White Guardians ( Editing)

By SyuhadaNr

560K 43.5K 1.6K

White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin d... More

1.Willard
2.Ryan and Rena
3.Bukti
4.Mimpi
5.Welcome to Verillend
6.Erina
7.Town Hill
8.Buku
9.RenaVsRyan=Erina win 😂
10.Mission
11. The Journey is begin
12.Deep Forest
13.Irene hilang
14. Ornans Village
15.Legend Sword
16.Secarlet?
17.Viez Alfron
watak 👋
18.Ikan Emas
19.Pewaris
20.Gunung Cyberia
21.Diserang!
22.Blue Eyes
23. Confused
24.Air Ive
25.Cerita si ikan emas
26.Jatuh tergolek
27.First Kiss?
28. Kuda
29.Nelson Falls
30.From other Dimension
31.First Fight!
32.Rantai krystal
33. Bintang
34.Secret
35.Alice Waynestin
36.Lost memory
37.Ice
38. Dragon leather gloves
39.Rampasan kuasa
40. Surat Rena
41.Amorgite stone
42.Sudah jatuh ditimpa tangga!
43.Berubah sekelip mata?
44. Buka Dimensi
45. Selamat Tinggal Nyea!
46. The unexpected
47.Singa jadian?
48.Masalah!
49. Hanya kerana air!
50. Black Beast?
51.Pengakhiran hidup huh?!
52.Surprise
53.With Ryan
54.Gadis berambut putih
56.Siapa Secarlet?
57.Menipu!
58.Golith Si penjaga
59.Matlamat
60.Terlepas!
61.Mak? Ayah?
62.Drycon? Biar betul!
63.Long story
64. Discussion
65. Mana Eicland?
66. Peluang kedua.
67. Ditampar dua kali!
68. Vylera
69. White Beast
70. Mermaid
71. Pire
72. Guardians VS Mermaid
73. Hidung Berdarah?
74. The Soul
75. Jangan tinggalkan aku.
76. Ayah.
77. Berita buruk.
78. Apa kau buat dekat sini?
79. Perang!
80. Surez Vs Zeus.
81. Cahaya.
82. Irene dan Viez?
Special Chapter (Ending)
AUTHOR NOTE
BOOK 2 ?

55. Childish

5.2K 516 13
By SyuhadaNr

Dia bangkit dari pembaringan lalu duduk bersimpuh. Mata masih terpejam rapat. Dahi dipegang kerana terasa pening. Sebaik sahaja mencelikkan mata. Perasaan pelik menyelubungi dirinya.

"Aku dekat mana ni?"

Kepala dipusing ke kiri dan ke kanan. Suasana amat gelap-gelita. Yeah, dia langsung tidak nampak apa-apa. Tiada sekelumit cahaya pun yang dia nampak.

Tangannya meraba-raba ruangan hadapan. Kosong tiada apa-apa. Kemudian dia meraba ke bawah. Keadaan masih sama, dia tidak dapat merasai apa-apa, ia seperti kosong. Seolah-olah dia tidak berpijak pada tanah.

"Aku dekat mana? tempat apa ni!"

Jeritnya sekuat hati. Suaranya bergema kuat sehingga menghasilkan gemaan. Serius dia tengah bingung. Tak tahu nak buat apa. Dengan keadaan gelap begini. Dia tertanya-tanya di manakah dia berada? Atau pun dia sudah mati?

Satu titisan cahaya seperti air jatuh di hadapannya. Dia menunduk ke bawah. Titisan itu menghasilkan gelombang cahaya seperti air.

"Apa itu ...."

Sekali lagi titisan cahaya jatuh dari atas. Dia pula mendongak ke atas. Mencari punca. Dia terkejut apabila ribu-ribuan cahaya tadi jatuh seperti hujan yang lebat. Dia yang duduk bersimpuh tadi terus berdiri tegak.

Di bawah telapak kakinya, keluar satu garisan cahaya yang memancar-mancar. Muka ditutup kerana terlalu silau!

" Alice Waynestin."

Dia membuka mata tatkala namanya di sebut.

"Ya, kau ...."

Alice hanya berdiam diri. Dia kaku. Lidahnya kelu.

"Aku White Beast kau ...."

Dahi Alice berkerut seribu. Dia memusingkan kepala. Mencari dari mana datangnya suara itu. Suasana yang gelap-gelita kini sudah bertukar menjadi ruangan putih.

"W ... white beast? "

Soal Alice setelah lama mengunci mulut.

"Yeah, kau dan aku bakal berjuang bersama."

"White beast wujud? Heh, aku ingat tidak wujud!"

"Hmm ... Betapa susahnya aku nak berhubung dengan kau tahu?"

Alice mengaru kepala yang tidak gatal. Dia masih lagi memandang ruangan putih. Dari atas sampai ke bawah semuanya putih. Oh! Wow, ini dekat kayangan ke?

"Kau guardian ke empat yang sudah berhubung dengan white beast."

"Keempat? siapa yang sudah berhubung sebelum aku? Irene? Ryan? Viez? Rena? atau Erina?"

"Ah, aku tak ada masa nak jawab soalan kau, yang penting aku sudah berjaya berhubung dengan kau."

"Bagus! Apa nama ?"

Suara tadi tidak kedengaran di telingannya lagi. Keadaan menjadi sepi.

"Aik? tanya nama terus-"

Bebola cahaya keemasan muncul secara tiba-tiba di hadapan muka Alice. Dia terkejut lalu terundur ke belakang. Bebola cahaya itu terus meresap masuk ke dalam tubuh badan dan ia meresap keseluruh badan. Rasa hangat mula menjalar di seluruh tubuh. Sebelum pandangannya menjadi kelam, telinganya sempat menangkap suara halus yang berkata.

"Light!"

Alice tersedar dari lena. Dia meraup muka beberapa kali untuk menenagkan diri. Nafas ditarik dalam sebelum menghela perlahan. Jantungnya berdegup kecang. Peluh dilap perlahan dengan mengunakan telapak tangan.

"Bermimpi buruk huh?"

Suara separa berbisik menerjah masuk ke dalam telinganya. Dia beralih pandangan. Mencari suara tersebut. Namun tiada kelibat pun di situ. Biliknya hanya diterangi dengan lampu tidur yang terletak di atas meja bersebelahan katil. Bulu roma meremang. Alice meneguk air liur. Peluh dingin mula mengalir. Ah, dia sudahlah penakut kalau bab-bab ni!

Matanya terpadangkan sesuatu yang duduk mencangkung di birai katil. Alice mengemam bibir. Selimut dipegang erat sebelum berbungkus di atas katil.

"Pergi kau! pergi! jangan duduk dalam bilik aku!" pekik Alice.

Bunyi derapan tapak kaki kedengaran jelas di sisinya. Dia menekup mulut. Dahinya sudah basah dengan peluh dingin. Selimut ditarik perlahan membuatkan Alice terkejut!

"Hey, apa benda kau merepek ni!"

Irene berdiri tercegat sambil memegang selimut. Alice mengangkat muka. Cepat-cepat dia bangun dan duduk bersila.

"Kenapa masuk dalam bilik ni? Dah tu kenapa duduk mencangkung dekat situ tadi?"

Kata Alice dengan nada yang bengang. Suka hati sesedap rasa je masuk bilik orang! Dia melirikkan pandangan tajam. Irene menggaru pipi.

"Eh, kau sudah boleh bergerak? Rena kata kau tak boleh bergerak. Tulang banyak patah." Irene terus menukar topik lain. Dia duduk di birai katil.

"Eh, ha'ah! Aku baru perasan." Balas Alice seraya mengusap lengan dan meraba badannya. Yep, rasa sakit sudah hilang malah bertenaga. Adakah sebab mimpi tadi?

"Wohoo, bagus! tak perlulah aku masuk Deep Forest lagi!" Jeritnya kecil. Selamba badak dia baring di atas katil Alice.

"Ha ... ha ... pandai kau tukar topik kan?" Alice mencapai bantal. Irene sudah mengekek ketawa. Tangan Alice laju menghayunkan bantal tepat pada muka Irene. Tetapi tidak kena.

"Werk! tak kena!" Irene menjelirkan lidah.

Alice menayangkan muka bengang. Oh, nak ajak bergurau ya? Dia meletakkan tapak kaki pada muka Irene yang masih leka ketawa.

"Ha, ambil ni. Rasa! rasa!"

Balas Alice dengan perasaan geram yang terbuku dalam hati. Kaki kanannya ditenyeh-tenyeh pada muka Irene. Tercebik-cebik muka Irene bila diperlakukan begitu.

"Hei! busuklah kaki kau! agak berapa tahun kau tak cuci?"

Ujar Irene menangkap kaki kanan Alice. Kata-kata Irene menambahkan lagi kegeramannya. Pipi dikembungkan. Kaki kiri pula diangkat lalu diletakkan pada leher Irene. Alice tersenyum sinis. Tawa Irene terhenti , dia terkejut bila diperlakukan begitu.

"Pergh, beginikah perangai Puteri Bongsu negara Lycria? Argh! " Jerit Irene saat lehernya dikepit. Tak senonoh betul perangai.

"Diamlah! " balas Alice seraya menekup mulut Irene dengan kaki. Lemas Irene dikerjakan. Padan muka. Baru puas hati dia!

"Uhh, berhentilah! "

Irene mengalihkan kedua-dua kaki Alice dengan kasar. Rambut hitam yang kusut masai dibiarkan sahaja. Serius dah tak rupa orang langsung! Alice tersengih puas.

Tidak semena-mena Irene merentap rambut jingga. Betul-betul tidak puas hati kerana mukanya tercemar dengan kaki busuk. Alice menjerit. Alice memang pantang jika rambutnya diusik! Itu aset penting!

Mereka berdua bergelut. Masing-masing tidak mahu mengalah. Berguling-guling di atas katil, sampai gegar katil dibuatnya. Roboh juga katil itu nanti!

"Alice, aku nak pulangkan ...."

Suara garau dari muka pintu telah menyentakkan mereka berdua. Alice dalam posisi kaki melilit pingang Irene manakala tangannya mengengam erat baju Irene. Rambut jingganya pula dalam pegangan Irene.

Seretak mereka mengalihkan pandangan di muka pintu. Joshua berdiri tercegat sambil memegang sehelai kain sapu tangan berwarna kuning. Mulut Joshua melopong! Seperti tidak percaya. Suasana bertukar menjadi hening.

"Erk ... maaf menganggu!"

Ucap Joshua seraya menutup pintu kayu. Mereka berbalas pandangan. Irene tersengih, seraya melepaskan rambut Alice.

"Ish, macam budak-budaklah!" Genggaman baju Irene dilepaskan.

"Ah, dia pun sama,"

Irene mencebik lalu mengalih kaki Alice dari pingangnya. Alice memperbetulkan rambut jinggnya yang sudah pun kusut masai. Dia menjeling Irene.

"Bila kau nak balik ke bilik ? "

"Halau ke?"

"Ya!"

"Sampai hati ...." Bibir Irene sudah muncung sedepa.

"Hai, lantak kaulah ... malas dah nak layan."

"Aku tak suruh kau layan pun!"

"Hmm ...."

Alice menyusun bantal. Selimut yang berada di atas lantai dicapai. Irene hanya mendiamkan diri. Gerak-geri Alice diperhatikan.

"Terima kasih, selamatkan aku ... aku fikir aku sudah mati tahu?"

"Hahaha ... sama-sama."

"Irene kau nak tahu tak tadi." Kata-kata Alice tergantung. Dia berfikir sejenak. Nak beritahu ke tidak? Irene sudah mengangkat kening, menanti sambungan ayat dari Alice.

"Hahaha, tak ada apalah ... nanti-nantilah. Tak penting sangat pun." sambungnya lagi. Alice tersenyum. Selimut ditarik ke atas, untuk menghangatkan tubuhnya kerana cuaca malam ini amat sejuk!

"Aku sebenarnya malas nak berjalan masuk bilik. Dah alang-alang dekat sini kan, baik aku tidur sini jelah kan?"

"Uhmm ... suka hatilah aku mengantuk ini, malas nak layan."
Gumam Alice perlahan. Mata dipejam rapat. Sekejap sahaja dia sudah hanyut dibuai mimpi dan menerokai alam mimpi.

Irene masih duduk. Dia termenung panjang. Dia sedang memikirkan sesuatu. Iaitu perkara yang sangat merisaukan hatinya. Perkara yang membuatkan hatinya tidak tenteram dan ianya bakal berlaku tidak lama lagi.

..................................................................

Yeah, sudah capai 50k Viewer,
5k vote and 1 in fantasy!
Terima kasih semua! 💕
Ini bukan mimpi kan? *Lol

Continue Reading

You'll Also Like

60.6K 8.1K 35
❲ ་⸙․ nafkaynee's story ▵་⤵ ❳ Bengap. Otak sewel sikit. Hah dialah tu, Erin Qelysa. Gara-gara pencapaian straight E nya di peperiksaan yang lepas, di...
69.1K 7.8K 31
Sequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak mister...
233K 14.7K 36
{COMPLETED} "Tapi kenapa awak tak terbakar bila terkena matahari?" Setahu Lena, walaupun dia bukannya peminat Twillight, Vampire Diaries atau apa-ap...
418K 64.2K 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan...