White Guardians ( Editing)

By SyuhadaNr

560K 43.5K 1.6K

White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin d... More

1.Willard
2.Ryan and Rena
3.Bukti
4.Mimpi
5.Welcome to Verillend
6.Erina
7.Town Hill
8.Buku
9.RenaVsRyan=Erina win 😂
10.Mission
11. The Journey is begin
12.Deep Forest
13.Irene hilang
14. Ornans Village
15.Legend Sword
16.Secarlet?
17.Viez Alfron
watak 👋
18.Ikan Emas
19.Pewaris
20.Gunung Cyberia
21.Diserang!
22.Blue Eyes
23. Confused
24.Air Ive
25.Cerita si ikan emas
26.Jatuh tergolek
27.First Kiss?
28. Kuda
29.Nelson Falls
30.From other Dimension
31.First Fight!
32.Rantai krystal
33. Bintang
34.Secret
35.Alice Waynestin
36.Lost memory
37.Ice
38. Dragon leather gloves
39.Rampasan kuasa
40. Surat Rena
41.Amorgite stone
42.Sudah jatuh ditimpa tangga!
43.Berubah sekelip mata?
44. Buka Dimensi
45. Selamat Tinggal Nyea!
46. The unexpected
47.Singa jadian?
48.Masalah!
49. Hanya kerana air!
50. Black Beast?
51.Pengakhiran hidup huh?!
53.With Ryan
54.Gadis berambut putih
55. Childish
56.Siapa Secarlet?
57.Menipu!
58.Golith Si penjaga
59.Matlamat
60.Terlepas!
61.Mak? Ayah?
62.Drycon? Biar betul!
63.Long story
64. Discussion
65. Mana Eicland?
66. Peluang kedua.
67. Ditampar dua kali!
68. Vylera
69. White Beast
70. Mermaid
71. Pire
72. Guardians VS Mermaid
73. Hidung Berdarah?
74. The Soul
75. Jangan tinggalkan aku.
76. Ayah.
77. Berita buruk.
78. Apa kau buat dekat sini?
79. Perang!
80. Surez Vs Zeus.
81. Cahaya.
82. Irene dan Viez?
Special Chapter (Ending)
AUTHOR NOTE
BOOK 2 ?

52.Surprise

5.5K 454 23
By SyuhadaNr

Tubuhnya jatuh menjunam ke bawah. Dia terhempas di atas tanah dan terjerit kecil kerana terkejut. Apak sakit gila! Boleh tercabut pinggul! Mukanya berkerut seribu menahan rasa sakit.

"Huh? dekat mana ni?"

Soalnya seorang diri dalam keadaan bingung. Rambut hitamnya yang serbai diperbetulkan sedikit. Dia menoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat seseorang. Pipi di garu perlahan. Eh, mana pula Viez? tak akanlah tertinggal pula.

Mata birunya liar memerhatikan keadaan sekeliling. Dahi berkeriut . Banyak bangunan runtuh menjadi batuan, pokok-pokok semuanya patah dan mayat-mayat bersepah merata.

Oh! dekat mana pula ni? Cukuplah tadi tersesat di pulau yang hanya dikeliling lautan. Sampaikan Viez jadi sewel. Habis satu pulau dikejar.

"VIEZ! jangan buat aku macam ni!"

"Hah? kau yang buat aku macam ni!"

"Aku bukannya suka-suka pergi tempat ni!"

"Ah! alang-alang dah sampai tempat ni ... marilah berbulan madu!" Viez tersenyum nakal.

"Apa kau merepek gila! "

Irene melajukan larian. Batu-batuan kecil dan ranting habis dipijak. Ah, peduli apa dia. Luka tak luka rempuh sahajalah . Time macam ni dah tak pikir apa dah. Dia hanya fikir...


Lari...



Lari...





Lari...






"Kau nak lari mana?"

Jerit Viez lantang. Irene menoleh ke belakang sesaat. Okey Irene! teruskan lari dan jangan pandang ke belakang! pedulikan orang gila tu.

Dia berlari tanpa menghiraukan apa yang ada di hadapan. Semua dirempuh. Habis seluruh pulau dia mengelilingi. Lariannya semakin lama semakin perlahan. Akhirnya, dia berhenti. Irene membongkok dan tangannya menongkat lutut. Nafas ditarik dalam. Cuba menenangkan diri. Kelibat Viez sudah tiada. Aik? mana lelaki tak guna tu? putus asa ke?

"Gotcha!"

Muncul Viez secara tiba-tiba. Irene terkejut. Terus badannya menegak ke atas.

"Penat ke?" Dia tersenyum nakal. Viez mendekati.

"T ... takk! "

"Marilah ... kita berdua ...." Viez mendepakan tangan. Bibir dijuihkan, mengembang dan menguncup. Mata dipejam rapat.

"Gatal! "

Irene menayangkan muka jijik! kemudian dia berlari menuju ke arah sebatang pokok yang besar dan amat tinggi. Laju dia memanjat pokok.

"Wei! apa kau buat tu?"

Viez sudah menarik hujung baju, Irene. Gadis itu sudah hampir separuh memanjat pokok !

"Eh, lepaskan aku gila!" Irene terkejut apabila Viez muncul tiba-tiba. Kaki yang melilit pada batang pokok dieratkan lagi. Tangan kanannya memeluk erat pokok manakala tangan kiri menarik hujung bajunya.

"Turun!"

"Tak nak!" Irene menarik balik hujung baju.

"Jangan sampai aku koyakkan baju kau, baik kau turun! Nanti jatuh,"

"Ah, berani buatlah! Aku humban kau dalam laut nanti!"

Irene merengus geram. Kaki kiri diangkat lalu menendang kepala, Viez. Lelaki berambut perang itu terkejut lalu jatuh kebelakang dan berguling di atas tanah. Sekelip mata Irene sudah memanjat di atas pokok.

"Pandan muka!"

Dia melemparkan pandangan ke bawah. Memerhati Viez yang sedang mengosok kepala. Senyuman puas menghiasi bibirnya.

PAKK!

"Woi, bangun!"

Irene tertunduk ke bawah, serta merta lamunannya termati. Viez, hanya tersengih.

"Kenapa tolak kepala?"Soal Irene bengang seraya mendongak. Mata birunya tajam memandang Viez . Riak mukanya jelas menunjukkan yang dia tidak puas hati!

"Itu ucapan terima kasih untuk pengembaraan dimensi dan bawa ke pu ...."

Viez melirikkan pandangan. Irene menyangkan muka ketat. Viez tergelak kecil sambil menyisir rambut perang ke belakang. Irene bangkit. Tangan disilangkan ke dada.

"Aku ...."

Tak sempat dia mahu berkata, bunyi ngauman telah membuatkan Irene terdiam. Dia berdiri kaku seperti patung. Viez yang berdiri bertentangan mendongak ke atas. Mulutnya melopong luas.

"Ada apa Viez?"

"Kejutan untuk kau ...."

"Huh?"

Tanpa bersuara Viez memegang bahu Irene lalu dipusingkan menghadap ke depan. Irene mendongak ke atas. Aduh! dia tak sangka pula kepulangan mereka ini penuh dengan kejutan! Dasyat betul.

"Ini bukan kejutan gila!" ujarnya separuh menjerit.

Seekor burung seakan naga berdiri betul-betul di hadapan mereka. Ia berwarna coklat gelap berampur dengan warna hitam dan berkilat. Burung itu sedang mengeluarkan api berwarna hijau dari paruhnya. Mungkin ia tidak perasan akan kewujudan mereka berdua di situ? kalau tahu memang sudah ajal mereka!

"Baguslah! Dimensi mana pula kau masuk ni? Aku ingat kita sudah balik!"

"Manalah aku tahu! Jangan asyik salahkan aku je!"

