[√] Suami Mithali ° kth

De Lalyss-

267K 33.4K 7.6K

"Kau nak pikat isteri kau kan ? Jadi dengar cakap aku, jangan banyak cerita. Kau kena jadi suami mithali." ••... Mais

Prologue
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 20+
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
A/n
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 30+ [YoonEunBi]
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Not an update
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Epilogue
Tempat aku membebel
Ayah Mithali [Extra Chapter]

Chapter 17

4.8K 565 84
De Lalyss-


Taehyung memegang tangan Rachel erat sambil berjalan untuk ke wad 105 yang dikatakan nurse; wad papa Rachel. Sehinggalah kaki betul-betul di hadapan wad tersebut. Rachel menjengukkan wajahnya ke cermin yang membolehkan melihat keadaan wad papanya.

"Siapa tu?" Tanya Taehyung pada Rachel saat melihat Rachel seakan kaku melihat lelaki yang turut berada di dalam wad untuk melawat Tuan Park.

Rachel tidak menjawab. Malah kakinya perlahan masuk ke dalam wad tersebut. Lelaki yang berada di samping katil Tuan Park menoleh ke arah Rachel. Dia terus bangun dan menghadap Rachel yang langsung tidak mahu memandangnya.

"Papa, Rachel datang." Ujar Rachel pada Tuan Park seakan lelaki itu tidak wujud.

"Rachel... dah lupa aku?"

"Jangan sentuh aku, Cheol." Tangan Seungcheol yang ingin memegang Rachel terus terhenti. Seungcheol mengeluh seketika dan menggenggam tangannya sebelum tangan itu dijatuhkan.

"Aku tau kau balik sini, sebab tu aku pun balik sini." Ujar Seungcheol lagi , namun Rachel masih lagi tidak mahu memandang Seungcheol.

Rachel perlahan duduk di samping papanya. Tangan Tuan Park digenggam dan dikucupnya perlahan.

"Please leave me alone."

Dengan titah Rachel, Seungcheol terus keluar dari bilik wad Tuan Park meninggalkan Rachel berseorangan di situ. Dia tidak mahu mengacau Rachel saat ini. Setelah kakinya melangkah keluar , dia melihat Rachel di cermin wad tersebut sebelum matanya mengerling ke arah Taehyung yang memang setia di situ dari tadi.

"Kim Taehyung , 'suami' Rachel." Taehyung menghulurkan tangannya pada Seungcheol dengan senyuman petaknya. Senyuman yang menutup segala cemburu yang membara ketika ini.

Jangan cakap Taehyung tak jeles , acah je tu. Dia benda sikit pun dia jeles.

"Choi Seung Cheol , 'bekas tunang' Rachel." Balas Cheol sambil tangan Taehyung disambutnya.

Senyuman Cheol juga tidak lekang dihadiahkan buat Taehyung. Perkataan 'bekas tunang' yang ditekankan Cheol juga membuatkan hati Taehyung makin membara. Taehyung tertawa kecil.

"Bekas tunang? Oh , kau ni abang Choi Hansol ya?"

"Ha , betul lah tu. I guess you two already met." Taehyung sekadar tersenyum dan mengangguk-angguk.

Sekarang rahsia yang cuba disorokkan Rachel telah dia ketahui. Mungkin sebab ni Rachel tidak mahu memberitahunya , takut-takut ada penghalang.

"Apa yang kau orang buat?" Teguran itu membuatkan Taehyung dan Cheol menoleh ke arah Rachel yang tiba-tiba menjengukkan kepala di pintu wad Tuan Park.

Mereka berdua tertawa dan menggeleng. Perlahan mereka berpelukan di bahu masing-masing sambil tertawa. Rachel mengerutkan dahi pelik. Nampak sangat masing-masing tengah cemburu antara satu sama lain , dasar tak reti berlakon.

"Rachel , kau tak bagitau aku pun kau kahwin?"

"Penting ke?" Soalan Rachel yang dingin membuatkan Cheol tertawa. Hatinya yang hancur sekarang tuhan saja yang tau.

"Sayang , apa kata kita lunch sama-sama dengan Seungcheol? Ok juga kan?" Tanya Taehyung. Rachel mengangkat keningnya melihat Taehyung sambil memeluk tubuhnya. Dia mengeluh kesal.

"Ok."

•••

"So , dah berapa tahun korang kahwin?" Tanya Cheol setelah lama berdiam. Rachel malas nak menjawab , dka sekadar melayan telefonnya. Biarlah Taehyung saja yang berborak dengan Cheol. Dia takde mood nak melayan Choi Seung Cheol.

"Sebulan juga." Jawab Taehyung apabila Rachel memang tidak ada tanda-tanda untuk menjawab.

Pelik pula dengan isterinya ni, mesti ada sesuatu yang Seungcheol lakukan dahulu. Kalau tak, takdelah sedingin ni bila mereka berdua bertemu kembali dan takde lah mereka putus tunang dulu.

"Dapatkan aku anak buah cepat Rachel." Rachel mendongak sedikit memandang Cheol yang tiba-tiba tukar topik tentang anak. Terus Taehyung memeluk bahu Rachel.

"Tak lama lagi." Rachel menghadiahkan jelingan maut pada Taehyung yang menjawab. Taehyung mengelipkan sebelah matanya nakal pada Rachel.

"Tapi Rachel bukannya boleh jadi ibu sepenuh masa pun. Sibuk dengan kerja kan? Sayangnya. Aku ada baca akhbar pasal kau dah dapat syarikat Tuan Park."

