Sincerely, M.E

By cheriexuanza

23.2K 1.3K 249

Dear you, Secrets tend to get revealed when you're feeling most loved and when you're feeling most betrayed. ... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15

Bab 11

1.1K 78 6
By cheriexuanza

DARI pagi lagi Mia dah serabut alam. Tiba-tiba ada adhoc meeting dengan project manager pasal supplier yang delay hantar barang. Dari pagi dia berkampung dalam bilik mesyuarat sampai la ke tengah hari.

Nasib baik meeting selesai sebelum lunch hour. Kalau masuk waktu lunch meeting masih tak habis mahu masing-masing tayang muka blur tak boleh fikir.

"Mia."

Terbang terus lamunan Mia. Dia angkat muka pandang Zarief dengan muka kosong. Nampak sangat otak dia dah ke laut sejak tadi.

"Are you with me or somewhere over the rainbow?"

Huh! Ayat Zarief kalau tak menyindir dia tak sah. Ada je benda nak menyakitkan hati. Mia tarik nafas sambil kuis-kuis fish and chips di pinggan.

"Hal penting apa yang you nak cakap dengan I?"

Mia terus tanya soalan yang sebenar. Malas nak menjawab panjang-panjang. Nanti dia yang lebih sakit hati.

Zarief yang duduk berdepan dengan Mia mula tarik senyum bila tengok reaksi kejung Mia.

"Mama. You tahu kan dia nak 'kita'. Not 'you' and 'me' anymore."

Mia tarik nafas berat sebelum sedut Ice Peach Tea. Dia dah agak dah satu hari nanti Zarief akan suarakan juga hal ni. Dah banyak kali mama bagi hint benda yang sama. Cuma dia je yang selalu ambil mudah gaya macam tak ada hal.

"Us sounds impossible, Zarief. You pun tahu kan?"

Terhenti separuh jalan tangan Zarief nak suap nasi bila dengar jawapan Mia. Terus dia letak sudu dan garfu ke pinggan balik.

"It doesn't sound impossible to me."

"Seriously Zarief?"

Mia kecilkan mata pandang Zarief. Macam percaya tak percaya Zarief akan jawab macam tu.

"Kenapa? You serik?" Zarief jungkit kening dengan senyuman nipis terukir.

I know your game, Zarief. Mia yang memandang dah faham senyuman Zarief. Gaya nak mencabar dia la tu.

"We are not on very good terms, Zarief. Macam mana you boleh terfikir nak wujudkan perkataan 'kita'?"

Zarief terus jungkit kening dengar soalan Mia. Sekejapan masing-masing senyap sambil berpandangan sebelum Zarief bersuara.

"Just because we're not on very good terms, it doesn't mean we can't share an umbrella on a rainy day, Mia."

Mia tarik nafas berat. Susah rupanya nak bercakap dengan Zarief hal yang satu ni. Selalunya masing-masing akan buat tak tahu gaya macam tak ada apa-apa. Tapi bila mama mula masuk mode mendesak, baik dia mahupun Zarief dah mula rasa panas telinga.

"I dah happy dengan kehidupan I sekarang, Zarief. Hans dah cukup untuk membahagiakan hidup I." Tegas Mia. Sungguh dia tak ada hati untuk bina hidup dengan mana-mana lelaki. Cukuplah apa yang dia ada sekarang ni.

Zarief pula tarik nafas berat. Berdepan dengan Mia sekarang dengan Mia yang dulu memang jauh sangat bezanya. Bagai langit dengan kerak bumi.

"Itu kata you? Kata Hans?" Provok Zarief.

"Zarief..."

"Don't be selfish, Mia. Hans perlukan family yang sempurna."

Mia terus merengus kasar. Serius dia tak suka bila Zarief bangkitkan hal ni. Selama ni dia boleh je hidup sempurna tanpa kehadiran seorang lelaki bernama suami di sisi. Kenapa semua orang nak bangkitkan isu ni sekarang sedangkan dah lama dia macam ni?

"Apa definisi sempurna you, um? Tell me." Giliran Mia pula provok Zarief. Penat dah rasanya dia simpan soalan ni. Kali ni dia nak dengar pula jawapan Zarief.

Zarief terus bersandar di kerusi. Sekejapan dia hanya pandang Mia tanpa cakap apa-apa. Nampaknya berdepan dengan Mia versi ni lebih sukar dari apa yang dia jangkakan. Zarief tarik nafas berat.

"Hans makin membesar, Mia. He needs a man which he called father by his side."

Mia terus tarik senyum segaris sebelum sedut air minuman depan mata. Sakit rasa hati dia bila Zarief macam saja gunakan alasan kebahagiaan Hans.

"I tak pernah larang you jumpa Hans. I tak pernah larang Hans bermalam di rumah you. Jadi perlu ke wujudkan perkataan 'kita' sedangkan I tak pernah abaikan perasaan Hans selama ni?"

Serius Mia tak boleh terima kalau orang tuduh dia pentingkan diri. Hans keutamaan dia selama ni. Cuma dia tak boleh nak tunaikan permintaan yang satu tu je. Takkanlah hanya kerana satu permintaan anak tak ditunaikan, seorang ibu dicop pentingkan diri? Huh! Nonsense.

"Mia, susah sangat ke you nak tunaikan permintaan mama dan harapan Hans?"

"Permintaan mama dan harapan Hans atau kehendak you sebenarnya?" Tepat Mia pandang muka Zarief.

Bila tengok Mia macam tu, Zarief terus merengus kasar sambil palingkan muka ke tepi. She's purposely getting on my nerves, it seems.

"Hans nak family sempurna dan mama nak menantu kan?"

Mia terus ambil peluang untuk bersuara lagi bila tengok Zarief macam tu. Dia dah penat sangat sebenarnya. Penat diasak dengan soalan yang sama. Berdosa sangatkah dapat gelaran ibu tunggal ni?

Perlahan-lahan Zarief mengangguk walaupun dia tak pasti hala tuju soalan Mia. Mia pula senyum segaris sebelum keluarkan 'ayat-ayat peluru' seterusnya.

"So, apa kata you kahwin. You bagi mama menantu dan dalam masa yang sama Hans dapat keluarga sempurna."

"What?! Are you out of your mind?"

Zarief pandang muka selamba Mia dengan dahi berkerut. Sungguh dia tak faham kenapa Mia tiba-tiba nak dia cari calon isteri yang lain sedangkan calon yang mama nak tu ada di depan mata sekarang ni.

Mia jungkit bahu sebelum peluk tubuh dengan gaya tak bersalah.

"Why not? I rasa itu yang terbaik sekarang ni." Selamba Mia cakap.

Kali ni saja dia nak 'bakar' Zarief pula. Asyik dia je yang kena asak sejak tadi. Mana aci!

Zarief gelak-gelak gaya sinis. "You start talking nonsense, Mia. Let's cut it out for now."

Mia senyum segaris. Dalam kepala dah nampak scoreboard 1-0 dekat situ. Sekejapan masing-masing senyap sambil habiskan sisa makanan. Zarief dah hilang mood nak bercakap. Mia pula tunggu masa je nak berangkat.

Selesai Zarief buat bayaran, Mia cepat-cepat bangun. Tak sangka pula waktu dia nak jalan keluar tiba-tiba ternampak pandangan mata Encik Bos sekeluarga.

Haila...kalau dia buat-buat tak nampak nanti orang cop tak ada adab pula. Kesian mama kena tempias sama. Nak tak nak terpaksa Mia senyum sambil bagi isyarat mata dekat Zarief.

"Berdua je ke?" soal Datin Zarith lepas bersalaman dengan Mia.

Mia angguk dan salam dengan Alia. Tapi mata tu sempat dia larikan ke arah Zarief yang tengah bersalaman dengan Zill dan Hezrique.

"Ya, aunty. Hans di sekolah lagi."

Mia senyum walau sebenarnya dia rasa tak selesa dengan aura yang tegang tiba-tiba. Tak tahu kenapa bila Zarief bertemu dengan Hezrique dia akan rasa macam sesak gaya macam berada dalam tempat yang sempit. Padahal jejaka berdua tu tak ada kena mengena dengan dia pun.

"Nanti free jemputlah datang ke rumah aunty pula. Aunty jemput mama Mia sekali."

Aiseyh...dah jemput makan pula. Habislah dia kena paksa sama nanti dengan mama. Mia tarik senyum segaris walau dalam hati dah rasa lain macam.

"Inshaa Allah, aunty."

Lepas bertegur sapa lebih kurang, cepat-cepat Mia minta diri. Alasannya Zarief nak kena hantar dia dan balik ofis. Walaupun yang sebenarnya dia tak selesa tengok pandangan Encik Bos yang asyik memerhati sejak tadi. Rasa macam 'sesuatu' sangat. Sebab tu dia pun cepat-cepat alihkan pandang ke tempat lain.

"Do you have someone special right now?"

Uh?! Terus Mia pusing lipat pandang Zarief yang tenang memandu. Dari tadi diam membisu rupanya nak 'muntah peluru'. Kalau dia tahu dari tadi, baik dia buka mulut dulu.

"Kenapa tanya?" soal Mia dengan muka tak ada perasaan.

Zarief jungkit bahu sambil pandang Mia sekilas. Saja tayang muka suci.

"Saja nak tahu."

Urghh! Mia terus tarik nafas dalam sebelum alihkan pandangan ke tingkap. Malas betul dia nak cakap soal hati dan perasaan ni. Tapi nampaknya sekarang ni Zarief dah ambil berat nak tahu soal yang satu tu. Takkanlah dia...

"Don't tell me you still love me, Zarief."

Kalaulah mata Mia ada kuasa laser, agaknya dah berlubang pipi Zarief Mia kerjakan. Serius dia nak sangat tengok reaksi muka Zarief saat ni walaupun hakikatnya macam mustahil sebab Zarief pakai shades. Lagipun Zarief yang dia kenal sekarang ni dah bijak sembunyikan air muka berbanding Zarief yang dulu.

"Should I?"

Grrr...Dari hujung mata Mia dah nampak senyum senget Zarief terukir di bibir. Haila...kenapa la dia gatal mulut pergi tanya soalan menjerat tengkuk tu wahai Mia Elena?! Dan saat tu juga dia nampak scoreboard dah jadi 1-1 pula.

"Then, kenapa you nak wujudkan 'kita'?"

Mia pusing lipat topik perbualan ikut arah lain pula. Kalau dia menjawab terus, nampak sangat dia dah 'kalah' dengan Zarief.

"I anak yang baik. You pun tahu kan?" Zarief turunkan shades sebelum kenyit sebelah mata.

Mia yang memandang rasa nak muntah hijau dekat situ. Zarief dengan masuk bakul angkat sendiri tu berpisah tiada. Sesekali bila datang angin 'sengal' Zarief, mesti akan keluar ayat-ayat yang mampu buat dia loya tiba-tiba.

"Jadi, silalah cari calon yang sesuai untuk gantikan tempat I, Encik Zarief."

Mia tarik senyum seikhlas hati. Sungguh dia rela hati kosongkan tempat untuk mana-mana perempuan yang sanggup nak ambil tempat dia. No hard feelings at all!

"Masalahnya calon yang sesuai cukup kriteria tu hanya ada pada you je. Mama tak nak yang lain."

Zarief balas dengan skema jawapan Datin Azreen. Serius naik kebas dah telinga dia kena dengar 'syarahan' mama bila masuk bab Mia Elena ni. Mati-mati mama nak juga Mia jadi menantu. Puas dia cuba pujuk mama, alih-alih mama yang paksa dia pujuk Mia balik. Nampaknya dia memang tak ada jalan keluar dah. Terpaksa tebalkan muka jual minyak unta dekat perempuan paling keras hati yang dia pernah jumpa.