Bentak Irene. Muka dipalingkan dari menghadap Viez. Aduh, macam manalah mereka boleh tidak sedar akan kewujudan binatang ni!

Tiba-tiba dia terpandangkan seseorang. Matanya dikecilkan. Pantas dia memandang Viez. Lelaki itu membalas pandangan bersama kening terangkat. Irene menonjetkan kaki untuk berbisik di tepi telinga Viez, maklumlah tak cukup tinggi.

"Erina ke tu? Viez, rasa itu dia! Kita dah balik!" Bisik Irene. Tapi lebih kepada menjerit sebenarnya.

"Kalau bisik tak payah menjerit! Itu namanya bukan bisik!"

Ujar Viez sambil menolak muka Irene dengan telapak tangannya. Telinga digosok laju. Fuh! boleh pekak minah ni buat! Irene tersengih seraya menggaru kepala. Kemudian dia memandang kembali ke arah gadis itu.

"Itu dia, aku yakin! dia cedera!" Dia menolak badan Viez ke tepi. Tetapi lengannya ditarik ke belakang. Langkahnya terbantut.

"Kau gila?"

"Aku ke kau yang gila? Erina dalam bahaya!"

Irene memandang burung seakan naga itu, api berwarna hijau mula marak di dalam paruh. Paruh dihalakan kepada gadis yang terbaring lemah. Bila-bila masa sahaja seranangan akan dilepaskan. Ish! dia mesti selamatkan budak itu!

"Mana kau tahu itu dia? Entah-entah kita masih sesat lagi," soal Viez, ragu-ragu.

"Aku yakin itu memang dialah!"

Irene merentap kasar. Pegangan Viez terlerai. Badan sasa Viez ditolak kasar ke tepi supaya tidak menghalang. Dia berlari tanpa mempedulikan Viez yang sedang memanggilnya.

"Erina! macam mana kau ada dekat sini?"

Kepala Erina dipegang. Rambut yang menutupi muka gadis kecil itu disisirkan ke tepi. Dia memandang muka Erina yang sudah pucat lesi. Dadanya berombak perlahan menandakan yang dia masih lagi bernyawa. Lega, kalau mati dia juga yang susah. Satu hal lagi nak uruskan.

Splash!

Dia tersentak! Cecair hangat membasahi belakang badan. Irene memusingkan kepala. Viez sedang berdiri sambil menahan semburan api hijau dengan mengunakan dinding air tebal.

"Bawa dia ke tempat lain. Aku tak rasa dia keseorangan di sini. Cari yang lain. Binatang ini biar aku uruskan,"

Irene hanya mengangguk. Dia mengangkat Erina perlahan-lahan lalu tangan Erina diletak atas bahu. Fuh! Nasib dia budak! kalau tua bangka, dia heret saja.

"Eh, boleh tahan berat juga budak oni!" Irene merungut perlahan.

"Hoi! cepat jalan kau nak mati ke?"

Ujar Viez dengan nada yang lantang. Irene mendengus geram. Kedudukkan Erina yang berada di belakang diperbetulkam sedikit lalu dia berlari terkedek-kedek mencari tempat selamat.

Hulu pedang yang tersisip pada pingang ditarik lalu menghunus ke hadapan. Black beast itu memekik kuat, mulutnya memuntahkan semburan api yang banyak belaka!

Viez melibas pedang dan serangan itu bertukar menjadi wap air. Dia tersenyum seorang diri. Nama pedang itu ialah Fudora. Harta yang paling berharga buat dirinya. Benda itu adalah satu-satunya pemberian daripada ayahandanya sebelum peristiwa itu berlaku. Ayahandanya hilang tanpa akhbar berita! hilang tanpa sebarang jejak. Entah hidup atau mati, dia tidak pasti.

Sementara itu , Irene pula terjumpa Alice yang terbaring di celah-celah runtuhan bangunan. Langkah dihentikan. Dia memperbetulkan sedikit tubuh Erina di belakangnya.

"Alice?" soalnya sendirian.

Perlahan-lahan Irene melutut. Erina disandarkan pada dinding bangunan yang telah musnah separuh. Kemudian dia beralih kepada Alice.

"Aku harap ini boleh membantu,"

Irene mengosok ke dua belah tapak tangan. Sejurus itu, cahaya biru kehijauan bersinar, perlahan-lahan tangan dilekapkan pada dada Alice. Cahaya mula meresap masuk ke dalam seluruh badan, Alice.

"Alice! bangun!"

Kata Irene sambil mengoncang-goncang, Alice. Pipi di tapuk lembut.nPerbuatan Irene terhenti apabila tangan Alice memegangnya.

"Berhenti ... kau nak a ... aku m ... mati ke?"

Ujar Alice lemah. Matanya masih lagi terpejam rapat. Bibirnya sahaja yang gerak. Irene menghela nafas lega.

"Kau teruk. Kau kena bertahan okay? nanti aku dan Rena cuba pulihkan kau,"

"Kau datang dengan siapa lagi?"

"Joshua, aku dah hantar dia balik." balasnya sambil menekan suara.

"Irene! Jom pergi dari sini,"

Desak Viez. Dia muncul secara tiba-tiba melalui teleport. Irene hanya mengangguk perlahan. Lelaki berambut perang itu menghampiri Erina lalu dia mendukung.

"Sesat lagi siap kau!"

Viez memberi amaran sebaik sahaja masuk ke dalam portal yang telah dibuka. Irene hanya menayangkan muka toya. Lantak kaulah Viez, aku malas nak gaduh. Mereka dikelilingi cahaya sebelum lenyap dari situ.

Kelihatan susuk tubuh seseorang sedang duduk santai di atas dahan pokok. Dia bersarungkan jubah kerudung berwarna merah gelap yang menutupi kepalanya. Hanya menampakkan hidung serta bibir sahaja. Dia tersenyum simpul sambil mengoyang-goyangkan kakinya yang terjuntai ke bawah. Dari bentuk badannya dia seperti perempuan?

"Hmm ... jadi mereka sudah lengkap ye?"

Dia melemparkan pandangan kepada seorang lagi berpakaian sepertinya tetapi berwarna hitam. Badannya tinggi dan tegap. Berdiri di pokok sebelah.

"Kau sendiri nampak bukan?"
Balasnya mendatar seperti tiada perasaan.

"Wow, menarik!" katanya dengan nada ceria dan teruja. Dia menghadiahkan senyuman kepada lelaki itu.

"Mari pergi,"

"Alaaa ...."

"Cepat! kita kena laporkan dengan segera,"

"Okey! Okey! Baiklah!"

Gadis itu mencebik lalu menunduk ke bawah. Dia menjatuhkan diri dengan gaya seperti ditolak dari belakang. Saat dia menjunam ke bawah dia lenyap begitu sahaja. Lelaki itu pula masih berdiri. Matanya hanya merenung black beast yang sudah tidak bernyawa dan masih lagi basah dengan darah.

"Aku nak tengok apa yang akan jadi selepas ini."

Continue Reading

You'll Also Like

3.8K 412 15
[COMPLETED] Achievement~ 🌹2nd of The Uranus Mystery Horror-𝓡𝓮𝓪𝓵𝓰𝓪𝓵𝓪𝔁𝔂𝓪𝔀𝓪𝓻𝓭🌹 Kerana jiwa yang sangat ingin tahu, Emma Anderson (17 t...
83.7K 9.9K 83
Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap Tuanku namun kehilangan Sang Puteri menj...
69.1K 7.8K 31
Sequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak mister...
68.9K 3K 12
"Saya Tahu Saya Nerd ! Tapi Tak Perlu Mainkan Perasaan Saya! saya Pun Ada Perasaan!" - Hani "Maafkan Aku.." - Jackson *** Author : KimKeiKei__ COMPLE...