan mati!" Golith kembali menjulang pedangnya, laju tangannya bergerak mahu menetak!

"Golith! Berhenti! Berhenti!" Jerit satu suara yang amat lantang. Golith terhenti seraya menoleh ke arah suara tersebut. Tidak jauh dari situ, gadis berambut hitam sedang berdiri sambil bercekak pingang dan disebelahnya seorang lelaki sedang mendukung seorang gadis.

"Irene? " Viez memalingkan muka. Gadis itu hanya menjeling sekilas. Nampak marah!

"Kenapa?" soal Golith.

"Mereka kawan aku!"

"Betul ke?"

"Ya!"

Golith diam, perlahan-lahan tangan diturunkan ke bawah."Oh, aku minta maaf," Ujarnya.

Irene menampak ke hadapan. Viez tidak lepas memandang Irene. Gadis itu hanya buat tak tahu je. Ryan hanya diam memerhati.

"Korang buat apa dekat sini? Kenapa datang sini?" soalnya dingin tanpa melihat wajah mereka semua.

Tangannya bercahaya merah diselangi warna biru, Erina yang kaku seperti ais disentuh. Rasa suam-suam mula menjalar diseluruh badan Erina. Dia sudah boleh bergerak.

Erina melompat girang seraya berkata "Yeah! aku ingat jadi arca aislah tadi!" Lengan Irene dipeluk erat. Irene tersenyum kelat.

"Aku tanya apa korang buat dekat sini!" Suara Irene meninggi naik! Geram kerana seorang pun tak jawab soalannya tadi. Erina terkejut, pegangan tangan Irene terus terlepas. Suasana bertukar hening.

"Cari kau ...." jawab Erina perlahan.

"Balik." Ujar Irene dingin seraya memandang Erina.

"Balik? kau suruh kami balik?" Ryan menyoal dengan nada yang bengang. Rena dalam dukungan masih belum sedarkan diri lagi.

"Huh? Sudah terang lagi bersuluh bukan? Aku suruh balik!"

"Woa, susah-susah sampai sini dan kau suruh balik?" Alice memegang kedua bahu Irene. "Irene jangan macam ni. Kau kenapa? aku tahu ni bukan diri kau yang sebenar,"

"Untuk apa kau cari aku? Hati aku sakit bila ditipu! Ditipu oleh orang yang aku dipercayai!" Tangan Alice dialih kasar.

"Irene...."

"Aku kata balik!" bentak Irene. Dia memusingkan badan dan mengangkat kaki.

Viez hanya tercegat. Langkah Irene diperhatikan. Anak mata Irene dipandang dalam. Tujuan mereka datang untuk meminta maaf dan memujuk dia supaya kembali. Penat-penat datang dari jauh, selepas itu disuruh balik? Wah, ini memang tidak berbaloi! Inikah yang mereka dapat? Selama berjam-jam perjalanan mereka, usaha mereka hanya sia-sia!,

Oh, tidak! Viez tidak akan menuruti arahan Irene, biarpun sahabat perjuangannya mahu pergi dari situ! Dia tidak akan pergi selagi Irene tidak mahu ikut. Dia mesti lakukan sesuatu!

Viez, mengejar langkah Irene seraya berkata "Tunggu dulu. Irene!" Lengan Irene dipegang dan langkah gadis itu terhenti seketika. Dia memusingkan badan Irene.

"Kau nak apa!" tengking Irene. Tangan direntap kasar, namun jari Viez mengenggam erat.

"Kau...." kata-kata Viez tergantung. Tangan Irene ditarik kuat hingga merapati, Viez. Pegangan tangan diperkemas.

"Apa? " Irene kehilangan kata-kata tatkala Viez menyisirkan rambutnya ke belakang lalu pipinya dipegang lembut. Irene terdiam, dia menatap wajah Viez. Anak mata lelaki itu dipandang dalam.

"Aku dan yang lain nak minta maaf. Tolong, bagi peluang kedua dan ...." pujuk Viez lembut. Dia menghentikan ayat lalu mendekatkan muka sebelum berbisik sesuatu. Bisikan Viez telah membuatkan Irene berubah riak!

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

637 97 24
"Kau yang di takdirkan untuk hidup namun memilih untuk mati, sementara aku ditakdirkan mati lebih memilih untuk meneruskan hidup, layakkah aku menent...
69.1K 7.8K 31
Sequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak mister...
220K 13.6K 82
PLEASE READ THE WARNINGS THOROUGHLY THANK YOU Tercetusnya sebuah peperangan, hilangnya satu pasangan. Sang permaisuri melahirkan sepasang bayi di p...
1.9M 4.4K 27
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold