exam paper | jimin.

By softfya

150K 21.9K 4.8K

❝si-bebal tertukar kertas exam dengan si-bongkak.❞ π™‰π™Š π˜Ύπ™Šπ™‹π™”π˜Ύπ˜Όπ™ π™‹π™‡π™€π˜Όπ™Žπ™€. More

:: 01
:: 02
:: 03
:: 04
:: 05
:: 06
:: 07
:: 08
:: 09
:: 10
:: 11
:: 12
:: 13
:: 14
:: 15
:: 16
:: 17
:: 18
:: 19
:: 20
:: 21
:: 22
:: 23
:: 24
:: 25
:: 26
:: 27
:: 28
:: 29
:: 30
:: 31
:: 32
:: 33
:: 34
:: 35
:: 36
:: 37
:: 38
:: 39
:: 40
:: 41
:: 42
:: 43
:: 44
:: 46
:: 47
:: 48
✧ special chapter

:: 45

2.9K 444 342
By softfya

"kau nak apa pompuan?! kau dah report aku dekat cikgu lepastu nak mintak aku tolong kau? fikir aku bodoh? blah la sial!" ryujin menolak minhee yang menghalang laluannya.

"cha ryujin, baik kau ikut cakap aku sebelum kau menyesal." kata minhee dan membuatkan ryujin berhenti melangkah.

"aku takkan menyesal dan ikut cakap kau lagi, aku dah insaf aku takkan sakitkan sesiapa dan kau boleh lupakan hasrat sakiti jaemy."

"aku dengar ayah kau sakit jantung dan tak ada duit nak buat operation sebab keluarga kau jatuh muflis, apa kata aku tolong kau dengan bagi kau duit..?"

ryujin terdiam dan berfikir sejenak.

"t-tapi kenapa kau benci sangat kat jaemy? apa jaemy buat dekat kau?" tanya ryujin hairan, sanggup minhee nak bagi duit hanya semata-mata nak aniaya jaemy.

"perempuan tu rampas kekasih aku dan aku rasa menyampah setiap kali semua orang puji dia sampai aku disisihkan."

"jadi sebab tula kau sabotaj jaemy curi kertas exam tempoh hari? kau memang nekad nak hancurkan hidup dia sebab seorang lelaki? wah kau memang pyscho." kata ryujin tak percaya.

"ya aku pyscho, aku akan terus hapuskan lawan aku dan lenyapkan dia dari pandangan aku."

"okay, aku tolong kau curi kertas exam kat bilik guru tapi bila jaemy dituduh kau kena bagi duit operation ayah aku."

"baiklah. kalini aku akan kotorkan tangan aku. kau kena, aku pun kena jadi pastikan jangan bagi kantoi, k see you later." kata minhee dan berjalan pergi.

ryujin sepahkan rambutnya dan dia sekali lagi termasuk jerat minhee.

༺❀༻

𝐒𝐀𝐄𝐖𝐎𝐍

aku tekan butang end record dan tergamam.

aku telah dengar sesuatu yang dasyat, aku tak sangka perempuan tu sanggup dia aniaya kawan baik aku?!

jaemy d-dia tak curi kertas exam la selama ni? dan betullah dia dituduh?

a-aku tinggalkan jaemy sebab aku fikir jaemy betul-betul mencuri, apa aku nak buat ni? jaemy kenapa semua ni jadi dekat kau?

aku selalu kutuk belakang jaemy sebab dia terlalu bongkak kepandaian dia tapi aku still ada rasa simpati sebab aku jadi kawan dia since sekolah rendah.

aku patut bagitahu jaemy tentang ni, ya saewon kau kena tolong kawan baik kau. dia tak bersalah! dia dianiaya!

aku sangat geram dekat perempuan berhati busuk itu, dasar pendengki. dia hampir hancurkan hidup jaemy.

aku akan laporkan kat cikgu dan bersihkan nama jaemy.

itu yang aku patut buat untuk kembalikan friendship kami, bukti rakaman suara dalam phone aku ni dah cukup untuk bongkarkan semua kejahatan dia.

aku pergi ke kelas jaemy untuk memberitahu perkara sebenar.

aku baru je nak masuk ke dalam kelas jaemy, aku nampak jaemy dan jimin bermesra berdua-duaan.

terus aku tak jadi masuk dan sorok belakang pintu kelas jaemy.

aku tahu jaemy dan jimin bercinta dan itu membuatkan aku sedih sebab aku sukakan jimin juga.

kenapa hati aku sakit ni? saewon abaikan perasaan ni kau kena tolong kawan kau.

aku intai jaemy dan jimin disebalik tingkap kelas. mereka bergelak ketawa dan bergurau senda, nampak sangat secocok.

aku rasa cemburu dengan jaemy, dia pandai, lawa, keluarga berada dan ada boyfriend yang penyayang.

aku genggam handphone aku dan cuba mengawal diri aku dari sakit hati dan rasa benci.

aku berpaling dari melihat mereka.

maafkan aku jaemy aku tak nak masuk campur dalam kehidupan kau. aku harap kau tabah hadapi semua dugaan ni.

aku berjalan pergi dan tak jadi untuk menemui jaemy, aku memang kawan yang teruk :)

༺❀༻

𝐉𝐈𝐌𝐈𝐍

"wah salji dah turun." jimi menadah tangannya dan melihat salji turun.

aku memerhati gelagat comel jimi yang teruja tengok salji turun.

"jangan keluarkan tangan kau dari poket nanti tangan kau sejuk." aku pegang tangan jimi dan masuk ke dalam poket baju sejuk aku.

jimi terkejut apabila aku pegang tangannya.

"apa kau buat ni? lepaslah aku nak rasa kesejukan salji ni." jimi tarik tangan dia kembali tapi aku genggam kuat tangan dia dalam poket.

akhirnya jimi mengalah dan aku tersenyum kemenangan, tangan jimi lembut dan hangat bak kulit bayi hehehe.

"tak lama lagi christmas. kau nak bagi aku hadiah apa?" tanya jimi.

"erm adalah." jawab aku selamba.

"adalah adalah ey tumbuk kang." jimi mengacukan penumbuk dengan tangan lagi satu.

"jumlah balik, salji makin lebat takut motor aku hilang pulak nanti."

aku dengan jimi dating kat cafe, alang-alang tu study sebab exam nak dekat.

jimi angguk dan tutup kepala dia dengan hood.

"nak lari ke jalan?" tanya jimi.

"jalanlah, kalau lari nanti jatuh."

aku jalan perlahan sambil pegang tangan jimi, aku tak rasa sejuk sebab tangan jimi tersangat hangat.

jimi tarik tangan dia keluar dari poket aku dan berlari anak ke satu tempat.

"nak pergi mana?" aku ikuti langkah jimi ke tempat itu.

jimi mencangkung di atas tanah dan mengambil segenggam salji lalu melihat salji itu di atas tangannya.

"kau buat apa tu?" aku berdiri sebelah jimi dan pandang jimi mencangkung.

"meh la sini, salji ni lawa." panggil jimi dan suruh aku dekatinya.

"tak sejuk ke pegang salji tu?"

aku mencangkung sebelah jimi dan melihat salji di atas tapak tangannya.

"apa yang lawanya? biasa je aku tengok."

"lawanya ialah..."

pak! jimi campak salji itu ke muka aku.

jimi melarikan diri dari aku sambil tergelak, aku menyapu muka untuk hilangkan salji. eh dia ni main kasar nampak.

"yash jimi! datang sini berani k-kau aish sejuk!" aku mengeliat kerana salji tu masuk ke dalam baju sejuk aku.

"hahaha kejarlah sampai dapat!" jimi menjelir lidah dan gelakkan aku.

aku tak kejar jimi dan melihat dia tersenyum riang bermain salji.

dia nampak lebih cantik dan menawan kalau dia gelak macam tu. tenangnya bila tengok dia gembira.

"jimin! termenung apa tu? taknak balik ke?!" jerit jimi yang berada jauh di sana sambil melambai aku.

mulai sekarang jimi satu-satunya orang yang aku sayang dan aku takkan bagi sesiapa sakitinya lagi.

༺❀༻

sekolah harini sangat riuh rendah kerana kertas peperiksaan pelajar tahun akhir ini telah kehilangan satu kertas.

satu kertas hilang, semua orang tak boleh jawab exam dan tak boleh gradute.

semua cikgu kelam kabut sebab kertas tu sangat berharga dan bahaya kalau ditemui oleh pelajar. habislah kalau soalan bocor kena cetak balik semua soalan.

"weh siapa do ambik kertas tu? gentle ah berani gila."

pelajar kelas 5-5 bergossip tentang perkara itu dan ada je perkara untuk dibahas.

jimi rasa tak sedap hati kerana dia pernah dituduh mencuri kertas exam dan panic attack nya datang kembali.

shinjae mengurut bahu jimi dan cuba menenangkan jimi.

tiba-tiba pengetua dan cikgu masuk ke kelas 5-5 secara mengejut.

jimi dah bayangkan sesuatu yang tak disenangi akan terjadi sekejap lagi pada dirinya.

anxiety jimi semakin teruk dan menguasai dirinya.

semua pelajar terkejut dengan kehadiran pengetua dan tak disangka lagi nama jimi disebut.

"siapa park jimi? dan siapa choi min-" panggil cikgu lalu minhee mengangkat tangan.

"saya choi minhee." berdiri minhee.

jimi hanya melihat dari tempatnya sahaja apabila cikgu menyebut namanya.

"jadi mana bukti kamu yang park jimi ambil kertas exam?" tanya cikgu kepada minhee dan kelas menjadi bising.

jimi yang sakit kepala tu semestinya sangat terkejut, kenapa dirinya selalu menjadi suspek kalau ada kes kecurian?

"ni bukti dia." kata minhee dan menyerahkan phone kepada pengetua, pengetua dan cikgu melihat video itu.

"malam tadi saya pergi sekolah dan saya ternampak ada seseorang masuk bilik guru. jadi saya rakam benda ni tapi tak sangka pula..." ujar minhee sambil memandang jimi.

jimi langsung tak mengerti video apa tu sampai dia dikaitkan sekali?

"park jimi, kamu mencuri kertas exam sekali lagi? kalini saya akan kenakan hukuman yang setimpal dekat kamu, sila ikut saya sekarang." kata pengetua yang tengah tahan kemarahannya.

pelajar kelas lain dah mula berkumpul kat luar kelas 5-5 untuk menyaksikan kejadian ini.

jimi tidak bersuara dan tidak berganjak dari tempatnya. jimi terlalu takut dan tak dapat pergi mana-mana.

"apa ni minhee? kau tuduh jimi curi kertas exam?! macam mana pengetua boleh percaya cakap dia ni!?" shinjae bangun membela jimi.

"aku tak tuduh dia pun aku cuma nak tegakkan keadilan je." kata minhee selamba badak.

shinjae terus mengambil phone minhee dan melihat video itu, video tu menunjukkan seorang gadis mirip jimi menyelinap masuk ke dalam bilik guru pada waktu malam.

shinjae terkesima tak mungkinlah jimi mencuri kertas exam?

jimi pandang muka shinjae yang terkejut.

"jimi kau..kau ada dalam video ni." kata shinjae.

"apa? haa?" jimi cuba gagahkan diri dia untuk bangun tapi kakinya tiba-tiba lemah dan hampir terjatuh. nasib baik jungkook menolongnya.

"kau okay?" tanya jungkook yang memapah jimi.

jimi hanya angguk dan jalan perlahan ke arah pengetua dan cikgu.

"tu bukan saya pengetua, saya sumpah atas nama keluarga saya. saya tak pernah pergi sekolah waktu malam." jimi bela dirinya.

"jimi aku tak sangka kau tak tahu malu, dah terang-terang orang dalam video tu kau. please jimi jadi lah matured sikit." kata minhee.

jimi abaikan kata-kata minhee yang menyakitkan hati.

"saya taknak panjangkan hal ini, betul cakap kawan kamu. kalau kamu mengaku semua ni akan selesai. saya tahu dulu kamu pelajar top kat sekolah tapi tolonglah bertimbang rasa sikit. tengok kawan-kawan kamu dorang semua nak gradute awal disebabkan kamu curi kertas exam satu batch lambat gradute." kata pengetua ala-ala kebapaan.

jimi mengeleng kepala dan air matanya turun satu persatu.

minhee menaikan matanya ke atas tanda menyampah.

"walaupun saya tak buat, saya tetap dipersalahkan. adakah betul dalam video tu saya? pengetua percaya cakap dia sebab saya pernah dituduh mencurikan? saya tak pernah curi hak milik sesiapa, percayalah saya dianiaya--"

"cukup jimi jangan bagi alasan." kata cikgu ryu, bekas cikgu addmath jimi.

"saya cakap benda betul cikgu, percayalah saya.." rayu jimi dan mengalirkan air mata, sesiapa yang melihatnya pasti tersentuh.

"saya perlukan taehyung dan jungkook untuk bawa jimi ke bilik pengetua, polis akan datang dan parents kamu juga akan datang sekali." kata cikgu kepada taekook dan taekook terkejut, kenapa dalam banyak-banyak pelajar diorang gak kena bawa jimi pergi sana.

"saya merayu cikgu, saya tak lakukan semua tu. jangan panggil omma dan appa saya." jimi melutut di atas lantai.

taehyung dan jungkook pun rasa bersalah nak sentuh jimi, lagi-lagi jungkook berair dah mata.

manakala minhee tersenyum disebalik muka serius dia.

kedebush! pintu belakang kelas 5-5 dibuka secara kasar dari luar kelas.

jimin, saewon dan ryujin masuk ke kelas itu.

jimin pergi ke arah cikgu dan pengetua, muka jimin nampak agak bengis harini.

automatik muka minhee berubah apabila ternampak ryujin.

"pengetua, cikgu maafkan saya kerana datang dalam keadaan yang biadap tapi saya kena bagitahu sesuatu yang penting." kata jimin serius.

"perkara apa yang penting itu?" tanya pengetua hairan dan pandang cikgu ryu disebelahnya.

"perempuan dalam video tu bukan park jimi dan saya dah pastikan dia tak curi kertas exam tu."

"habistu kalau bukan park jimi siapa? dah ketara dia dalam video tu." kata cikgu.

"perempuan tu cha ryujin." kata jimin dan semua terkejut.

ryujin mara kehadapan dan mendekati pengetua.

"ya dalam video tu saya dan saya mengaku saya ambil kertas exam tu." ryujin mengeluarkan kertas exam yang masih berbalut dengan plastik.

pengetua terus ambik bungkusan plastik tu dan melihatnya ternyata memang betul itu kertas exam yang hilang.

"k-kamu..macam mana.." pengetua terkesima.

minhee dah mula gelabah dan cuba warning ryujin dengan riak mukanya.

"saya minta maaf atas kebodohan saya dan saya tak curi dengan sengaja, minhee pun terlibat sekali. dia suruh saya curi kertas exam dan cuba aniaya jimi." kata ryujin.

"dia tipu! jangan percaya!" bangkah minhee.

pengetua memandang minhee tak juga semua orang.

"minhee tolonglah mengaku kau yang suruh aku buat macamtu sebab kau benci jimikan?" tanya ryujin.

jimi yang melutut di lantai tergamam dan hanya mampu mengawal diri dari menyerang minhee.

"tak! aku tak pernah suruh kau buat apa-apa ataupun tolong kau curi kertas exam!" jerit minhee marah tanpa pedulikan pengetua yang berada di situ.

semua pelajar dah mula bergossip.

saewon mengeluarkan phonenya.

"saya ada bukti rakaman yang minhee ugut ryujin untuk aniaya jimi dan tentang kejadian jimi dituduh kertas exam tempoh hari pun, minhee aniaya-nya juga." saewon mainkan rakaman itu.

pengetua dengar rakaman itu dan minhee jerit macam histeria lalu cuba rampas phone saewon.

taehyung dan jungkook pegang minhee yang menganas macam orang gila untuk menyerang saewon.

pengetua mengeleng kepala dan pening melihat kerenah pelajar-pelajarnya, segera pengetua beredar dari kelas bersama cikgu.

tiba-tiba jimi pergi ke arah minhee lalu menampar pipi minhee kuat.

"s-sanggup kau aniaya aku! kau tahu tak aku sengsara sebab perbuatan kau! sebab kau aku masuk kelas belakang mana sifat kemanusiaan kau choi minhee?! kenapa kau benci aku sangat?! apa yang aku dah buat dekat kau?!" jerit jimi geram dekat minhee.

taehyung dan jungkook pegang minhee yang cuba untuk menampar jimi balik.

