White Guardians ( Editing)

By SyuhadaNr

563K 43.7K 1.6K

White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin d... More

1.Willard
2.Ryan and Rena
3.Bukti
4.Mimpi
5.Welcome to Verillend
6.Erina
7.Town Hill
8.Buku
9.RenaVsRyan=Erina win 😂
10.Mission
11. The Journey is begin
12.Deep Forest
13.Irene hilang
14. Ornans Village
15.Legend Sword
16.Secarlet?
17.Viez Alfron
watak 👋
18.Ikan Emas
19.Pewaris
20.Gunung Cyberia
21.Diserang!
22.Blue Eyes
23. Confused
24.Air Ive
25.Cerita si ikan emas
26.Jatuh tergolek
27.First Kiss?
28. Kuda
29.Nelson Falls
30.From other Dimension
31.First Fight!
32.Rantai krystal
33. Bintang
34.Secret
35.Alice Waynestin
36.Lost memory
37.Ice
38. Dragon leather gloves
39.Rampasan kuasa
40. Surat Rena
41.Amorgite stone
42.Sudah jatuh ditimpa tangga!
43.Berubah sekelip mata?
44. Buka Dimensi
45. Selamat Tinggal Nyea!
46. The unexpected
47.Singa jadian?
49. Hanya kerana air!
50. Black Beast?
51.Pengakhiran hidup huh?!
52.Surprise
53.With Ryan
54.Gadis berambut putih
55. Childish
56.Siapa Secarlet?
57.Menipu!
58.Golith Si penjaga
59.Matlamat
60.Terlepas!
61.Mak? Ayah?
62.Drycon? Biar betul!
63.Long story
64. Discussion
65. Mana Eicland?
66. Peluang kedua.
67. Ditampar dua kali!
68. Vylera
69. White Beast
70. Mermaid
71. Pire
72. Guardians VS Mermaid
73. Hidung Berdarah?
74. The Soul
75. Jangan tinggalkan aku.
76. Ayah.
77. Berita buruk.
78. Apa kau buat dekat sini?
79. Perang!
80. Surez Vs Zeus.
81. Cahaya.
82. Irene dan Viez?
Special Chapter (Ending)
AUTHOR NOTE
BOOK 2 ?

48.Masalah!

6.4K 480 19
By SyuhadaNr

Alice berbalas pandangan dengan Joshua. Mukanya masam. Matanya tajam bagai mahu menikam. Tak berkelip langsung dari tadi!

"Hey, kalau nak bermain mata pun agak-agaklah. Tak kena masa tahu!"

Ujar Erina dengan penuh kegeraman. Yelah, mana tak geram! sedari tadi dia hanya memerhatikan sahaja bunga-bunga pertelingkahan yang berlaku antara mereka berdua. Naik semak mata dia!

"Diamlah!" bidas Alice dan Joshua serentak.

Mata Erina membulat. "Gila ke? suara jangan kuat." bisiknya perlahan.

Aduh, budak dua ekor ni ... boleh pula buat hal. Sebab apa mereka bergaduh? Haa ... entahlah! Malas nak cerita.

Bunyi derapan tapak kaki menyentakkan mereka semua. Bunyinya seperti banyak.

"Pintu itu kunci bukan?" Joshua menoleh.

"Mungkin ...." Jawab Alice meleret.

"Aku kuncilah."

Mereka bertiga serentak pandang pintu. Hanya mampu merenung lama ke arah tombol pintu. Menanti apa yang bakal berlaku.

"Gotham pandai guna pintu ke?" suara Erina memecah kesunyian.

"Jangan tanya benda tak masuk akal boleh tak?"

"Apa? aku tanya je" Erina menarik muka. Joshua mengelengkan kepala.

Tombol pintu bergegar-gegar seperti hendak tercabut dan pandangan mereka tertumpu kembali pada pintu. Masing-masing kaku seperti patung sehinggalah tombol pintu itu berhenti digoncang. Mereka menghembus nafas lega.

"Aku sangka mereka akan pe..."

Bam!

Tombol pintu patah! serentak itu pintu ditendang dari luar sehingga tercabut! Daun pintu terpelanting sehingga ke hadapan mereka. Mujurlah tidak kena!