"You cakap dekat mama kriteria yang dia nak tu ada je pada perempuan lain. Cuma you je yang kena berusaha yakinkan mama."

Sungguh Mia tak faham kenapa dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia ni, dia juga yang mama nak. Cukup-cukuplah apa yang pernah dia lalui dulu. Kata-kata Zarief masih berbekas di hati dia lagi. Walaupun, luarannya dia nampak okey sebab Zarief pun dah minta maaf dengan dia, tapi nak terima Zarief jadi better-half tu tersangatlah susah.

"You masih marahkan I lagi ke, Mia?"

Dalam senyum senget Zarief, sempat dia selitkan juga soalan maut khas untuk Mia. Bukan sekali Mia tolak dia, masuk ni dah kali ke lapan belas dia kena reject mentah-mentah. Tak banyak sikit kepala dia dah terfikir hal yang dulu.

"Mana ada. I already forgave you." Cepat-cepat Mia jawab. Malas dia nak dengar Zarief buka cerita lapuk tu.

Zarief terus tarik nafas berat. Walaupun mata dia fokuskan ke depan, tapi dari hujung mata dia masih boleh nampak air muka Mia yang berkocak tu.

"I know it's hard to forget, but I'm really sorry for all the things I said to you when I was testosteronic."

Testosteronic? Heh. Zarief dan jargon dia kadang-kadang buat dia pening kepala juga. Mia senyum nipis sambil geleng kepala fikirkan ayat Zarief.

"So, you nak salahkan hormon la ya?"

Nak mengaku macam tak patut, tapi kalau tak mengaku itulah kenyataannya. Sudahnya Zarief gelak kecil.

"We were young and stupid and reckless."

"Couldn't agree more. Tapi itu bukan bermakna perkahwinan akan menyelesaikan semua masalah." Selamba Mia bidas balik.

Zarief yang mendengar terus tarik nafas berat. Nampaknya makin susah jalan yang perlu dia tempuh.

"Sampai bila Mia? Sampai bila you nak macam ni?" soal Zarief sambil bagi signal ke arah bangunan pejabat Mia.

Mia terus tarik nafas berat bila Zarief ajukan soalan yang sama. Serius dia rasa lelah sangat sekarang ni. Jadi, untuk kali ke seratus dua puluh tiga dia akan ulang balik skema jawapan yang dia dah siap-siap rangka dalam kepala. Biar orang yang mendengar pula jelak dengan jawapan dia.

"Being a single mother is not a crime, Zarief."

"Being in a relationship is not a crime, either, Mia."

Zarief terus berhentikan kereta di drof-off and pick-up area bangunan pejabat Mia sebelum pandang Mia di sebelah yang dah terdiam.

"Thanks for the lunch."

Mia terus buka tali pinggang keselamatan lepas beberapa saat hilang kata. Zarief pula hanya mampu angguk sambil perhatikan gerak-geri Mia.

Dalam masa yang sama tangan Mia terhenti nak buka pintu kereta. Otak dia mula ada idea nak cakap sesuatu. Terus dia pandang balik Zarief di sebelah.

"But at least, being single is much better than being in a wrong relationship. Assalamualaikum."

Tanpa tunggu jawapan Zarief, Mia terus buka pintu dan keluar. Zarief yang berada dalam kereta hanya mampu terkebil-kebil pandang langkah Mia yang nampak ayu dengan berjubah biru sambil cuba hadam ayat Mia tadi.

Dan Mia pula melangkah ke arah lif dengan senyuman yang jarang-jarang terukir di bibir sekaligus buat dua tiga staf lelaki yang kenal siapa Cik Ice-Queen tertoleh-toleh.

Continue Reading

You'll Also Like

41.1M 1.1M 42
When Arianna marries billionaire Zach Price to save her family, she doesn't expect to fall in love with a man who'd always consider her a second choi...