"Then , I guess you don't read it all. Taehyung polis , dia boleh jaga anak aku tu bila dia tak kena panggil dengan chief. Dan aku boleh je bawa anak aku tu ke pejabat aku bila-bila yang aku nak. Urm , so kalau aku nak anak 5 pun takde masalah. Kan Tae?"

"Eh?" Taehyung membuntangkan matanya memandang Rachel. Rachel membuat isyarat muka agar Taehyung melayankan saja pertanyaannya. Beberapa saat kemudian Taehyung tertawa janggal.

"Sayang nak anak 10 pun Tae tak kisah sayang."

"Kalau macam tu , 20 boleh?"

"As long as sayang kuat nak beranak, Tae ok je sayang."

"Eih , nakal erk?" Rachel dan Taehyung terus tertawa sesama mereka sambil tangan Taehyung mengusap kepala Rachel lembut.

Seungcheol mengetapkan bibirnya geram. Elok tadi dia nak kenakan Rachel , dia pula yang terkena. Menyesal pula rasanya.

"Tapi kerja poliskan bahaya? Kau tak takut ke kalau Taehyung kena tembak ke apa ke? Urgh , aku tak sangka pula kau pilih suami polis, Rachel Pa--"

"Its Kim." Cheol menggulingkan biji matanya dengan teguran Taehyung yang pantas memotong. Kim ke Park ke sama je kan?

"Ya , Rachel Kim."

Perlahan Rachel menatap Taehyung lama. Taehyung lantas memeluk tubuhnya lalu memandang Cheol dengan senyuman nipisnya.

"Kau kerja apa sekarang? Boleh aku tau?" Cheol mengerutkan dahinya dengan soalan Taehyung. Dia tertawa kecil.

"Well , pramugara. Banyak duit sekarang kerja atas kapal terbang. Dan aku tengah dalam mood bercuti seminggu , sebab tu ada dekat sini." Taehyung terangguk-angguk mendengar penjelasan Cheol. Lalu senyuman sinis terguris di bibir Taehyung.

"Kerja dalam kapal terbang.. tak takut ke kapal terbang tu terhempas ke apa ke? Mati rentung dalam tu saja je." Jawab Taehyung selamba. Cheol terdiam dengan jawapan Taehyung.

Balik-balik dia yang terkena semula. Akhirnya , Cheol mengalah. Dia sekadar mendiamkan diri , tidak mahu mengenakan Taehyung lagi.

"Sayang? Sayang ok? Kenapa diam je?" Tanya Taehyung saat Rachel tiba-tiba memeluk lengannya dan berbaring di lengan itu. Telefonnya pun telah disimpan semula. Rachel menggeleng kecil.

"Pening kepala."

"Lagi?" Taehyung mengeluh kecil. Rachel selalu ke pening kepala, dia pula naik risau.

"Takpe lah , lepas makan ni kita terus balik."

Rachel sekadar mengangguk.

•••

"Urm , tadi kata 20 .. serius eh 20 ?" Rachel tertawa kecil mendengar soalan Taehyung. Sekali sekala dia memicit kepalanya yang masih pening .

"Jangan memandai , awak nak buat team bola sepak ke? Saya cakap macam tu sebab saja nak sakitkan hati Cheol." Jawab Rachel tanpa membuka matanya. Dia terasa mual dan mabuk yang amat.

Taehyung yang melihat Rachel sekilas di sebelah sekadar melajukan sedikit lagi keretanya agar mereka sampai cepat ke rumah. Naik risau tengok Rachel yang makin teruk. Migrain dia datang lagi lah tu.

"Tapi sayang dah cakap 20 , sayang yang minta eh bukan Tae yang minta."

"Kalau awak nak rasa kena sepak , silakan."

"Wow wow , sejak bila bini saya garang macam ni? Sayang datang bulan ya?" Taehyung tertawa kecil namun beberapa saat kemudian dia mengerutkan dahi.

"Takkan lah datang bulan , semalam elok je Tae cek. Takde darah pun?"

"Awak ni kan Tae.. kalau saya tak pening kepala dah lama saya belasah awak." Taehyung tertawa lagi. Rachel di sebelah dikerlingnya lagi. Dia tersenyum nipis.

"Yelah , dah nak sampai ni. Kejap lagi , Tae urutkan kepala sayang ok?"

Rachel langsung tidak menjawab. Migrain kali ini membuatkan dia sampai buka mata pun tak mampu. Perlahan Taehyung memakingkan (?) kereta di halaman Villa milik Tuan Park.

Setelah engin di matikan , Taehyung terus keluar dari kereta dan menuju ke tempat Rachel. Pintu Rachel dibuka dan tubuh Rachel dipapahnua Taehyung.

"Biar Tae dukung sayanglah."

"No need-- I'm--"

"Sayang.. Sayang! Sayang bangun please! Sayang!"

•••





Continue lendo

Você também vai gostar

9.8K 750 49
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
23K 2.5K 20
Your existence is just my unforgotten sweet memories. ❁ཻུ۪۪⸙· Jung Haemi ft. Jeon Jungkook ❁ཻུ۪۪⸙· Cover was made by @iamputr1 ❁ཻུ۪۪⸙· PLAGIARISM are...
79.4K 8.1K 44
"Tak tau asal usul lubuk mana tah tetiber je dia tidur kat katil kesayangan aku, nak dipendekkan cerita ha camtulah fanfiction ini" Kata Minchae den...
40.6K 3K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...