"kau tak layak dipuji atas kepandaian kau! kau manusia bongkak yang selalu buat aku meluat. kau pandang rendah dekat budak kelas belakang dan kau rampas cinta hati aku! memang patut pun kau sengsara?
lepaslah bodoh!" minhee cuba melepaskan diri.

"pompuan tak guna-" jimi mahu menampar minhee lagi tapi jimin halang dan suruh jimi tenangkan diri dahulu.

"minhee aku tak sangka kau sekeji ini. kau kawan baik aku sejak sekolah rendah, aku terkejut gila dapat tahu kau sakiti jimi. perbuatan kau betul-betul dah melampau.." kata jimin dengan nada kecewa.

"jimin aku sayangkan kau, aku buat semua ni sebab kau. kau selalu sedih sebab perempuan tu selalu pandang rendah dekat kau. jimin jangan tinggalkan aku, aku boleh bagi kau segalanya lebih dari jaemy bagi." minhee tiba-tiba berubah menjadi baik apabila jimin bercakap dengannya, nampak sangat tak waras dah.

"sorry aku hanya sukakan jimi...dan BUKANNYA UNTUK MANUSIA BERTOPENGKAN SETAN MACAM KAU! AKU TAKKAN MAAFKAN KAU SEBAB SAKITI GIRLFRIEND AKU! SAMPAI KAU MATI AKU BENCI KAU! KAU BOLEH BLAH DARI PANDANGAN AKU. DASAR SIALAN!" jerit jimin marah dan menengking minhee sepuas hati.

jimin dah cakap, dia takkan bagi sesiapa sakiti jaemy. tak kiralah kawan baik sekalipun. jimin tetap akan membenci dia sampai bila-bila.

minhee tergamam dan mengalirkan air mata. "jimin jangan macam ni...aku cintakan kau..please jimin.." rayu minhee.

"weh bawak dia gi bilik disiplin! betina tu tak layak jejak kat kelas suci kiteorang ni!" kata salah seorang pelajar perempuan.

"betul tu dasar betina tak malu! kesian jimi disebabkan kau jimi terpaksa merana!"

ramai giler memaki hamun minhee dan membela jimi, akhirnya taehyung dan jungkook membawa minhee keluar dari kelas untuk meredakan suasana yang tegang.

jimi menarik nafas lega, akhirnya nama dia telah bersih dari semua tuduhan. panic attacknya mula reda.

jimi pandang saewon yang masih tak pulang ke kelasnya.

"s-saewon..." jimi terus memeluk saewon dan menangis sebab terharu.

"jaemy...a-aku..maafkan aku weh. aku tak percaya kau selamani patu aku tinggalkan kau..aku kawan paling tak guna.." saewon peluk jimi dan menangis.

"tak mana ada, kau bersihkan nama aku saewon! kau lah kawan baik aku selamanya."

drama airmata menyelubungi kelas 5-5 dan akhirnya jimi dapat berbaik semula dengan kawan baiknya.

tamatlah riwayat setan minhee dan terbongkarlah semua kejahatannya kepada umum.

erm gembira idok? hahaha.

mak aih letih bhai menaip, ending semakin hampir vroom vroom! aku nak wat sad ending HAHA patu tambahkan complicated lagi. ingat walaupun minhee dah terima balasan masih ada lagi benda malang menimpa jimi dan jimin (bapak skema sia ayat haku)

Continue Reading

You'll Also Like

1K 340 5
+ jimin anak yang baik. Β© ssawvaend storyline
2.8K 584 17
❝Meninggalkan kamu, perkara terbodoh yang pernah aku lakukan❞ ©seventeen | 2021 project
12.9K 962 32
dia la lelaki paling puaka yang pernah aku jumpa setelah 25 tahun aku hidup. kata katanya, sikap nya, segala gala tentang dia, mampu menyakitkan...
132K 19.8K 35
❝terbagi musuh makan biskut pengasih?❞ re-written 2020. π™‰π™Š π˜Ύπ™Šπ™‹π™”π˜Ύπ˜Όπ™ π™‹π™‡π™€π˜Όπ™Žπ™€