Tiga ekor Gotham berdiri terpacak di hadapan pintu. Di tengah-tengah badannya kurus tinggi. Di sebelah kanan pula berbadan gempal dan tinggi. Manakala di kiri pula berbadan sasa.

"Ha ... tak sempat nak cakap pun benda sudah terjadi." gumam Erina perlahan.

Anak mata berwarna kuning milik gotham sedang galak memerhati mereka. Salah satu bergerak. Ia terpaksa menunduk kerana terlalu tinggi untuk melepasi pintu. Dua lagi hanya mengikut jejaknya.

"Lihatlah ... lihatlah apa yang kita jumpa ...." ayatnya meleret panjang.

"Aku ingat Gotham ni bodoh."

"Erina !" Alice pantas mencubit perut Erina. Dari tadi mulut dia saja yang bising. Sakit betul telingga bila mendengar. Erina terjerit kecil. Mulutnya memuncung. Merajuk? peduli apa Alice! Hahaha, mulut tak reti nak jaga! Padan muka.

"Kau yang bodoh sebab anggap aku bodoh!"Jawabnya.

Ia tersenyum sinis dengan lebar. Erina menoleh. Mukanya sudah bengang dengan kata-kata Gotham. Nak sahaja dia belasah sekarang ni! Baru sahaja dia mahu bergerak. Alice menahan.

"Kenapa?"

"Aish, jangan bertindak terburu-buru boleh tak?" bisik Alice.

Mereka tidak sedar yang Joshua sudah menyerang terlebih dahulu. Serangan Joshua telah menghasilkan satu letupan kecil. Bergegar-gegar rumah kedai itu bagai mahu runtuh! Mereka berdua terkejut!

"Dia ada kuasa?"

Soal Alice kepada Erina dengan nada tidak percaya. Erina hanya mengangkat bahu. Dia ingatkan, Joshua ini sekadar pengawal peribadi yang biasa dan tidak punya apa-apa langsung! Tetapi sangkaannya jauh meleset.

"Okay, aku pergi dulu!"

Tak sempat Alice mahu membalas, Erina sudah menerpa sepantas angin ke arah Gotham berbadan kurus. Sekelip mata sahaja sudah muncul di depan. Gotham itu kelihatan agak terkejut dengan ke hadirannya secara tiba-tiba.

"Heee ... terkejut tak?" Erina tersengih.

Gotham itu merengus kasar. Kuku tajamnya mahu mencakar tetapi Erina lebih pantas bertindak. Tangan ditepis oleh angin. Badan Gotham ditolak dengan tekanan angin, sehingga terpelanting ke atas lalu menghentak dinding putih. Impak itu, dinding kedai mulai retak sedikit.

"Arghh!" perlahan-lahan Gotham itu bergerak. Badan ditegakkan. Kepala menyenget. Mata kuningnya memandang Erina. Ia merengus. Mukanya yang hodoh bertambah lagi hodoh kerana menahan marah. Ia kembali menyerang Erina.

Gadis kecil itu lebih pantas mengelak. Angin berpusar di atas telapak tangan lalu membaling tepat pada muka. Ia jatuh terduduk dan mengerang sakit. Darah mengalir di celahan bibir. Namun masih tersenyum. Ia bangun dan menyerang Erina dengan lebih pantas.

Alice masih berdiri di situ. Matanya hanya melihat sahaja Erina yang sedang bergelut. Kemudian beralih kepada Joshua yang sedang berbalas serangan.

Mana lagi satu? tadi bukan bertiga ke?

Alice menoleh ke kiri dan kanan. Tidak sempat dia mahu memalingkan muka ke belakang, belakang badannya dihentam kuat. Dia terdorong ke depan dan ercampak ke dinding!

Suara garau menyapa gegendang telinga Alice. Dia mengangkat muka. Gotham berbadan sasa menghiasi pandangannya. Ia tersenyum menyeringai.

Tulang-tulang terasa sakit. Mukanya berkerut. Boleh tahan kuat juga dia terhentak. Perlahan-lahan dia mengerakkan badan.

"Alice, kau okay ke?" pekik Joshua sambil menumbuk-numbuk perut Gotham berbadan gempal.

"Aku okay! Argh!"

Kaki dicengkam kemas. Alice ditarik sehingga jatuh ke atas lantai. Kali kedua badannya terhentak pada lantai. Rasa sakit mula menjalar di seluruh badan. Tersekat-sekat dia menarik nafas!

"Sakit? huh?"

"Kau ... akan terima balasannya!"

Gotham berbadan sasa itu tergelak besar bila mendengar kata-kata Alice. Pipi Alice dicengkam kuat. Kuku tajam mencucuk pipi mulusnya sehingga terluka. Tubuh Alice diangkat. Kakinya tidak mencecah lantai! Alice tergapai-gapai.

"Alice!"

Joshua berlari mahu mendapatkan, Alice. Namun dia di halang! Gotham berbadan gempal menyerang tanpa henti seolah-olah tidak mahu membenarkannya pergi.

Satu tolakkan angin kuat menghentam Gotham berbadan sasa itu. Ia berganjak ke belakang. Alice terlepas. Dia jatuh terduduk.

"Aku rasa lepas ini kau kena berlatih."

Erina tersengih. Alice tersenyum kelat. Darah yang mengalir dipipi dikesat perlahan. Berkerut dahinya menahan rasa pedih. Alice bangkit, dia berdiri di sebelah Erina. Tangannya mengeluarkan cahaya silau.

"Mana lagi satu?"soal Alice.

" Sudah tumbang aku kerja kan!" Erina tergelak.

Gotham tadi menyerang dengan kayu di tangan. Entah mana dia rembat, tak tahulah. Mereka berdua menunduk. Serentak itu mereka menendang tepat pada perut gotham. Alice terus memancarkan cahaya pada badan gotham, cahaya itu menembusi perut gotham. Ia menjerit nyaring sebelum lenyap dari pandangan mata!

"Whoa ... kau boleh buat macam tu? tapi macam mana?" soal Erina teruja.

"Hmm ... kau pun boleh buat."

"Kenapa kau tak buat awal-awal?"

"Awal-awal lagi aku dah kena hentak sana sini! Macam mana aku nak buat!"

"Ajar aku! "

"Boleh." Alice menjulingkan mata ke atas. Erina tergelak kecil.

BOM!

Mereka berdua tersentak. Dinding kedai sudah hampir separuh runtuh. Joshua dipandang dengan terkebil-kebil. Adakah dia baru sahaja mencampak gotham ke luar? dan memusnahkan sebahagian kedai ini? biar betul!

"Aku sudah selesai!"

Joshua mengampiri. Dia berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Selamba badak saja lagaknya!

"Kau tahu tak apa kau dah buat!" soal Alice.

"Tahu, itu kalahkan benda itu." Dia tersenyum manis. Rambut disisir ke belakang.

"Kau buat silap,Joshua!"

"Silap pa pula?"

Alice dan Joshua mula berperang mulut. Alice tidak henti-henti membebel. Joshua pula tidak mahu mengalah, mahu membela diri sendiri.

Erina, memerhatikan keadaan sekeliling. Dinding kedai sudah separuh musnah. Dia dapat lihat dengan jelas apa yang ada di luar. Ya, segala-galanya jelas!

"Eerrr ... kah orang ... kita dalam masalah!"

Kata Erina dengan gugup. Tangan menepuk-nepuk bahu Alice berulang kali. Akan tetapi Alice tidak mengedahkan.

"Alice! Joshua!"

"Apa Erina!" jawab mereka serentak.

"Aku rasa tak sedap hati!" Baju Alice ditarik kuat.

"Kau kenapa?" soal Alice pelik.

"Tengok itu! kau tengok!"

Balas Erina dengan geram. Kepala Alice dipegang lalu dipusingkan menghadap ke depan. Alice terdiam. Joshua juga memandang ke depan. Ha kau terngangga terus mulut!

"Hah, nampak? Nampak tak apa yang aku nampak?"

Okey! mereka dalam masalah!

DARI jauh Vion berlari-lari anak menghampiri Ryan. Sampai di hadapan Ryan, dia mahu rebah. Tetapi pantas Ryan menyabut.

"Vion! Kenapa ni?"

Soal Ryan cemas. Setiap inci luka yang terdapat pada kulit Vion dipandang satu persatu. Keadaan Vion penuh dengan luka kecil dan ada yang parah!

Dia memerhatikan sekeliling. Keadaan disitu sunyi. Tiada sebarang ancaman pun. Ryan mula dilanda perasaan pelik dengan keadaan, Vion.

"Bertahan, Vion!"

Bibir Vion bergerak-gerak seperti mahu berkata sesuatu. Tetapi tiada suara pun yang terkeluar!

"Ugh! Bau itu memang meloyakan tekak aku!" Jerit Rena.

Bila diingat balik apa yang ada dalam terowong bawah tanah tadi. Terdapat mayat bunian berkumpul di situ, mereka dibunuh dengan keadaan yang mengerikan. Pergh! sumpah kalau boleh dia sanggup hilang ingatan! Daripada ingat benda-benda itu semua.

Rena keluar dari sebalik pokok. Mulut ditekup dengan tangan. Dia bersandar seketika pada pokok. Helaan nafas dilepaskan. Udara segar dihirup. Lega ! Setelah menenangkan diri, Rena menghampiri Ryan.

Dahi Rena berkerut apabila melihat Ryan seperti sedang memangku seseorang. "Ryan? Siapa tu?"

"Vion."

"Huh?"

"Dia datang tadi, lepas itu dia pengsan! Kau tolong tengok-tengokkan dia."

Rena mengangguk perlahan. Dia memeriksa nadi Vion di pergelangan tangan. Nadi Vion lemah, terlalu lemah. Cahaya keluar dari tangan, Rena. Dia menyalurkan sedikit tenaga kepada Vion.

"Tolong ... Horz ... selamatkan dia ..." ujar Vion tersekat-sekat. Matanya masih terpejam rapat.

Ryan terdiam. Rena yang sibuk menelek segala luka Vion juga terhenti. Dia terdiam sesaat. Kemudian, hujung baju Vion yang berlumuran dengan darah diselak ke atas.

Terdapat kesan luka yang amat teruk. Seolah-olah Vion digigit sesuatu! Ya, sesuatu yang bergigi tajam sehingga perut Vion hampir terburai isi perutnya! Tangan kiri Vion juga didapati patah.

Mata Vion terbuka sedikit. Tangan Rena dipegang. Dia terkejut dan hanya membalas pandangan sayu kepada, Vion.

"Dia hidup ... selamatkan dia."

Pesan Vion sebelum mata kembali tertutup rapat.

"Dia mati ke?"

"Ish, dia hidup lagilah, Ryan." balas Rena laju. Dia menjeling. Ryan tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Jadi, kau ikut aku selamatkan Horz atau jaga, Vion?" Ryan, memandang Rena lama. Dia berharap gadis itu ikut!

"Mhmm ... kau pergi dulu. Nanti aku menyusuli kau,selepas."

"Okay! Baiklah, kau jagalah dia!" balas Ryan laju. Dia memusingkan badan dan berjalan terus ke depan tanpa menoleh ke belakang.

"Ryan! aku tak habis cakap lagilah! "

................................................................

Continue Reading

You'll Also Like

26.1K 2.3K 8
FudinguFamiliaChallenge Tema: Cinta Kecantikkannya digilai oleh sang jejaka, Kecantikkannya dicemburui oleh sang perawan, Namun, rupa tidak menggamb...
Quotes By -

Spiritual

26.7K 1.6K 200
YOUR DAILY SPIRITUAL PILLS ✨ Compilation of Islamic quotes & advices that I've found. Enjoy. ✓ Doa ✓ Hadith ✓ Quran verse ✓ English/Malay Islamic Qu...
148K 22.3K 141
[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun Irene menghilang dari Verish, dia akhirn...
142K 1K 19
Cerita hanyalah fantasi penulis tetapi watak-watak di dalam cerita adalah berdasarkan watak sebenar disekelilling penulis. Cuma nama watak sahaja dit...